! Assalamualaikum !
Pankreas merupakan
organ penting dalam menghasilkan hormon insulin dan glukagon (dan lain lain)
serta bertugas merembeskan enzim pencernaan kepada manusia. Sekiranya
ketumbuhan berlaku pada pankreas, ia boleh mengakibatkan masalah pencernaan dan
sumbatan pada salur hempedu serta kekuningan (jaundice) bergantung pada tempat
kanser tersebut berada.
Penyakit kanser pankreas ini selalunya lambat dikesan dan ia pula
amat cepat bergerak di dalam badan menyebabkan ia antara kanser yang amat
digeruni ramai. Disebabkan penyakit ini selalunnya disertai dengan metastasis
(pergerakan sel kanser ke tempat lain), kurang daripada 10 peratus individu
yang menghidap penyakit ini sesuai untuk menjalani pembedahan radikal yang
membuang tisu pankreas keseluruhannya, kerana metastasis sesuai menggunakan
kemoterapi.
Secara purata,
pesakit kanser pankreas hanya mempunyai kemungkinan untuk hidup kurang daripada
6 bulan. Individu yang terselamat setelah 5 tahun dikesan menghidap kanser ini
hanyalah sebanya 2% daripada keseluruhan pesakit, itupun setelah menjalankan
pembedahan Whipple's seperti yang dinyatakan di atas. Walau bagaimanapun,
pemerhatian mendapati bahawa, individu yang menghidap kanser pankreas jenis sel
Islet (Islet cell tumor) dan kanser ampula (ampullary tumor) mempunyai
keputusan yang jauh lebih baik berbanding yang mempunyai kanser jenis ductal
(kanser pada saluran pankreas).
Sumber : Blog Kesihatan
#--------------------------------------------#
Sekarang nie, yana sibuk google mengenai kanser pankreas. Nak tahu kenapa?? sebab along yana disahkan mempunyai kanser pankreas ... bukan ketumbuhan pada hempedu seperti yang telah yana nyatakan sebelum ini. Buat masa sekarang, kami sekeluarga berusaha dengan perubatan tradisional. Along yana tak mahu menjalani pembedahan dahulu. Sebab sekali dah bedah .. mungkin akan mengganggu bahagian lain.
Sesiapa yang tahu mengenai kanser nie?? boleh share dengan yana tak ........ plz
6 0 Pengomen Terhebat:
oo.. kanser pankreas ye...
tak tahu pula...
moga along yana cepat sembuh..
hrap2 cepat sembuh ye..:)
akak tak tahu...semoga along cepat sembuh
ya allah.. sabar k.. hope along yana cepat sembuh..
moga along yana cepat sembuh..sama2 kita doakan ye
Ni sakitnya yek..kanser pankreas...saya doakan semoga semuanya dipermudahkan..amin!!
Post a Comment