HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts

Sep 4, 2013

Ubat Wajib Bagi Mereka Yang Hamil Mahupun Yang Ingin Hamil



Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ubat wajib bagi mereka yang hamil mahupun yang ingin hamil ..... Pehhh !! 1st time tajuk entry kemain panjang. Wakakaka

Bagi mereka yang sedang hamil, ingin hamil atau pun yng sudah bersalin. Pasti dapat gambarkan perasaan yana dalam entry ini. Bcomplex Tablet tue macam pil multivitamin aka untuk memberi lebih tenaga lah. Yana pun tak tahu sangat. Tapi yana ambil lepas dapat nasihat dari doktor. Kalau nak tahu lanjut ... korang boleh tanya pakcik google atau pun klinik yang berdekatan.

Ehh... Ehhh... yana belum ada rezeki untuk hamil lagi. Tapi yana dalam usaha untuk Hamil !! Doktor suh amalkan makan asid folik dengan Bcomplex untuk persediaan kearah kehamilan.

Asid folik memang takda masalah nak telan. Yang masalahnya..... Bcomplex tue ler !!! Bau dia..... yaAllah !! Pegang kat tangan pun bau dia susah nak hilang tau. Inikan pulak kat tekak !! Adoi..... tapi redha jerk lah... demi mu baby.

So bagi sesiapa yang seangkatan dengan aku ( sedang usaha untuk hamil ) korang amalkanlah pengambilan pil nie. Bukan yana yang cakap, tapi doktor yang bagi nasihat. Hehehhhh ***yana takut nak try ubat yang bukan2....






Jun 24, 2013

Jerebu dan Topeng Muka



! Assalamualaikum !




Mentang-mentang lah keadaan cuaca Kita sekarang ini memerlukan kita untuk menggunakan topeng muka. Ada pula pihak yang mengambil kesempatan.

Rasanya sebelum jerebu pernah juga beli topeng muka nie. Harga sen jerk kot .... tapi sekarang .... hurm

Kat tempat korang harga berapa??

***banyakkan minum air kosong / suam dalam keadaan cuaca jerebu sekarang nie k ^^





May 30, 2013

Skim Rumah Pertama Hanya Omongan Kosong !!! ?????



! Assalamualaikum !

Bagi sesiapa yang pernah merasai pengalaman untuk membeli rumah pertama pasti sudah jelek dengan perkataan " Skim Rumah Pertama " . Fuhh ... memang tak boleh pakai langsung !! itu semua hanya omongan momokan kosong sahaja bagi menyedapkan hati insan yang memerlukan.

Faedah Skim Rumah Pertama


Untuk yang sedia maklum, yana ada apply untuk membeli "rumah mampu milik" ler sangat !! Pada bulan tiga lepas yana dan suami penat lelah beratur untuk merebut peluang yang diberi oleh pemaju untuk memiliki rumah mampu milik tersebut. Kami dah bayar "booking fee" dan sign dokumen kat lawyer. Selepas itu, kami perlu mencari bank bagi pembiyaan pinjaman rumah tersebut yang disediakan oleh pemaju. Antara bank yang boleh dipilih ialah BANK ISLAM, CIMB, MUAMALAT, MBSB ...

Yang menyakitkan hati dan menyesakkan minda sanubari ini adalah kerana ......... ini adalah pembelian rumah pertama bagi kami. Tetapi bila tanya mengenai "skim rumah pertama" semua bank tersebut menyatakan baik tak payah guna skim tersebut. Sebab !! memang takda faedah pun yang boleh kita dapat dari skim itu !! erkkk ....

Yang sebenarnya, pembelian rumah ini telah tergendala kerana "PEMAJU" tidak mendapatkan lagi GERAN bagi kawasan perumahan tersebut. So semua bank tidak mahu memberi kami "pembeli" pinjaman bagi pembelian rumah tersebut !! Arghh ... semak fikiran nie.

Cuma Bank Muamalat saja yang berani mengambil risiko dengan memberi pinjaman untuk membeli rumah di kawasan tersebut. Tetapi .... tetapi !!! diorang hanya boleh bagi kami 80% pinjaman sahaja !! WTHekk .... lagi 20% mana kami nak cari ????? kalau minta pada najib dia boleh bagi tak ??? huahuahhahh

MBSB lagi bagus boleh bagi 100% loan untuk rumah pertama. Tetapi ..... tetapi !! anda jangan terpedaya !! mana ada bank nak buat amal jariah !! cuba lah korang tanya betul-betul apa yang tersembunyi. Yana malas nak terangkan ..... huhuhhh semua bank sama jerk !!! "KEUNTUNGAN SEMATA".

Yana dan suami dah berbincang, mungkin kami takkan terima loan dari muamalat. Sebab kami tak mampu nak cari 20% tue !! kalau kami sign agreement loan pun belum tentu boleh dapat rumah. Sebab sampai sekarang pihak pemaju menyepi mengenai GERAN tersebut.

Menunggu dan terus menunggu !!! menanti sinar harapan ^^

SeKiaN dari Rakyat Biasa yang TiDaK KaYa !!



May 23, 2013

Soalan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27



! Assalamualaikum !




Pada 21.05.13 adik yana dah selesai menghadirkan diri untuk Temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27. Itu merupakan satu bonus untuk yana. Ini kerana yana pun mendapat panggilan untuk Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27.

Sebelum ini yana ada berkongsi tips / panduan Temuduga Pegawai Tadbir Gred N27. Tips / panduan tersebut yana dapat dari rakan Facebook yang pernah menghadiri temuduga tersebut.

Sekarang yana nak berkongsi sedikit soalan yang ditanya kepada adik yana yang telah lepas menghadiri temuduga untuk jawatan ini. Lagi pun Yana lihat ramai yang mencari info mengenai soalan yang bakal diajukan kepada mereka nanti.

Adik yana cakap masa dia interview, ada 3 bilik disediakan. Adik yana dapat bilik pertama. Soalan yang diorang ajukan pun banyak berkisar mengenai diri sendiri sahaja. Contoh pengalaman kerja, perkenalkan diri, keluarga. Lepas tue dia tanya mengenai keyakinan diri. Takda pun tanya pasal kerajaan bagai. Yana rasa soalan yang akan diajukan itu bergantung pada penemuduga kot.

Macam bilik kedua, adik yana cakap diorang kena tanya mengenai tugas-tugas jawatan yang dipohon, nama file apatah .... lepas tue sedikit mengenai isu semasa.

So ... yana pun tak dapat jangka apa soalan yang akan ditanya pada yana. Apa pun, yana perlu prepare lah juga apa yang patutkan. Korang yang dapat panggilan temuduga nie pun jangan lah risau sangat tau ... yang penting, Usaha .... Tawakal dan redha !!

!! Good luck buat semua !!





May 14, 2013

Tips / Panduan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27



! Assalamualaikum !

Alhamdulillah ... yana berkesempatan mendapat panggilan temuduga dari SPA lagi untuk Jawatan Penolong Pegawai Tadbir N27. Disini yana nak share sedikit Tips / Panduan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27.

Fuhhh ... dah lama tak ditemu duga ... rasa macam neves pula. Tah apa nak menjawab. Kali nie memang tak letak harapan pun ... redha jerk lah. hehehh

Tips / Panduan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 ini yana dapat dari kawan yang pernah menghadiri temu duga untuk Jawatan Penolong Pegawai Tadbir N27.


  1. Masuk bilik temu duga bagi salam, kalau perlu salam penemuduga yang ada dibilik tersebut.
  2. Duduk tegak, muka senyum dan tunjukkan keyakinan diri kita untuk menjawab soalan.
  3. Pastikan pakaian kemas, kasut tutup.
  4. Prepare dengan isu semasa, gagasan malaysia, dasar-dasar kerajaan yang digunakan.
  5. Nama penuh Perdana Menteri, Timbalan perdana menteri dan ketua menteri negeri anda.
  6. Prepare cerita pengalaman kerja anda.
  7. Kalau dia tanya pandangan anda mengenai ISU POLITIK cakap " maafkan saya, pandangan isu politik sekarang ialah baik dan masih stabil " itu saja. JANGAN cerita lebih2...
  8. Soalan bagaimana untuk menangani pekerja yang bermasalah ( ikut HR @ prosidur ) ... so kena baca bab nie banyak ....
  9. Kebiasaannya temu duga ini akan berjalan dalam masa 20-30 minit.
  10. Sebelum masuk bilik, SELAWAT lah banyak2 ... hehehh insyallah ... moga Allah permudahkan urusan kita.


Temu Duga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27



Yana rasa mesti ramai yang dapat panggilan temuduga nie kan. Sebab Temuduga jawatan nie berlangsung dari 02.05.13 - 14.06.13. Yana kena pergi pada 06.06.2013 ..... fuhhh minta kawan-kawan doakan untuk yana tau ..... Semiga yang lain pun dipermudahkan. Good luck buat semua !!!

Rentetan soalan-soalan yang bakal ditanya






Mar 15, 2013

Luahan HATI Seorang Isteri Anggota ATM



! Assalamualaikum !

Sekadar berkongsi buat tatapan semua. 



Jagalah hati mereka-mereka ini. Jangan sedap mulut berkata-kata. Kerana ada hati yang terguris. Isu di Lahad Datu, ramai yang mempolikkannya. Dalam hal-hal seperti ini, perlu berfikir sebagai MANUSIA. Bukan bagai BINATANG yang tiada perasaan.




Mar 11, 2013

Rumah Mampu Milik (Program RMM)



! Assalamualaikum !

SPNB kini memfokuskan kepada pembangunan Rumah Mampu Milik atau dikenali sebagai Program RMM diseluruh negara. Semalam berlangsungnya Majlis Perasmian salah satu Projek Rumah Mampu Milik oleh SPNB di Taman Sutera Wangi, Melaka yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka.

Majlis Perasmian Projek Rumah Mampu Milik


Semalam seharian dari jam 7 pagi hingga ke jam 5 ptg, yana dan incik hubby menghabiskan sisa weekend kami di Majlis Perasmian Projek Rumah Mampu Milik oleh SPNB

Kami datang bukan suka-suka, tapi kami adalah salah sebuah keluarga yang datang untuk memiliki rumah idaman kami. Terdapat lebih kurang 300 lebih lot rumah yang telah siap dibina yang akan dijual pada hari itu. Tetapi yang datang lebih dari 6k orang. huhuhu

pemohon


Nasib kami datang seawal jam 7 pagi. Kami dapat No.190 untuk memilih lot rumah yang sedia ada. Memang azab juga semalam. Kami terpaksa beratur bawah mentari yang terikkkk ... Fuhh tetapi semua itu terbalas juga. Kerana kami dapat / sempat untuk mengisi kuota yang ada.

lot rumah
Sila abaikan pemilik tgn yg GeBu itu ... hehehe


Setelah membayar Booking Fee, kami telah sign S&P perumahan pada hari itu juga. Step selepas ini adalah menunggu Loan samada approve @ reject .... huhhh



Sekarang tengah pening dengan BLR yang ditawarkan oleh beberapa bank yang dicadangkan oleh pemaju semalam. Sesiapa yang ada pengalaman dalam pembelian rumah ??? rasa-rasa bank apa yang bagus untuk pinjaman perumahan??

CIMB | MUAMALAT | BANK ISLAM | AFFIN BANK

Mana satu yang ok untuk buat pinjaman perumahan?

***Rumah Mampu Milik .... tapi harga boleh tahan jugak ... fuhhh sempottt




Feb 25, 2013

Email Usul Kepada BoS !!



! Assalamualaikum !



Dah habis baca?? apa pendapat kawan-kawan sekalian?? patut ke yana emailkan usul yana tue kepada bos??

Sekarang nie yana tengah menarik nafas keletihan !! letih kenapa?? letih cari parking !!! jalan jauh2 !! Huhh !!! yana kene buat kerja yang hurrmmmmmmmmmmmmm .... bila balik pejabat nampak pulak si BODOH tue tengah layan video!! syok2 relax dalam aircond !! arghh !!! rasa macam nak meletup jerk amarah nie!!

Adakah mimpi yang yana ceritakan dalam entry INI boleh terbalik?? Maksudnya .... yana yang pegang Pisau tue ... yana kejar si "BODOH" !! hahahahhhh


Geram .... aku geram .... Geram ...... lalalaaaaa ***tenangkan hati dengan BW ^^


Ada Orang Nak Bunuh kite ... !!!



! Assalamualaikum !


Ada Orang nak BUNUH kite ... !!! fuhh ..... memang menakutkan!! apa perasaan korang kalau terasa macam ada yang nak bunuh kita???

Ermm ... tak tahu lah apa petanda yang mengejar selama dua hari nie. Tapi memang tak senang hati juga bila memikirkannya.

YupsSs ... dua malam berturut-turut yana dikejar oleh seseorang yang macam orang sakit mental. Ditangannya ada sebilah pisau yang menakutkan. Fuhhh .... 




Bila tersedar, rupanya hanya mimpi. Tapi memang terasa lelah berlari-lari mengelilingi sebuah rumah yang penuh dengan penghuninya. Tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Kerana seseorang "wanita" itu menggila sedang mengejar yana dengan sebilah pisau !!!!

ArgHhhh ... ngerinya !! tak tahu kenapa dah dua malam yana bermimpi jalan cerita yang sama. Tapi diakhir mimpi tue macam tergantung. Sebab yana tak sempat kene tikam. Lepas tue tersedar. Hurmmm

Ada sesiapa ke tahu apa petanda mimpi yana nie??? takut jugak kalau-kalau ada apa-apa yang buruk .... huhuhhh 




Feb 21, 2013

Kejujuran Insan yang Bernama Manusia



! Assalamualaikum !


kejujuran

Update status kat FB fanpages pagi tadi .... harap-harap kita sentiasa JUJUR dalam setiap pekerjaan, perlakuan .... etc. Insyallah ... amin. Peringatan untuk diri sendiri juga ^^




Feb 14, 2013

ValenTine Day ... What !!



! Assalamualaikum !



haram disambut




Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan hukum orang Islam menyambut perayaan Hari Valentine. Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Sumber -> Majlis Fatwa


pokok kari

Bagi yana ... Hari berkasih sayang adalah setiap hari. Tak perlu menunggu setahun sekali untuk menyambutnya. Tak perlu berbunga bagai ... cukuplah kepercayaan dan kasih sayang sesama pasangan kita. Motip pokok kari tue?? hehehhh cukup ler sehelai dua daun kari dibubuh dalam masakan kari kita. Masak kari untuk pasangan kira .... kenyang wowww. Bolehlah bertambah kasih sayang abadi. hehheh




Jan 18, 2013

Penting ke Lagu Dalam Blog ??





! Assalamualaikum !




Semalam yana dapat komen dari cik Ano .... dia tegur lagu dalam blog yana. Terima kasih kepada cik ano untuk teguran ini. Rupanya ada juga yang jujur menegur untuk kebaikan blog yana. Yana amat hargai komen dari cik ano.

Mungkin ke ramai yang lari dari blog yana disebabkan terkejut dengan lagu yang di pasang di blog ini?? owh .... sedihnya !!! maaf terperasan ramai readers.

Disebabkan yana suka lagu Hazama ini, mungkin orang lain ada yang tidak suka. Maaf yana tak ambil berat pada perasaan orang lain. Tapi yana suka lagu nie!!! huhhuhhh

So korang rasa Penting ke Lagu Dalam Blog??

Patut ke yana buang lagu dalam blog ini? or tukar lagu lain? atau ... tah tak tahu. hehehh

Tolong bagi pendapat JUJUR kat yana .... smile ^^





PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...