! Assalamualaikum !
Keindahan Ciptaan Allah |
Hadith :
Dari Abu
Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:“Kita (umat Muhammad) adalah yang
terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat.
Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih
dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk
oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah
tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk
kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani“
(al-Bukhari)
---------------------------------------------
Banyak hadis
menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang
diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan
sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir
(datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah
yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu
daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah
akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada
kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu)
untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan
sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima
peristiwa yang penting, iaitu :-
1) Allah ciptakan Adam
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi
3) Allah mematikan
Nabi Adam
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak
ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan
permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari
kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di
sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya
memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis
Muslim)
Dalam hadis lain,
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari
kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah
hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang
lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
(Hadis riwayat Tirmidzi)
Kesimpulan
Melalui penerangan
itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan
sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam. Apabila imam naik ke
mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru,
sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk
solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat. Melalui penerangan
itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan
sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (YAKIM)
Yayasan Dakwah Islam
Malaysia (YADIM)
6 0 Pengomen Terhebat:
Yupp sama2 mengimarahkan hj yg mulia...
Sharing is caring :)
thanks for sharing. nice!
thanks untuk info ye..:)
=) Jumaat.. ~
banyak manfaatnya.
nice sharing yana....
Post a Comment