HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Apr 30, 2014

Kanser Kembali Menyerang

Terasa tak bermaya saja sekarang nie. Letih majlis kahwin adik ipar belum lagi habis. Berita sedih pula datang berkunjung.

29.04.2014 aku dapat anak buah baru lagi. Alhamdulillah ... along aku selamat melahirkan anak kedua dengan cara pembedahan. Berat baby 2.02kg. Baby tak cukup bulan .. patutnya bulan 6 baru lahir. Tapi baby asyik mengeras saja, tak sabar nak lihat dunia. Doktor kalau boleh tak nak baby keluar dulu. Asyik suruh along aku rehat saja, bila baby dah tak bermaya baru kelam kabut buat pembedahan .. hurm ... macam-macam hal. Belum aku cerita pasal along aku kena tinggalkan kat luar bilik bedah lama gile lepas pembedahan, sampai ada efek kat buah pinggang along aku !!

kanser

Mak aku tak puas hati sikit !! sebab along aku tak dapat tengok baby dia lagi. Along aku bersalin secara pembedahan. Kena bius separuh badan. Sepatutnya, doktor kena tunjukkan baby kat along aku lepas baby selamat dilahirkan ... tapi doktor langsung tak bagi along aku tengok baby dia. Sekarang along aku dalam bilik ICU. Bila along aku akan dapat tengok anak dia?? huh ..

Untuk pengetahuan, sebelum nie along aku ada Kanser Pankreas / Hempedu. Kalau boleh, doktor nasihatkan along aku tak boleh mengandung dalam dua ke tiga tahun nie. Tapi .... dah rezeki dia, terima jerk lah. Mungkin along aku banyak simpan rahsia tentang penyakit dia nie. Lepas bersalin, baru tahu kanser dia yang dulu doktor kata dah baik, rupanya mula menyerang kembali !! Ya Allah...

Along aku sekali lagi jadi penghuni dalam bilik ICU. Baby tak cukup bulan, so kena duduk dalam bilik kaca. Tapi keadaan baby stabil. Cuma ... along aku saja yang tak berapa nak stabil. Tau jerk lah keadaannya, kalau dah ditempatkan kat dalam ICU. Berselirat dengan wayar-wayar.

Ya Allah ... kau kuatkan lah semangat along aku untuk menghadapi dugaan Mu ini. Jauhkanlah dari sebarang penyakit yang memudaratkan.

Aku nak kerja pon takda mood. Tapi hari nie kena kerja juga setelah bercuti lama. Arghhh ... aku nak balik !! tak sanggup rasanya nak kerja, tapi hati kat tempat lain.


Apr 23, 2014

WW - Energy Saving Mode

Aku bukan malas taip entry sekarang nie .. tapi aku sedang ber' Energy Saving Mode !! hehehhh sabo jerk lah... wahai aura kerajinan, muncul ler kau !!! ^^

energy saving mode



Apr 22, 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


Apr 16, 2014

WW - Terima Kasih Followers

Terima kasih kepada mereka mereka mereka yang sudi jadi followers kat blog picisan yang kadang-kaang merapu nie. Banyak penyakit "M" aka MaLaS !! hehehh


Harus ler tayang ... walaupon ciput jerk followers!! Erm .. tak boleh bebel panjang, WW - Wordless Wednesday ....  kan ..... 




Apr 11, 2014

Penginapan Di Tanjung Pengelih, Johor

Seminggu dua nie banyak pula yang tersinggah kat blog aku semata-mata nak cari penginapan di Tanjung Pengelih, Johor. Semua nie gara-gara entry aku Melawat Adik Di KD Sultan Ismail.

homestay tanjung pengelih pengerang johor

Nak tahu kenapa mereka cari penginapan di Tanjung Pengelih, Pengerang Johor ??? hehehh .... ini sebab ..... hari sabtu nie akan ada majlis tamat latihan untuk Laskar Muda TLDM. Macam mana aku tahu ?? Mestilah aku tahu .. sebab aku pun akan kesana, nak tengok adik bongsu aku kawat untuk tamat latihan dia kat KD Sultan ismail setelah 6 bulan adik aku kat sana.

Aku pun tengah mencari-cari penginapan kat Tanjung Pengelih nie. Dapat homestay ke.... hotel ke .... ok lah juga. Tapi tak jumpalah ..... masa pertama kali aku pergi lawat adik aku tue, aku tak perasan pula mana bandar kat tanjung pengelih. Ermm ... aku tidur kot !! aku memang pantang naik kereta jalan jauh. Pasti aku bantai ternak air liuq !! hahahh

Majlis bermula jam 7 pagi (12.04.14) hari sabtu nie. So .... terpaksalah gerak dari melaka jam 2 ke 3 pagi nie. Kalau lambat memang tak sempat nak tengok adik kawat. Perjalanan mungkin ambil masa 3 ke 4 jam.

Moga perjalan kami pagi nanti selamat dan dipermudahkan olehNya ... Amin .... Pada keluarga yang nak ke majlis esok, pandulah berhati-hati ok. Jumpa esok di KD Sultan Ismail !! ^^


Apr 10, 2014

Dugaan Virus Dalam Blog

Semalam memang dugaan betul. Dari pagi kelam kabut kena siapkan tender untuk dateline hari nie. Punyalah macam nak pengsan. Kepala otak serabut gile nak siapkan tender dalam jangka masa singkat. Fuhh .. berpeluh juga ketiak walaupun air-cond suhu tahap beku. Alhamdulillah .. akhirnya siap juga !!

Baru nak tarik nafas lega, buang semua serabut dalam kepala. Singgah lah blog kesayangan aku. Ingat nak ler taip apa yang patut. Tuptuppppp ... argh !! kenapa .... mengapa ... bagaimana !! banyak now noww persoalan !! bila habis loading ... terus pergi ke link lain. Macam dalam gambar bawah nie.

cara buang virus dalam blog

Berpeluh juga aku .. ingat aku silap taip link. Aku try pulak buka blog guna handphone, sama jugak !! ish .. tak boleh jadi nie .. makin berserabut pulak kepala otak aku. Cepat-cepat aku PM sifu-sifu blogger kat facebook. Alhamdulillah ... macam biasa, cepat sifu reply.

Mulalah bahasa coding digunakan untuk selesaikan masalah aku. Aku yang kat sini terkebil..... kebil. Klik HTML ... pandang scrip tue semua macam aku nampak ayam KFC !! macam aku nak lahapkan jerk scrip tue semua .....  Alah omak tolong....lah aku !!! aku bukan kurang pandai, tapi memang tak pandai tahap tertinggi untuk bahasa-bahasa coding blog bagai nie... huhuhhh kesian aku kan !!!




Tengoklah .. punya baik hati dan gigih sifu-sifu nie nak tolong rakan blogger yang tak pandai coding macam aku nie.. hehehh aku ingat blog aku sorang yang bermasalah. Rupanya ada blogger lain juga yang kena. Bak kata sifu Hasrul Hassan, punca utama datangnya virus nie dari GuaBlog.com yang telah diserang virus. Alhamdulillah ... sifu HH dah tolong aku baik pulih kan blog kesayangan aku nie.

Kalau korang nak tahu lanjut mengenai masalah dan penyelesaian "buka blog tapi keluar laman Web lain" korang boleh refer blog sifu HH DISINI. Terima kasih aku ucapkan kepada blogger Hasrul Hassan kerana dah bantu aku selsesaikan masalah nie, dan terima kasih juga kepada blogger kak Mialiana dan semua yang terlibat secara langsung atau tak langsung ... hehehh

Jom VOTE sifu HH untuk DIGIWWWOWAWARDS -> VOTE


Apr 3, 2014

Cabaran Kumpul LIKE Segmen SlimFast Diet

Setelah cabaran 10 hari dengan SlimFast Diet selesai. Entry review pula menyusul dan Alhamdulillah aku dah laksanakan tugasan tersebut. Boleh baca DISNI. Suami aku macam tak percaya dapat buang 6kg hanya dalam masa 10 hari !! berkesan kan SlimFast Diet nie .....

slimfast diet

Sekarang nie cabaran untuk dapatkan LIKE terbanyak di facebook sedang berlangsung untuk merangkul hadiah-hadiah seperti dibawah ini.

Tempat Ke 1 :
Wang tunai RM200 + 3 kotak SlimFast Diet


Tempat Ke 2 :
Wang tunai RM150 + 3 kotak SlimFast Diet


Tempat Ke 3 :
Wang tunai RM100 + 3 kotak SlimFast Diet


Tempat Ke 4 hingga 10 :
3 kotak SlimFast Diet


Siapalah.... yang baik hati nak sumbang LIKE untuk aku ..... anda amatlah dialu-alukn untuk berbuat demikian. hehehh

Cara nak sumbangkan LIKE 

1. Klik sini -> http://on.fb.me/1gpFM7r
2. Klik LIKE
3. Pastikan LIKE pada gambar seperti dibawah


4. Share kalau korang memang betul2 sporting !! heheh


Kalaulah ada rezeki menang, memang kurus suami aku !! harap-harap kemenangan berpihak pada aku !! bolehlah aku tengok rupa suami aku yang terbaru.... kahkahh boleh kew....

Pertolongan anda amatlah diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih ^^






Apr 2, 2014

Review Produk Harum Malam Pilihan Wanita

Masalah bau badan, keputihan, period tidak teratur dan ingin kembalikan kebahagiaan rumah tangga? .... Harum malam ada jawapannya. Produk Harum malam kini telah menjadi pilihan ramai wanita diluar sana.

produk harum malam


Harum malam merupakan supplemen tambahan khusus untuk kaum wanita yang mampu membantu menyihatkan dan mencegah bau badan. Ia juga dapat mencegah masalah dalaman wanita, memberikan tenaga dan menambahkan stamina untuk aktiviti seharian.

Keistimewaan Harum Malam

-Meningkatkan keinginan serta mempercepatkan ransangan seksual
-bertenaga dan mengatasi masalah vagina kering
-Membantu mengetatkan dan menganjalkan vagina
-Membantu membunuh bacteria dalam saluran kencing serta mengatasi masalah kerap kencing
-Meningkatkan system tahan tubuh serta menstabilkan hormon
-Mengurangkan tekanan dan tension
-Membantu menganjalkan kulit serta tubuh badan dan mengurangkan kedutan

kelebihan harum malam

Lihat !! Betapa banyaknya kebaikan, keistimewaan dan kelebihan yang dapat diperoleh dari produk harum malam ini. Hanya minum 1 sudu besar 2x sehari. Pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. Tak susahkan.... nak wangi, bertenaga, cantik .... minum dengan konsisten. Anda pasti puas hati !!


Kandungan Harum Malam

-Extrak ros
-Extrak sireh
-Buah tin
-Kismis
-Madu
-Goji
-Limau purut
-Strawberry
-Pueraria mifrica
-Kayu serapat
-Buah delima
-Manjakani
-Pueraria lobata
-Senna

produk kecantikan


Bukan CD sahaja yang ada cetak rompak !! produk harum malam nie pon ada yang tergamak buat tiruan punya. Yelah ... produk HOT SELLING, ada ler pihak yang ambil kesempatan untuk peroleh hasil dengan senang. Korang kena berhati-hati dengan yang TIRUAN. Perhatikan perbezaan harum malam original dengan tiruan dalam gambar dibawah ini.

produk original

produk tiruan

Harga produk Harum malam ini hanya RM33 bagi Semenanjung dan RM39 bagi Sabah & Sarawak Nak lebih jimat??? beli tiga botol harum malam dengan harga RM90 Sahaja !! free postage. Woww ...

Sekarang dah ada botol (packaging) baru untuk produk Harum malam nie tau. Jangan risau, jangan terkejut ... botol lama tue masih available lagi.

supplimen dalaman


Untuk belian dan pertanyaan lanjut boleh hubungi LegacySecretTrading. Harga RM40 bagi Semenanjung dan RM45 bagi Sabah & Sarawak (Free postage).

saya sudah !!! anda bila lagi... ^^


Untuk testimoni boleh skodeng link-link dibawah. Pasti korang teruja !!








Apr 1, 2014

Abah Mak Dah Selamat Pulang

Alhamdulillah ... abah mak dan semua rombongan Umrah dah selamat pulang ke Malaysia.

Semalam abah mak dah selamat sampai Melaka. Alhamdulillah abah mak sihat walafiat. Dapat tunaikan ibadah kat sana.


kurma, zamzam, kismis,

Pagi nie aku sarapan Arabian !! Hahahh arab ler sangat. Biasalah.. kalau balik dari tanah suci, mestilah bawak balik air zamzam, kurma, kismis, kekacang ... etc.

Mak abah tak lupa belikan anak-anak dara dia jubah dengan shawl. Dapatlah sorang sepasang... tak lupa juga buat cucu-cucu cilik diorang.


cucu cilik
Adam & Haziq

Bilalah... dapat jejakkan kaki kesana. In shaa Allah.. jom pasang niat. Moga diberi peluang kesana suatu hari nanti ... Amin...



Mak | Abah | Awo

posted from Bloggeroid
PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...