HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Showing posts with label anakbuah. Show all posts
Showing posts with label anakbuah. Show all posts

Apr 30, 2014

Kanser Kembali Menyerang

Terasa tak bermaya saja sekarang nie. Letih majlis kahwin adik ipar belum lagi habis. Berita sedih pula datang berkunjung.

29.04.2014 aku dapat anak buah baru lagi. Alhamdulillah ... along aku selamat melahirkan anak kedua dengan cara pembedahan. Berat baby 2.02kg. Baby tak cukup bulan .. patutnya bulan 6 baru lahir. Tapi baby asyik mengeras saja, tak sabar nak lihat dunia. Doktor kalau boleh tak nak baby keluar dulu. Asyik suruh along aku rehat saja, bila baby dah tak bermaya baru kelam kabut buat pembedahan .. hurm ... macam-macam hal. Belum aku cerita pasal along aku kena tinggalkan kat luar bilik bedah lama gile lepas pembedahan, sampai ada efek kat buah pinggang along aku !!

kanser

Mak aku tak puas hati sikit !! sebab along aku tak dapat tengok baby dia lagi. Along aku bersalin secara pembedahan. Kena bius separuh badan. Sepatutnya, doktor kena tunjukkan baby kat along aku lepas baby selamat dilahirkan ... tapi doktor langsung tak bagi along aku tengok baby dia. Sekarang along aku dalam bilik ICU. Bila along aku akan dapat tengok anak dia?? huh ..

Untuk pengetahuan, sebelum nie along aku ada Kanser Pankreas / Hempedu. Kalau boleh, doktor nasihatkan along aku tak boleh mengandung dalam dua ke tiga tahun nie. Tapi .... dah rezeki dia, terima jerk lah. Mungkin along aku banyak simpan rahsia tentang penyakit dia nie. Lepas bersalin, baru tahu kanser dia yang dulu doktor kata dah baik, rupanya mula menyerang kembali !! Ya Allah...

Along aku sekali lagi jadi penghuni dalam bilik ICU. Baby tak cukup bulan, so kena duduk dalam bilik kaca. Tapi keadaan baby stabil. Cuma ... along aku saja yang tak berapa nak stabil. Tau jerk lah keadaannya, kalau dah ditempatkan kat dalam ICU. Berselirat dengan wayar-wayar.

Ya Allah ... kau kuatkan lah semangat along aku untuk menghadapi dugaan Mu ini. Jauhkanlah dari sebarang penyakit yang memudaratkan.

Aku nak kerja pon takda mood. Tapi hari nie kena kerja juga setelah bercuti lama. Arghhh ... aku nak balik !! tak sanggup rasanya nak kerja, tapi hati kat tempat lain.


Jan 14, 2014

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum... salam maulidur rasul buat semua.

Hari nie mesti ramai yang cuti kan. Bagi yang bekerja, selamat menjalankan tugas dengan redha... hehehh

Alhamdulillah pagi tadi dapat lihat perarakan bagi sambutan Maulidur Rasul pada tahun nie. Bawak anak-anak buah. Seronok mereka dapat lihat perarakan yang menggabungkan banyak agensi.

Bagi yang ingin tahu, tahun nie tema maulidur rasul adalah "Wasatiyyah Tunggak Kesatuan Ummah".

Ok lah... selamat bercuti semua. Salam Maulidur Rasul.











posted from Bloggeroid

Sep 3, 2013

Bila Haziq Masuk Hospital

Assalamualaikum

Bila haziq masuk hospital.... memang gamat ler hospital yang sunyi sepi dari kebiasaan.

Haziq merupakan anak sulung along yana. Haziq juga merupakan anak kesayangan suami yana... manja sangat dengan suami yana.

Semalam haziq kena tahan wad.... sebab ada lendiran yang sukarkan dia untuk bernafas. Asal hisap susu jerk... asyik tersedak sebab tak dapat tarik nafas. Doktor kata takda apa yang serius. Cuma tekak dia ada luka sedikit. Sebab tue kena tahan hospital.

Semalam pergi lawat haziq kat hospital... YaAllah... seriau yana nak tengok haziq. Bukan sebab sakit yang serius..... tapi ke"aktif"an (ejaan baru) haziq yang buat kami tak senang duduk.

Bayangkan.... kat tangan dia tue ada tiup untuk masuk ubat. Tapi dia macam takda rasa sakit pulak. Berguling-guling kat lantai. Pastu siap berlari-lari satu hospital. Yang tak tahannya.... tukang tolak besi (besi yg ada tiup masuk air sambung kat tangan... tengok gambar.hehehh). Semput orang nak kejar dia.

Adoi..... haziq.... haziq. Memang sungguh aktif. Siap dia kenal nurse yang injit dia. Asal nampak nurse tue dia cakap "akut...akut....." (takut). Mesti dia fobia... hehehh kesian....

Mintak-mintak haziw boleh keluar hospital secepat mungkin. Kesian kat along yana semput nak kejar anak dia yang terlampau aktif tue... hehehh

PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...