HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

Jul 4, 2014

Koleksi Kurung Moden Lace Online


Bila bercakap tentang sambutan Hari Raya pasti kita akan terus memikirkan tentang segala jenis macam persiapan yang harus kita buat. Disebabkan Syawal adalah perayaan terbesar yang disambut di Malaysia oleh itu tidak hairanlah jika kita lihat banyak persiapan dibuat dengan skala yang cukup besar. Perhiasan bermotifkan Hari Lebaran dapat dilihat bergantungan dengan meriahnya di shopping malls, jalan-jalan akan dihiasi dengan lampu berwarna-warni, kawasan rumah disinari dengan cahaya pelita, perabot baru menghiasi ruang tamu rumah dan bermacam-macam lagi. Itu pun tidak masuk lagi dengan segala macam jenis kuih raya, biskut raya, lemang, ketupat, rendang dan pelbagai lagi jenis juadah raya.

Pejam celik sudah enam hari kita menjalani ibadah puasa. Masa cukup pantas kala ini, beberapa minggu lagi raya pula bakal menjelang tiba. Hah !! tak sempat tempah baju raya lagi? toiler dah tutup tempahan? habis... masak ler...raya nie tak berbaju baru ler nampaknya... hehehhh jangan risau, sekarang ini semuanya hanya dihujung jari anda. Klik klik ... dah dapat apa yang kita idamkan.

Kurung Moden Lace

Sudah semestinya mencari baju raya baru adalah antara persiapan yang paling diutamakan. Ini kerana baju raya yang baru kebiasaannya di pakai pada pagi Hari Raya dan ia sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita. Setiap tahun kita akan dapat lihat koleksi baru baju raya. Jika tahun lepas untuk koleksi baju raya 2013 pakaian tradisional yang paling popular ialah baju kurung peplum, namun bagaimana pula untuk tahun ini?

Baju Kurung

Untuk koleksi baju raya 2014 terkini, kelihatannya baju kurung moden lace sedang mengambil tempat sebagai pakaian tradisional wanita yang paling popular untuk tahun ini. Telah diberikan sentuhan yang lebih moden, baju kurung ini menampakkan elemen yang lebih segar dan cantik. Ianya membuatkan sipemakai kelihatan lebih bergaya dan anggun.

Koleksi Kurung Moden Lace Online Zalora

Jika anda mencari KURUNG MODEN LACE dengan kualiti yang terbaik, dapatkan di website Zalora Malaysia. Mereka menawarkan koleksi baju kurung moden dengan pelbagai rekaan menarik daripada jenama-jenama terkenal. Malah untuk tahun ini mereka menampilkan seleksi baju raya 2014 dengan beberapa kolaborasi istimewa bersama para pereka fesyen terkenal seperti Jovian Mandagie, Rizalman Ibrahim, Melinda Looi dan SyomirIzwa. Beli baju kurung moden lace dengan harga yang berpatutan hanya di Zalora untuk Hari Raya akan datang!


Apr 22, 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


Apr 16, 2014

WW - Terima Kasih Followers

Terima kasih kepada mereka mereka mereka yang sudi jadi followers kat blog picisan yang kadang-kaang merapu nie. Banyak penyakit "M" aka MaLaS !! hehehh


Harus ler tayang ... walaupon ciput jerk followers!! Erm .. tak boleh bebel panjang, WW - Wordless Wednesday ....  kan ..... 




Apr 10, 2014

Dugaan Virus Dalam Blog

Semalam memang dugaan betul. Dari pagi kelam kabut kena siapkan tender untuk dateline hari nie. Punyalah macam nak pengsan. Kepala otak serabut gile nak siapkan tender dalam jangka masa singkat. Fuhh .. berpeluh juga ketiak walaupun air-cond suhu tahap beku. Alhamdulillah .. akhirnya siap juga !!

Baru nak tarik nafas lega, buang semua serabut dalam kepala. Singgah lah blog kesayangan aku. Ingat nak ler taip apa yang patut. Tuptuppppp ... argh !! kenapa .... mengapa ... bagaimana !! banyak now noww persoalan !! bila habis loading ... terus pergi ke link lain. Macam dalam gambar bawah nie.

cara buang virus dalam blog

Berpeluh juga aku .. ingat aku silap taip link. Aku try pulak buka blog guna handphone, sama jugak !! ish .. tak boleh jadi nie .. makin berserabut pulak kepala otak aku. Cepat-cepat aku PM sifu-sifu blogger kat facebook. Alhamdulillah ... macam biasa, cepat sifu reply.

Mulalah bahasa coding digunakan untuk selesaikan masalah aku. Aku yang kat sini terkebil..... kebil. Klik HTML ... pandang scrip tue semua macam aku nampak ayam KFC !! macam aku nak lahapkan jerk scrip tue semua .....  Alah omak tolong....lah aku !!! aku bukan kurang pandai, tapi memang tak pandai tahap tertinggi untuk bahasa-bahasa coding blog bagai nie... huhuhhh kesian aku kan !!!




Tengoklah .. punya baik hati dan gigih sifu-sifu nie nak tolong rakan blogger yang tak pandai coding macam aku nie.. hehehh aku ingat blog aku sorang yang bermasalah. Rupanya ada blogger lain juga yang kena. Bak kata sifu Hasrul Hassan, punca utama datangnya virus nie dari GuaBlog.com yang telah diserang virus. Alhamdulillah ... sifu HH dah tolong aku baik pulih kan blog kesayangan aku nie.

Kalau korang nak tahu lanjut mengenai masalah dan penyelesaian "buka blog tapi keluar laman Web lain" korang boleh refer blog sifu HH DISINI. Terima kasih aku ucapkan kepada blogger Hasrul Hassan kerana dah bantu aku selsesaikan masalah nie, dan terima kasih juga kepada blogger kak Mialiana dan semua yang terlibat secara langsung atau tak langsung ... hehehh

Jom VOTE sifu HH untuk DIGIWWWOWAWARDS -> VOTE


Jan 17, 2014

Opzzpinky GA 2014 by Sharina



Opzzpinky GA 2014 by Sharina

Saya nak ajak korang join GA menarik Blog Opzzpinky ini, hadiah cun menanti korang, mari ramai2 join ya..klik SINI
GA ini ditaja oleh Sha Dhira San | Irah Zahirah | Alyssa | Yana | Nazlyizan | Suejana | Najmi | Kina |Rubiey |
SE-Shop
Salah satu kedai online yang baru dibuka, menitik beratkan kecantikan dan kesihatan kaum hawa, dimana menawarkan harga yang murah dan mampu milik bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan juga kecantikan. Mari kunjungi SE-Shop pasti korang tertawan dengan harga menarik :)
Produk HOT masa kini
Harum Malam 
Set Kecantikan Collogen + Vit E
Bedak Sejuk Tanaka
Emilay
Ibu Putih JannaLawwa
Perla Coffee
Sila PM di SINI jika berminat :)


Jan 16, 2014

Terima Kasih Untuk Hadiah Yang Super Awesome !!


Assalamualaikum ..... bersiaran kembali !! kesian my blog nie. Macam dianak tirikan !! hahahh ... kejap timbul, kejap tenggelam. Apalah tuan blog nie kan !!

Terima kasih pada yang sudi berkunjung ke teratak buruk yana nie. Terima kasih juga sudi tinggalkan komen untuk yana. Yang mana belum berbalas kunjungan tue... nanti yana datang ok.

Yana nak berterima kasih bebanyak kepada blogger Innanie, sebab ..... yana dapat dua hadiah !! terima kasih untuk hadiah yang super awesome !!

Yang sebenarnya, yana menang hadiah untuk kuiz Total Image Apple Stem Cell Drink. Hadiahnya ialah sebotol Total Image Apple Stem Cell Drink dan Voucher RM8 dari Watsons.


Tapi .... innanie silap hantar. Innanie ter"bagi hadiah untuk pemenang Clinicell Oral SkinCare. Masa dapat tue ... yana pon macam pelik juga. "aku menang hadiah apa sebenarnya erk..." hehehhh yang sebenar yana tak kisah pon bab hadiah. Tapi benda makan nie kena HALAL. Takut tuannya tak halalkan .... kan susah tue. hehehh Yana PM innanie, bagi tahu dia. Nasib dia halal kan ... Alhamdulillah. Dapat merasa kesedapan Clinicell Oral SkinCare.


Yana pun tak sangka innanie akan hantar juga hadiah yang betul. Terima kasih buat beliau. So yana dapat merasa dua benda lah untuk satu kuiz !! hehehhh terima kasih.

Korang selalu-selalu ler datang blog Innanie - www.coklateyes.my - sebab innanie suka share benda (hadiah) yang dia dapat pada pengunjung blog dia tau. Rugi kalau tak cuba .. sebab kuiz yang dia selalu buat memang dah ada jawapan. hehehh

****bile ler... ada mood nak update entry Honeymoon kat Pangkor erk !!






Jan 2, 2014

Menang Hadiah Segmen - GIVEAWAY 1 YEAR BLOG TENGKUBUTANG


Assalamualaikum

Alhamdulillah .. penutup tahun 2013 dapat menang segmen  +tenku butang 


Hadiah dari Nas Honey : nashanim.blogspot.com sebuah handbag !! Besar handbag nie, macam-macam boleh simpan .. heheh terima kasih buat sponsor. Dah alang-alang menang hadiah, free postage. Yana pon terus order Inner Magic RM10 sahaja dari sponsor. Memang terbaik ... ^^

Terima kasih kepada pihak Sponsor dan Penganjur segmen ^^





Dec 11, 2013

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih


Assalamualaikum


Top Referal 
Cash RM50 + Puzzle Bernilai RM50 3D

Random
Cash RM50 x 5
Perfume Gred AAA Bernilai RM50 x 6

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih ini dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih , Brado Bapak , Brado Bapak II , Lylahana Shop , Maha Mahu, Wan ComelMarqis Careno dan Iluvtour


Dec 5, 2013

Random Giveaway RM50 Tunai oleh HASRULHASSAN.COM


Assalamualaikum


Jom join 

Random Giveaway RM50 Tunai oleh HASRULHASSAN.COM.

Blogger otai tue ...... jom sesama join. Kalah menang adat bertanding !! apakah ... hehehh




Nov 29, 2013

Selamat Tinggal Shout Box


Assalamualaikum

Salam jumaat dan selamat pagi buat semua. Macam sekejap jerk masa berlalu ... tiba-tiba dah hari jumaat !! tiba-tiba lah sangat kan .. hehehh entah sempat ke tidak kita bertemu jumaat depan. Sesungguhnya ajal itu rahsia Allah. Moga kita sentiasa diberi keberkatan dalam hidup ini. Amin ......

Hari nie yana nak ucapkan selamat tinggal buat Shout Box kesayangan hamba ini... huhh. Hari nie yana buang shout box yang ada kat sebelah kanan blog nie. Mungkin takkan pasang lagi..... huhuhuhh

Makin hari makin melampau kot ..... asyik-asyik terkena den !! dalam mood yang membuak nak BW, tetiba termasuk iklan penipu !! huh .. kalau cara macam nie lah .. memang den tak kenan !! penampooo baru tau .... !!

Lagi satu, penat-penat kita BW kat blog dia... kita baca entry dia. Kita komen ikhlas kat entry dia. Tetiba datang blog kita. "singgah sini balas kunjungan" tulis macam tue kat shout box kita !!! kahkah ..... tetiba BW kita tue jadi tak ikhlas uolSss ..... jaat aku nie

So haruslah ... shout box tue dihapuskan. Bukan yana tagih komen dari uolSss, tapi .... tapi .... lu pikiaq lah sendiri erk. hehehhh Pada penipu-penipu or spammer link tue ... bawa ler bertaubat !! tak halal pun cara korang tue. Peace Yoy ^^

Selamat Tinggal Shout Box





Nov 21, 2013

Terima Kasih Buat Blogger HH


Assalamualaikum

Ucapan terima kasih ini yana ucapkan kepada blogger +HASRUL HASSAN  yang telah banyak membantu yana dalam berblog. Lebih-lebih lagi bantuan dari segi tutorial.


Blog HH memang banyak membantu. Banyak ilmu yang ada dalam blog beliau. Setiap kali ada masalah dengan blog, yana sentiasa ganggu saudara HH kat facebook. Alhamdulillah ... HH sentiasa balas setiap pertanyaan yana. Harap HH tak bosan dengan setiap persoalan yana ..... yelah .... yana nie bab-bab koding bagai memang failed !! yana tahu taip entry jerk ... tue pon kadang-kadang banyak yang mengarut !! hehehhh

Bagi yang belum tahu, sebelum nie yana guna domain dotmy kan ...... tapi sekarang yana dah kembali ke blogspot !! setelah terjadi kejadian-kejadian yang tak diingini. Pengguna dotmy tahu ler kejadian apa. Yana dah malas nak pening-pening kepala fikir hal nie. Lagi pun yana fikir blog yana tak perlukan domain buat masa nie. So yana kembali semula ke blogspot.

Kalau dah bertukar URL ... tahu-tahu lah ... blog kita perlu bertatih kembali untuk terindeks dalam carian maya. Dalam hal nie lah blog HH banyakkkkkkk membantu yana. Yana jadikan blog HH sebagai panduan. Kerana banyak tips-tips yang terkandung dalam blog HH.

Graf yang sedih !!

Terima kasih buat blogger HH kerana banyak membantu !!! Pssttt ... selepas kembali ke blogspot, masalah entry lambat keluar kat dashboard sampai berjam-jam dah selesai !! alhamdulillah ... 


"malu bertanya sesat jalan"






Aug 3, 2013

Duit Dari Churp Churp

Assalamualaikum

Akhirnya sampai juga benda yang di tunggu-tunggu. Alhamdulillah.... CHQ dari churp churp selamat sampai kat yana sebelum raya. Yeah !!

Dapatlah tambah lagi sepasang baju raya hasil dari kumpul duit churp churp. Walau pun tak seberapa hasilnya... tapi puas hati. Yelah... siapa nak bagi duit free kalau takda usaha kan.

Terima kasih buat rakan-rakan yang selalu bekerjasama dengan yana. Hari-hari klik... kalau malas memang lmbat lah.... nak dapat hasil. Lepas nie nak kena rajin lagi !!

Dimana ada kemahuan.... disitu ada hasil.... hehehh

Terima kasih churp churp... Selamat Hari Raya ♥

Jun 24, 2013

Bertemu Kawan Blogger di MARDI Cameron Highlands



! Assalamualaikum !


Salam ukhwah semua ..... yana tak pernah terfikir suatu hari nanti akan jumpa kawan-kawan blogger yang selalu kita komen dan "citcat" hanya di alam maya. Tapi akhirnya .... ketemu juga di MARDI Cameron Highlands. Terima kasih eja (http://cikzaniff.blogspot.com/)  hehehhe

Sila abaikan sye yg pendek itu ... heheh

Sebelum bercuti ke Cameron Highlands yana ada Wechat ngan Eja ... tanya Apartment kat cameron highlands. Sebab yana tak sangka pula hari biasa banyak apartment yang dah penuh. Eja ada juga bagi beberapa no untuk dihubungi ... terima kasih eja.


Gambar dari Wechat eja

Dalam hati memang ada niat nak jumpa eja ... tak lama kejap pon jadilah. Walaupun belum janji betul-betul untuk berjumpa. Tapi yana siap-siapkan juga ole-ole dari melaka. Last minit, tak tahu nak bawak apa. Kebetulan kat kawasan perumahan nie tengah "pesta mangga" so yana bawa jerk ole-ole mangga untuk eja.

YB cilik melawat kawasan

Alhamdulillah .... niat untuk jumpa eja dipermudahkan. Terima kasih eja bawa yana, suami & haziq jalan-jalan dalam MARDI. Yana tak tahu pula dalam MARDI tue ada tempat untuk melawat. hhehehh tengok ler tue budak bertuah jalan-jalan. Fuhhh ... macho giler budak nie !! heheh

Insyallah ... ada masa jumpa lagi .... TQ eja & suaminya. Nanti datang melaka jangan lupa contact yana. Boleh yana bawa jalan-jalan kat melaka pula. ^^







PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...