HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Nov 6, 2012

Trilogi Kisah Along di Hospital


! Assalamualaikum !

Entry kali nie nak cerita mengenai keadaan along yana. Ada juga yang bertanya (terima kasih banyak2) ... sebab sebelum nie yana ada cerita mengenai sakit along yana. Buat masa sekarang nie along alhamdulillah stabil.

Rabu, 31.10.2012 : Dari siang hari kami nak ke Hospital (Hospital Besar Melaka) untuk buat rawatan lanjut mengenai penyakit along. Sebab malam semalam along demam panas dengan suhu mencecah 38 darjah calcius. Tapi Hujan turun dengan lebat hingga ke malam. Sebelum isyak hujan renyai. Kami redah jerk. Sampai terus ke wad kecemasan. Lebih kurang 1jam urusan (scan, ambil darah, masuk air) along terpaksa ditahan sebab mata dan kulit badan/muka semua dah kuning. Kuning adalah disebabkan pembengkakan Hati. Yana difahamkan kalau demam + kuning mungkin boleh akan membawa maut.

Khamis, 01.11.2012 : Along masih demam sedikit. Pagi hari nie along perlu menjalani satu ujian. Doktor masukkan teropong melalui mulut along untuk melihat keadaan didalam badan along. Selepas ujian tersebut doktor menerangkan pada along, mereka telah memasukkan satu tiub didalam saluran apatah .. untuk membuka sedikit ruang bagi membolehkan cecair dari hati dapat mengalir dengan lancar dan dapat mengurangkan kuning yang terjadi sebab hati bengkak. Malam mak tidur hospital teman along.

Jumaat, 02.11.2012 : Pagi nie demam along dah kebah. Kuning along pun dah surut sedikit. Selera makan pun dah macam biasa. Pagi doktor pakar pembedahan datang. Pembedahan akan dijalankan pada 20.11.2012 betul-betul jatuh pada hari lahir along yang ke 30thn. Setelah itu Along dan mak dibawa ke bilik Bius untuk berjumpa dengan pakar bius. Pakar bius menerangkan mengenai risiko pembedahan yang akan along lalui. Mungkin koma @ lumpuh @ icu .... macam-macam lah .... sebab pembedahan akan berjalan selama 6jam. Doktor menerangkan ini adalah satu pembedahan besar yang boleh melibatkan nyawa. Malam nie yana tidur hospital teman along.

Sabtu, 03.11.2012 : Along dibenarkan pulang kerumah sementara menunggu hari pembedahan. Along perlu masuk wad sehari sebelum hari pembedahan. Along hanya dibekalkan ubat antibiotik untuk 5 hari.

Insyallah next entry yana akan ceritakan ketidakpuasan hati kami sebagai keluarga along terhadap "doktor" dihospital tersebut....memang PanaSs !!!

Tolong Doakan kesihatan along yana... TQ




12 0 Pengomen Terhebat:

beta kupu said...

smoga along awk slmt jalani pmbdahn tu nnt n kmbali pulih ye...insya'..amin

Ratu Hatiku said...

Mudah-mudahan Along cepat sembuh..Amin..

Jue Jaynee said...

emmm yana..sedih kan. kadang2 benda ni xsangka boleh jadi.
tapi insyaAllah mesti ada sebab kan

Unknown said...

Semoga pembedahan Along Yana berjalan dengan lancar dan semoga Along Yana cepat sembuh...

cydayf said...

Along Yana sakit apa?

Unknown said...

@Cik Cyida : tggu entry panas nnt k ^^

Unknown said...

enrty panas..?
tak sabar plak nak baca...
mohon yana sekeluarga tabah dengan dugaan..

Anonymous said...

doakan yg terbaik for yr along ye ! tunggu cerita panas tu

NoEn said...

moga along yana cepat sembuh

Mrs Velentine said...

semoga along sembuh..dan yana sekeluarga banyakkan bersabar

Nur farahiza said...

doakan yang terbaik . semoga along cepat sembuh ye

cci said...

semoga along cepat sembuh yer.. bab psl x puas hati mmg x dinafikan.. sbb perkara yg x puas hati tu.. berlaku pd hubby cci.. geram.. grrr..

PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...