HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Nov 8, 2012

Benci tapi Terpaksa


! Assalamualaikum !

Entry kali nie saja nak cerita pasal seseorang yang yana benci sangat. Maaf ea ... yana kalau dah benci orang tue ... pandang muka dia pun macam nampak kaki yang busuk bertepek kat muka dia.

Kat pejabat yana nie ada sorang mamat bodoh tapi belagak nak mampus. Dia anak bos ... so faham-fahamlah kedudukan dia macamana. Kerja orang angkat sampah lagi mulia kalau nak dibandingkan dengan dia yang tau tidur, lepak jerk kat pejabat nie. Makan gaji buta yang beribu tue. Bukan jelez ... tapi yana nie dibuat macam patung .... buat kerja banyak pun tak guna. Bukan orang nak hargai. Baik yana buat macam sekarang nie.

hate

Yana kerani jerk kat sini, tapi yana lah dispatch, mak guard, segala bagailah. Bukan nak merungut. Tapi sakit hati dengan mamat bodoh tue. Sepatutnya waktu kerja 8.30am-5.30pm. Tapi sukati dia nak datang jam berapa dan balik jam berapa. Selalunya sebelum jam 5pm dia memang dah hilang. Dia kalau kerja luar / overtime dapat claim ot segala bagai. Tapi yana yang kat pejabat nie kene cover kerja dia ... dapat asap jerk. Siapa tak sakit hati kan.

Bila bapak dia suruh buat kerja sikit. Perhhh ... muka dia macam stokin !!! pastu macam nak hangin jerk. Padahal bukan buat apa pun kat pejabat nie. Buat jerk lh kerja tue. Takkan tetiap bulan nak makan gaji buta. Tue baru bapak dia yang suruh. Kalau yana yang suruh lagi macam keldai muka ngan perangai dia tue. Bukan suruh buat apa pun ... suruh g bayar bill pun nak merungut. Hari nie yana suruh, kadang-kadang minggu depan baru buat. Yana kalau dah hangin ... yana start enjin kete trus pergi sendiri. Memang sakit hati !!! Kalau lambat bayar line hp bapak dia kene potong, yana jugak yang kene menjawab.

Memang banyak yang yana tak puas hati dengan dia. Tapi nasib baiklah Allah berikan yana kesabaran dan hati yang lembut. Tetiap hari kene ngadap dia memang boleh sakit jiwa. Mintak-mintaklah ada rezeki lain diluar sana. Yana dah tak sanggup dipergunakan lagi selama 4 tahun nie.



  

14 0 Pengomen Terhebat:

Lisa Ibnu Abas said...

Eh,Yana. Story awk sama lah cam saya. Tapi, Mawar dah 6 thn. Anak dia start keje dekat 2 thn. Bapak dan anak pun sama. Duit syarikat mmglah hak dia, tp lebih keluar utk personal. Lebihkan anak2 dr staff yg dah byk berjasa mcm Mawar nie. :(

Zurina Hj.Zainal said...

4 tahun tu lamanya...mmg awak seorang yg penyabar..kalau saya, tak tau la...anak bos ker , cucu bos ker....mmg kena sound jer dgn saya....mmg x berkatla duit yg dia dpat tu...

Unknown said...

insyaallah yana..doa banyak2 eh bg bdak tu dpt balasan nnti..sabar ye dear..:)

Cikrosecute said...

Kena banyak bersabar gan orang cam gini...Mentang2lah pejabat bapak dia...

Misya said...

Uish penampor je makan dia tu. Dats y i hate anak orang berada/kaya ni. Tak sedar diri makan duit bapak je pun tapi kekwat semacam. huhu

Unknown said...

@itmeMawarPutih : time naik gaji anak branak berganda. tapi kt naik rm55 pon bg dia dh byk. ada jgk manusia mcm nie ... allah huakbar

cydayf said...

4 tahun kot, fewh.. Yana sabar ye, tak pe, nanti ada peluang lain terus cabut..

Anonymous said...

kdg2 tu kena belajar memaafkan juga yana!

Lelaki said...

sabar je laa...dah nasib kita!


:)

Nur farahiza said...

suke nace blog yana nie , best sangat , *ttbe pulak kam hahah

biase la yana , buat bodo je , kite nak cari duit kena la beralah , kalau dye da lebih baru bagi sekali

Ora Duwe Aran said...

yang sabar aja ea mba

Delimasari said...

sama le mcam kat opis kte ni --- ada yg goyang kaki aje, ada yg bertungkus lumus tp yg nmpak di BOSS ni kaki bodek le --- YES BOSS2222 - lumrah kehidupan YANA - sabar yeeeeeee

Unknown said...

sabar ya yana... insyaAllah akan ada kebaikan yang menanti yana... ^_^

Nugrul Sakura said...

pergh.... mau makan kaki betoi anak bos tuh...huhuhu nsib yana sabar...xpe..org yang bersabar...berganda2 nnti Allah bg nikmat.. kite je yg xnampak

PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...