HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Dec 26, 2013

Kadar Kenaikan Tol Di 15 Lebuh Raya Seluruh Negara


Assalamualaikum

Berita bagi "Pembukaan Tahun Baru" 2014. Kadar Kenaikan Tol Di 15 Lebuh Raya Seluruh Negara.







Dec 10, 2013

Tangisan Bayi Tepi Longkang


Assalamualaikum

Susualan entry berita Bayi dibuang di tepi longkang yang yana update pagi tadi. Alhamdulillah .... panjang umur bayi yang tidak berdosa itu. 


"Ipoh: “Bayi itu pasti mati jika saya dan rakan tidak menjumpainya,” kata Chong Lean Fatt, 48, yang menemui bayi baru dilahirkan dibuang dalam keadaan bogel di tepi longkang berhampiran Jalan Lapangan Perdana 19, Taman Lapangan Setia, di sini, pagi semalam.

Bayi perempuan cukup sifat dan masih bertali pusat itu dicampak di kawasan sunyi berhampiran lokasi projek pembinaan rumah kedai yang baru disiapkan.

Chong yang juga seorang kontraktor berkata, dia bersama seorang rakan serta wakil syarikat pemaju menemui bayi malang itu pada jam 11 pagi selepas terdengar tangisannya. Menurutnya, dia datang ke kawasan itu untuk memasang jeriji besi di sebuah unit kedai dan segera memaklumkan kepada rakan."

Saya beritahu rakan mengenai suara bayi menangis, tapi dia kata itu mungkin bunyi anjing liar atau kucing. Saya tidak puas hati dan memaklumkannya kepada wakil pemaju projek kedai itu yang datang untuk memantau kerja pengubahsuaian." 



Bayi Di Buang Tepi Longkang


Assalamualaikum

Allahuakbar .... sedih hati nie kalau baca berita tentang orang buang bayi. Apalah perasaan "binatang" tue masa nak buang bayi tersebut. Takkan lah takda sekelumit perasaan belas kasihan pada bayi yang tidak berdosa tue. Kalau taknak bayi tue pon ... bagi lah orang yang nak. Ini buang bayi tepi longkang !!! Bodoh tahap gaban !!!


Arghhh  !!! sedih !! ........

"IPOH: Seorang bayi lelaki cukup sifat yang baru dilahirkan ditemui dalam keadaan tidak berpakaian berhampiran rumah kedai baru di Lapangan Perdana 19, Taman Lapangan Setia , di sini pagi tadi.

Bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai baru dibuang di tepi longkang di sebuah kawasan rumah kedai sebelum dijumpai oleh orang awam.

Bayi itu dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan."


Orang susah nak dapat anak. Dia dah dapat anak ... sesuki hati jerk buang-buang. Buang tepi longkang pulak tue !!! 


Dec 9, 2013

Bantuan Sumbangan Untuk Mangsa Banjir Dari Negeri Melaka


Assalamualaikum

Sejak bencana banjir yang melanda negeri pantai timur khususnya negeri pahang. Tercari-cari juga info kat melaka nie. Niat hati nak membantu dari segi pakaian. Sebab banyak juga pakaian yang nak disumbangkan. Hari nie, alhamdulillah .. dapat info kat facebook. Akhirnya Bantuan sumbangan untuk mangsa banjir dari melaka ada juga diadakan.

Jejak kembara G7 prihatin bagi membantu mangsa banjir mengumpul pakaian dan barangan yang dirasakan boleh membantu mangsa banjir. AJK bagi jejak kembara akan menghantar bantuan tersebut dalam masa terdekat. Bagi bantuan jenis pakaian, diharap anda dapat mengasingkan pakaian tersebut seperti pakaian perempuan, pakaian lelaki, pakaian kanak-kanak dan sebagainya.

Segala sumbangan anda boleh diserahkan :-

- Hari Selasa
- 10.12.2013
- Jam 5.30 petang
- Lokasi Medan Selera Durian Tunggal, berhampiran masjid An Naim Durian Tunggal

Jom warga melaka, marilah sama-sama kita memberikan bantuan bagi meringan beban mangsa banjir. Moga sumbangan kita ini bermanfaat buat mereka.





Dec 7, 2013

Gelombang Kedua Banjir

Assalamualaikum

Hujan kembali turun di negeri Pahang. Kemungkinan gelombang kedua akan datang.

Diminta penduduk lebih berhati-hati dan berjaga-jaga.

Marilah kita bersama mendoakan kesejahteraan bagi rakyat negeri pahang dan negeri-negeri yang sedang dilanda ujian dariNya... amin ....



posted from Bloggeroid

Dec 4, 2013

Info Banjir Terkini - WW


Assalamualaikum




Nov 22, 2013

Istimewanya Pemuda Bernama Ahmad Ammar Ahmad Azam


Assalamualaikum

Salam jumaat penghulu segala hari buat semua. Istimewanya anak muda yang bernama Ahmad Ammar Ahmad Azam ini. Betapa beruntungnya pemuda yang bernama ahmad ammar ini. Ini dapat dilihat selepas pemergiannya kealam yang kekal iaitu kematian. Ahmad Ammar telah kembali ke penciptanya pada 02 November 2013

Ahmad Ammar merupakan penuntut jurusan sejarah di University Marmara, Turki. Allahyarham telah meninggal dunia dalam satu kemalangan ketika melintas jalan. 


Antara keistimewaan yang diperoleh, allahyarham telah disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Sebuah tanah perkuburan yang telah menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya', panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan disana.

Malahan begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan university telah hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya telah mengiringi jenazah allahyarham ke tanah perkuburan.

Betapa istimewanya pemuda ini, sedangkan Ammar hanyalah seorang penuntut Malaysia yang berada disana. Saksikanlah video dibawah ini untuk mengetahui perjalanan hidup anak muda yang istimewa bernama Ahmad Ammar Ahmad Azam. - Al-fatihah -


Ya Allah Ya Tuhanku, Baguskanlah untukku Agamaku yang menjadi pangkal urusanku, Baguskan pula Duniaku yang menjadi tempat penghidupanku, Dan Baguskanlah Akhiratku yang padanya tempat kembaliku nanti, Jadikanlah hidupku bekalan bagiku dalam segala kebaikan, Serta jadikanlah mati itu pelepas segala keburukan bagiku.....AMIN

“sesungguhnya mati itu pasti”



Nov 20, 2013

Villa Nabila Yang Hilang Misteri


Assalamualaikum

Villa nabila yang hilang misteri disebabkan seorang remaja !!


Troll untuk rakyat malaysia ..... APTB **ingat polis takda kerja kew ...




Nov 19, 2013

Susulan Kes Bunuh Pegawai Bank


Assalamualaikum

Bekas pengawal keselamatan, nama sebenar Laode Ardina Laude Rasila. Dihadapkan ke mahkamah hari ini atas dakwaan membunuh pegawai AmBank oktober lalu.


Sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati.


Isteri suspek utama kes bunuh pegawai bank, helpia pula dipenjara enam bulan kerana tinggal melebihi tempoh di malaysia.

Sumber lanjut : BeritaHarian





Oct 28, 2013

Facebook Suspek Kes Bunuh Pegawai Bank


Assalamualaikum

Susulan kes pembunuhan seorang pegawai operasi AmBank Tempoh hari, suspek kes bunuh tersebut yang dikenali sebagai Ardi Hamzah dipercayai masih bebas dan masih berada didalam negara kita ini.

Marilah kita sama-sama SEBARKAN GAMBAR-GAMBAR DAN FACEBOOK PEMBUNUH ini !! 

Jika dilihat dari akaun facebook suspek kes bunuh pegawai bank berkenaan yang menggunakan nama Ardi Ode Putra Katela, ternyata suspek ini berasal dari INDONESIA !!! dasar binatang yang tak berhati perut !!!

Mari sama-sama kita membantu pihak berkuasa sehingga tertangkapnya lelaki yang tidak berhati perut ini.



Sekiranya ternampak, terserempak atau mempunyai maklumat mengenai lokasi lelaki ini, SILALAH laporkan ke balai polis terdekat atau hubungi 03-2052 9999.




Oct 24, 2013

Pekerja Bank Mati Ditembak



Assalamualaikum

Kejam !! gila !! hanya itu yang terluah bila terbaca berita mengenai seorang pekerja bank yang mati ditembak oleh seorang pengawal keselamatan dibilik kebal bank berkenaan.


Suspek telah melepaskan tembakan mengenai muka mangsa. Hanya kerana duit manusia menjadi sekejam ini !! kalau pun ingin merompak ..... jangan lah sampai sanggup membunuh !! 



Dikatakan, suami mangsa sempat menghubungi isterinya beberapa minit sebelum kejadian berlaku pada petang semalam.



Lelaki dalam gambar diatas ini merupakan suspek kes bunuh pegawai bank dalam kejadian rompakan di bilik kebal bank tempat mangsa bekerja di jalan USJ2 sentral subang jaya petang semalam.

Diharapkan suspek terima hukuman yang sepatutnya !!! semakin hari ..... pelbagai jenayah yang dilaporkan dinegara ini. Semakin nyawa bagai tidak berharga. Moga kita sentiasa dalam redhaNya.



Jul 22, 2013

Jerebu di Negeri Melaka



! Assalamualaikum !


Berikut adalah bacaan IPU Jerebu di Negeri Melaka pada hari ini iaitu 22.07.2013 (isnin) sehingga jam 9.00 pagi ini. IPU mencatatkan kekal berada pada tahap TIDAK SIHAT.


Sebernya dari semalam dah nampak jerebu nie ... Nampaknya jerebu datang menyerang kembali. Diharap kita dapat bersama-sama menjaga kesihatan di bulam Ramadan yang mulia ini. Amin ..




Jul 16, 2013

Bahana Menghina Agama Islam

Assalamualaikum

Salam ramadan buat semua. Pagi nie terbaca kes tentang seorang remaja cina yang diculik dan ditinggalkan bogel dilebuhraya.

Semalam kes si "alvivian" penuh juga wall Fb kite... hurmm tah apa nak jadi zaman nie. Agama islam seperti diperlekehkan. Bangsa lain seperti tidak ada hormat lagi dengan agama islam.

Mungkinkah "kita" sebagai islam terlalu berlembut dengan bangsa lain???? Sehinggakan mereka "naik lemak" ???

Senang-senang menghina.... pastu minta maaf !!! Bahagianya..... hidup mereka !! Bayangkan jika "kita" yang menghina agama mereka .... mungkinkah mereka akan mudah memaafkan kita ??? .....

****Dalam bulan yang mulia ini, diharap kita dapat menjaga bahasa kita semasa memberi komen di FB... jangan kerana mereka-mereka ini yang cetek fikiran... kita pula yang mendapat dosa****




Jun 17, 2013

Jerebu Sedang Melanda



! Assalamualaikum !




KUALA LUMPUR: Kualiti udara di dua kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) terburuk sehingga jam 11 pagi tadi. 

Menurut laman web Kementerian Persekitaran dan Sumber Semulajadi, kawasan itu adalah Bandaraya Melaka dengan mencatatkan sebanyak 102 bilangan titik panas, menunjukkan sedikit pengurangan berbanding 129 titik panas pada jam 7 pagi tadi. - Sumber BeritaHarian

----------------------------------------

Semalam pagi-pagi bangun tidur tengok cuaca kat luar macam berkabus. Ingatkan mimpi ada kat cameron highland. Rupanya .................. Jerebu daaaa .... hehehe

Hari nie pun cuaca belum cukup baik lagi. So aktiviti luar HARUS dikurangkan.




Mar 11, 2013

Rumah Mampu Milik (Program RMM)



! Assalamualaikum !

SPNB kini memfokuskan kepada pembangunan Rumah Mampu Milik atau dikenali sebagai Program RMM diseluruh negara. Semalam berlangsungnya Majlis Perasmian salah satu Projek Rumah Mampu Milik oleh SPNB di Taman Sutera Wangi, Melaka yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka.

Majlis Perasmian Projek Rumah Mampu Milik


Semalam seharian dari jam 7 pagi hingga ke jam 5 ptg, yana dan incik hubby menghabiskan sisa weekend kami di Majlis Perasmian Projek Rumah Mampu Milik oleh SPNB

Kami datang bukan suka-suka, tapi kami adalah salah sebuah keluarga yang datang untuk memiliki rumah idaman kami. Terdapat lebih kurang 300 lebih lot rumah yang telah siap dibina yang akan dijual pada hari itu. Tetapi yang datang lebih dari 6k orang. huhuhu

pemohon


Nasib kami datang seawal jam 7 pagi. Kami dapat No.190 untuk memilih lot rumah yang sedia ada. Memang azab juga semalam. Kami terpaksa beratur bawah mentari yang terikkkk ... Fuhh tetapi semua itu terbalas juga. Kerana kami dapat / sempat untuk mengisi kuota yang ada.

lot rumah
Sila abaikan pemilik tgn yg GeBu itu ... hehehe


Setelah membayar Booking Fee, kami telah sign S&P perumahan pada hari itu juga. Step selepas ini adalah menunggu Loan samada approve @ reject .... huhhh



Sekarang tengah pening dengan BLR yang ditawarkan oleh beberapa bank yang dicadangkan oleh pemaju semalam. Sesiapa yang ada pengalaman dalam pembelian rumah ??? rasa-rasa bank apa yang bagus untuk pinjaman perumahan??

CIMB | MUAMALAT | BANK ISLAM | AFFIN BANK

Mana satu yang ok untuk buat pinjaman perumahan?

***Rumah Mampu Milik .... tapi harga boleh tahan jugak ... fuhhh sempottt




Jan 11, 2013

SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia)




! Assalamualaikum !


skrim amanah rakyat 1malaysia



SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia) adalah skim yang telah dilancar oleh Perdana Menteri pada awal tahun 2012 lepas yang dapat memberi manfaat kepada isi rumah yang berpendapatan antara RM500 hingga RM3000.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau SARA 1Malaysia merupakan gabungan produk pelaburan unit amanah dan produk pinjaman yang mana Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau SARA 1Malaysia ini mampu memberikan aliran tunai atau insentif bulanan yang konsisten kepada satu-satu isi rumah.

Yana adalah salah seorang pemohon skim SARA 1Malaysia ini. Alhamdulillah ... petang semalam yana telah menandatangai surat perjanjian antara Maybank yang menjadi pilihan pinjaman yana. Yang bagusnya skim ini tidak ada interes yang dikenakan oleh bank yang memberi pinjaman RM5000 yang berbentuk sijil. Tempoh skim adalah selama 5 tahun sahaja.


Skim Amanah Rakyat 1Malaysia


Yana pula hanya perlu membayar RM84 pada bulan pertama sehingga bulan ke 59, dan RM44 pada bulan ke-60 iaitu bulan terakhir. Setiap kali pembayaran yang dibuat setiap bulan, yana akan mendapat dividen dari skim SARA sebanyak RM134 setiap bulan bayaran. Nampak tak keuntung disitu?



SARA 1Malaysia


Setelah tamat tempoh matang skim tersebut iaitu lima tahun, keuntungan yang diperoleh melalui skim SARA 1Malaysia adalah lebih kurang 13k. Iaitu RM5000 (sijil SARA) + RM8040 (dividen) = RM13040.00. Alhamdulillah ... ada juga tabungan buat kami.




Permohonan telah ditutup

-----------------------------

“keuntungan tetap bukan bergantung pada satu sebab, ia juga bergantung pada banyak faktor, skop dan bidang sesuatu itu…”


Contoh yang simple, pernah tak gi kedai beli roti, maggis, beras? adakah harga brg2 tersebut berubah-rubah setiap hari? tidakkan... bermakna harganya tetap, keuntungan juga tetap tak... so takkan la seluruh malaysia yg punya keuntungan tetap dlm jualan brg2 runcit ni haram..

Untuk pengetahuan, pinjaman untuk skim ini melalui bank tidak dikenakan sebarang ‘faedah, intrest, bunga, riba etc… so rasanya memerlukan selidikan yg mendalam serta bertanya pada mereka yg benar2 fasih dlm bidang ini…dan salah satu term@syrt dlm skim ni adalah ‘pelaburan boleh ditamatkan pada bila2 masa tanpa ada pampasan’-apa maksud ayat ni? bermakna pelaburan yg mungkin alami kerugian di masa akan datag tidak akan dipulangkan balik modal yg dilabur..dalam soal skop pemberian antara pemerintah kepada rakyat ianya juga berbeza”.

-----------------------------------------------------------------------


Jan 10, 2013

Tambah Pendapatan dengan EnSurvey




! Assalamualaikum !


Kini muncul lagi program iklan yang boleh memberi kita sedikit pendapatan hasil dari melayari internet setiap hari. Sambil-sambil kita online, ada lah juga duit masuk dari membazir bayar duit internet kan. Yana usha program nie pun lebih kurang seminggu baru berkesempatan untuk join. Terima kasih kepada blogger TiranaAduka dan DenaiHati untuk info ini.

Program nie tidak memerlukan kita untuk share link iklan tersebut. Kita hanya menjawab beberapa soalan yang telah disediakan oleh EnSurvey sahaja. Senang bukan?? 

Tutorial : Cara daftar EnSurvey


  1. Klik DISINI untuk daftar (yana pilih connect FB, lagi mudah)



2. Bila dah daftar, ada tour yang akan guide korang. klik jerk NEXT - CONTINUE (fahami)




3. Klik Verify My Profile (seperti dalam gambar dibawah)




4. Akan bawa ke halaman seperti dalam gambar dibawah. Semak details korang. Pastikan letak nama dalam ic "Full Name". Tick kotak declare.




5. Korang dah boleh start jawab Survey dari EnSurvey. (Survey yang kotak hijau "LIVE" sahaja yang masih berjalan survey).




Yana baru jawab satu survey dah dapat RM0.80. Senang jerkkan .... 




Jawapan untuk persoalan EnSurvey


  1. Pendapatan bagi setiap tinjauan: RM2.00 – RM20.00 (bergantung kepada pihak klien)
  2. Syarat Pengeluaran Pendapatan : Jika pendapatan anda mencecah pendapatan minima, iaitu sebanyak RM100
  3. Yuran pengendalian: RM2.00 setiap kali pendapatan ditunaikan
  4. Konsep: Dapatkan ganjaran dengan menjawab soal selidik yang ringkas (tidak melebihi 5 minit)
  5. Tempoh Pembayaran: 45 hari selepas permohonan pengeluaran dibuat


Setiap survey akan ditujukan khas kepada kumpulan pengguna yang berbeza. Oleh itu, kita dan juga rakan-rakan kita dapat melihat survey yang berlainan berdasarkan maklumat profil yang telah diisikan di atas laman web.


Jom Daftar segera DISINI. Jangan Ketinggalan ^^










UTC Melaka - Urban Transformation Centre




! Assalamualaikum !




UTC adalah singkatan kepada Urban Transformation Centre atau Pusat Transformasi Bandar. Ia adalah satu usaha dan inisiatif kerajaan untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti Bandar dalam satu pusat atau bangunan. UTC diperkenalkan untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan dan kerjasama dari pihak swasta. Terdapat lebih kurang 70 agensi kerajaan, pihak swasta, NGO yang bernaung didalam satu bangunan.



UTC Melaka telah dirasmikan oleh YAB DATUK SERI UTAMA MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK iaitu Perdana Menteri Malaysia pada 23 Jun 2012. UTC Melaka beroperasi dari jam 8.30 pagi - 10.00 malam setiap hari.

UTC Melaka yang terletak di Jalan Hang Tuah menjadi kebanggaan rakyat Melaka kerana ia adalah UTC yang pertama Didunia diwujudkan. UTC Melaka juga menjadi rujukan kerajaan persekutuan bagi mewujudkan UTC lain diseluruh negara. Contoh UTC lain yang telah dibangunkan adalah UTC di Pudu Sentral, Kuala Lumpur. 

SENARAI AGENSI / PERKHIDMATAN DI UTC MELAKA


UTC MELAKA
KLIK UTK BESAR

10 KLUSTER DI UTC MELAKA

  1. Perkhidmatan Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat
  2. Perkhidmatan Pendidikan, Latihan dan Pekerjaan
  3. Perkhidmatan Pembangunan Perniagaan dan Keusahawanan
  4. Perkhidmatan Kesihatan
  5. Perkhidmatan Kewangan
  6. Perkhidmatan Kerajaan
  7. Perkhidmatan Pembangunan Belia
  8. Perkhidmatan NGO
  9. Perkhidmatan Utiliti
  10. Perkhidmatan Keselamatan

Pada sesiapa yang memerlukan perkhidmatan yang cepat bolehlah berkunjung ke UTC Melaka. Di UTC Melaka juga ada menyediakan pusat jagaan kanak-kanak. Sementara kita selesaikan urusan di kaunter, anak-anak bolehlah ditinggalkan di pusat jagaan tersebut. Gym pun ada disediakan. Dengan bayaran serendah rm1 sahaja.... Macam-macam ado kan .....


Peta Lokasi ke UTC Melaka




Keterangan lanjut boleh ke laman WEB UTC http://www.utc.my  

"Melaka Maju Negeriku Sayang - Negeri Bandar Teknologi Hijau"










Jan 8, 2013

Jom Booking !! 10Ribu Tiket Air Asia Percuma




! Assalamualaikum !


Air Asia



Sempena Program Intergrasi 1Malaysia, sebanyak 10000 (sepuluh ribu) tiket Air Asia akan diberikan secara percuma. Program tersebut telah dilancar oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Seri Najib Razak. 

Tujuan Program Integrasi 1Malaysia


Tujuan Program tersebut adalah untuk merapatkan jurang antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Sehubungan dengan itu, syarikat tambang murah Air Asia telah bekerjasama untuk memberikan 10K tiket percuma untuk tempoh yang ditetapkan.

Tempoh Penerbangan Percuma Air Asia


Penerbangan percuma tersebut adalah antara 14 Januari 2013 sehingga 04 Februari 2013.

Destinasi Penerbangan Percuma Air Asia


Destinasi penerbangan percuma tersebut hanya sah bagi penerbangan yang berlepas dari Kuala Lumpur,  Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu dan Bintulu.

 Cara Mendapatkan Tiket Percuma Air Asia


Pelangga boleh menempah tiket percuma tersebut dengan mengakses laman web http://www.airasia.com bermula dari 08 Januari 2013, Jam 12 tengah malam (iaitu telah masuk tarikh 09 Januari 2013).

----------------------------------------


now everyone can fly



*** Cukai lapangan terbang akan dikenakan, walaubagaimanapun tambang dan surcaj bahan api dimansuhkan ***

Larat ke nak berjaga malam nie .... huhuhhhh mesti stuk !! Zzz







Bijak Dahulu Bijak Sekarang - ASB




! Assalamualaikum !




Dari awal tahun lagi pusat bank penuh dengan manusia. Memula yana pelik juga. Sebab jarang tengok situasi macam tue. Sampai ke tangga bank orang penuh. Yana masa tue ada urusan untuk company. So tak perlu beratur. Sampai di bank terus ke kaunter untuk berurusan. Orang lain yang beratur pandang macam nak makan jerk. kikikiki "nasib baik yana tak keluarkan buku ASB time tue...kalau tak sia-sia makan maki".

Hampir dua tiga minggu juga bank penuh dengan manusia. Selidik punya selidik, rupanya mereka semua tue berurusan mengenai ASB (Amanah Saham Bumiputera). Owhh ... dah boleh semak untuk Bonus dan dividen ASB rupanya... macam duduk bawah tempurung jerk yana nie kan... hehehh Bonus dan dividen untuk tahun 2012 adalah sebanyak 1.15% dan 6.75%.

So bagi sesiapa yang melabur dalam skim ASB boleh lah makan dividen tue tanpa mengeluarkan modal. Macam rolling duit jerk dalam tabungan ASB tue kan. Yana takda pelaburan dengan ASB. Yana cuma menyimpan jerk. Bak cogankata ASB "Bijak Dahulu Bijak Sekarang". 

Simpanan yana pun tak banyak lagi. hehehhh tadi baru balik dari bank ... saja gatal nak semak baki. Semak jerk ... "Bijak Dahulu Bijak Sekarang".



*** Meriah bank dan pejabat pos awal-awal tahun nie erk .....





PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...