HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Jun 29, 2012

Tutorial *2 = Iklan Bergerak


Assalamualaikumhttp://matcuoi.com

Tutorial kali nie untuk iklan pulak. Tak kisah lah iklan apa pun yang korang nak letak. Kalau belum daftar .. jom daftar sekarang. Daftar Nuffnang ... Daftar ChurpChurp ... Daftar Says.com ... Daftar HeartBeat . Janji dah daftar. Iklan nie secara tidak langsung dapat tambah pendapatan sampingan korang. Tak banyak sikit pon jadiklah kn. Baca cni sekejap. Dah baca apa lagi .. Daftar lah cepat .. hehehe

Berbalik pada Tutorial kita tadi okies :-

1. Design + Add a gadget + HTML/JavaScript
2. Copy code dibawah ini kedalam HTML/JavaScript


<marquee direction="left" onmouseover="this.stop()" onmouseout="this.start()" scrollamount="2" width="150" height="200">
 <a href="link untuk iklan" target="_blank"><img src="url gambar" /></a>
<a href="link untuk iklan" target="_blank"><img src="url gambar" /></a>
 </marquee>



Arah pergerakan gambar : "up" "down" "right"
Kelajuan pergerakan gambar : Semakin tinggi angka semakin laju
Kelebaran & ketinggi ruang iklan : Ikut kesesuaian tempat iklan
Link untuk iklan : Link yang hendak dishare bila di klik
Url gambar : Gambar yang hendak dipamerkan

** kalau anda ingin menambah jumlah iklan, cuma copy paste kembali bahagian ini

<a href="link untuk dibuka" target="_blank"><img src="url gambar" /></a>
<a href="link untuk dibuka" target="_blank"><img src="url gambar" /></a>

macam gmbr nie

3. Save .... Dah siap 


Klik ler iklan Yana nie dgn ikhlas k




http://matcuoi.com






Nak kerja ke taknak nie!!


Amboi Tajuk macam marah kan .. kn. Tapi memang marah pun .............. Geram, bengang dengan satu company nie ( yang ada kaitan dengan pokok sawit tue ... ) Yana hubungi mereka sampai 3 ke 4 talian. Tapi susah sangat nak berjawab. Bila dah berjawab, dia main pas-pas plakkkk. Ingat yana buat larian baton kew. Call jam 10pagi. "maaf orang yang incharge keluar makan pagi" Tak cukup staff kew?? Meh yana isi jawatan kosong tue. Geram jerk .. sabo jerk lh. Kita nak register dengan company uolz pon susah ekk. Sampai jam 12.30pm nie masih takda orang boleh jawab pertanyaan yana nie. Talian untuk dihubungi punyalah banyak ... tapi yang ado.

Moral of the story : Sabo jerk lah ~~~  


http://matcuoi.com

Jun 28, 2012

Rahsia disebalik Mangkuk Tandas


Assalamualaikum

Apa yang rahsia sangat dengan mangkuk tandas nie?? tengok tajuk tak boleh blah ... hehehe Tapi sejak Yana tengok gambar nie ... Euwwww jadi tak senang duduk (duduk kew ..) yana tau. Risau, takut, ngeri ... semua ada lah. Adoiii aiiii. Nak tau gambar apa?? jangan menyesal pulak kalau dah tertengok ... kikiki hah tengok bawah nie

!
!
!
!
!
buat suspend plak yana nie
!
!
!
!
!
!
!


tadaaaaaa .. tue dia

Selepas nie kalau nak "membuang" tue ... berhati-hati lah selalu okies. Pastikan rumah anda tidak bersemak samun. Senang benda nie nak ada ... huhuh

(bukan dirumah yana tau .. sumber dari facebook)



http://matcuoi.com




Jun 27, 2012

OMG !!

Assalamualaikumhttp://matcuoi.com 

Hari nie tak dapat buat entry panjang berjela ler .... hukhuk ke"bz"an melanda diriku !! banyaknye kerja yang perlu disiapkan. Semua tengah kejau nie. AduHhhh ...... sampai tak tahu mana nak buat dulu (lawat blog sempat ek.. Sshhh)

Banyak pulak nak kene renew kan lesen company nie. Sampai otak yana pon dah kelaut hari nie. Cakap banyak pon bukan boleh siapkan kerjakn. So yana berangkat dulu ea ... tak ke mana pon. Nak settle kan kerja ler .. hehe poyo jerk. Mengantuk pon ado !! baik yana ikut tips nie. Korang2 yang mengantuk pon jangan lupa ikut tips nie OKIES...... papai


http://matcuoi.com



1st Give Away by Aliana



Jom join 

1st Give Away by Aliana


Syaratnye simple sahaja. Hadiah pun menarik tau ... klik banner utk lebih lanjut.







Jun 26, 2012

Tips *3 = Cara hilangkan mengantuk


Assalamualaikum

Jom kita cuba try test cara-cara dibawah nie untuk mengatasi rasa mengantuk anda tyme tengahari macam sekarang nie. Perut dah kenyang ... mengantuk ler tue. 

Caranye ...http://matcuoi.com 

1. BASUH MUKA
Cara nie paling berkesan. Boleh menyegarkan mata dan minda anda. Alang-alang dah basuh muka tue. Ambil wuduk dan solatlah. Solat pun merupakan satu senaman jugak.



2. DUDUK DIKAWASAN BERCAHAYA
Apabila tersangat mengatuk, anda pergi lah duduk ditempat yang mempunyai cahaya yang terang. Duduk tepi tingkap ke, bawah lampu ke ... biar besar sikit biji mata anda. heheh



3. MEMANDANG WARNA HIJAU
Warna hijau nie boleh mendamaikan mata. Sebab tue kalau boleh buat wallpaper pc tema HIJAU. Hijau juga boleh menghilangkan stress.



4. WANGIAN AROMATERAPI
Wangian aromaterapi juga dapat mengurangkan rasa mengantuk anda. bauan yang segar dipercayai dapat meransang deria bau sekaligus mengurangkan rasa mengatuk anda. Jadi pilih lah bauan yang segar. Jika tiada wangian aromaterapi, minyak cap kapak pun boleh.



5. SENAMAN RINGAN
Menggerakkan anggota tubuh badan anda macam kaki dan tangan. Ikutlah cara senaman dibawah nie. kompom hilang mengantuk.



SeLaMaT MenCuBahttp://matcuoi.com 


Jun 25, 2012

Tips *1 = Masker Putih Telur


Assalam semuahttp://matcuoi.com



Hari nie yana nk share 1tips kecantikan.. chewahh Kita buat masker untuk muka dengan menggunakan Putih Telur. Jom lah kita manja2kan kulit muka kita. Masker nie elok untuk kulit yang berminyak dan boleh buang noda2 hitam bekas jerawat.

Kita boleh pakai masker nie seminggu 1x (untuk kulit kering) dan seminggu 2x (untuk kulit berminyak).

Bahan-bahan :-
1. Sebiji Telur ayam (tak kisah ler gred ape pon)
2. Tisu toilet (sebab dia tebal)
3. Bekas (mangkuk)
4. Garfu
5. Toner / penyegar wajah

Caranya :-
1. Asingkan putih telur (kuning telur boleh di grg mkn ngn nasi lemak..heheh)
2. Pukul putih telur tersebut sehingga berbuih
3. Ambil buih putih telur tersebut (buih sahaja)
4. Oleskan dikeseluruhan wajah anda (kecuali mata, bibir & lubang hidung)
5. Lekapkan Tisu toilet sementara wajah masih lembab
6. Biarkan wajah betul2 kering selama 10 ke 15 minit
7. Bila sudah kering, tarik tisu tersebut dengan perlahan2
8. Basuh muka dengan air suam (jangan guna sebarang pencuci muka)
9. Keringkan wajah
10. Sapukan toner ke wajah (untuk kecilkan pori2)



http://matcuoi.com



Tutorial *1 = Tab menu simple


Assalamualaikumhttp://matcuoi.com

Pagi tadi Yana ada buat Tab Menu yang bagi yana super simple. Tutorial nie yana guna Mozilla tau. Tak percaya?? jom tryhttp://matcuoi.com


1. Pertama sekali korang kene Create Button Tab tue dulu. Caranya .. Yana guna PhotoScape. Ikutlah macamana korang nak buat. Yana buat simple jerk. 





2. Dah siap Tab korang yang cun tue ... korang bolehlah upload kat Photobucket untuk dapatkan HTML Code. Kalau takda akaun Photobucket. korang kene lah register dulu okies.



3. Pergi ke design + add a gadget - HTML/Javascript

4. Paste code dari photobucket tadi ( copy HTML Code )

5. Klik image tadi then link kan dia pada mana-mana page website korang.



6. Save 

7. Dah save korang drag jerk gadget tue kat mana-mana tempat yang korang rasa sesuai untuk letak page tue. Then save sekali lagi.



8. Tadaaaa ... dah siap





**Tak Cuba Tak Tahu**




Jun 23, 2012

Segmen Hujung Minggu: Aku Follow Kau Follow






Jom kita ber"segmen" lagi ... segmen kali nie datangnya dari blog Cik Atiqah. Biasa lah syaratnya tersangatlah mudah. Tapi segmen nie sekejap jerk k.. yelah tengok tajuk pon "Semen Hujung Minggu". So apa lagi cepatlah. Klik jerk Banner cute atas tue k. Jom kita bersama-sama follow meng"follow" (ayat baru kew..haishh)

Sebelum tue klik cni dulu k 

Tarikh tutup : 24 Jun 2012 ( Jam 10 malam)


Jun 22, 2012

Follower ke 123 YaNa ^^




Salam Jumaat semua ... wahh tengok tajuk mesti korang dah tahukan apa yang yana nak bebelkan kat cni. heheh gedix jerk yana kan. follower baru 100 lebih dah nak heboh !! (ado den kesah .. lalalalaaa) bukannya apa, yana macam tak percaya ada jugak yang nak follow blog yana yang tak seberapa nie. walaupun tak glamour .. kau hado?? hehehe

Petang semalam sebelum balik kerja. Bukak blog sekejap... jeng jeng jengggg ... yana nampak No.123 follower dari adik manis nie nnatehamustafa jom singgah blog beliau jugak. 

Kalau tengok profile yana, blog nie dah terwujud pada sept 2010 lagi. Tapi masa tue suka suki jerk buat blog nie. takda tujuan pun. Follower pun baru 3 - 5 org. Tue pun kawan-kawan yang kene paksa join yana .. hahah sadis jerk.

Yana mula aktif blog balik masa bulan april 2012. maksudnya baru 2bulan lah. tapi alhamdulillah follower yana dah seratus lebih. Tue pun sebab yana rajin masuk segmen, blogwalking, skodeng sana skodeng cni.. heheh insyallah .. mungkin lepas nie akan lebih aktif lagi. 

Terima kasih pada kamu-kamu yang sudi follow blog yana. harap-harap follow dengan ihklas ea .. rajin-rajin lah datang melawat blog yana. Kunjungan kalian dialu-alukan ... kalau ada kekurangan habaq mai k. 









Jun 21, 2012

Berlagak + Sombong #_#




Huh !! pagi-pagi lagi mcm nak bertukar jadik orang ijau nieh!! Geram sangat dengan manusia yang Sombong ! Belagak bagus jerk. Kita tak tahu sebab tue bertanya.

Yana cukup tak suka dengan orang yang ada sifat macam nie. Orang sekarang cakap " macam gud2 jerk"

Yana tanya baik2 ... boleh pulak dia jawab macam nak mintak pelempang yana nieh! huh. Buat yana ilang mood jerk pagi2. Sabo jerk lah. Budi bahasa kan budaya kita .... tak perlulah Belagak sangat. Mati tanam dalam tanah jugak. 


Jauhilah sikap macam nie. Boleh buat orang menyampah! Free2 jerk makan maki orang. SEKIAN ~





Jun 20, 2012

AhLi BaRu ^^


Assalamualaikum dan selamat petang semua ... yuhuuuu aik kemain happy lagi. Tadi kemain stress. hehehe Yana dah stop buat kerja tadi. Sakit otakkkk ... sebelum kene anta wad sakit mental baik yana cuci otak. berhenti dulu sebelum terlambat
(ayat poyo).

Yana nak share cerita terbaru nie ... Semalam 19.06.2012 tepat jam 11.45mlm lahirlah ahli baru dalam keluarga yana. Nama dia Adam Zarif dengan berat 3.78kg. Wow patutlah sampai kene operate untuk melahirkan Adam Zarif nie. kalau nak tahu, Adam Zarif nie anak sulong adik yana. Cuba baca entry nie.

Alhamdulillah .. Walaupun mengalami sedikit kesukaran dalam proses kelahiran Adam. Tetapi kami bersyukur sebab dipermudahkan juga OlehNya.

Ada dua keping gambar Adam (cilok dari FB papa nya) yang yana dapat share kat sini. Baby kene duduk dalam tue (tak reti nak sebut) sebab doktor nak stabilkan pernafasan dia. Jantung Adam bergerak laju. Tapi doktor cakap takda apa perlu dirisaukan. itu hanya sementara jerk. Muaxxx cepat2 balik melaka ea... makngah tak sabar nk jupe http://matcuoi.com






Apa Pon Tak Bley !!



Assalamualaikum ..... Bukak mata tue besaw2. tau ler baru lunch. http://matcuoi.com hehehe Yana tak sempat nak lunch lagi (macam biasa ler) tapi layan blog sempat pulak kn .. kn. haishh

Dari pagi tadi yana buat BZ gilew. kenapa buat BZ?? sebab kalau tak buat BZ yana akan jadik malas! malas nak siapkan kerja-kerja yang melambak nie. Sebelum-sebelum nie yana cool jerkkk .. nie dah last minute, apa lagikkk hidupkan enjin ler... BrommMmm (bwk moto kew) http://matcuoi.com hahaha





Yana ada dua kerja penting PENTING ! yang kene siapkan sebelum akhir bulan nie. Yana tengah berusaha siapkan apa yang patut untuk renew lesen company. huhuhu den poninkkk ... toing toing !! kedua-dua benda nie tak boleh settle sebab sangkut dengan AUDIT Report! ada dokumen yang perlukan Audit Report.

Yana penink dengan auditor audit yang dilantik oleh company yana nie. kejap-kejap call ... mintak itu ini. padahal sume dokumen dah bagi. Carikkkkkkkkkkkk ler. adoyai ... rasa nak g bentang jerk sume depan mata dia. Apa pon tak bley !!

Ok lah nak sambung siapkan apa yang patut. Kalau tak dapat siapkn. Yana jugak yang akan dipersalahkn. Walaupon Audit report yang lambat keluar. Cakap banyak pon tak guna. http://matcuoi.com ADIOS !! 


Jun 19, 2012

JaLaN-JaLaN


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Hari tue Yana ke rumah adik di KL. (lambat update entry) Pergi untuk membawa emak ku pulang!! heheh Cuti sekolah hari tue mak ke rumah adik, baca disini. Cuti sekolah dah abis bawak ler mak pulang ke Melaka semula. Orang disini pon rindu masakan mak lah... hehehe



Bila dah kesana...apa lagi kesempatan berjalan-jalan ler. Bukan selalu dapat keluar ramai-ramai macam nie. Lagi pun memang sengaja bawak mak buyung (adik) bersenam. Usia kandungan dia dah 9bulan. Orang-orang tua cakap lagi banyak jalan. lagi bagus untuk cepat / senangkan masa bersalin.


Jalan-jalan kat Dataran Merdeka. Amboi kemain suka lagik dak kecik sorng nie. Belum dapat kaki pon dah buas atas padang nie. 


Kami sebok makan dak kecik nie siap tinjau-tinjau lagik. yelah dia tak dapat bebas. kene kurung dalam kerusi tue. tianNnn .. dia. 


Adik yana yang tengah sarat mengandung nie. Sekarang ada kat hospital. tengah menahan sakit nak beranak. dia masuk wad malam semalam. tadi doktor dah injit kot. untuk tahan sakit. sebab doktor terpaksa pecahkan air ketuban dia. Due bersalin dia sepatutnya 17.06.2012 ahad lepas. Mintak tolong doa kan adik Yana selamat dan dipermudahkan dia bersalin k.


Mak Yana dah ke hospital. Walaupon adik tak bagi mak datang, sebab taknak menyusahkan. Tapi mak tetap pergi jugak. Yelah mungkin mak dapat legakan sikit kesakitan adik. MOga dipermudahkan segalanya 
... Amin ...



Segmen Tambah Follower Blog

Assalamualaikum


Hari nie nk join Segmen dari Cik Purple plak. Asyik join segmen jerk yana nie. Tapi tak ramai jugak Follower dia.. hahah takpelh asalkan ada usaha... YEahh!

Tak perlu cerita panjang. Klik jerk gambar atas tue untuk join k. Simple jerk, takda syarat bukan-bukan.


TARIKH TUTUP : 24 Jun 2012 Pukul 6 Petang




Jun 18, 2012

Owh .. Thumbnail

Assalamualaikum




Sekarang nie lunch hour kn ... kenapa ada yang tak makan lagi tue ... owh diet ekkk. heheh kk meh baca nie nk cite..... Hari tue kan yana ada buat entry tentang pertanyaan yana mengenai mengapa thumbnail yana tak keluar kalau yana post ke ping busuk or fb kew kn. So yana pon selidik ler .. bongkar sane bongkar cni. tetiba dapat ler jawapan sendiri (sbb takda org nk tlg jwb soklan yana)




Nak tau kenapa?? sebabnya .... korang perasan tak entry2 yana sebelum nie, ada perkataan Assalamualaikum kat bahagian atas setiap entry yana. (macam kat atas ni) benda tue automatik keluar setiap kali yana buat entry baru. Rupanya benda nie ler yang buat yana pening hari tue... hehehe

So sekarang yana dah buang. Selesai masalah diatas pertanyaan yana sebelum nie. (soalan yg terjawab sendiri) hehehe k lah nk sambung kerja semula. 



PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...