! Assalamualaikum !
Siapa yang dah baca or ambil resepi durian crepe dari entry yana sebelum ini?? mengaku cepat ..... bukan nak marah lah. Nak ucap terima kasih jerk. hehehhh Tapi sebelum nak buat tue mesti tertanya-tanya.
Apa itu Whipping Cream ?? macam yana mula-mula dululah. Bab bahan omputeh nie yana dodol sikit. Ok kat sini yana nak berikan sedikit info. Kita kene tahu dahulu Perbezaan diantara Dairy dan non-dairy Whipping Cream. Nama saja lebih kurang sama. Tapi tak sama tau. Takut resepi tak menjadi pula.
Non-dairy whipping cream ( Krim putar bukan tenusu )
Dairy whipping cream ( Krim putar tenusu )
* ------------------------- *
1. Non-dairy whipping cream ( Krim putar bukan tenusu )
Gambar contoh |
Adalah krim yang
dibuat khas untuk hiasan kek. Ia dirumus daripada minyak sayuran dan minyak
kelapa sawit dan tidak mengandungi bahan tenusu. Ini menjadikan ia lebih
stabil, maknanya corak-corak yang dipaip menggunakan krim ini tahan seminggu
tanpa kehilangan bentuknya. Ia akan kembang 3~4x ganda daripada kuantiti cecair
asalnya jika dipukul. Sebelum digunakan kotak krim harus digoncang supaya sebati
(kadang-kadang air dan krim di dalam kotak akan terpisah semasa proses nyahbeku
dari freezer) dan pukul pada kelajuan yang tinggi hingga kembang dan gebu.
Biasanya krim ini terdapat di kedai menjual bahan kek sahaja. Krim putar bukan
tenusu hendaklah disimpan di tempat beku supaya tahan lebih lama.
2. Dairy whipping cream ( Krim putar tenusu )
Gambar contoh |
Merupakan hasil
tenusu dan mengandungi 35 % lemak susu. Ia sesuai digunakan dalam
masakan-masakan Barat, membuat kek seperti tiramisu atau hiasan mudah untuk
aiskrim atau pencuci mulut ala Barat.
Ia hendaklah dipukul
dengan kelajuan sederhana hingga ia menjadi kental dan bolehlah dimasukkan
dalam masakan-masakan tersebut. Tetapi krim ini tidak sesuai untuk hiasan kek
seperti Black Forest dan lain-lain kerana warnanya kekuningan dan kurang
stabil. Ini bermakna ia tidak boleh mengekalkan bentuknya dalam masa yang lama.
Dairy
Whipping Cream yang juga dikenali sebagai Thick Cream atau Double Cream tidak
sesuai untuk dibuat hiasan kek kerana faktor-faktor yang telah jelaskan diatas.
Krim ini terdapat dalam pelbagai jenama dan boleh didapati di pasaraya-pasaraya
besar.
Berhati-hati semasa
membeli krim putar tenusu kerana ia menggunakan lemak susu. Lihat tanda halal
dan kandungan bahan pada kotak sebelum membeli.
Kredit : MasamManis
Membantu tak ?? Apa lagi .. cecepatlah pergi cari bahan untuk buat Durian Crepe ~~~~
15 0 Pengomen Terhebat:
owh main point nk ckp ramuan utk durian crepe ke...terbaikk
thanx for sharing..baru amek resipi durian crepe yg gna whipping cream
xmnat plak nak membaut..heeee
oo.. baru tahu.. thanks. =)
erm..maknanya, utk durian crepe.. pakai yg mana satu? confiuslaa yana.. :(
@Cik Syida : cuba tgk resepi balik ... hehehhh yana dh highlight Non-dairy Whipping cream
nice info ..
ooo terima kasih kerana berkongsi...
buatkan utk MV boleh??
@Mrs Velentine : buatkn duriam crepe ke?? heheh blom smpai rumah mv posmen dah mkn dulu. sbb bau durian kuat ... kikiki
bagusnya.. siap share perbezaan lagi..
ooo thanks info...
nyue singgah sini...salam perkenalan....
nyue jadi follower ke 661
http://nyueyien.blogspot.com/
resepi untuk buat durian crepe rupanya...
wahh mmg mbantu yaya..tp yaya xnk wat durian crepe..nak wat pavlova..hehe
thanks share ^_^
Post a Comment