HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Showing posts with label terima kasih. Show all posts
Showing posts with label terima kasih. Show all posts

Oct 16, 2014

Kenapa Sorok Gambar Anak Selepas Bersalin

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Harap kawan-kawan semua sihat dan sentiasa dalam lindunganNya. Tahniah buat kawan blogger yang telah selamat melahirkan permata hati mereka. Antaranya +Sheila Salim  (dah habis pantang pon...sorry lambat....hehehhh) & yang terbaru +Sya Mimie  ...

Perasan tak mereka sorok gambar bayi mereka selepas melahirkan. Haaa kenapa erk ??? Perlu ke sorok gambar anak selepas bersalin??? Percayalah, mereka ada sebab musabab tersendiri. Tapi ramai juga ibu bapa lain yang senang untuk berkongsi gambar anak mereka di media sosial sejurus melahirkan. Mungkin ingin berkongsi kegembiraan dengan yang lain.

Aku pun bukan kedekut nak berkongsi gambar anak, tapi aku ada sebab tersendiri. Sama seperti +Sheila Salim dan +Sya Mimie dan yang seangkatan dengan kami. Kami ada sebab tersendiri..jangan lah paksa kami.....please ... hehehhh

Disini aku nak kongsi sedikit salah satu sebab kenapa tak boleh tunjuk, upload dan siarkan gambar bayi baru lahir di media sosial untuk tatapan seluruh manusia yang kita kenal mahupun yang kita tidak pernah kenal.

baby sleeping

------------------------------------------------------

SalaamULLAHu Alaykum... Perlu kita fahami, bayi yang berumur kurang dari 40 hari berisiko kepada 4 keadaan, 2 keadaan permasalahan rohani, 2 keadaan permasalahan fizikal. Bagi permasalahan rohani, melibatkan Ain dan Ummu Sibyan. Sang faqir garistebalkan pada posting kali ini adalah permasalahan rohani, iaitu Ain dan Ummu Sibyan. Ummu Sibyan adalah dari kalangan kaum jin yang gemar mendengar tangisan anak-anak kecil terutamanya bayi, maka bagi mengelakkan gangguan ummu sibyan ini, maka Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam telah memberi panduan , antaranya:

"Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit)- (Riwayat al-Baihaqi). " Selain dari itu, boleh jua diikhtiarkan diazankan secara perlahan di telinga kanan bayi tersebut setiap kali masuk waktu solat 5 waktu, hikmah bagi ikhtiar ini sangat bermanfaat, ini antara amalan yang dilakukan oleh Syeikh Wan Abdullah lakukan kepada anakandanya iaitu Al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah sewaktu Tok Syeikh Daud Patani (gelaran kepada Syeikh Daud Al Fatani) masih bayi. Cuma, berkaitan dengan gambar atau bayi muda (1hari-40hari), ianya lebih kepada Al Ain. Permasalahan Al-Ain ini luas perbincangannya, kerana ia juga terkenal sebagai sihir tanpa jin, malahan masalah ini sebenarnya dilihat lebih serius berbanding permainan sihir lain.

Al Ain ini seperti yang dimaktubkan di dalam hadith :

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَيْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا

Maksudnya : Dari Ibnu Abbas RodhiyALLAHu Anhu, Nabi SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda : “Ain (mata jahat) itu benar-benar adanya, jika seandainya ada sesuatu yang mendahului qadar,maka akan didahului oleh ain.
Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah." (hadith riwayat Muslim)

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ

Maksudnya : Dari Aisyah RodhiyALLAHu Anha,RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda :" Mintalah kalian perlindungan kepada ALLAH dari ain (mata jahat) kerana sesungguhnya ain itu haq (benar)" (HR ibnu Majah).
Ain adalah penyakit atau masalah yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata, iaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau bahkan iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya.
Terdapat dua jenis ain, iaitu : ain insi (‘ain berunsur manusia) dan ‘ain jinni (‘ain berunsur jin). Malahan ain sering berlaku kepada bayi-bayi kecil, yang mengakibatkan:

1.Tangisan yang tidak munasabah atau tidak bersebab (kecuali masalah cholic atau hernia) yang tidak berhenti, tubuh terkejut-kejut tanpa sebab yang jelas, tidak mahu menyusu kepada ibunya tanpa sebab yang jelas.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ دَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ صَوْتَ صَبِيٍّ يَبْكِي فَقَالَ مَا لِصَبِيِّكُمْ هَذَا يَبْكِي فَهَلَّا اسْتَرْقَيْتُمْ لَهُ مِنْ الْعَيْنِ

Aisyah RodhiyALLAHu Anha berkata : “Suatu ketika Nabi (SallALLAHu Alaihi Wasallam) masuk (rumahnya) kemudian mendengar bayi sedang menangis. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) berkata,”Mengapa bayi kalian menangis? Mengapa tidak kalian bacakan ruqyah-ruqyah (supaya sembuh) dari penyakit ‘ain?) (Shahihul jami’ 988 n0.5662)

2. Keadaan tubuh yang sangat kurus kering (seperti kurang zat)

عَنْ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَخَّصَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِآلِ حَزْمٍ فِي رُقْيَةِ الْحَيَّةِ وَقَالَ لِأَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ مَا لِي أَرَى أَجْسَامَ بَنِي أَخِي ضَارِعَةً تُصِيبُهُمْ الْحَاجَةُ قَالَتْ لَا وَلَكِنْ الْعَيْنُ تُسْرِعُ إِلَيْهِمْ قَالَ ارْقِيهِمْ

Dari Jabir RodhiyALLAHu Anhu bahawa RasulULLAHi sallALLAHu Alaihi Wasallam memberi rukhsah (keringanan) bagi anak-anak Ja’far menggunakan bacaan ruqyah dari sengatan ular. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) bersabda kepada Asma’ binti Umais,”Mengapa Aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma’ menjawab : “tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘Ain.” Kata Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) ,”Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka! (HR Muslim, Ahmad dan Baihaqi)

3. Penyakit kulit yang tidak atau sukar sembuh,contohnya ekzema dan seangkatan dengannya. Dari hadith dan permasalahan di atas, cukup untuk menghuraikan apakah Ain dan bagaimanakah ianya terjadi? Permasalahan ain ini bukan sahaja berlaku akibat rasa iri hati atau takjub (tanpa kembalikan semula takjub tersebut kepada ALLAH), tetapi juga berlaku apabila pemuji memuji bayi tersebut setelah melakukan dosa-dosa mulut, contohnya mengumpat atau memaki hamun orang lain, maka tarikan dari perbuatan tersebut menjadi warid kepada kalamnya, iaitu apabila dia memuji seseorang itu cantik, maka warid dari keburukan kalam sebelum itu diterbalikkan dari apa yang dipuji sebelum itu(cantik lawannya hodoh), ini berikutan fitrah bayi atau kanak-kanak yang bersih, begitu juga keadaannya jika mata si pemuji sebelum melihat bayi atau kanak-kanak tersebut ada melihat perkara-perkara maksiat, maka ianya akan terjadi hal yang serupa.

NauzubILLAHi min Zalik.

Kebanyakan kes yang sang faqir terima di TIAF yang melibatkan bayi menangis tidak berhenti, selain dari masalah cholic(kembung perut) dan hernia(angin pasang), ianya kebanyakan melibatkan Ain, yang sering didakwa oleh perawat-perawat sebelum itu dengan saka, sihir, pedamping dan sebagainya, yang meleret sehingga timbul dakwaan yang pelik wal aneh, padahal ianya Ain semata-mata. (Sabo je le) Permasalahan dengan Al Ain ini, ada dua cara dalam menghadapinya, sama ada MENGELAK darinya atau merawatnya.
Berkaitan dengan merawat, ianya melibatkan banyak kaedah. Cuma sang faqir kongsikan salah satu darinya di sini, yang paling ringkas. Iaitu diberi mandi dengan air bekasan wudhuk ibu kepada bayi tersebut (bertabaruk) Bersabit dengan hadith :

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ أَنَّهُ قَالَ رَأَى عَامِرُ بْنُ رَبِيعَةَ سَهْلَ بْنَ حُنَيْفٍ يَغْتَسِلُ فَقَالَ مَا رَأَيْتُ كَالْيَوْمِ وَلَا جِلْدَ مُخْبَأَةٍ فَلُبِطَ سَهْلٌ فَأُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامِرًا فَتَغَيَّظَ عَلَيْهِ وَقَالَ عَلَامَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ أَلَّا بَرَّكْتَ اغْتَسِلْ لَهُ فَغَسَلَ عَامِرٌ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ وَمِرْفَقَيْهِ وَرُكْبَتَيْهِ وَأَطْرَافَ رِجْلَيْهِ وَدَاخِلَةَ إِزَارِهِ فِي قَدَحٍ ثُمَّ صُبَّ عَلَيْهِ فَرَاحَ مَعَ النَّاسِ

Dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif, dia berkata bahawa Amir bin Robi’ah melihat Sahl bin Hunaif sedang mandi, lalu berkatalah Amir : "Aku tidak pernah melihat (pemandangan) seperti hari ini, dan tidak pernah kulihat kulit yang tersimpan sebagus ini” Maka terpelantinglah Sahl(pengsan). Kemudian RasulULLAH sallALLAHu Alaihi Wasallam mendatangi Amir. Dengan tegas Baginda bersabda :”Atas sebab apa kamu hendak membunuh saudaranya? Mengapa kamu tidak memohonkan keberkahan (kepada hal yang kamu lihat)? Mandilah untuknya!Maka Amir mandi dengan menggunakan suatu bekas air, dia mencuci wajahnya, dua tangan, kedua siku, kedua lutut,hujung-hujung kakinya, dan bahagian dalam sarungnya. Kemudian air bekas mandinya itu dituangkan kepada Sahl, lantas dia (Sahl) sedar dan berlalulah bersama manusia. (HR Malik dalam Al-Muwaththo 2/938, Ibnu Majah 3509, disohihkan oleh Ibnu Hibban 1424.

Sanadnya sohih, para perawinya tsiqah : Zadul Ma’ad tahqiq Syu’aib al-Arnauth dan Abdul Qodir al-Arnauth 4/150 cetakan tahun 1424 H). Merujuk kepada hadith tersebut, tentu menjadi kesukaran untuk mencari siapa yang memberi Ain, malahan jika tahu siapa yang mengAinkan anak kita, bagaimana mungkin untuk kita jelaskan kepadanya, maka diqiaskan dengan tabaruk air wudhuk ibu(berserta doa), ditadahkan di dalam bekas atau besen, seterusnya, diberi mandi kepada bayi atau anak yang terkena ain. Untuk kaedah ini, tidak tertakluk kepada Ain sahaja, boleh juga ikhtiar bagi permasalahan anak yang degil atau bermasalah dengan pelajaran.

Antara kaedah mengelakkan Ain dari berlaku: Setiap kali anak menerima pujian dari sesiapa sahaja, letakkan tangan kanan di atas kepalanya, dan ucapkan Taawudz (di dalam hati, kemudian mohon perlindungan ALLAH dari segala mara bahaya). Pada malam hari sebelum ibubapa tidur, bacakan Al Ikhlas 3x, dan tiupkan di ubun-ubun bayi perlahan-lahan(sambil dalam hati berdoa mohon perlindungan ALLAH) sehingga habis nafas, nafas yang akhir ditiup sehingga ke kaki dengan kadar menghembus.

Kepada ibubapa, terpulang di atas perkiraan kalian untuk ikhtiar perlindungan anak-anak kalian, terutama yang memperolehi 'new baby' atau yang anak mereka sedang sakit, pertimbangkanlah keputusan untuk upload gambar anak-anak anda.

Kebanyakan kes Ain yang sang faqir terima di klinik TIAF, 98% daripadanya adalah asbab meng'upload' gambar bayi mereka di facebook atau laman sosial yang lain, tambahan pula bayi mereka sedang bermasalah sewaktu itu.

NauzubILLAHi min zalik. Semoga perlindungan ALLAH beserta sekalian yang ikhlas dan faham dengan setiap amal perbuatan mereka. Wassalam.

Sumber : cinta selepas nikah

------------------------------------------------------------------------

Harap korang dapat fahami dan ingat tentang perkongsiaan aku ini bila hendak bertanya atau memaksa kawan korang yang baru melahirkan untuk tunjuk gambar anak mereka di media sosial. Semua ada sebab tersendiri ... Jangan Dipaksa !!

***Lepas nie jangan meluat pulak kalau gambar anak aku jerk yang penuh kat blog, facebook, instagram ..... etc. hehehhh


Mar 28, 2014

Permulaan Diet Dengan Produk SlimFast Diet


Terima kasih kepada My Beauty Herbs dan blogger Mialiana kerana telah memilih jawapan aku sebagai salah seorang yang bertuah untuk mencuba produk kurus yang berkesan ini. Seramai 40 blogger telah dipilih untuk cabaran minum produk SlimFast Diet selama 10 hari dan seterusnya membuat entry review, ada dinyatakan di SINI.

produk diet berkesan


Haip .. haip .... bukan aku yang langsing lagi keding nie akan melalui cabaran ini, tapi aku masuk cabaran ini adalah untuk suami tercintaku yang nak cuba cara kurus dengan cepat. Memandangkan suami melebihi berat 75kg, maka suami perlu minum produk SlimFast Diet ini 2 paket sehari iaitu pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur (sebab tue dapat 2 kotak...jangan cemburu tau..hehehh). Suami aku cakap rasa minuman SlimFast Diet nie sedap !! terasa macam omputeh minum jus pepagi... kahkahhh

Suami mula minum produk SlimFast Diet ini pada 17.03.2014. Hari pertama hingga ketiga minum produk nie, suami kata memang tak boleh nak tahan. Tahan apa?? tak boleh nak tahan jumpa dengan Ms J !! Ms Jamban .... hehehhh punyalah lawas produk nie wa cakap lu .... !! masa tidur malam pun boleh bangun sebab nak jumpa Ms J !! hahahahh penangan minum 2 paket sehari ler tue .... memang tak lama lagi dapatlah kempiskan perut buncit incik suami ... opSsssss Sebelum nie suami memang ada masalah pembuangan sedikit. Susah nak jumpa Ms J ... tapi lepas minum SlimFast Diet, suami kata senang pulak nak membuang... tettttttt

diet mudah


Masuk hari keempat hingga ke sepuluh, suami dah dapat kawal perjumpaan dia dengan Ms J. Ini mungkin sebab apa yang banyak tersimpan dah banyak di buang kot ... kahkahh 

Sebelum nie kalau makan luar, selalunya suami akan makan 1 1/2 pinggan. Kenapa??? sebab bini dia hanya mampu makan 1/2 pinggan jerk (perut kecik!!!) bakinya si suami ler yang kena tolong habiskan... mana tak bambam !! kesian suamiku .... Tapi sejak minum SlimFast Diet nie, suami dah memang malas layan 1/2 pinggan baki makanan aku tue. Sebab suami kata perut dia macam kenyang sentiasa. Ini kerana SlimFast Diet adalah berasaskan formula organik yang berkesan di dalam pembersihan kolon secara sihat dengan adanya Oligo, Ekstrak Cassia Augustifolia dan Psyllium Husk. So ... lebih kurang 10 hari jugak lah aku tak dapat makan luar, sebab suami aku tak nak aku membazir !! hahahahh padan muka aku...

diet senang


Ini lah hasil permulaan diet suamiku dengan produk SlimFast Diet !! memang produk kurus yang berkesan !! nak langsing memang belum bolehlah ... dapat kempiskan perut buncit sedikit pun dah kira berjaya. 6kg SlimFast Diet dapat hapuskan dari suamiku !!! Aku bangga dengan suamiku sebab dapat melalui cabaran 10 hari nie. (suami aku memang susah nak amalkan diet). In Shaa Allah lepas nie boleh repeat order produk SlimFast Diet nie lagi. Kalau dapat sponsor dari My Beauty Herbs pon lagikkkk bagus !! heheheh

Rupa paras individu terpaksa dirahsiakan atas faktor
Keselamatan dan Ke'populariti'an beliau ^^


Terima kasih kepada My Beauty Herbs untuk produk kurus yang berkesan bagi kempiskan perut buncit dan In Shaa Allah semoga suamiku akan kembali langsing macam zaman muda mudi dedulu (Ermm...pernah langsing kew...huahuaa). Korang yang nak mencuba cara kurus dengan cepat, boleh lah minum produk SlimFast Diet ini.

Hubungi SlimFast Diet
Fanpages : My Beauty Herbs
Twitter : @mybeautyherbs
Instagram : mybeautyherbs



Giveaway SlimFast Diet dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs dengan hadiah dan wang tunai bernilai RM 3,600 untuk dimenangi.



Jan 16, 2014

Terima Kasih Untuk Hadiah Yang Super Awesome !!


Assalamualaikum ..... bersiaran kembali !! kesian my blog nie. Macam dianak tirikan !! hahahh ... kejap timbul, kejap tenggelam. Apalah tuan blog nie kan !!

Terima kasih pada yang sudi berkunjung ke teratak buruk yana nie. Terima kasih juga sudi tinggalkan komen untuk yana. Yang mana belum berbalas kunjungan tue... nanti yana datang ok.

Yana nak berterima kasih bebanyak kepada blogger Innanie, sebab ..... yana dapat dua hadiah !! terima kasih untuk hadiah yang super awesome !!

Yang sebenarnya, yana menang hadiah untuk kuiz Total Image Apple Stem Cell Drink. Hadiahnya ialah sebotol Total Image Apple Stem Cell Drink dan Voucher RM8 dari Watsons.


Tapi .... innanie silap hantar. Innanie ter"bagi hadiah untuk pemenang Clinicell Oral SkinCare. Masa dapat tue ... yana pon macam pelik juga. "aku menang hadiah apa sebenarnya erk..." hehehhh yang sebenar yana tak kisah pon bab hadiah. Tapi benda makan nie kena HALAL. Takut tuannya tak halalkan .... kan susah tue. hehehh Yana PM innanie, bagi tahu dia. Nasib dia halal kan ... Alhamdulillah. Dapat merasa kesedapan Clinicell Oral SkinCare.


Yana pun tak sangka innanie akan hantar juga hadiah yang betul. Terima kasih buat beliau. So yana dapat merasa dua benda lah untuk satu kuiz !! hehehhh terima kasih.

Korang selalu-selalu ler datang blog Innanie - www.coklateyes.my - sebab innanie suka share benda (hadiah) yang dia dapat pada pengunjung blog dia tau. Rugi kalau tak cuba .. sebab kuiz yang dia selalu buat memang dah ada jawapan. hehehh

****bile ler... ada mood nak update entry Honeymoon kat Pangkor erk !!






Jan 7, 2014

CPUV Nuffnang : SHARP Fridge


Assalamualaikum ... selamat pagi .... selamat hari selasa .... selamat bekerja ... berapa banyak selamat daaaa ..... hehehhh Alhamdulillah .. CPUV Nuffnang muncul lagi.

Comel pulak CPUV Nuffnang yang dapat kali nie .. comel sebab ada muka Doremon !!

doraemon

Duit dari Nuffnang

CPUV Nuffnang kali nie adalah dari pengiklan SHARP Fridge. Fuhh ... memang teruja tengok barang-barang dari SHARP nie. Mulalah nak nyanyi .... Kalau aku kaya .... hari-hari-hari raya !! kikiki 

Kalau korang pon nak tengok barang-barang SHARP yang awesome nie ... boleh lah klik iklan kat bahagian atas blog nie, macam gambar kat atas !! jangan risau ... tak kena bayar pon kalau klik .. hehehh

Hadiah CPUV dari Nuffnang di awal tahun 2014. Terima kasih Nuffnang !! 







Dec 24, 2013

Maklumat Lengkap Permohonan BR1M 3.0


Assalamualaikum


Maklumat lengkap permohonan BR1M 3.0

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian Hotline seperti yang tertera.




Dec 2, 2013

Happy Anniversary !!

Assalamualaikum ... hari nie happy sangat !! Dapat surprise dari incik hubby. Hari nie anniversary kami. Happy 2nd anniversary....

Alhamdulillah... dah dua tahun usia perkahwinan kami. Bersyukur di jodohkan dengan incik hubby.

Moga ikatan berkahwinan kami diberkati olehNya. Love u till jannah... Amin ... ♥

hadiah cincin



sejambak bunga ros
posted from Bloggeroid

Nov 21, 2013

Terima Kasih Buat Blogger HH


Assalamualaikum

Ucapan terima kasih ini yana ucapkan kepada blogger +HASRUL HASSAN  yang telah banyak membantu yana dalam berblog. Lebih-lebih lagi bantuan dari segi tutorial.


Blog HH memang banyak membantu. Banyak ilmu yang ada dalam blog beliau. Setiap kali ada masalah dengan blog, yana sentiasa ganggu saudara HH kat facebook. Alhamdulillah ... HH sentiasa balas setiap pertanyaan yana. Harap HH tak bosan dengan setiap persoalan yana ..... yelah .... yana nie bab-bab koding bagai memang failed !! yana tahu taip entry jerk ... tue pon kadang-kadang banyak yang mengarut !! hehehhh

Bagi yang belum tahu, sebelum nie yana guna domain dotmy kan ...... tapi sekarang yana dah kembali ke blogspot !! setelah terjadi kejadian-kejadian yang tak diingini. Pengguna dotmy tahu ler kejadian apa. Yana dah malas nak pening-pening kepala fikir hal nie. Lagi pun yana fikir blog yana tak perlukan domain buat masa nie. So yana kembali semula ke blogspot.

Kalau dah bertukar URL ... tahu-tahu lah ... blog kita perlu bertatih kembali untuk terindeks dalam carian maya. Dalam hal nie lah blog HH banyakkkkkkk membantu yana. Yana jadikan blog HH sebagai panduan. Kerana banyak tips-tips yang terkandung dalam blog HH.

Graf yang sedih !!

Terima kasih buat blogger HH kerana banyak membantu !!! Pssttt ... selepas kembali ke blogspot, masalah entry lambat keluar kat dashboard sampai berjam-jam dah selesai !! alhamdulillah ... 


"malu bertanya sesat jalan"






PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...