HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Jan 8, 2016

Kisah Berhenti Kerja

Assalamualaikum.. hai hai haiiii .. tajuk entry macam bebudak pulak kan.. kan..

Hampir setahun kot blog aku sepi tanpa khabar.. hewheww

Bukan malas... tapi nie kes lupa password. Hahahh so macamana aku boleh publish entry nie??? Aku save password kat handphone aku nie.. dulu update blog guna pc.. lepas berhenti kerja terus stop. Sampai ler terlupa....

Last post aku update pasal kerja baru kan.. kan.. meh aku sambung sikit.

Aku hanya bertahan kat tempat kerja baru 3 ke 4 hari je.. hahahh tak sampai seminggu ko... hewheww

Sebab apa berhenti??

1. Aku sorang pekerja melayu : diorg potpet potpet aku mcm terasa tak duduk kat malaysia pulak.. terpinggir...

2. Segala kerja2 tahun sudah suma dia lambak kat aku. Bila aku tanya untuk fahamkn spek kerja tue.. amoi tue bzzz je malas nak terangkan. Geram pulak ahkak.. huh

3. Dia orang sembahyang kat dalam office... arghhh .. aku tak tahan hidu asap oitoittt

4. Amoi tue boleh sound aku.. lain kali datang office jangan pakai perfume eh.. i alergikkk !! Whattt .. hallo.. aku pakai sikit je tau nk bandingkan dengan bau asap dalam office nie pon kalah.. huhhh

Rehat sembahyang jumaat aku balik rumah terus tak masuk office.. aku call office cakap aku berhenti. Sebab apa? Sebab aku pon tak tahu.. hehehhh kalau aku cakap sebab2 macam kat atas tue.. mau kesudah diorg tak ambi pekerja melayu pasni.. hewhewe

Haaa.. itu lah serba sedikit cerita berhenti kerja aku... ok next entry aku cerita selepas aku berhenti kerja pulak eh.. kikikiki in shaa Allah kalau aku ingat.. hehehh


Apr 5, 2015

Hari Pertama Di Tempat Baru


Assalamualaikum... hari ini 1st April adalah hari pertama aku memulakan tugas di tempat baru. Sebelum tiba hari ni memang asyik berdebar sahaja, macam-macam aku fikirkan... yelah setelah hampir 8 tahun selesa ditempat lama.

Alhamdulillah, hari ni bagi aku takdalah teruk sangat. Mungkin masih suam-suam kuku lagi. Tapi melangkah saja aku dalam pejabat, sudah tersedia fail-fail untuk aku uruskan. OK aku redha...

Aku sorang perempuan melayu dalam pejabat tu, yang lain semua lelaki dan perempuan cina. So faham-faham sajalah bagaimana suasananya. OK aku akan cuba faham...

kad kehadiran


Selama aku bekerja memang tak pernah guna punch card. So, ada gayat sikitlah sebab aku tak tahu mana nak cucuk kad tue...hahahah lawak kan.. OK aku belajar benda baru.

Nanti aku cerita lagi next entry...hahahh poyo lebih.



Mar 27, 2015

Makan-makan Sempena Perpisahan


Assalamualaikum, petang tadi bos aku belanja makan sempena hari terakhir aku kerja disyarikatnya.

makan-makan
Rakan office .. gambar candid .. sorry dear ^^

Alhamdulillah.. tak sangka pula bos aku akan buat macam ini. Tetiba petang tadi rasa macam nak tarik semula surat berhenti kerja aku.. rasa sayang pula nak berhenti.

Bos bos aku asyik ckp "nanti kalau apa-apa datang lah sini" aku faham maksud diorang. InshaaAllah .. kalau kuat rezeki aku kat syarikat ni takkan kemana... hewheww

Aku harap budak yang ganti tempat aku ni dapat buat yang terbaik sebagaimana aku ajar dia selama lebih kurang seminggu lebih ni. Harap dia tak menghampakan aku.

Apa pun terima kasih buat semua ... xoxo

Hari Terakhir Berkidmat


Assalamualaikum.. alhamdulillah masih berkesempatan untuk mencoret rasa di blog yang dah kena tinggal hampir setahun.

Pejam celik tetiba dah nak masuk bulan empat !! Cepatnya masa berlalu sekarang nie. Pejam celik juga hampir 8 tahun aku berkhidmat kat tempat kerja aku nie.

Hari nie merupakan hari terakhir aku berkhidmat kat sini. Banyak kali juga niat nak berhenti kerja kat sini tak jadi. Akhirnya.... hari nie hari terakhir setelah notis sebulan berhenti aku hantar.

Sedih tue... memang sedih. Tapi aku kena fikir banyak benda juga. Aku nekad berhenti.

muka macam sedih
Macam tak sedih jerk mama aku nie.. hewhew
Sayang nak tinggalkan tempat yang banyak aku dapat pengalaman belajar benda-benda baru. Terima kasih buat bos bos aku.

Terima kasih semua.... aku sayang semua xoxo .. hehehh


Jan 30, 2014

Cuti Raya Cina


Assalamualaikum ... nampaknya hari nie ramai yang dah cuti raya cina CNY.

Tapi yana masih bekerja. Yelah... kerja dengan company melayu apa barang cuti awal raya cina kan.. kan...

Pagi tadi adik yana yang bersekolah syok berselibung dalam selimut lagi. Sekolah dah cuti raya cina.... adik yana yang kerja dengan company cina pon syok tidur lagi.

Yana dengan berat kaki.. hati ... teruskanlah perjalanan ke tempat kerja. Tapi syok !! Jalan raya clear sikit dari hari biasa.

Yana tak jelez pon diorang dah cuti awal. Sebab nanti raya melayu yana punya cuti lagi syiokkk okey... hehehh

Selamat bercuti pada yang dah cuti, dan selamat bekerja dengan seikhlas hati pada yang masih bekerja.

Selamat Tahun Baru Cina


duck face
posted from Bloggeroid

Oct 7, 2013

Kenapa Aku Takut Sangat Dengan Dia !!!



Assalamualaikum

Kenapa aku takut sangat dengan dia !!! argh !! .... aku pun tak tahu ilmu apa yang dia pakai sampai aku jadi takut dengan dia. Mulut aku rasa berat jerk bila nak suruh dia buat sesuatu. arghh ... kenapa aku takut sangat dengan dia !!!


Pagi tadi nak suruh dia pergi pejabat pos pun macam nak pecah jantung aku untuk bersuara. Fuh .... berpeluh aku nak mengeluarkan suara merdu aku nie. Sesak nafas aku ...... setiap bulan macam nie lah. Macam nak kena berhadapan dengan singa !!

Dekat 5 tahun aku kerja kat sini ...... macam nie lah setiap bulan aku kena hadapi. Mungkin sebab aku nie bukan anak bos !! mungkin juga sebab aku nie terlalu berlembut !! tak pandai membebel .... tak pandai menjawab !!

Bagi korang yang follow blog yana nie ... mesti tahu gerangan siapa ler yang yana selalu cerita nie. Asal cerita pasal pejabat jerk ..... mesti entry yang nak marah-marah jerk.

Huh ... kat sini jerk lah yana dapat luahkan perasaan tak puas hati nie.... huhuhhh Tak tahu lah sampai bila boleh bertahan. Sesungguhnya rezeki itu dari Allah ... sad *_*




Sep 26, 2013

Pindaan Tarikh Hari Jadi TYT Melaka



Assalamualaikum

Pindaan Tarikh Hari Jadi TYT Melaka untuk rujukan mereka-mereka yang bekerja di negeri melaka. Tarikh Hari jadi TYT Negeri Melaka yang jatuh pada 12 Oktober 2013 telah dipinda pada 11 Oktober 2013.


Pindaan Tarikh Hari Jadi TYT Melaka


Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk pada laman web negeri melaka DISINI.

-Harap maklum-


***kalau bab cuti ... laju jerk dak yana nie kan .... hahahahhh




Sep 5, 2013

Handmade Craft Nazlyizan Creation



! Assalamualaikum & Salam Sejahtera !


Handmade Craft Nazlyizan Creation !!! Wooo ...... love it !! ku jatuh cinte dengan kraftangan !! hari-hari melayan kehendak pelanggan yang sama berminat dengan kraftangan.

Semenjak berkecimpung dengan kraf .... semenjak itu lah blog ini kurang kasih sayang. hehehhh maafkan daku. Yang sebenar otak nie banyak nk diluahkan kat blog kesayangan hamba nie. Tapi ...... bila tangan mula nak menaip. Time tue lah ..... otak nie dah kearah lain. Terus hilang cerita yang nak diluahkan itu !! hohohhh


Tantek tak hand bouquet / bungan tangan kite tue .......... hand bouquet tue khas untuk majlis pertunangan my customer. Sweet gitu. Tolong jangan muntah dengan pujian untuk diriku ini. kikikiki

Jom .... jom !! LIKE page Nazlyizan Creation ...... wa cakap lu .... pastu terGODA !! heheh

FB Pages -> Nazlyizan Creation
Blog -> Nazlyizan Creation (yang dah pernah follow, korang kena follow semula tau. Sebab URL dah bertuka.. hehehh)



Jul 11, 2013

Hujan di Awal Pagi Ramadan

Assalamualaikum

Selamat pagi semua... pagi nie hujan pula. Nafsu tidur memang membuak ler... Semalam melaka cuti sempenA awal Ramadan. Takkan hari nie nak sambung cuti... hehehh

Time2 puasa macam nie.... dapat sambung tidur.... syok woooo.... hhehehh tapi apa kan daya ☆☆☆

Hujan di awal pagi nie memang menguji nafsu tidur ku... kalau lah.... arghh macam2 dah fikir nie. Kikikiki

Kalau lah ak bos.... memang sambung tidur nie!!! "Habislah... tak makan pekerja ko angah oit!! Alah mak nie potong ler.... hehehehh

Apa pun... selamat menjalani ibadah puasa sahabat blogger semua. Kerja rerajin tau. Nanti raya tak dapat BoNus !!! Heheheh

PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...