HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Jan 30, 2013

# Wordless Wednesday # 30

! Assalamualaikum !

# Wordless Wednesday # 29 / Soleh





! Assalamualaikum !


suamai yang soleh






Jan 29, 2013

Percutian Bermula ...

! Assalamualaikum !

Sekarang nie yana dalam kereta dengan hubby .... On the way ke kuala lumpur. Saja memulakan percutian dari kuala lumpur. Malam nie kami bermalam di rumah adik yana. Jimat duit hotel ... Heehhh

Dalam perjalan kat hightway nie dah berapa kali yana menguap. Arghh... Memang mata nie tak boleh tahan kalau berada dalam situasi sekarang.

Hubby pun tahan mengantuk dengan caranya sendiri. Cara apa?? Yana terpaksa menadah telinga ... Huhuhhh hubby karokkk ... Layan perasaan. Aduiiii

Hubby yana memang seorang pemandu berhemah tau ! Awal-awal dah on AES ALERT kat hp dia... Hehehhh sayang duit katanya ....

Hurmm.. Nasib baik boleh on9 guna hp. Tak ler mati akal dalam kereta nie. Heehhh terima kasih UMobile ...

Sepanjang cuti nie dapat on9 guna hp jerk lah.... Jangan terkejut kalau tengok gambar dalam entry yana sepanjang cuti nie k. Gambar akan jadi gedabakkk  besau k. Sebab update blog guna hp. Hehehhh

Moga dipermudahkan perjalanan kami... Amin..

Segmen Review : PCL , tolong review blog saya




! Assalamualaikum !


Klik utk Join

PCL , tolong review blog saya :-


Sampai dua link .... mintak-mintak LuLus .. sambil kelip2 mata. hehhh

Jom join .... ^^



SEGMEN : "WHO IS THE LUCKY ONE ? by HANNA & KK "




! Assalamualaikum !



Klik  utk Join

SEGMEN : "WHO IS THE LUCKY ONE ? by HANNA & KK"


DateLine : 25 Feb 2013




Segmen : Saya Nak Blog Saya Masuk Dalam Feed !






! Assalamualaikum !



Klik utk Join


Segmen : Saya Nak Blog Saya Masuk Dalam Feed !

Jom join reramai ^^





Jan 28, 2013

Mood Bercuti Kembali lagi




! Assalamualikum !


Bukan hari raya jerk mood nie datang ... tapi rasanya kalau boleh nak hari-hari mood bercuti nie. heheh tapi boleh mati akal juga kalau sentiasa mood bercuti nie datang.

Selalunya hujung tahun ramai yang bercuti. Tapi bagi yana yang belum mempunyai cahaya mata nie. Sabo jerk lah ... hujung tahun terpaksa menahan diri dari cuti-cuti malaysia. Kami merancang untuk bercuti lambat sedikit dari cuti yang biasa. hehehh

Sebenarnya ... yana dah tak sabar nak bercuti. Hari rabu nie yana start bercuti. Alaaaa ... tak sampai seminggu kot. Nak honeymoon dekat jerk .... tak sabar nak pergi petik buah strawbery ... lalalaaa


cameron highland


Percutian yang hanya berpandukan GPS hp sahaja untuk menunjukkan arah perjalanan kami. hehehh minta-minta tak hujan. Kalau hujan ... habis sesat kami.



**terasa lambat masa berlalu kalau kita asyik menghitung hari ... huhuhhh







Fuhhhhh ... Lega




! Assalamualaikum !


Fuhhh .... lega !!

Kembali ke blogspot !!

Semalam ingat line internet yang buat hal ... godek2 sampai pitam. Tapi still tak dapat tengok blog sendiri. huhuhhh Pinjam Hp hubby pulak. Try test ... memang blog yana tak dijumpai. 

Apa masalah ??

Tah ler ..... tak tahu ler apa yang terjadi dengan dotmy. Malas mau fikir ... ikut jejak kawan lain juga, bertukar kepada yang asal. Tak tahu ler sementara waktu ke selamanya niat untuk bertukar nie.

Mana boleh tahan tengok pageview 0 dari semalam. huhhhhh walaupon pageview mmg tak gempak. kikikkk

Yelah ..... benda free, mana boleh demand lelebih kan. Redha jerk lah ....

Fuhhhh .... lega




Jan 25, 2013

Program Saringan Kesihatan PERKESO



! Assalamualaikum !


Sebagai langkah prihatin dan penghargaan ke atas tahap kesihatan golongan pekerja yang mencarum. Pihak PERKESO telah menyediakan kemudahan pemeriksaan saringan kesihatan percuma kepada pencarum.

Pemeriksaan kesihatan percuma ini diberikan kepada semua pencarum PERKESO yang telah mencapai umur 40 tahun dan keatas mulai 01 Januari 2013.




Pekerja yang layak menerima kemudahan ini akan diberikan Baucar Program Saringan Kesihatan. Pekerja yang layak digalakkan untuk mengambil peluang ini bagi membuat pemeriksaan saringan kesihatan di klinik-klinik yang telah berdaftar dibawah program PERKESO ini.

Bagi pekerja wanita, mereka akan mendapat dua baucar dari pihak PERKESO. Satu untuk ujian kesihatan seperti pekerja lelaki, dan satu baucar lagi adalah untuk ujian kesihatan MAMOGRAM.

Bagi pekerja yang layak, anda digalakkan untuk menyemak baucar yang telah diberikan pada wakil syarikat yang menerima surat dari pihak PERKESO.

Untuk keterangan lanjut sila ke laman web PERKESO http://www.perkeso.gov.my/




Segmen Bloglist EcaDwinkyAsha 2013




! Assalamualaikum !


Klik utk Join

Segmen Bloglist EcaDwinkyAsha 2013 kelolaan ecadwinkyasha.com

Jom sama-sama join ^^

DateLine : 31.01.13, 11.59pm




Jan 24, 2013

DIY Mini Pelamin

! Assalamualaikum !

Salam Maulidur Rasul semua .... Selamat pagi dan selamat bercuti ^^

DIY mini pelamin tersebut adalah hasil kerjaan kami adik beradik. Hasilnya seperti dalam gambar... Hehehhhh takda idea nak buat konsep apa. Bubuh jerk apa yang patut. Any komen? Hehehhh

Hari nie agak sibuk sedikit. Sekarang nie pun dah macam running man. Huhuhhhh misi mencari bunga segau .... Aduh ... Kebun mana pulak nak den gedah pepagi nie .... Mencari bunga ...

Bunga .... Bunga ..... Nak cari bunga .... Nak cari bunga ....

Moga dipermudahkan lah nanti .... Amin ....

Jan 23, 2013

#2 Giveaway Day Challenge By Nabila Medan




! Assalamualaikum !



Klik utk Join







# Wordless Wednesday # 28 / Ketenangan




! Assalamualaikum !



Redha





Jan 22, 2013

Survey Baru dah Muncul dari EnSurvey




! Assalamualaikum !


Yuhuuu ... pada sesiapa yang telah join EnSurvey pasti tertunggu-tunggu survey baru setiap hari kan ... sama lah macam yana. Sebab baru sekali kot jawab survey.. hehehh

So hari nie pepagi yana Lawat lagi En Survey, Yeahhh .... ada survey baru !! 

Bagi sesiapa yang telah mendaftarkan diri untuk EnSurvey. Cepat ..... dengan segera cek EnSurvey korang. Cari Survey terbaru. Takut lambat habis pulak.

Hasil menjawab survey untuk hari ini. Yana dapat Rm3.10. Jadi lah setelah puas menunggu. hehehh




Pada yang tidak tahu apa itu EnSurvey ... boleh rujuk entry yana DISINI. Dan pada sesiapa yang ingin daftar. Boleh daftar sekarang DISINI.







Jan 21, 2013

Jalan-Jalan Time ...




! Assalamualaikum !

Tetiba hari nie macam takda mood untuk menulis entry. Banyak yang ingin dikongsikan. Tetapi hanya berlegar-legar dalam kepala saja. Semacam tak mahu keluar untuk disampaikan. Hanya mampu mencorak didalam otak saja. hurmmm

Belek-belek blog. Ternampak pulak cerita nie yang tersimpan didalam draft blog. Cerita nie masa krismas hujung tahun 2012 lepas. hehehhh nampak disitu ..... banyak cerita yang hanya tersimpan didalam draft sahaja.

--------------------

Jalan-jalan di Mid Valley Megamall


Setiap kali kami datang kuala lumpur. Rumah adik yana, kat Mid valley nie ler tempat adik yana bawak kitaorang melepak. Memenatkan kaki, betis segala bagai. Alasan dia sebab dekat .... malas nak meredah jem di kota kuala lumpur tue .... weeeekkk nipu lebih adik yana tue. Malas cakap ler .... hehhhh

Cerita nie sebenarnya adalah rentetan dari sambutan hari lahir mak yana. Entry kat SINI

Kami pergi mid valley hari tue untuk cari hadiah mak. Mak nak blender perbagai guna .... hamboi demand nampak .... hehehhh nasib baik tak mintak rantai kapal .... fuhhh

Kitaorang yang perempuan jalan-jalan cari hadiah sambil mencuci mata. Yang lelaki?? heehhh diorang jaga anak-anak seludang ler ..... Habis diorang dera Haziq. Tengok gambar bawah nie .... kesian budak tue.



Tapi dak tecik nie memang ligat berjalan sejak dah dapat kaki .... awak tue baru 1 tahun 6 bulan. Tapi tak boleh nampak budak lain dekat ngan dia. Siap menegur ajak bermain. Haziq ... haziq ....


Gambar bawah nie .... terserlah kecomelan yana. Terkecik antara adik-adik yang lain .... huhuhhhh


Yang bedua bawah nie ..... diorang nak menunjukkan boikot terhadap McD ... konon ler tue. Makan roti bakar kat luar McD jerk. Tapi dalam hati .... terkeliur jugak dengan haruman makanan McD tue ...  poyo jerk kan ....


Bila time dah habis shopping sume. Balik rumah sume terbongkang !! sakit kaki segala bagai. Bukan penat berjalan .... penat ber possing jerk. Ekk elehhh ^^


***Hari-hari seperti ini susah untuk terjadi .... bila dapat berkumpul sekeluarga adalah kenangan terindah buat kami***







Jan 18, 2013

Kepentingan Asid Folik - Sebelum dan Semasa Mengandung




! Assalamualaikum !


folic acid



Apa itu Asid Folik ?
  • Asid folik adalah Vitamin B yang sangat penting dalam kehamilan untuk mambantu wanita sebagai persediaan untuk mengandung. 
  • Ia dapat membantu mengatur pembetukkan sel saraf "embryonic" dan "fetal" yang amat penting untuk tumbesaran yang normal.


Siapa yang memerlukan Asid folik ?
  • Semua wanita yang berumur 14-44 tahun, terutama bagi wanita yang ingin hamil.
  • Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang.

Bila Asid folik perlu diambil ?
  • Sekurang-kurangnya 3 - 6 bulan sebelum mengandung (@berkahwin)
  • Semasa mengandung sehingga melahirkan.

Mengapa Asid folik penting ?
  • Ia dapat mengurangkan kecacatan saraf tunjang
  • Dapat mengurangkan keguguran, kelahiran pra-matang dan kekurangan darah
  • Mengurangkan kecatatan lain seperti :- sumbing lelangit, kecacatan pada jantung, pembentukkan kaki dan tangan yang tidak sama dan kecacatan pada sistem pembuangan air kencing.

Pengambilan Asid folik
  • Hanya satu biji setiap hari.
  • Dos bagi wanita biasa adalah 400 microgram
  • Dos bagi wanita yang hamil adalah 600-800 microgram


***Alamak ... stok dah abis !!







Penting ke Lagu Dalam Blog ??





! Assalamualaikum !




Semalam yana dapat komen dari cik Ano .... dia tegur lagu dalam blog yana. Terima kasih kepada cik ano untuk teguran ini. Rupanya ada juga yang jujur menegur untuk kebaikan blog yana. Yana amat hargai komen dari cik ano.

Mungkin ke ramai yang lari dari blog yana disebabkan terkejut dengan lagu yang di pasang di blog ini?? owh .... sedihnya !!! maaf terperasan ramai readers.

Disebabkan yana suka lagu Hazama ini, mungkin orang lain ada yang tidak suka. Maaf yana tak ambil berat pada perasaan orang lain. Tapi yana suka lagu nie!!! huhhuhhh

So korang rasa Penting ke Lagu Dalam Blog??

Patut ke yana buang lagu dalam blog ini? or tukar lagu lain? atau ... tah tak tahu. hehehh

Tolong bagi pendapat JUJUR kat yana .... smile ^^





Jan 17, 2013

Hasil Gigih Penuh Kasih Sayang




! Assalamualaikum !


Hari tue hubby ada request suruh buat nama yana dan hubby gantung dalam kereta. Hubby cakap buat besar-besar!!

Malam tadi gigih ler yana menjahit, buat Love dari felt. Handmade 100% okeh ... sakit-sakit tulang belakang nie. Tapi jahitan penuh kasih sayang tue ... kikiki poyoz


felt love


Hasilnya ..... pagi tadi dah siap gantung dalam kereta okeh !! 

tetiba hubby cakap "mak oittt ...... besarnya !!"

hahahhahhh amek kau ... penuh kasih sayang tue.




Kalau berminat barangan seperti handmade (jahitan penuh kasih sayang) nie. Korang boleh lah usha blogshop yana ok. 






Giveaway NewYear 2013 JiwarOsak




! Assalamualaikum !

Klik utk Join
-------------------------------------------

Senarai Sponsor

  mGosip
  Cuba Teka 

-------------------------------------------

Jom kita meriahkan Giveaway NewYear 2013 JiwarOsak. Banyak hadiah menarik yang disediakan. Jangan ketinggalan. Jarang yana join Giveaway gempak macam nie. Tapi hari nie tergerak hati nak join. Semangat tahun baru kot ... hehehhhh harap-harap ada rezeki di tahun baru ini. amin ...

Hadiah yang diberi memang gempak syehhh ..... dan yang penting, memang takkan hampalah. Sebab .... semua peserta yang join giveaway nie akan dapat BROOCH tajaan dari Belalang Hijau Perisik - Blog !!!

---> SENARAI HADIAH <-----

Untuk keterangan lanjut, Sila klik Banner gempak diatas.


Tag : +Mimie Najib , +Sheila Salim  , +Nurmujahidah Ismail 


Giveaway BERMULA pada 7Jan dan TAMAT pada 1FebPEMENANG akan diumum pada 4Feb pukul 12 Tengahari




Jan 16, 2013

# Wordless Wednesday # 27 / Sahabat




! Assalamualaikum !


kata motivasi



# Wordless Wednesday # 26 / Renungan



! Assalamualaikum !





# Wordless Wednesday # 25 / MyBlogshop





! Assalamualaikum !


*Copy And Paste it into your blog ok


Let's Follow

Jan 15, 2013

AirAsia - Free Seats




! Assalamualaikum !




Pagi tadi datang office terus menjalankan misi mem'booking tiket AsiaAsia.

Wooowww Air asia telah menjalankan promosi lagi dengan memberi tempat duduk percuma untuk tempoh perjalanan dari 20 Aug 2013 sehingga 09 Feb 2014.

Yana pun tak lepaskan peluang untuk ber honeymoon lagi .... walaupun hujung bulan nie akan honeymoon.

Booking telah BERJAYA !! yeah ... walaupun 2x terpaksa hadap ralat.. tapi berbaloi juga.

Jom booking di www.airasia.com


***Cukai lain dikenakan***

------------------------------------------

UPDATE

Tiket penerbangan adalah PERCUMA *bergantung kepada tempat kosong*
Bayaran lain yang dikenakan seperti dalam gambar dibawah.



------------------------------------------------------------------






Jan 14, 2013

My BlogShop




! Assalamualaikum !


Salam isnin semua ..... harap semua sihat senantiasa.

Maaf kalau yana masih belum muncul untuk membalas jejak kalian.

Yana sedang membina satu Blogshop sendiri, untuk memasarkan produk jualan yana maaf ter'poyo'

So BZ sikit "mengedit" blogshop. Yelah ... yana nie tak pandai coding segala bagai tue. hehehh so ada ler slow sikit. Takpelah ... biar lambat asal selamat. hehehh

Pada yang sudi ... jom follow Blogshop yana SELL & SOLD




Kalau ada pendapat @ pandangan mengenai blogshop yana tue. Boleh lah share dengan yana k.

Masih hijau daun lagi itu Blogshop

Saya budak baru belajar ... ^^






TUTORIAL : Centerkan Header Blog




! Assalamualaikum !


TUTORIAL : Centerkan Header Blog



1. Dashboard -> Template -> Edit HTML -> Expand Widget

2. Cari code dibawah ( CTRL+F )

 /* Content

3. COPY code dibawah dan PASTE kan DIATAS langkah 2 ( /* Content)

.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;}

4. Contoh seperti gambar dibawah ini


5. Preview -> SAVE







Jan 11, 2013

TUTORIAL : Cara Buat Watermark




! Assalamualaikum !


Apa itu Watermark ?


Watermark adalah merupakan penanda bagi menunjukkan sesuatu gambar itu kepunyaan kita iaitu hak milik peribadi kita.

Blog yang jenis personal, selalunya meletakkan gambar family, hubby, adik-beradik ... etc adalah hak peribadi kita. So bagi menjaga gambar tersebut. Kita bolehlah meletakkan watermark di gambar tersebut untuk menjadi penanda hak milik kita.


TUTORIAL : Cara Buat Watermark menggunakan PhotoScape


STEP 1. Pergi ke Web Cooltext.com DISINI

STEP 2. Pilih Watermark / Stail yg korang minat


STEP 3. Setting apa yang perlu (contoh gambar dibawah)

STEP 4. Pastikan File Format PNG sebelum klik CREATE LOGO




STEP 5. Download Image (SAVE)


STEP 6. Open PhotoScape - Editor - Pilih Gambar - Object - Photo - Pilih watermark 



- Well DoNe -







SEGMEN : SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN




! Assalamualaikum !



  1. NAMA : Norliana Abd Malek
  2. TARIKH LAHIR : 03 Mei 198*
  3. Folower mimie sedia ada ^^

***Dah bagi tarikh lahir tue ..... agak-agak boleh dapat hadiah tak tuan segmen... hehehhh

Jom reramai join segmen dari blogger ini
klik DISINI untuk join




SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia)




! Assalamualaikum !


skrim amanah rakyat 1malaysia



SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia) adalah skim yang telah dilancar oleh Perdana Menteri pada awal tahun 2012 lepas yang dapat memberi manfaat kepada isi rumah yang berpendapatan antara RM500 hingga RM3000.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau SARA 1Malaysia merupakan gabungan produk pelaburan unit amanah dan produk pinjaman yang mana Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau SARA 1Malaysia ini mampu memberikan aliran tunai atau insentif bulanan yang konsisten kepada satu-satu isi rumah.

Yana adalah salah seorang pemohon skim SARA 1Malaysia ini. Alhamdulillah ... petang semalam yana telah menandatangai surat perjanjian antara Maybank yang menjadi pilihan pinjaman yana. Yang bagusnya skim ini tidak ada interes yang dikenakan oleh bank yang memberi pinjaman RM5000 yang berbentuk sijil. Tempoh skim adalah selama 5 tahun sahaja.


Skim Amanah Rakyat 1Malaysia


Yana pula hanya perlu membayar RM84 pada bulan pertama sehingga bulan ke 59, dan RM44 pada bulan ke-60 iaitu bulan terakhir. Setiap kali pembayaran yang dibuat setiap bulan, yana akan mendapat dividen dari skim SARA sebanyak RM134 setiap bulan bayaran. Nampak tak keuntung disitu?



SARA 1Malaysia


Setelah tamat tempoh matang skim tersebut iaitu lima tahun, keuntungan yang diperoleh melalui skim SARA 1Malaysia adalah lebih kurang 13k. Iaitu RM5000 (sijil SARA) + RM8040 (dividen) = RM13040.00. Alhamdulillah ... ada juga tabungan buat kami.




Permohonan telah ditutup

-----------------------------

“keuntungan tetap bukan bergantung pada satu sebab, ia juga bergantung pada banyak faktor, skop dan bidang sesuatu itu…”


Contoh yang simple, pernah tak gi kedai beli roti, maggis, beras? adakah harga brg2 tersebut berubah-rubah setiap hari? tidakkan... bermakna harganya tetap, keuntungan juga tetap tak... so takkan la seluruh malaysia yg punya keuntungan tetap dlm jualan brg2 runcit ni haram..

Untuk pengetahuan, pinjaman untuk skim ini melalui bank tidak dikenakan sebarang ‘faedah, intrest, bunga, riba etc… so rasanya memerlukan selidikan yg mendalam serta bertanya pada mereka yg benar2 fasih dlm bidang ini…dan salah satu term@syrt dlm skim ni adalah ‘pelaburan boleh ditamatkan pada bila2 masa tanpa ada pampasan’-apa maksud ayat ni? bermakna pelaburan yg mungkin alami kerugian di masa akan datag tidak akan dipulangkan balik modal yg dilabur..dalam soal skop pemberian antara pemerintah kepada rakyat ianya juga berbeza”.

-----------------------------------------------------------------------


Jan 10, 2013

Tambah Pendapatan dengan EnSurvey




! Assalamualaikum !


Kini muncul lagi program iklan yang boleh memberi kita sedikit pendapatan hasil dari melayari internet setiap hari. Sambil-sambil kita online, ada lah juga duit masuk dari membazir bayar duit internet kan. Yana usha program nie pun lebih kurang seminggu baru berkesempatan untuk join. Terima kasih kepada blogger TiranaAduka dan DenaiHati untuk info ini.

Program nie tidak memerlukan kita untuk share link iklan tersebut. Kita hanya menjawab beberapa soalan yang telah disediakan oleh EnSurvey sahaja. Senang bukan?? 

Tutorial : Cara daftar EnSurvey


  1. Klik DISINI untuk daftar (yana pilih connect FB, lagi mudah)



2. Bila dah daftar, ada tour yang akan guide korang. klik jerk NEXT - CONTINUE (fahami)




3. Klik Verify My Profile (seperti dalam gambar dibawah)




4. Akan bawa ke halaman seperti dalam gambar dibawah. Semak details korang. Pastikan letak nama dalam ic "Full Name". Tick kotak declare.




5. Korang dah boleh start jawab Survey dari EnSurvey. (Survey yang kotak hijau "LIVE" sahaja yang masih berjalan survey).




Yana baru jawab satu survey dah dapat RM0.80. Senang jerkkan .... 




Jawapan untuk persoalan EnSurvey


  1. Pendapatan bagi setiap tinjauan: RM2.00 – RM20.00 (bergantung kepada pihak klien)
  2. Syarat Pengeluaran Pendapatan : Jika pendapatan anda mencecah pendapatan minima, iaitu sebanyak RM100
  3. Yuran pengendalian: RM2.00 setiap kali pendapatan ditunaikan
  4. Konsep: Dapatkan ganjaran dengan menjawab soal selidik yang ringkas (tidak melebihi 5 minit)
  5. Tempoh Pembayaran: 45 hari selepas permohonan pengeluaran dibuat


Setiap survey akan ditujukan khas kepada kumpulan pengguna yang berbeza. Oleh itu, kita dan juga rakan-rakan kita dapat melihat survey yang berlainan berdasarkan maklumat profil yang telah diisikan di atas laman web.


Jom Daftar segera DISINI. Jangan Ketinggalan ^^










UTC Melaka - Urban Transformation Centre




! Assalamualaikum !




UTC adalah singkatan kepada Urban Transformation Centre atau Pusat Transformasi Bandar. Ia adalah satu usaha dan inisiatif kerajaan untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti Bandar dalam satu pusat atau bangunan. UTC diperkenalkan untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan dan kerjasama dari pihak swasta. Terdapat lebih kurang 70 agensi kerajaan, pihak swasta, NGO yang bernaung didalam satu bangunan.



UTC Melaka telah dirasmikan oleh YAB DATUK SERI UTAMA MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK iaitu Perdana Menteri Malaysia pada 23 Jun 2012. UTC Melaka beroperasi dari jam 8.30 pagi - 10.00 malam setiap hari.

UTC Melaka yang terletak di Jalan Hang Tuah menjadi kebanggaan rakyat Melaka kerana ia adalah UTC yang pertama Didunia diwujudkan. UTC Melaka juga menjadi rujukan kerajaan persekutuan bagi mewujudkan UTC lain diseluruh negara. Contoh UTC lain yang telah dibangunkan adalah UTC di Pudu Sentral, Kuala Lumpur. 

SENARAI AGENSI / PERKHIDMATAN DI UTC MELAKA


UTC MELAKA
KLIK UTK BESAR

10 KLUSTER DI UTC MELAKA

  1. Perkhidmatan Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat
  2. Perkhidmatan Pendidikan, Latihan dan Pekerjaan
  3. Perkhidmatan Pembangunan Perniagaan dan Keusahawanan
  4. Perkhidmatan Kesihatan
  5. Perkhidmatan Kewangan
  6. Perkhidmatan Kerajaan
  7. Perkhidmatan Pembangunan Belia
  8. Perkhidmatan NGO
  9. Perkhidmatan Utiliti
  10. Perkhidmatan Keselamatan

Pada sesiapa yang memerlukan perkhidmatan yang cepat bolehlah berkunjung ke UTC Melaka. Di UTC Melaka juga ada menyediakan pusat jagaan kanak-kanak. Sementara kita selesaikan urusan di kaunter, anak-anak bolehlah ditinggalkan di pusat jagaan tersebut. Gym pun ada disediakan. Dengan bayaran serendah rm1 sahaja.... Macam-macam ado kan .....


Peta Lokasi ke UTC Melaka




Keterangan lanjut boleh ke laman WEB UTC http://www.utc.my  

"Melaka Maju Negeriku Sayang - Negeri Bandar Teknologi Hijau"










PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...