HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Dec 31, 2012

Gelang Pearl Comel




! Assalamualaikum !

Yana ada jual Gelang Pearl Comel tau ... Siapa nak tempah boleh isi details di ORDER FORM.

Jom cikidup Gelang Pearl Comel .... CantikKkk !!


Pengenalan Mutiara Swarovski (Gelang Pearl Comel)


Mutiara Kristal Swarovski dihasilkan di bawah syarat-syarat yang ketat dan kualiti yang sempurna. Pemeriksaan tahap kualiti mereka memberi jaminan penuh bahawa mutiara mereka mempunyai kemasan sempurna, konsisten, dan saiz yang seragam. Swarovski menggunakan teknologi canggih yang baru, menghasilkan lapisan ibu mutiara yang sama rata kepada teras kristal. Teknologi inovatif ini membolehkan fleksibiliti dalam variasi warna dan nada harmoni yang menghasilkan cahaya indah mutiara itu. Penggunaan kristal sebagai bahan asas adalah faktor yang membezakan mutiara Swarovski berbanding mutiara tiruan yang lain. Mutiara Swarovski yang telah siap mempamerkan penampilan yang jauh lebih bercahaya berbanding mutiara tiruan yang lain.

Mutiara tiruan lain mempunyai beberapa kelemahan. Antaranya, semburan minyak wangi atau peluh boleh menyebabkan mutiara tiruan plastik kehilangan salutan mutiaranya. Kerana mutiara palsu mudah tercalar, aktiviti membersih adalah sangat sukar. Tetapi bagi Mutiara Swarovski, ia boleh dibasuh dan tidak mudah terdedah kepada kerosakan dari minyak wangi atau peluh. Ia juga tahan calar. Suhunya cepat disesuaikan dengan suhu badan si pemakai.




MATERIALS GELANG PEARL COMEL


8mm Swarovski Pearl in Bright Gold + 4mm Bicone Swarovski Crystal in Crystal AB + Single Dagling Heart in Topaz AB + Claps & chain in Sterling Silver 925. (Material setiap gelang berlainan, bergantung pada pilihan gelang).



CADANGAN SAIZ BERDASARKAN UKUR LILIT TANGAN YANG KETAT


Saiz S- : Untuk ukur lilit tangan 10.5CM ~ 11.4CM
Saiz S+ : Untuk ukur lilit tangan 11.5CM ~ 12.4CM
Saiz M- : Untuk ukur lilit tangan 12.5CM ~ 13.4CM
Saiz M+ : Untuk ukur lilit tangan 13.5CM ~ 14.4CM
Saiz L- : Untuk ukur lilit tangan 14.5CM ~ 15.4CM
Saiz L+ : Untuk ukur lilit tangan 15.5CM ~ 16.4CM
Saiz XL- : Untuk ukur lilit tangan 16.5CM ~ 17.4CM
Saiz XL+ : Untuk ukur lilit tangan 17.5CM ~ 18.4CM
Saiz XXL- : Untuk ukur lilit tangan 18.5CM ~ 19.4CM
Saiz XXL+ : Untuk ukur lilit tangan 19.5CM ~ 20.4CM

-Sila bagi ukur lilit tangan-

Cara nak ukur tangan macam ni ye...ambil pita pengukur, kemudian ukur biar betul-betul ketat pergelangan tangan. Ambil ukuran dalam CM. Kalau xde pita pengukur, boleh ukur guna benang atau sebagainya. Ukur biar betul2 ketat pergelangan tangan & tandakan. Kemudian ukur benang tadi kat pembaris. Ambil ukurannya dalam CM.


HARGA GELANG PEARL COMEL


Saiz S - + ---> RM52
Saiz M - + ---> RM56
Saiz L - + ---> RM60
Saiz XL - + ---> RM64
Saiz XXL - +  ---> RM68



 


-----------------------------------------------------------

Untuk Pertanyaan lanjut inbox : FB Yana
Pilihan Gelang (Lebih banyak Gambar) : ALBUM
Order Form : DISINI

----------------------------









Dec 27, 2012

Review : Pemenang Simple Giveaway by NFH (5)




! Assalamualaikum !


Pink !! pink !!!! pink !!!!!!

Wahhhh ..... suka ... suka ..... sukaaaa !!!!

Maaf ...ter-meroyan sekejap !!! hehehhh 

Blog Pecinta Pink --> DISINI

Entry ini adalah last untuk sesi review Pemenang Simple Giveaway by NFH.

Melihat pada nama dan header blog beliau kita dah tahu beliau nie seorang peminat Pink !! Gadis Pecinta Pink !! memang betul-betul suka pink nie. hehehh

Jom berkenalan


Baru-baru nie blog gadis pecinta pink telah mendapat CPUV dari nuffnang untuk kali yang ke-22 !! Fuhhh .... apa rahsia ?? boleh share ngan yana ????? hehehhh tahniah dear ..... bilalah cpuv nak sggh blog yana erkkkk ......

Bermula dari semalam beliau telah start menghadapi exam untuk sem 5. Jom sama-sama doa kan kejayaan beliau. Semoga beliau dapat menjawab exam dengan tenang dan mudah .. amin ...

Ok jom terjah .... !!! DISINI







Review : Pemenang Simple Giveaway by NFH (4)




! Assalamualaikum !

Petang nie yana akan review lagi pemenang simple giveaway by NFH iaitu pemilik blog Shafinaz Aina. Wahhh ... macam yana aina ler ... hehehhh


Shafinaz Aina Blog --> DISINI


Header yang simple melihatkan nama pemilik blog tersebut. Loading yang mesra, maksudnya tak lah lambat sangat. So boleh menarik blogger lain untuk singgah kembali.



Blog aina banyak mempromosi link-link iklan selain dari nuffnang. Menarik susun atur iklan tersebut. Tetapi ...... tetapi bagi pendapat yana, Iklan terapung says tue kalau boleh biarlah diletakkan disebelah kiri blog. Ini mungkin lebih mesra dan tidak mengganggu. Ini kerana sidebar blog aina berada dibahagian kanan.


Iklan Nuffnang ini pula, kalau boleh aina letakkan dibahagian atas bukan dibahagian bawah. Ini bagi membolehkan blog aina senang mendapat CPUV dari nuffnang. Insyallah .... ini pendapat yana saja ok. Jangan marah ....

So far .... blog aina ok. Tiada masalah untuk di terjah oleh rakan lain. Jom terjah ..... DISINI

Tahniah Shafinaz Aina





Review : Pemenang Simple Giveaway by NFH (3)



! Assalamualaikum !

Kembali lagi dalam entry meng - review blogger yang telah memenangi simple giveaway dari NFH.

Sebelum memulakan bicara, yana mohon ampun dan minta izin erk ... sebab terasa takut ler pulak nak review owner blog nie. huhuhhh Otai tue .... sebab follower beliau dah mencecah 2402 ... ramai tue .... jauh lebih ramai follower beliau kalau nak dibandingkan dengan yana. hehehhh


Cik Lyeen Blog --> DISINI

Header yang comel dan simple !! melambangkan pemiliknya seorang peminat cupcakes !! tak percaya ?? cuba tengok sidebar yang ada dalam blog beliau. Semuanya berkisar cupcakes !! so sweet ...




Pemilik blog Cik Lyeen nie orang Sabah bah ... sweet 20, sama sweet macam cupcakes nya .. Ok apa tunggu lagi ..... Jom kita terjah Blog Cupcakes aka Cik Lyeen --> Disini


Tahniah Cik Lyeen





Takziah ... Al-Fatihah




! Assalamualaikum !


Subuh tadi yana sekeluarga dikejutkan dengan panggilan dari orang jauh. Keluarga mak dari Singapore menyampaikan berita sedih kepada kami seisi keluarga. "Mak yana orang singapore"

Abang kepada mak yana (my pakcik...) telah kembali kepadaNya awal subuh tadi. Puncanya kerana jatuh dalam bilik air. Walau pun sihat ... kita tidak tahu bila ajal kita. 

Subuh-subuh tadi yana dan hubby hantar mak naik bus di Melaka Sentral. Mak cakap naik bus lagi senang. Ikutkan hati ... yana nak teman mak balik singapore. Tapi ada kerja belum settle. Terpaksa batalkan niat. Moga dipermudahkan segala. Amin ...




Ertinya: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kami kembali pula kepada Allah dan kami pasti kembali kepada Tuhan kami. Ya Allah! Catatlah mayat ini pada sisi Engkau dalam golongan orang-orang yang baik, dan jadikanlah catatannya dalam golongan yang terpuji / tinggi.

- Al-Fatihah -




Dec 26, 2012

Review : Pemenang Simple Giveaway by NFH (2)




! Assalamualaikum !


Petang nie masih sesi membayar hutang. Hutang apa ??? hutang kepada Pemenang Simple Giveaway by NFH... hehehh

Tashyra Blog --> DISINI


Blog ke-2 yang akan yana review adalah blog Tashyra. Pink kaler !! i loike ... hehheh Blog yang simple, susun atur widget yang kemas. Memang sedap mata memandang ler .... Loading tak lah lambat sangat, tapi boleh diperbaiki lagi.


Cuma ... kalau boleh tulisan tue dibesarkan sedikit dah prefect kot. Maaf ea ... bagi yang berkaca mata macam yana nie rabun tahap gaban susah sedikit nak membaca penulisan adik. Tapi jangan risau ... korang masih boleh membaca.


Adik nie pun rajin join segmen & giveaway tau. Bagus support kawan blogger lain. So kalau nak join segmen or giveaway boleh refer blog adik nie.


Minta izin ambil erk ....

Rupanya pemilik blog ini adalah calon SPM 2013. Wish u Luck dear .... ^^ 

Tahniah Tashyra








Berita Baik !!! Pemberian Domain Percuma Dilanjutkan !!



! Assalamualaikum !

Berita Baik !!! Domain Percuma Dilanjutkan !! 

Yeah !! Domain Dotmy yang diberikan secara percuma sepatutnya telah tamat tarikhnya pada hari ini. Tetapi .......... Blogger Innanie dengan baik hatinya telah melanjutkan pemberian Domain percuma tersebut selama 3 hari lagi. Yeah 3 hari sahaja lagi !! Boleh rujuk DISINI.

So pada sesiapa yang masih berminat untuk mendapatkan Domain percuma boleh lah apply dengan segera !! yeah dengan SeGeRa !!




----------------------

DENGAN BERMURAH HATINYA INGIN MEMBERI FOLLOWER LAMA/BARU SATU HADIAH YANG TIADA TANDINGAN NILAINYA!

DIBAWAH SATU PROGRAM .my DOMAIN REGISTRY(AGENSI DIBAWAH KEM. SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI) IAITU PROGRAM 1MYID. ANDA YANG LAYAK AKAN MENERIMA :

* Satu domain blog [dot my] PERCUMA selama setahun bernilai
RM 200.00

* Potongan sebanyak 90% untuk bayaran 'renewal'
yang bermaksud anda hanya perlu membayar RM 20.00 sahaja untuk tahun-tahun akan datang (fixed price)


* Rating blog yang mencanak-canak naik


-------------------------------------------------------------------

Rujuk :











# Wordless Wednesday # 22 / Gaji Minima



! Assalamualaikum !




Review : Pemenang Simple Giveaway by NFH (1)




! Assalamualaikum !

 NH BLOG --> DISINI

Hitam + Merah adalah gabungan warna dari blog Nur Hafidhzah yang sangat menarik. Serius 1stime yana terjah blog beliau, perkara pertama yang yana perhatikan adalah header beliau. So comel .... sebab header blog yana simple + buruk .... hehehhh

mintak izin ambil erk ...
Diatas adalah gambar pemilik blog Hitam + merah tersebut. Nampak muda lagikan .... dari pemerhatian yana, pemilik blog ini suka join segmen & giveaway tau. Bagus adik nie support blogger lain. So kalau nak join / tag segmen or giveaway yang menarik boleh refer pada blog beliau.

Blog yang simple, santai, kemas ...... dan widget yang tersusun. Mungkin beliau baru berjinak untuk berblog melihat dari jumlah follower yang ada. So apa tunggu lagi .... Jom TERJAH ....

Tahniah Nur Hafidhzah





Pemenang Simple Giveaway by NFH



! Assalamualaikum !


Eh Banner nie macam pernah tengok jerk ...... Erm !! bukan dah tamat ke Giveaway nie ?? lol ... yana ketinggalan kew ??? ......

Jangan larikkk ..... hehehhh yana bukan nak masuk Giveaway ler ..... kalau nak tahu, Simple Giveaway by NFH (NurfarahudahudBlog) nie dah tamat pada 24.12.12 lepas... So yana adalah salah seorang sponsor untuk giveaway NFH. Bukan sponsor wang ringgit, yana cuma mampu sponsor untuk review blog pemenang yang terpilih oleh NFH.

Terlebih dahulu yana nak susun 10x10x10xxxx jari pada blog yang bakal yana review nie. Kalau ada tersilap, terkasar, tersalah ..... etc .... mohon ampun erk. Yelah yana blog picisan jerk ado hati nak review blogger lain erk !!!

5x Review Blog by Yana Aina


So pada blog yang yana akan review tue sila alert erk .... bila-bila masa dari sekarang entry tersebut akan ter"publish  ....




Dec 24, 2012

Musim Buah - Owh Durian



! Assalamualaikum !

Cerita weekend yana masih belum habis ... hehehh biasa ler ... kalau cuti kerja, yana tak update blog. Kalau update pun tersangat ler simple .... guna hp terbatas.

Nie cerita durian pulak .. hehehh sabtu malam minggu yana ngan hubby round satu bandar Melaka. Jalan-jalan cari pasal ... biasa ler orang bujang ... hehehh Lebih kurang jam 12.30 tetiba nampak gerai orang jual durian masih belum tutup.

" ermm ..... terasa macam nak makan durian ler ....... "

"makan kat kedai boleh ... nak bungkus bawak naik kete .... NO !! "

"alaaaaa .... malu ler nak makan kat kedai. Tak puas ... nak makan kat rumah ... kusyuk sikit !! "

Hubby pun berhentikan lah kereta kat gerai tue .... kalah lawan cakap ngan yana ler tue ... kikkiiki. Rupanya kedai kawan hubby. Durian sekilo RM9.90. Tah durian apa yana pun lupa .... mata dah nampak durian jerk time tue !!

Kawan hubby suruh beli semua durian tue sebab tinggal bape biji jerk. Lebih kurang 7kilo. Yana kenyit2 mata kat hubby sambil senyum siput !! dalam hati doa mintak-mintak hubby lembut hati dengan kata-kata kawan dia tue. kikiki 

Hubby pun setuju beli semua ... tapi dengan SYARAT !! kopek kulit ... isi letak dalam bekas. Kalau nak tahu ... my hubby nie anti durian !! dia boleh muntah mengalahkan orang mengandung kalau terbau durian. Pengsan pun dia boleh !! kahkah kelakar ler ....


Fuhh !! dapat tiga bekas aiskrim !!! walawehhh ... senyum lebar yana. Tak sabar nak sampai rumah !! siap dapat free gift !! Buah pulasan dengan limau kecik2 tue ... keuntungan berganda yana malam tue .. kikiki


Sampai jerk rumah, Hubby berkurung dalam bilik. Siap spray minyak wangi !! Yana ke dapur mengerjakan DURIAN !! walaupun jam dah menunjukkan pukul 2am !! wahh .. untung mentedarah durian sensorang. Mak ngan adik beradik lain semua takda. Untung .... untung ....











Udang Goreng Tepung



! Assalamualaikum !

Weekend semalam yana jadi isteri solehah !! yeah solehah ler sangat ... hehehhh hari nie nak share apa yang yana masak untuk incik hubby semalam.

Resepi : Udang Goreng Tepung

Bahan Udang Goreng Tepung :-
  1. Udang
  2. Tepung Gandum
  3. Putih Telur
  4. Garam
  5. Lada Sula
  6. Serbuk Kunyit
=======================

Udang Segar

Campurkan semua bahan tadi bersama udang. Jangan terlalu cair (alaaa... macam buat cekodok tue). Goreng udang tersebut dengan api yang sederhana besar.

Udang - setelah dicampur semua bahan

=============================================

Tadaaaaa ....... siap sudah Udang Goreng Tepung untuk incik hubby.


----------------------------------------------------------------------------------

Selepas makan yana buat ler muka nak mintak penampo mintak pujian .... yelah .. bukan selalu yana masuk dapur masak.. opsSss !! pecah rahsia. hehehh Sekali hubby bersuara !!

" Ermm .... udang nie bukan kene buang kulit dia ke?? macamana tepung nak melekat kat isi kulit kalau kulit tak buang ...... "

Huh !! pengsan !! kahkahhh ... tue ler yana excited sangat nak masak sampai terlupa tak terfikir langsung. Padan muka aku !! erk ... tapi nasib baik hubby cakap sedappp ... kalau tak cuti setahun masuk dapur. kikiki





join ainkalam's rm30 top up give away



! Assalamualaikum !


Klik utk Join

Simple jerk syaratnya .. Jom join ^^

DateLine : 26 Dec 2012, 12PM



Senarai Bloglist .... Jom BW




! Assalamualaikum !

Terima kasih yana ucapkan kepada mereka yang sudi duduk didalam bloglist terbaru yana ... berikut senarai link blogger yang sudi duduk dalam bloglist yana.

- TeRiMa KaSiH -

  1. http://www.msvelentine.my
  2. http://www.eymasushoppe.blogspot.com/
  3. http://ibuamirulpunyeblog.blogspot.com
  4. http://asmarpunyablog.blogspot.com
  5. http://arinalola.blogspot.com/
  6. http://www.mujadafewa.my/
  7. http://www.cydasite.my/
  8. http://hazwanhairy.com
  9. http://www.aimisyahirah.com
  10. http://gurlz-elm0.blogspot.com/
  11. http://mialiana.com
  12. http://tengkubutang.blogspot.com/
  13. http://sheilashahfiekry.blogspot.com
  14. http://nuramsnaz.blogspot.com
  15. http://mamaaryan.blogspot.com
  16. http://aku-saya-alam.blogspot.com
  17. http://www.mizruha.com
  18. http://wanznoen.blogspot.com/
  19. http://cikgufiq.blogspot.com
  20. http://najihah90.blogspot.com
  21. http://nurainishahroni.blogspot.com/

Bagi sesiapa yang masih tak letakkan yana dalam senarai bloglist korang ....... tologlah letak link yana erk ... kita kan exchange (RUJUK)..... hehehhhh



Dec 21, 2012

Bloglist Tahun Baru


! Assalamualaikum !



Tengok .... Bloglist yana dah hilang ...... benda nie lah yang yana nak cerita kat entry sebelum nie DISINI. Sedih ler .... Maaf pada pemilik blog yang ada dalam bloglist yana sebelum nie. Link blog korang dah hilang .... 

Yana nak letak link blog korang, tapi takut ada yang tertinggal nanti yana kene cop "Tidak Adil" pula. Ermm ... Tapi takkan nak kosongkan pulakan.

So sempena nak masuk tahun baru 2013. Yana nak buat Bloglist Tahun Baru ler .... Siapa yang nak link blog korang ada dalam Bloglist yana ...... angkat keyboard !! erk .... hehehhh

Ok sesiapa nak link blog ada dalam bloglist yana senang jerk :-

  • Tinggalkan link blog di kotak komen entry ini (bukan link entry @ etc)
  • Letak Link Blog yana dalam bloglist Korang (kira macam Exchange ler ..)
  • Klik DISINI  (kalau sudi)
  • -SIAP -


Senang jerk kan .. tak perlu buat entry pun .... dateline ikut suka yana lah k. Siapa cepat dia dapat .... poyo




Tag Blogger lain Dalam Entry




! Assalamualaikum !


Salam Jumaat penghulu segala hari kepada semua ...... Pagi nie time nak taip entry tetiba ada note keluar 



Wahhh ... dah boleh tag rakan blogger lain dalam entry ler ... dah macam Facebook !! senang kerja kan ... heheh tapi ....... tapi rakan google+ jerk. Rakan yang tiada G+ tak boleh.




Hanya dengan meletakkan simbol @ / + kita dah boleh tag rakan G+ dalam entry kita. Contoh seperti didalam gambar dibawah.

Dengan menggunakan simbol @

Dengan menggunakan simbol +

Wahhh ... macam gayat jerk ayat yana kan ... kahkah 


hehehhhh saja tag nak testTttt ..... peace !!








Dec 20, 2012

Segmen Blogwalking Rilex Cool



! Assalamualaikum !

Klik utk Join

Hari nie yana nak join Segmen Blogwalking Rilex Cool dari blogger yang memang rajin Blogwalking iaitu En.Fendi yang baru menyambut hari lahir beliau semalam (nak wish TEKAN ..)

SeLaMaT HaRi LaHiR

Kelebihan Blogwalking 

  • Banyak dapat informasi yang kita tak pernah tahu.
  • Boleh dapat banyak ilmu
  • Dapat tambahkan kenalan
  • Dapat naikkan trafik blog ..... hehhhh

Itu pendapat yana lah hasil dari blogwalking yana sendiri.

- Jom Join -

DateLine : 25 Dec 2012





Entry Lambat Update



! Assalamualaikum !

Yeah !! dah ada domain sendiri http://www.nazlyizan.my/ .... dotmy !! proud to be malaysian !! erk ...

Tapi ........... tapikannnnnnnnnn !!!

Kenapa setiap post yang yana publish lambat Update ?? Entry lambat update ... kenapa ?? kenapa erk ... ?? Hurmmm ... tanya pada pihak berkenaan. Tapi macam terabai jerk ! Terima kasih ....

Ada tak sesiapa yang bertukar domain macam yana juga ?? Korang ada masalah macam yana tak ??? Korang boleh tolong yana selesaikan isu ini tak ???? boleh tolong tak ?????

Hari tanda ??????? sedunia ... hehehhh

Tolong jawab ... TQ

http://matcuoi.com


***time publish : 9.20am










Dec 19, 2012

# Wordless Wednesday # 21 / Sticker & Casing Hp




! Assalamualaikum !


Sticker Hp

Sticker & Casing Hp


**.....Hubby komen buruk ... mcm kanak2 rabena !!





# Wordless Wednesday # 20 / Lunch



! Assalamualaikum !

Lunch







Semakan Keputusan PMR 2012



! Assalamualaikum !


Keputusan PMR


Semakan Keputusan PMR 2012. Keputusan PMR 2012 adalah pada hari ini, iaitu 19 Dec 2012. Sepupu yana salah seorang calon PMR tahun ini. Mesti dia tengah risau giler ... hehehh

Agak-agak takut nak ambil keputusan di sekolah, mereka juga boleh semak keputusan mereka melalui 2 cara berikut :


Semakan Keputusan PMR Online. Keputusan PMR juga boleh disemak melalui Online.


Semakan Keputusan PMR Melalui SMS. Keputusan PMR juga boleh disemak melalui SMS iaitu pesanan text ringkas.

Taip PMR [No K/P] [Angka Giliran] dan hantar ke 15888

----------------------------------

Semoga calon-calon PMR mendapat keputusan seperti yang dihajati. Kerana ia bakal penentu aliran mata pelajaran mana yang akan diambil untuk SPM kelak.

- Good Luck -



Dec 18, 2012

Selamat Hari Lahir - Sahabat Dunia Akhirat -



! Assalamualaikum !

Hari nie 18.12.12 adalah hari lahir salah seorang BFF "nuraziana" yana ....  siapa "nuraziana" ?? boleh skodeng DISINI

Selamat hari lahir yul ..... dak yul nie ler yang meracun yana buat blog nie. Kalau tak .... macam katak bawah tempurung jerk yana tak tahu apa itu "blog" erk. Dia pun ada blog tau nuramsnaz. Korang serbu ler blog dia. Mesti dia terkejut tetiba ada orang datang blog dia ... kikiki

Selamat hari lahir ... semoga dirimu dan hidupmu kekal bahagia, sejahtera & sentiasa mendapat redha dariNya ... amin ...


Pavlova cake



P/S : oit bebaik meletop Hp tue ... yelh ... call free .... lalalaaaaaa 



3 Sahabat Tak Sejiwa


! Assalamualaikum !

Petang hari yang mendung (tempat yana ler...) membuatkan mata menjadi kuyu !! Jom ler layan lawak dipetang hari !! nampak sangat takda kerja kan .. kan ..... argh .. ngantok

------------------------------------


3 Sahabat tak sejiwa

Ada tiga sahabat, satu kura2..satu lagi katak..yang last ulat gonggok. Suatu hari

kura2 mengundang dua temannya kerumahnya buat jamuan kecil2an. So.. mereka bertiga

buat le pesta kecil di rumah kura2. Setelah asyik borak, makan, minum and lain-lain...

si kodok berkata :

"Eh..dari tadi rasanya ada macam benda yang kurang la..korang perasan tak?....Ha ...
patut..la rokok dah abis....... "

Kura2: "Iya la..sorryla gua lupa lak standby satu ....beli jer kat warong depan tuh!"

Katak: "apsal aku plak......kau kan tuan rumah"

Kura2: "ye la.... tapi bertahun la korang nak menunggu....siapa lagi cepat "

Katak: "so kalau gitu mintak je ulat gongok tolong....

Kura2: "Oh iya ya.. ulat gongok tolong gi jap"

Ulat Gonggok: "aiya.....korang ajela"

Katak: "ala ..gi saja la kita orang dah undi kau"

Akhirnya si Ulat gongok pergi juga untuk membeli rokok. Si Katak dan Kura2 menunggu ......

Lima minit menunggu...si Ulat gongok tak tiba juga...10 minit..20 minit...satu jam...

dan sampai tiga jam Ulat gongok masih tak timbul-timbul.

Katak: "Ulat gongok pegi mana hah tak sampai-sampai..?"

Kura2: Iye la .. risau jugak, jom kita cari!"

Katak: "Jom..!"

Bila jer kura2 buka pintu...Ulat gongok sudah pun berada di depan pintu.

Kura2: "Hah tu pon dia..!"

Katak: "...mana rokoknya..mulut aku dah kering sangat ni..?!"

U.G.: "..apa rokok-rokok...aku jalan pon belom..!!"

Katak: " Haah tak bergerak lagi ...jadi dari tadi buat apa...?"

U.G.: "Yeeeeeeeeelaaaaa..korang tak nampak ke ni...aku tak abis lagi PAKAI KASUT..!!!!!"



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





***coPyPasTe






PEMENANG CONTEST KALENDER EKSKLUSIF 2013 HAZWANHAIRY | BOX CREATIVE..



! Assalamualaikum !

Pagi nie buka blog terbaca komen dari Cik Mimie. TQ dear .....


Macam tak percaya pulak ... sebab apa tak percaya ??? sebab En Hazwan buat pemilihan pemenang menggunakan Random.org. Yana memang selalu takda luck kalau dengan random.org nie. kikiki


PEMENANG CONTEST KALENDER EKSKLUSIF 2013 HAZWANHAIRY | BOX CREATIVE..


Alhamdulillah ... terima kasih En Hazwan !! yana bakal dapat KALENDER EKSKLUSIF 2013 HAZWANHAIRY | BOX CREATIVE.. !!



-------------------------









Dec 17, 2012

Pasar Malam -Dulu & Kini-

! Assalamualaikum !

Pasar malam dulu & kini, memang banyak perbezaannyakan. Salah satunya dari segi kewangan. Di perumahan yana pasar malam setiap hari isnin.

Dah lama (berzaman...) yana tak menjejakkan kaki kat pasar malam. Tadi saja ajak hubby pergi. Bawak duit RM20. Fuhh ... Selamat selesai menghabiskan duit tersebut.

Yana beli kebab, ayam percik, jagung bakar, kerepok lekor. Selamat rm20 ... Selamat habis ler .... Huhuhhh

Alahai ..... Keciknya nilai duit sekarang ....

Hadiah TOP COMMENTERS



! Assalamualaikum !

TOP COMMENTERS


Terima kasih kepada Blogger CCI !! yana dapat hadiah dari cci ... yeah !!

Sampai berebut dengan adik nak pelekat comel tue ... kikiki

Hadiah TOP COMMENTERS

- Terima kasih -



PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...