! Assalamualaikum !
Entry kali nie nak cerita mengenai keadaan along yana. Ada juga yang bertanya (terima kasih banyak2) ... sebab sebelum nie yana ada cerita mengenai sakit along yana. Buat masa sekarang nie along alhamdulillah stabil.
Rabu, 31.10.2012 : Dari siang hari kami nak ke Hospital (Hospital Besar Melaka) untuk buat rawatan lanjut mengenai penyakit along. Sebab malam semalam along demam panas dengan suhu mencecah 38 darjah calcius. Tapi Hujan turun dengan lebat hingga ke malam. Sebelum isyak hujan renyai. Kami redah jerk. Sampai terus ke wad kecemasan. Lebih kurang 1jam urusan (scan, ambil darah, masuk air) along terpaksa ditahan sebab mata dan kulit badan/muka semua dah kuning. Kuning adalah disebabkan pembengkakan Hati. Yana difahamkan kalau demam + kuning mungkin boleh akan membawa maut.
Khamis, 01.11.2012 : Along masih demam sedikit. Pagi hari nie along perlu menjalani satu ujian. Doktor masukkan teropong melalui mulut along untuk melihat keadaan didalam badan along. Selepas ujian tersebut doktor menerangkan pada along, mereka telah memasukkan satu tiub didalam saluran apatah .. untuk membuka sedikit ruang bagi membolehkan cecair dari hati dapat mengalir dengan lancar dan dapat mengurangkan kuning yang terjadi sebab hati bengkak. Malam mak tidur hospital teman along.
Jumaat, 02.11.2012 : Pagi nie demam along dah kebah. Kuning along pun dah surut sedikit. Selera makan pun dah macam biasa. Pagi doktor pakar pembedahan datang. Pembedahan akan dijalankan pada 20.11.2012 betul-betul jatuh pada hari lahir along yang ke 30thn. Setelah itu Along dan mak dibawa ke bilik Bius untuk berjumpa dengan pakar bius. Pakar bius menerangkan mengenai risiko pembedahan yang akan along lalui. Mungkin koma @ lumpuh @ icu .... macam-macam lah .... sebab pembedahan akan berjalan selama 6jam. Doktor menerangkan ini adalah satu pembedahan besar yang boleh melibatkan nyawa. Malam nie yana tidur hospital teman along.
Sabtu, 03.11.2012 : Along dibenarkan pulang kerumah sementara menunggu hari pembedahan. Along perlu masuk wad sehari sebelum hari pembedahan. Along hanya dibekalkan ubat antibiotik untuk 5 hari.
Insyallah next entry yana akan ceritakan ketidakpuasan hati kami sebagai keluarga along terhadap "doktor" dihospital tersebut....memang PanaSs !!!
Tolong Doakan kesihatan along yana... TQ
11 0 Pengomen Terhebat:
smoga along awk slmt jalani pmbdahn tu nnt n kmbali pulih ye...insya'..amin
Mudah-mudahan Along cepat sembuh..Amin..
emmm yana..sedih kan. kadang2 benda ni xsangka boleh jadi.
tapi insyaAllah mesti ada sebab kan
Semoga pembedahan Along Yana berjalan dengan lancar dan semoga Along Yana cepat sembuh...
Along Yana sakit apa?
@Cik Cyida : tggu entry panas nnt k ^^
enrty panas..?
tak sabar plak nak baca...
mohon yana sekeluarga tabah dengan dugaan..
doakan yg terbaik for yr along ye ! tunggu cerita panas tu
semoga along sembuh..dan yana sekeluarga banyakkan bersabar
doakan yang terbaik . semoga along cepat sembuh ye
semoga along cepat sembuh yer.. bab psl x puas hati mmg x dinafikan.. sbb perkara yg x puas hati tu.. berlaku pd hubby cci.. geram.. grrr..
Post a Comment