HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Nov 30, 2012

Perbezaan Diantara Dairy dan Non-dairy Whipping Cream



! Assalamualaikum !

Siapa yang dah baca or ambil resepi durian crepe dari entry yana sebelum ini?? mengaku cepat ..... bukan nak marah lah. Nak ucap terima kasih jerk. hehehhh Tapi sebelum nak buat tue mesti tertanya-tanya. 

Apa itu Whipping Cream ?? macam yana mula-mula dululah. Bab bahan omputeh nie yana dodol sikit. Ok kat sini yana nak berikan sedikit info. Kita kene tahu dahulu Perbezaan diantara Dairy dan non-dairy Whipping Cream. Nama saja lebih kurang sama. Tapi tak sama tau. Takut resepi tak menjadi pula.

Non-dairy whipping cream ( Krim putar bukan tenusu )
Dairy whipping cream ( Krim putar tenusu )

* ------------------------- *

1. Non-dairy whipping cream ( Krim putar bukan tenusu )

krim putar bukan tenusu
Gambar contoh 

Adalah krim yang dibuat khas untuk hiasan kek. Ia dirumus daripada minyak sayuran dan minyak kelapa sawit dan tidak mengandungi bahan tenusu. Ini menjadikan ia lebih stabil, maknanya corak-corak yang dipaip menggunakan krim ini tahan seminggu tanpa kehilangan bentuknya. Ia akan kembang 3~4x ganda daripada kuantiti cecair asalnya jika dipukul. Sebelum digunakan kotak krim harus digoncang supaya sebati (kadang-kadang air dan krim di dalam kotak akan terpisah semasa proses nyahbeku dari freezer) dan pukul pada kelajuan yang tinggi hingga kembang dan gebu. Biasanya krim ini terdapat di kedai menjual bahan kek sahaja. Krim putar bukan tenusu hendaklah disimpan di tempat beku supaya tahan lebih lama.


2. Dairy whipping cream ( Krim putar tenusu )

krim putar tenusu
Gambar contoh


Merupakan hasil tenusu dan mengandungi 35 % lemak susu. Ia sesuai digunakan dalam masakan-masakan Barat, membuat kek seperti tiramisu atau hiasan mudah untuk aiskrim atau pencuci mulut ala Barat.

Ia hendaklah dipukul dengan kelajuan sederhana hingga ia menjadi kental dan bolehlah dimasukkan dalam masakan-masakan tersebut. Tetapi krim ini tidak sesuai untuk hiasan kek seperti Black Forest dan lain-lain kerana warnanya kekuningan dan kurang stabil. Ini bermakna ia tidak boleh mengekalkan bentuknya dalam masa yang lama.

Dairy Whipping Cream yang juga dikenali sebagai Thick Cream atau Double Cream tidak sesuai untuk dibuat hiasan kek kerana faktor-faktor yang telah jelaskan diatas. Krim ini terdapat dalam pelbagai jenama dan boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar.

Berhati-hati semasa membeli krim putar tenusu kerana ia menggunakan lemak susu. Lihat tanda halal dan kandungan bahan pada kotak sebelum membeli.

Kredit :  MasamManis



Membantu tak ?? Apa lagi .. cecepatlah pergi cari bahan untuk buat Durian Crepe ~~~~






CONTEST KALENDER 2013 EKSKLUSIF HAZWANHAIRY | BOX CREATIVE



! Assalamualaikum !

HAZWANHAIRY
Klik utk Join


kalender eksklusif hazwan
Antara yg Menarik utk Dimenangi

Senang je syarat yang hazwan beri. So apa tunggu lagi ... Jom Join

Tarikh tutup : 12/12/2012


Bloglist Jue Jaynee



! Assalamualaikum !

Klik utk Join
Salam Jumaat semua .... pagi nie yana nak support pengomen tegar blog yana nie. Yana nak masuk Bloglist Jue Jaynee. Biar lagi senang beliau nak datang blog yana. hehehhh

Jom join blogger Jue Jaynee


DateLine : 15 Dec 2012 (betul tak jue?? )




Jumaat Penghulu Segala Hari


! Assalamualaikum !

jumaat
Keindahan Ciptaan Allah
Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:“Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani“
(al-Bukhari)

---------------------------------------------

Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.


Kelebihan Hari Jumaat


Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu :-

1)  Allah ciptakan Adam
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi
3) Allah mematikan Nabi Adam
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.

5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.

( Riwayat Hadis Muslim)


Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” 

(Hadis riwayat Tirmidzi)




Kesimpulan


Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam. Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat. Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.


Sumber:  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (YAKIM)
Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM)







Nov 29, 2012

Resepi Durian Crepe



! Assalamualaikum !

Adakah sekarang ini fenomena Durian Crepe ?? sana sini orang dok sibuk bercerita mengenai durian crepe. Yana tercari-cari juga di sekitar pasaraya Melaka. Tetapi seringkali hampa. Bila orang dok cerita mengenai durian crepe, Yana hanya mampu berfantasi sampai meleleh air liur ... erkk tipu jerk. hehehh

So yana ambil inisiatif lain iaitu mencari resepi melalui incik google ler ...... usha baik punya... Bermacam-macam resepi dan teknik untuk menghasilkan durian crepe. Akhirnya yana jumpa resepi durian crepe yang senang dan sempoi pada fikiran yana lah. Terima kasih incik google.

> Jom cikidup - Resepi Durian Crepe<

resepi durian crepe
Pinjam dari incik Google


BAHAN - BAHAN

Kulit Pancake:
  1. 250 gm tepung gandum
  2. 3 biji telur
  3. 500ml santan
  4. ½ sudu teh garam
  5. 1 sudu teh asen vanila
  6. Pewarna hijau / kuning
Bahan Inti:
  1. Non-dairy Whipping cream + gula (manis ikut citarasa masing2)
  2. Isi durian 



CARA - CARA  

Kulit: 
  1. Blend semua bahan
  2. Tapiskan
  3. Buat dadar (Tidak perlu diterbalikkan)


Inti: 
  1. Pukul non-dairy Whipping Cream dan gula sehingga menjadi cream/kental
  2. Isi durian dilumat kasar
Pancake Durian: 
  1. Ambil sehelai kulit pancake, letakkan whipcream
  2. Kemudian letakkan isi durian diatasnya.
  3. Lipat dan simpan dalam peti sejuk 1-2 jam.

# ---------------------------------------------- #

~~ Lepas nie boleh ler meniaga kat Melaka ..... lalallaaaaa 








Maut Ditimpa Durian



! Assalamualaikum !

Jika durian ada bau tetapi malang memang tidak berbau. 
Terkejut dengan berita pagi ini yang melibatkan nyawa seorang bayi yang berusia sebulan maut ditimpa raja buah, iaitu Durian.

durian

Muhd. Yusuf Zainal, bayi lelaki yang berusia sebulan maut apabila ditimpa sebiji durian seberat dua kilogram yang luruh ketika berada dalam dukungan ibunya di belakang rumah sewa mereka di Kampung Badak Mati, Jawi, dekat sini kelmarin.

Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Bakap (HSB) pada pukul 5 petang akibat kecederaan parah di kepala.

Kejadian tersebut berlaku apabila buah durian kampung tersebut luruh dari sebatang pokok setinggi 13 meter yang tumbuh bersebelahan dengan ampaian tempat ibu mangsa, Samimi Kasmin, 40-an, menjemur pakaian.

Samimi Kasmin merupakan seorang warga Indonesia manakala suaminya, Zainal Abedin, 46, merupakan rakyat Bangladesh dan bekerja sebagai buruh binaan di Permatang Tinggi.

Sumber : DISIni

Sesungguhnya ajal itu ditangan pencipta ~




Timbang Berat Blog


! Assalamualaikum !

speed test
Klik utk ke Website

Copy > Paste > URL Blog kedalam box > Check

Rentetan (Cehhh....) dari persalinan template baru di blog nie. Yana pun nak tahulah kelajuan / berat blog yana. So cuba lihat gambar diatas. Korang rasa ok tak?

Bagi sesiapa yang nak tahu kelajuan / berat blog (Timbang berat blog). Kalian boleh klik gambar diatas untuk Timbang berat blog.

Kalau agak-agak blog korang lambat loading kenelah cecepat cari penyelesaian








Nov 28, 2012

# Wordless Wednesday # 17


! Assalamualaikum !






# Wordless Wednesday # 16



! Assalamualaikum !

palestin


>>> Sebanyak RM500,000 telah dikutip hasil sumbangan agensi-agensi kerajaan, syarikat swasta dan rakyat negeri ini untuk disalurkan ke Tabung Kemanusiaan Palestin, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam <<<

Berita Lanjut DISINI




Jom Join BLOGLIST AyuInsyirah tahun 2012



! Assalamualaikum !

Klik utk Join

DateLine : 12 / 12 / 2012 jam  12.00am


# Wordless Wednesday # 15



! Assalamualaikum !

ketua jurulatih





Give Away Dot My


! Assalamualaikum !

Klik utk Join

Hadiah menarik dengan syarat yang mudah. Hadiah utama Domain dot My selama setahun. Yana nak mencuba nasib juga. Kalau tak dapat hadiah utama .... dapat hadiah lain pon jadilah ... hehehh

Tarikh tutup penyertaan : 
Tepat jam 11.15 malam, Selasa 27 Nov 2012



Nov 27, 2012

Rajagobal Cuba Menunding Jari ??


! Assalamualaikum !

Cerita mengenai kekecewaan penyokong bola sepak negara masih belum reda lagi disaat ini. Tempias juga pada family yana yang telah berkumpul (dirumah saja....) bersama menyaksikan aksi perlawan mereka pada ahad lepas. Memang mengecewakan kami.

Banyak juga cerita-cerita di media masa begitu juga Facebook dengan pelbagai versi. Terbaru yana baru terbaca mengenai Ketua jurulatih Datuk K.Rajagobal yang kecewa dengan persembahan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat.

Walaupun yana bukan peminat "fanatik" apex. Tetapi yana rasa kekalahan pasukan tersebut tidak boleh diletak dibahu apex sahaja.

harimau malaya


Berita penuh DISINI




Segmen Follow @ Add by HudaHud Season2



! Assalamualaikum !

segmen
Klik utk Join


hadiah
Senarai Hadiah


Due date : 23 Nov - 7 Dec 2012 (9 malam)





SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST DISEMBER AMERCORNER


! Assalamualaikum !


Klik utk Join

SYARAT-SYARAT :-

1. Anda mestilah FOLLOWERS blog ini 
2. Buka satu entry dan Tajuk SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST DESEMBER AMERCORNER
3. Letak banner diatas dalam entry korang.
4. Link kan entry anda pada post entry ini
5. Hantorkan link entry korang diruangan comment ini.
6.Letak blog Amercorner dalam bloglist korang kalau sudilah :D



TAMAT:
30 NOVEMBER 2012
( 11.59 PM )




Pencarian Bloglist December


! Assalamualaikum !



Klik utk Join


Comelnya Doodle tue ...... okeh jom join sebelum terlambat 


TAMAT:
28 NOVEMBER 2012
( 11.59 PM )

Peminat Fanatik - Pasha Ungu


 ! Assalamualaikum !

Terdetik didalam hati ini, tiada perasaan malu ke wanita yang bernama Hana itu ?? Hanya kerana minat sanggup mengetepikan perasaan malu / maruah beliau sebagai seorang wanita. Sungguh sedih mendengar suara beliau merayu kepada penyampai radio untuk berjumpa dengan artis pujaan beliau iaitu Pasha -Ungu (betul ke ejaan yana tue..).

Bukan niat dihati ini untuk mengutuk... Tetapi terasa maruah diri ini sebagai wanita tercalar. Owhh ... sungguh zaman telah berubah. Mungkin tidak semua seperti beliau (mungkin.......)

Sungguh kuat aura artis-artis ini jika mempunyai peminat fanatik. Kalau 10 orang macam hana .... ermmm

Semua nie gara-gara yana terdengar topik pagi di Suria FM

~ RupaNya Tipah TerTipu ~

ungu



Nov 26, 2012

Nabila Medan's Giveaway


! Assalamualaikum !

Klik utk Join
Petang nie yana nak join Nabila Medan's Giveaway 

Hadiah menarik menanti dari 8 orang Sponsor

Tag : Syida & Aimi

DateLine : 23 Nov - 17 Dec 2012


Cermin Mata


! Assalamualaikum !

Hari nie nak cerita mengenai kisah cermin mata lagi. Yeah cermin mata / spek!! yang memang sinonim dengan diri yana nie. Kalau takda cermin mata memang gelap lah dunia ku ini ... huhuhhhh sila lihat gambar dibawah -->

glasses

Lihat didalam bulatan yang bertanda merah itu .... huhuhhh patah sudah. Pada pertengahan bulan October (entry Rabun Mata) lepas yana baru tukar cermin dia. Semalam terbang melayang lagi duit poket ku ini gara-gara bingkai spek pula yang patah. Yana terpaksa ke dua tiga buah kedai juga untuk mencari bingkai yang sesuai dengan cermin sedia ada. Kerana tidak semua bingkai sama dengan cermin yang telah ditebuk lubang itu. Hasilnya .. -->

cermin mata tiada bingkai


Lepas nie nak kene tempah cermin mata yang full bingkainya lah ...... untuk keselamatan. Macam gambar kat bawah nie. Ok tak ???

cermin mata






Segmen Follow Dan Blogwalking Oleh Mialiana.com


! Assalamualaikum !


Smile... Smile... Smile
klik utk join


Jom join segmen dari blogger yang menggunakan tagline Smile...Smile...Smile... , rugi kalau tak join segmen dari kak mia yang very the sporting nie. 

Yana suka ke blog beliau kerana disitu banyak info yang menarik dan ber "Update". Beliau juga seorang yang sporting dimana tidak membezakan follower yang baru or lama dalam menjalinkan ukhwah. Kak mia juga selalu support segmen-segmen dari rakan blogger lain. Yana juga selalu cari segmen terbaru dari blog kak mia.

blogger
26 Nov 2012 / 9.20am

Jom join !!

DateLine : 24 Nov 12 - 08 Dec 2012
Semua Follower yana di tag ^^







Nov 24, 2012

Banner Dari Mialiana


! Assalamualaikum !

Gembira sungguh hati ini bila ada yang sudi buatkan Banner untuk yana. Yana telah mendapat Banner dari Mialiana. Yelah... kalau dilihat Banner dari hasil tangan sendiri memang jauh ketinggalan.

Yana telah terpilih dari Segmen Banner Gift #3 yang telah dijalankan oleh Kak Mia.

Blogger Mialiana memang seorang yang baik hati dan peramah. Sentiasa melayan follower beliau, tak kiralah yang femos amos hinggalah yang setahun jagung macam yana nie (orang tak kenal pun...). Kalau tak percaya...cuba lah ke blog beliau. Banyak bukti kat situ. hehehhh Terima kasih kak mia.

Cuba tengok hasil tangan Banner dari Mialiana nie. Cantik kan .....




Sudi-sudilah letak Banner yana nie diblog korang. Kita boleh Exchange Banner kan ... Kalau dah letak komen kat box. Nanti yana letak Banner korang di Pages khas yang telah yana sediakan Disini.

Terima Kasih Kak Mia





Nov 23, 2012

Menu Tab Baru


! Assalamualaikum !

Pada yang perasan, blog yana telah bertukar baju lagi. hehehhh gedixxx jerk erk. Asyik bertukar jerk. Terima kasih kepada Cik Rose Cute. Sesiapa yang perlukan bantuan untuk bertukar baju blog macam blog yana nie. Silalah contact Cik Rose di Blog nya. 

Okeh berbalik pada tajuk entry. Bila dah "mengedit" blog, mestilah ada yang bertambah dan berkurangkan. So disini yana ada tambah satu Menu Tab baru (pages) khas untuk pengunjung blog yana.

Cuba tengok menu tab diatas blog ini. Klik Jejak blog. Apa yang korang nampakkkkk .... haaaaa !! hehehh korang tinggalkan lah jejak / link blog korang k. Insyallah ..... yana akan jejak korang kembali.

jejak, menu tab

Dugaan sungguh nak buat pages untuk tab baru nie tau. Nasib baik ada penyelamat. Terima kasih kepada Cik Emas Putih yang sweet dan baik hati. Betapa beliau tahu kepeningan yana nie. hehehhhh Blog beliau pun banyak tutorial. Korang boleh usha kat sana ok.

Jangan lupa ..... tinggalkan jejak di "JEJAK BLOG"





Mee Hassan, Tengkera Melaka


! Assalamualaikum !

Selamat pagi Jumaat semua ..... Pagi nie yana nak cerita mengenai makanan.

Siapa yang pernah datang Melaka or owang Melaka ... Sila mengaku cepat !! hehehhh

Di Melaka nie bukan sahaja terkenal dengan bangunan bersejarahnya. Tetapi makanan pun banyak yang popular kat Melaka nie. Ok hari nie yana nak cerita Mengenai Mee Hassan.

Kedai Mee Hassan nie terletak di Tengkera, Melaka. Tak tahu ?? try google map. hehehh Selalu yana pergi makan kat kedai Mee Hassan nie time weekend. Orang punyalah ramai .... Sedap ke?? mestilah sedap ..... kadang-kadang sampai tak cukup meja tau.

Hidangan tue pulak kita boleh pilih nak campur dengan mee apa. Macam dalam gambar dibawah nie. Pastu minuman dengan air mata kucing. Wahhh ... terasa kat tekak nie.

tengkera, melaka

Mee Hassan ini adalah mee sup ... orang kat sini panggil mee hassan jerk. Lagi femes panggil mee hassan, Tengkera. Untuk menambah kesedapan mee ini semasa makan. Bolehlah tambah "kicap cair" dan "lada sula". Memang sedap hingga nak tambah lagi. hehehhh

Kalau datang ke Melaka jangan lupa merasa makanan nie tau. Rugi kalau tak cuba ......







Under Maintenance


! Assalamualaikum !

site under maintenance

Jangan Lari ............. dan jangan terkejut ea. hehehh 

Betul ..... awak tak silap masuk blog ... ea ini blog Yana - Ku..Ada..Kamu..Nazlyizan  !!

Blog ini Under maintenace. Sedang dalam Pembinaan, Pengubahsuaian.

Harap semua bersabar ok...ada orang lain kesah ke yana oittttt ..... kahkahhhh alah bukan selalu nak poyo macam nie kn. :P



Nov 22, 2012

Tidur Lewat Malam


! Assalamualaikum !

Selamat pagi semua .... hurgggghhhhh menguap besar. Pagi-pagi lagi dah macam malas nak kerja. Panggg ... kasi penampo sikit. Mengantuk sangat pagi nie.

Malam tadi tidur lewat lagi. Kat rumah dah macam taska. Lagi lewat malam lagi meriah kat rumah yana tue. budak-budak sekarang nie suka berjaga malam. Dah macam burung hantu daaaa .....

Kesudahannya ... makngah diorang lah yang merana. Asyik senaman mulut jerk lah pepagi nie. Dah pagi macam nie syok lah diorang tidur. Rasa nak geget jerk sensorang tue.

Hai .... haziq .... Adam ..... siaplah korang dah besaw nanti .... hehhehhh

Nie Adam Zariff ... Mohd Danish Haziq dah hilang kene sorok dalam bilik ... heheh

Tengok Adam tue ... syokkk jerk tidur. Makngah jugak yang kene pergi kerja. Sabo jerk lah ... balik nie kene geget ^^






Nov 21, 2012

# Wordless Wednesday # 14


! Assalamualaikum !

senyum, doa



# Wordless Wednesday # 13


! Assalamualaikum !

rindu




SEGMEN ERAZ FADLI : Pencarian BLOGLIST


! Assalamualaikum !

klik utk join


Cepat2 .... panas lagi nie .... segmen berlangsung selama 15jam sahaja. Siapa cepat dia dapat .... hehehhh

Tahniah buat Mr Eraz Fadli .... hari nie genap setahun blog beliau.

DateLine : 21 Nov 2012 : 11.59PM

Nov 20, 2012

Birthday lagi ??


! Assalamualaikum !

Hah .... Birthday lagi? siapa punya hari lahir pulak nie?

Alhamdulillah .... BFF (nuraziana) yana, telah selamat bersalin pada jam 7.30pm tadi. Dia dapat baby gurlZz... 

Alamakkkkk .... yana dah jadi auntie lah ..... 

Kebetulan pula, sebab hari nie pun hari lahir along yana kan. hurm ... senang sikit yana nak ingat tarikh. hehehh

Mintak-mintak esok dah boleh tengok baby !! tak sabarnya .....



~Bila lah rezeki yana n suami ~~~





Selamat Hari Lahir


! Assalamualaikum !

Hari nie 20 Nov adalah hari lahir along. Sebak rasanya sebab belum dapat nak wish kat along lagi. 

Selalunya kalau hari lahir adik beradik yang lain along akan awal-awal ucap selamat hari lahir pada kami. Along ingat semua tarikh lahir kami sekeluarga (yana nie pelupa....huhuhhh).

Kadang-kadang kami sekeluarga keluar makan bersama untuk meraikan hari kelahiran kami.

Tapi sekarang along kat icu ...... arghhhhh .... sedihnya !!!

Petang nie akan usaha juga untuk jumpa along !!

Selamat hari lahir along .... moga kamu akan cepat sembuh dan kembali ceria.


~...Tak sabar nak pow ko macam selalu .... :( 


Alhamdulillah ... Bilik ICU


! Assalamualaikum !

Semalam lebih kurang jam 2.30ptg, operation along selesai. Lebih kurang 6jam along didalam dewan bedah. Setelah keluar dari dewan bedah, along telah ditempatkan dalam bilik ICU. Kami tidak dapat melihat keadaan along. Sebab along belum sedar .... mungkin kesan dari pelali belum habis lagi.

Petang kami datang melawat. Tetapi hanya dua orang sahaja dibenarkan masuk dalam satu-satu masa. Kami bergilir-gilir masuk untuk melihat along. Sejuk sungguh bilik icu nie.Alhamdulillah ... along sudah sedar. Tetapi tidak boleh bercakap sangat. Hanya matanya sahaja yang berkelip-kelip.

Yana tak lama didalam sana ..... tidak sanggup melihat keadaan along yang berselirat dengan wayar-wayar dan bunyi degupan mesin-mesin disitu. Lagipun kami tidak dibenarkan lama didalm bilik icu.

Moga along cepat sembuh dan dipindahkan ke wad biasa. Anak along, Haziq tidak dapat melihat ibunya. Ini kerana kanak-kanak dibawah umur 12tahun tidak dibenarkan masuk. Haziq asyik mengengek saja. Pilu jugak hati nie.

Yana bekerja hari nie. Tapi hati macam meronta untuk pulang kerumah. Walaupun mak tersenyum .... tapi dalam hati mak, yana tahu betapa risau hatinya. Tadi pagi-pagi mak dah ke hospital. Mak cakap hati tak tenang duduk rumah sebab along masih di bilik ICU.

Apa pun yana bersyukur along selamat. Moga segalanya dipermudahkan. Amin .....



Nov 19, 2012

Moga baik2 saja

! Assalamualaikum !

Pagi nie jam 7.30am... along masuk dewan bedah. Pembedahan dijangka selama 6 jam. Macam-macam yang bermain difikiran nie.

Yana cuti kerja. Yana dan hubby jaga anak along yang baru berusia setahun. Kesian haziq nasib baik dia begitu rapat dengan hubby.  .... moga di permudahkan segalanya. Amin..

Kalian tolong doakan yang terbaik untuk along yana ea... Moga jasa kalian mendapat ganjaran dariNya.... Amin ....


Nov 16, 2012

Kid's PixaBooth Photo Contest


! Assalamualaikum !

Klik untuk LIKE
Siapa yang ada Facebook ..... angkat keyboard !!! hehhehhh nak mintak tolong nie .......

Tolong Klik gambar PrinceSs kat atas nie. Pastu klik LIKE

Contest nie nak kumpul LIKE terbanyak. So tolong reramai LIKE  Okeh ... 

Thank You


Minggu yang Lemau


! Assalamualaikum !

Salam jumaat dan salam Maal Hijrah 1434 .... Semoga tahun baru ini membawa seribu kebaikan buat kita semua. Azam baru untuk diri !! chaiyokkk

Minggu nie terasa lambat sangat ............. letih segala bagai. kenapa? kenapa ??? 

Isnin --> kerja --> Selasa --> cuti --> Rabu --> kerja --> Khamis --> cuti --> Jumaat --> kerja

Fuhhhh ... memang meletihkan !! cuti yang tidak best .... nak ambil cuti direct malas sebab dah banyak cuti. Kerja pulak banyak.

Memang mood on off jerk lah ~~~

tulang

Kalau Sudi klik lah






Segmen BW Cuti-Cuti By Emas Putih


!Assalamualaikum !

klik untuk join


Yana join segmen dari cik Emas Putih ... very d simple :)

JoM

Due date : 13.11.12/00.00am - 26.11.12/11.59pm (2 Weeks)

Nov 14, 2012

# Wordless Wednesday # 12


! Assalamualaikum !


Doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah




# Wordless Wednesday # 11


! Assalamualaikum !


spoiler mugen
BEFORE

spoiler
AFTER

yana : pasni klu ada orang bakau line sy on jerk k ....
hubby : glurpp ..... habis ler




Nov 12, 2012

WeChat - Aplikasi terkini untuk berhubung


! Assalamualaikum !

Sekarang ini banyak aplikasi yang memudahkan kita untuk berhubung ... potpetpotpetttt... Percuma pulak tue. Siapa pakai hp android .... senyum lebar sekarang. hehehhh korang boleh install aplikasi WeChat nie di market android anda. Hanya taip Wechat korang boleh install dengan senang hati ...

Tak tahu apa itu WeChat ?? Nak skodeng dulu ?? boleh ... hanya pergi diSini. Baca lah apa yang korang nak fahamkan okeh ...


Aplikasi WeChat nie bukan saja boleh hantar text jerk tau .. tapi boleh hantar suara dan buat video calling sekali. Tak percaya?? jom try ...

Bila dah install tue ... add lah yana k. Boleh kita chitchat ... id Wechat : yanayien



Ferrari Model Lego - Limited Edition


! Assalamualaikum !

Sekarang ini di stesen minyak Shell ada promosi menarik tau. Apa yang menarik?? Dengan setiap isian minyak minima rm40.00 anda berpeluang untuk mendapatkan salah satu model Ferrari unik Lego. Limited Edition tau ....

Semalam hubby isi minyak Rm40.00 dan tambah Rm12.90 untuk dapatkan model kereta dibawah nie ... memang comel. Yana jadikan perhiasan di dashboard kereta. 

lego

Incik hubby memang suka model comel-comel macam nie. Lepas nie dia nak beli truk warna merah pulak. heheh





Nov 10, 2012

Senaman Malam - Badminton


! Assalamualaikum !

# Short Entry #

Malam nie saja nak update blog. Nak test power ... Power apa? nanti yana story ekkk... hehehhh

Sekarang yana ada kat pusat Badminton. Memang tetiap malam minggu kat sini lah tempat yana. Bukan yana yang main badminton. Yana lepak jerk.. yana jadi penonton setia. hehehhh hubby yana yang main badminton dengan kawan-kawan dia. Yana nak join malulah... takda kawan perempuan.

Bini orang lain duduk rumah. Yana jerk yang heboh tetiap minggu membontot hubby. Kalau tak ikut memang tak sah. Bak kata hubby "selagi belum ada anak boleh ler...dah ada anak tinggal rumah" ..., baik boSssss

# SeLaMaT MaLaM MinGgu #


Nov 9, 2012

SEGMEN : 2nd Anniversary Giveaway by QCEY


! Assalamualaikum !

Join GA lagi ... kali nie yana di tag oleh blogger MV.

Klik utk Join

SYARAT-SYARAT GiveAway :-

1. WAJIB follow blog Qaseh Cinta EkmalYana dan like page MYexe Design
2. Letak banner GA dan  tajuk "2nd Anniversary Giveaway by QCEY" pada entry
3. Tag 2 orang rakan blogger (pastikan mereka tahu)
4. Jangan lupa tinggalkan link entry anda diruangan komen

Hadiah yg menarik


# Happy 12th anniversary Ekmal dan Yana ^^ #

DateLine : 10 November 2012,  jam12.02am

Tag : Mawar & Jue


Rahsia Surah Al-Kautsar


! Assalamualaikum !

rahsia Surah Al-Kautsar


Surah Al-Kautsar ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Surah Al-Kautsar ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam Surah Al-Kautsar ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan ALLAH s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, ALLAH s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.




Hazama - Aku mahu dia


 ! Assalamualaikum !

Pagi nie idea nak tulis entry takda lah ... masih beku lagi kot. hehehh Korang perasan tak lagu kat blog nie dah tukar. Mesti tak perasan kan ... sebab selalu on9 volume mute ... sebab takut kantoi ngan bos. kikiki macam tau2 jerk yana kan. Sebab yana pun buat macam tue. Kalau bos takda jerk baru volume kasi on.

Korang yang on volume tue rasa bingit tak dengan lagu kat blog yana nie?? ok tak pemilihan lagu nie? mengganggu konsentrasi korang nak membaca tak???? banyaknya soalan kan .....

Yana pilih lagu dari Hazama - Aku Mahu Dia nie sebab teringat time cintan cintun dulu ler ...... lagi pun gara-gara tengok cerita apa celup toqqqq ..... balik rumah terus cari lagu nie. melody dia best kotttttt

Yana share video OST Apa Celop Toqq  ek dari youtube. Enjoy ~


~ saat aku kenali dia hati ku ini selalu gundah selalu ingin dekati dan ingin menghampiri dia... aku mahu dia milikku ku harap semua pun tahu bahagia terasa bila ku lihat senyumannya... aku sedar ku telah jatuh cinta dengannya hati ku terasa luar biasa aku tahu kau selalu curi lihat aku mata mu jelas kan kau mahu katakanlah pada kekasih andainya kau punya perasaan seperti ku agar kita bisa bersama tolong jawablah kasih jawablah perasaan hatiku yang berdebar ku selalu terbayang senyummu.. lalalaaaaaaa ~~





PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...