! Assalamualaikum !
Siapa dah baca entry yana " Trilogi Kisah Along di Hospital " sebelum nie mesti tertunggu-tunggu cerita PanaSss dari yana kan. Sebelum start menghentam nie. Yana nak minta maaf dulu kalau ada doktor-doktor yang akan terasa or marah yana. Yana bukan nak menghentam mereka, tapi mereka yang mintak di hentam ... erkkk. Entry kali nie mungkin agak panjang dan emosi. Maaf ea
Dari hari pertama along duduk wad, kami sekeluarga ada perasaan bimbang. Normal lah kan takkan kami nak lepaskan along duduk hospital dengan perasaan gembira. Sebab macam-macam cerita / versi mengenai Hospital Kerajaan nie.
Bermula dari nurse tua yang sentiasa stress jerk sampai ler ke hal doktor yang memang susah kami nak jumpa. Macam nak jumpa dengan menteri pulak. Kalau nak jumpa menteri pun, just pergi jerk mana-mana karnival @ ceramah yang diorang ada. Dapat juga jumpa kan ... tak lama pun sekejap. Tapi bab doktor pakar nie ... aduhhh kami pun pening sebab tak tahu arah mana nak tuju !!!
Sebelum doktor pakar datang melawat ke katil pesakit, ada satu fail sulit mengenai report pesakit akan diletakkan dimeja katil pesakit. Kami dan pesakit tidak dibenarkan melihat atau menyentuh isi kandungan fail tersebut.
Bila masa doktor pakar round melawat pesakit, kami sebagai ahli keluarga tidak dibenarkan berada disisi along. Time tue lebih kurang 10 orang doktor pelatih ada bersama doktor pakar. Masing-masing buat muka cuak tunggu untuk terima arahan atau tunggu untuk terima bebelan.
Kami memang tidak dapat bersua muka pun dengan doktor pakar tersebut untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyakit along !! doktor pun cakap secara ringkas sahaja kepada along. Kami (doktor) akan buat operation sebab ada ketumbuhan dalam hempedu kamu ok.
Bila tak dapat jumpa doktor pakar tersebut, kami carilah doktor-doktor pelatih yang ada tadi .... tapi hasil memang macam nak bagi diaorang makan penampo !! tanya sorang-sorang tapi semua cakap tak tahu. Semua cakap doktor pakar jerk yang tahu. Bayangkan .... dari hari kedua along masuk hospital, sampel ketumbuhan pun diorg dah ambil. Siap ada fail sulit lagi. Tapi jawapan diorg tue memang macam nak bunuh diri !!! Apa hak along sebagai pesakit dan hak kami sebagai waris ??? kami jadi blur sebab tak tahu nak jawab dengan sedara mara tentang penyakit along.
Satu hari time yana teman along tidur dihospital, yana beranikan diri bila ternampak file report di meja katil along. Yana dengan berhati-hati selak setiap muka surat. Nak baca memang tak faham tulisan doktor. Yana ambil gambar. Mungkin yana boleh google. Tapi nasib yana tak baik time tue ... doktor pelatih dapat tangkap perbuatan yana. Yana kene marah .... tapi yana menjawab ler. Doktor tue suruh buang segera gambar tersebut. Doktor tue siap tengok hp yana. Selagi tak habis delete, selagi tue dia tak blah !!!
So sekarang kalau orang tanya penyakit along. Kami hanya mampu cakap ketumbuhan jerk!! Kami redha ... sebab kami tak berkemampuan untuk masukkan along ke hospital Swasta.
#------------------------------------#
Teringat masa kes yana keguguran awal tahun lepas. Yana memang takda sign apa-apa agreement pun. Tapi bila yana nak balik. Yana mintak lah janin / gumpalan darah keguguran tue (untuk ditanam) .... doktor dengan selamba boleh cakap
"kamu tak boleh ambil.....sebab dah jadi hak hospital. Kami nak buat ujian" !! WTF
13 0 Pengomen Terhebat:
hewh.. mmg agak panas! slalu mmg mcm tu laa, mcm kte, kte mmg cukup bengang dgn guard and nurse kt sbuah hspitl kerajaan, nurse tu agak tak sopan, kte dh laa tgh mkn, dia pnggil guard suruh halau kte keluar, kejam..
well, xpe Yana, kita faham perasaan awak. sabar tau..
Sabar je lah yana...semoga along yana cepat sembuh sebelum terus dijadikan bahan uji kaji oleh doktor2 tu
@Cik Cyida
sabar lahh .. saya nurse .. saya faham situasi awak and situasi doktor2 tersebut .. mohon maaf dari pihak KKM .. kami hanya insan biasa yang x lari dari kesilapan (:
betul2 panas ni...
doktor memang macam tu agaknya... selalu cakap tak habis... bila tanya lebih2 mulalah nak marah kita balik...
agaknya diorang tak habis buat ujikaji lagi tu.. so, kesimpulan awal, cakap ajela ketumbuhan..
bersabar ye yana...
Sabarlah Yana...
Susah betul sekarang nie...
Nak pergi hospital swasta, tak berkemampuan...
Terpaksa terima jak la layanan kurang bagus doktor dan nurse2 nie...
Sabar ya...
Semoga pembedahan Along Yana berjalan dengan lancar...
kesiannya yana.. sabar ya yana.. tp sebenarnya kita ada hak nak tahu.. geram pula deno tahu cerita ni.. bukan apa, deno dpt rawatan kat HKL dan hosp terennganu ok pula.. masa doc pakar dtg, mak abah deno duk tepi katil deno.. boleh tanya doc apa2 je.. deno pula sipa bleh tanya nurse result darah... nurse bgtau deno, tak marah.. doc semua baik2.. deno boleh tanya apa saja pada doc... selagi tak puas deno tanya dan doc akan jawab dgn baik.. hmm.. mungkin tmpat kita berbeza kan.. sabar ya yana....
adoii..sgt2 la streess la..tapi..kena redha je la ye..
bersabar ye yana..
sebenarnya x semua dr2 or nurse2 tu mcm hampeh...ada sesetengah jer....saya dh alami...especially yg kena duty mlm....mmg mcam hampeh...saya yg sakit lps keluar dr ICU n dimasukkan ke wad biasa hanya mampu reda je apa yg nurse tu buat...lagi elok nurse yg kt ICU dr kt ward....
susah mau cakap.
ayah jue..dia sakit..nak lebih 5 tahun sakit..ulang alik hospital..
boleh2 nurse tu bagi hilang file..
doktor cakap nak uji semula..tak kan test 5 tahun tu nak buat balik?
gila ke..teruk sangat. hairan sangatlah
same laa dengan saya , maklong saya skait selalu je ambik samole , nak buat uji , kang suruh buat lagi , tapi hasilnye ta nampak , ubat pun tak bagi , dye cakap bahaya makan ubat nei ape la , so ape boleh buat saba jew la
sama yg berlaku pada arwah abah md dulu.. pegawai kakitangan hospital sangat kasar dengan arwah masa turunkan arwah dari kereta sampai kakak md hampir bergaduh dengan mereka..
servis mereka mmg teruk sekali kannn
agak panas di situ ya..:)
anyway besabar k kak yana :)
mmg panas hatilah mcm ni, seb baik KA xde pengalaman yg hot cam ni! sabar jelah
Post a Comment