HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Feb 26, 2014

On Going CPUV Nuffnang


Assalamualaikum & salam sejahtera. Dah lama blog nie kesepian kan ... kesian ... Macam-macam cerita tak sempat nak update. Semua cerita hanya update kat dalam kepala jerk. huhuhh

Terima kasih pada yang masih sudi datang melawat blog yana nie. Tak lupa juga terima kasih buat incik Nuffnang yang tak putus-putus bagi CPUV !!

tips dapatkan CPUV Nuffnang

Alhamdulillah ... incik Nuffnang semakin hari semakin bermurah hati dengan blog yana nie. Setiap bulan ada saja hadiah buat blog yana. On Going CPUV Nuffnang buat hari-hari nak tersenyum. heee

Terima kasih Penaja ... NIVEA JACUZZI SKIN CONDITION, VISA TRAVEL HAPPY, SHARP AC, BRITISH COUNCIL EDUCATION .... dan banyak lagi !!






Feb 19, 2014

MINI GIVEAWAY! HAPPY BIRTHDAY TENGKUBUTANG




Assalamualaikum & salam sejahtera .... rasa terpanggil pulak nak join GA dari kak TengkuButang nie. Harap-harap masih sempat lagi. Sebab tengok penyertaan dah 99++ ...

Gudluck for me !! ^^



Feb 13, 2014

Zikir Hari Khamis

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam khamis buat semua. Jom luangkan masa sekejap kita zikir hari khamis.


zikir hari khamis


Moga hari ini lebih baik dari semalam.. Amin .. selamat bekerja ... ^^
posted from Bloggeroid

Feb 12, 2014

Info Terkini Takungan Air Di Melaka


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nampaknya keadaan cuaca yang panas sekarang nie telah menjejaskan simpanan takungan air. Malam tadi tengok berita keadaan air simpanan takungan kat pahang pun hampir terjejas.

Pagi nie on facebook tengok info dari Syarikat Air Melaka Berhad keadaan simpanan takungan air macam makin kritikal jerk. Jangan lah jadi macam tahun 90an dulu. Kemarau kat melaka sampai takda air beberapa hari.

Harap info nie dapat membantu korang untuk bersedia apa yang patut.

info air takungan kritikal

Sila klik gambar untuk lebih jelas ...

Selamat Pagi,Adalah dimaklumkan keaddan Sg.Melaka amat krital dan telah menjejaskan takungan air Bunded Storage dan pengepaman air mentah ke Loji Bukit Sebukor.Pada jam 1 pagi 12 Feb,Loji Bukit Sebukor telah henti tugas.Kesemua kolam air yang membekalkan air ke kawasan bandar Melaka & Melaka Tengah berada pada tahan kritikal dan menjejaskan bekalan pada pengguna.
Operasi daerah telah ambil tindakan menyalur bekalan dari sumber-sumber yang ada.
Bekalan air melalui tanker akan digerak bila keadaan tidak boleh diatasi.
Segala permasalahan bekalan air boleh terus hubungi ke talian bebas tol 1800-88-5800.
Segala kesulitan amatlah dikesali.

Feb 11, 2014

Status Tarikh Penerimaan Bayaran BR1M


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berikut adalah info bagi mereka yang tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya tarikh penerimaan bayaran BR1M. Lepas nie tak perlulah nak tertanya-tanya lagi kan.


Menurut status FaceBook PM, bayaran akan mula dikreditkan terus dalam akaun penerima bagi yang telah kemaskini maklumat perbankan. Pada yang tak sempat nak kemaskini maklumat bank tue jangan risau.... masih boleh terima BR1M bagi yang layak. Tapi kena ikut prosedur macam sebelum nie lah ok.

Selamat membelanjakan duit BR1M yang diterima dengan "sewarasnya" hehehh



Semak Status Perjalanan Ke Luar Negara


Assalamualaikum dan salam sejahtera. In Shaa Allah tak lama lagi mak dengan ayah yana akan menunaikan Umrah. Tapi sebelum ke luar negara perlulah semak dan sediakan apa yang patut. Hari nie yana sesaja tergerak tangan kat keyboard nie nak semak status perjalanan ke luar negara.

Manalah tahu ... dah siap segala bagai kelengkapan tetiba kena tahan kat airport, tak ke kelam kabut nanti. Pada peminjam PTPTN pon harus semak nama korang sebelum nak keluar negara. Manalah tahu ..... hehehh

Jom semak status perjalanan ke luar negara disini http://sspi2.imi.gov.my/ . Harap dapat membantu korang yang tengah runsing takut nama blackList atau tidak.


Bawalah daku pergi ..... lalalaaaa 
hurmMmm ... rasa macam nak Holiday lagi jerk !! 



Feb 3, 2014

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014


Assalamualaikum .. jom join IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014. Tahun lepas yana dah menang jubah. So tahun nie mana tahu ada rezeki lagi ... hadiah pon banyak yang berkenan di hati nie. Harap-harap ada rezeki lagi lah. Syaratnya pon senang sangat !! rugi tak join...... !!


Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
 5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry ini
 6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. (",)

TARIKH TUTUP : 16 FEBRUARI 2014
KLIK SINI JIKA NAK TENGOK HADIAH 
PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.. ALISHA YANG AKAN CABUT UNDI (",)




Jan 30, 2014

Cuti Raya Cina


Assalamualaikum ... nampaknya hari nie ramai yang dah cuti raya cina CNY.

Tapi yana masih bekerja. Yelah... kerja dengan company melayu apa barang cuti awal raya cina kan.. kan...

Pagi tadi adik yana yang bersekolah syok berselibung dalam selimut lagi. Sekolah dah cuti raya cina.... adik yana yang kerja dengan company cina pon syok tidur lagi.

Yana dengan berat kaki.. hati ... teruskanlah perjalanan ke tempat kerja. Tapi syok !! Jalan raya clear sikit dari hari biasa.

Yana tak jelez pon diorang dah cuti awal. Sebab nanti raya melayu yana punya cuti lagi syiokkk okey... hehehh

Selamat bercuti pada yang dah cuti, dan selamat bekerja dengan seikhlas hati pada yang masih bekerja.

Selamat Tahun Baru Cina


duck face
posted from Bloggeroid

Jan 29, 2014

CIMB Upgrading Please Take Note - WW


CIMB Upgrading so please take note. Omputeh ler sangat kan .. kan ... hehehh bagi pengguna CIMB harap maklum dengan maklumat ini.


**Nasib baik gaji dah keluar awal .... ~



Jan 23, 2014

Sakit Tekak & Selsema

Assalamualaikum ... sekarang nie yana kurang sihat sikit. Sakit tekak & selsema tengah melanda.

Memula sakit tekak. Ya Allah .. sakit sangat. Sampai hilang selera nak makan. Hari nie pulak, selsema muncul. Asyik kena pegang tisu jerk lh. Meleleh jerk nie.. huhuhh

Kalau dah muncul jerk selsema memang tak berapa suka sangat. Boleh terkoyak kulit kat hidung nie sebab asyik menghembus jerk. Sesiapa yang selsema tue tahu ler....

Terasa cuaca sejuk sangat sekarang nie. Kalau tidur malam pon dah tak on kipas macam halikopter lagi. Kadang-kadang tak on kipas pon sebab tak tahan sejuk.

Angin kat Melaka nie pon boleh tahan kuat. Nak2 bila petang, memang tangkap lentok jerk lh. Harap-harap korang semua boleh jaga kesihatan dan keselamatan masing-masing dalam keadaan musim sekarang nie k.



posted from Bloggeroid

Jan 22, 2014

Jangan Tidur !! - WW

Assalamualaikum .. untuk peringatan kita bersama. Jangan ler tidur waktu-waktu yang tertera tue erk...



posted from Bloggeroid

Jan 17, 2014

Opzzpinky GA 2014 by Sharina



Opzzpinky GA 2014 by Sharina

Saya nak ajak korang join GA menarik Blog Opzzpinky ini, hadiah cun menanti korang, mari ramai2 join ya..klik SINI
GA ini ditaja oleh Sha Dhira San | Irah Zahirah | Alyssa | Yana | Nazlyizan | Suejana | Najmi | Kina |Rubiey |
SE-Shop
Salah satu kedai online yang baru dibuka, menitik beratkan kecantikan dan kesihatan kaum hawa, dimana menawarkan harga yang murah dan mampu milik bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan juga kecantikan. Mari kunjungi SE-Shop pasti korang tertawan dengan harga menarik :)
Produk HOT masa kini
Harum Malam 
Set Kecantikan Collogen + Vit E
Bedak Sejuk Tanaka
Emilay
Ibu Putih JannaLawwa
Perla Coffee
Sila PM di SINI jika berminat :)


Jan 16, 2014

Terima Kasih Untuk Hadiah Yang Super Awesome !!


Assalamualaikum ..... bersiaran kembali !! kesian my blog nie. Macam dianak tirikan !! hahahh ... kejap timbul, kejap tenggelam. Apalah tuan blog nie kan !!

Terima kasih pada yang sudi berkunjung ke teratak buruk yana nie. Terima kasih juga sudi tinggalkan komen untuk yana. Yang mana belum berbalas kunjungan tue... nanti yana datang ok.

Yana nak berterima kasih bebanyak kepada blogger Innanie, sebab ..... yana dapat dua hadiah !! terima kasih untuk hadiah yang super awesome !!

Yang sebenarnya, yana menang hadiah untuk kuiz Total Image Apple Stem Cell Drink. Hadiahnya ialah sebotol Total Image Apple Stem Cell Drink dan Voucher RM8 dari Watsons.


Tapi .... innanie silap hantar. Innanie ter"bagi hadiah untuk pemenang Clinicell Oral SkinCare. Masa dapat tue ... yana pon macam pelik juga. "aku menang hadiah apa sebenarnya erk..." hehehhh yang sebenar yana tak kisah pon bab hadiah. Tapi benda makan nie kena HALAL. Takut tuannya tak halalkan .... kan susah tue. hehehh Yana PM innanie, bagi tahu dia. Nasib dia halal kan ... Alhamdulillah. Dapat merasa kesedapan Clinicell Oral SkinCare.


Yana pun tak sangka innanie akan hantar juga hadiah yang betul. Terima kasih buat beliau. So yana dapat merasa dua benda lah untuk satu kuiz !! hehehhh terima kasih.

Korang selalu-selalu ler datang blog Innanie - www.coklateyes.my - sebab innanie suka share benda (hadiah) yang dia dapat pada pengunjung blog dia tau. Rugi kalau tak cuba .. sebab kuiz yang dia selalu buat memang dah ada jawapan. hehehh

****bile ler... ada mood nak update entry Honeymoon kat Pangkor erk !!






Jan 14, 2014

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum... salam maulidur rasul buat semua.

Hari nie mesti ramai yang cuti kan. Bagi yang bekerja, selamat menjalankan tugas dengan redha... hehehh

Alhamdulillah pagi tadi dapat lihat perarakan bagi sambutan Maulidur Rasul pada tahun nie. Bawak anak-anak buah. Seronok mereka dapat lihat perarakan yang menggabungkan banyak agensi.

Bagi yang ingin tahu, tahun nie tema maulidur rasul adalah "Wasatiyyah Tunggak Kesatuan Ummah".

Ok lah... selamat bercuti semua. Salam Maulidur Rasul.











posted from Bloggeroid

Jan 9, 2014

Mencari Ketenangan .. Holiday

Assalamualaikum .. yes !! Holiday ... kalau ingat, beberapa hari lepas yana ada post entry. Pasal kesihatan yana yang tak berapa baikkan. So .. ini ubatnya!! Holiday !!

Hujung tahun lepas kami beri peluang kat mak-mak budak sekolah bercuti. So sekarang diorang dah sekolah boleh ler kami pula yang bercuti.

Yana minta cuti kat bos. Cakap tak sihat .. tapi memang tak berasa sihat pon. Tak nampak kat luar.. tp dalam yang tak berapa sihat. So kenalah terapi diri sikit. Nak cari ketenangan ... kena buang jauh-jauh stress. Tak baik untuk kesihatan.

Bercuti dalam negara jerk. Cuti pon sekejap.. jadilah. Audit kat office dah sedia menanti. Tunggulah balik cuti baru sambung semula.

Sebelum pergi, sempat beli sikit bekal... buat alas-alas perut. Mana tahu kelaparan nanti. Hehehh

Ok lah ... selamat bekerja buat kawan-kawan yang bekerja.


makanan sedap
posted from Bloggeroid

Jan 8, 2014

Bagaimanakah Dikatakan Jilbab - WW


Assalamualaikum ... Bagaimanakah yang dikatakan Jilbab ??? banyak sangat fesyen sekarang nie sampai ada yang mula tersasar dari landasan. Marilah tengok-tengok gambar dibawah ini. Moga ada yang terperasan cara mereka selama ini tersasar.





Jan 7, 2014

CPUV Nuffnang : SHARP Fridge


Assalamualaikum ... selamat pagi .... selamat hari selasa .... selamat bekerja ... berapa banyak selamat daaaa ..... hehehhh Alhamdulillah .. CPUV Nuffnang muncul lagi.

Comel pulak CPUV Nuffnang yang dapat kali nie .. comel sebab ada muka Doremon !!

doraemon

Duit dari Nuffnang

CPUV Nuffnang kali nie adalah dari pengiklan SHARP Fridge. Fuhh ... memang teruja tengok barang-barang dari SHARP nie. Mulalah nak nyanyi .... Kalau aku kaya .... hari-hari-hari raya !! kikiki 

Kalau korang pon nak tengok barang-barang SHARP yang awesome nie ... boleh lah klik iklan kat bahagian atas blog nie, macam gambar kat atas !! jangan risau ... tak kena bayar pon kalau klik .. hehehh

Hadiah CPUV dari Nuffnang di awal tahun 2014. Terima kasih Nuffnang !! 







Jan 6, 2014

Proses Lipat Kad Kahwin

Assalamualaikum... jenuh pulak melipat kad-kad kahwin nie.. tue lah len kali tempah jerk lah yang sekeping jerk. Tak ler rumit sangat nak melipat bagai.

Hahahahhhh

Sambil melipat sambil mengungut !! Macam tak ikhlas jerk nak menolong kan.. kan..

Sekarang tengah proses lipat kad kahwin. Proses cop-cop tarikh nantilah.. penat nie ...

Siapa nak kahwin?? Yang pasti bukan yana yang akan kahwin.. kikikikiii



posted from Bloggeroid

Ubat Owhh Ubat

Assalamualaikum ... selamat pagi. Ubat owhh ubat !! Pepagi lagi dah merungut. Huhuhhh

Penakut makan ubat !! Padan muka aku ...

Doktor cakap aku stress. Banyak tekanan ... kurang makan or tak makan. Gastrik ... Ermmmm

Sebab tue doktor bagi aku macam-macam ubat !! Sampai hati kau doktor ...

Aku suka skip makan tengahari. Bila waktu kerja memang aku jarang makan tengahari. Khamis lepas sampai nak pitam sebab tak makan. Bukan sebab aku tak nak makan... tapi sebab persekitaran tempat aku kerja nie susah nak pergi beli makan. Pemalas nak drive !! Lagi pun takda kawan makan... mana syok !!

Bab stress dengan tekanan tue aku pun kompios. Apa masalah aku sebenarnya erk ??? Mungkin aku perlukan cuti !!

Arghh .. pening .. ubat mana yg aku nak makan dulu nie ... huhuhh



posted from Bloggeroid

Jan 4, 2014

Mandikan Kesayangan

Assalamualaikum

Bangun ... bangun... !! Matahari dah mencanak oit !! Jom mandikan kesayangan.









Selamat bercuti semua.

posted from Bloggeroid

Jan 3, 2014

Iman Dan Istiqamah


Assalamualaikum

Salam jumaat buat semua. Pagi-pagi nie jom kita hayati kata-kata dari Ustazah Norhafizah Musa ini. Hanya mereka yang ber istiqamah sahaja dapat menikmati Iman .....


Iman Dan Istiqamah



Jan 2, 2014

Menang Hadiah Segmen - GIVEAWAY 1 YEAR BLOG TENGKUBUTANG


Assalamualaikum

Alhamdulillah .. penutup tahun 2013 dapat menang segmen  +tenku butang 


Hadiah dari Nas Honey : nashanim.blogspot.com sebuah handbag !! Besar handbag nie, macam-macam boleh simpan .. heheh terima kasih buat sponsor. Dah alang-alang menang hadiah, free postage. Yana pon terus order Inner Magic RM10 sahaja dari sponsor. Memang terbaik ... ^^

Terima kasih kepada pihak Sponsor dan Penganjur segmen ^^





Jan 1, 2014

Selamat Tahun Baru 2014 -WW

Assalamualaikum

Selamat tahun baru 2014 !!


tahun baru

**lambat wish... baru tersedar dr mimpi !! Kihkih
posted from Bloggeroid

Dec 31, 2013

Melaka Wonderland Theme Park

Assalamualaikum

Hari nie merupakan hari terakhir bagi tahun 2013. Alhamdulillah semalam kami banyak habiskan masa sekeluarga. Pepagi lagi dah sampai ke destinasi pertama. Melaka Wonderland Theme Park.


taman tema air



Melaka Wonderland Theme Park

Masing-masing cuti bagi menghabiskan saki baki cuti tahun 2013. Dari pagi hinggalah ke tengahari masing-masing berendam. Dibantu dengan cuaca yang redup.. memang tak ingat nak balik lah.

Kami masuk menggunakan kupon wonderland. Masuk sorang percuma seorang. Harga tiket Melaka Wonderland Theme Park untuk public holiday ialah Rm32 seorang.




Memandangkan harta semua ditinggalkan dalam loker. Memasing sibuk berendam. Jadi.. tak banyak gambar yang dapat diambil.

***entry banyak tak sempat publish.. sebab masih bercuti... hehehhh
posted from Bloggeroid

Dec 27, 2013

CPUV Nuffnang : Ready4Work


Assalamualaikum

Alhamdulillah ... rezeki hari jumaat. Dapat lagi dua CPUV Nuffnang. Satu kat Blog personal nie http://nazlyizan.blogspot.com/ satu lagi kat blogshop yana http://nazlyizancreation.blogspot.com/ Dua-dua CPUV Nuffnang nie dari Ready4Work.


Nampaknya pihak Nuffnang dan pengiklan semakin baik hati dengan blog yana nie. Alhamdulillah ... sekarang nie ada 5 CPUV Nuffnang yang sedang OnGoing.


Sudi-sudikan lah melawat Ready4Work ok. Senang jerk ... just halakan "mouse" kat iklan macam dalam gambar kat atas nie, pastu "klik" ... hehehh Selamat beramal .. ^^




Melawat Adik Di KD Sultan Ismail

Assalamualaikum

Kisah melawat adik di KD Sultan Ismail nie sebenarnya cerita hari rabu lepas (25.12.13). Tapi hari nie baru ada masa nak taip entry. Macam PoYo jerk kan.. hehehh

Blog nie pon dah macam diary juga. So haruslah sematkan apa yang patut dalam blog nie. Nanti senang nak imbau kembali kenangan lalu.

Hari rabu tue cuti Christmas.. so boleh lah pergi melawat adik yang sedang menjalani latihan TLDM "laskar muda". Nak cerita banyak tak tahu.. takut silap pulak. Hehehh

Malam sebelum perjalanan. Bajet jam 6 pagi dah gerak ! Ok 6pagi tau.... !!! Hahahhh last2 jam 7 lebih baru gerak. Biasalah.. janji melayu.


TLDM

Kali pertama nak kesana, memang tak tahu jalan langsung. Hanya berpandukan WAZE sahaja. Tapi memang banyak membantu... terima kasih Waze !! Dalam perjalanan pergi, berhenti kejap kat RnR apa tah lupa. Singgah makan..sebab kat rumah tak sempat makan. Masa nak teruskan perjalanan, nak keluar parking.. boleh pulak "bontot bercium bontot" !!! Argh... berlanggar !! Nasib baik calar2 sikit bontot my cinte hati. Huhuhh settle cari baik jerk. Dua2 salah kot... tak nampak bontot kereta masing2... hahahahh


Alhamdulillah.. akhirnya jam 11.30pagi sampai juga kami kat KD Sultan Ismail tanjung pengelih, pengerang Johor. Drama air mata pon bermula.. hehehh anak mak ... biasalah. Adik cover air mata ler tue.. kikiki masa melawat yang dibenarnya dari jam 10pagi sehingga 5petang.


laskar muda

Ramai juga ibu bapa dan keluarga yang ambil peluang untuk berjumpa anak-anak kesayangan mereka. Memang meriah lah tengok suasana nie.







Sambil-sambil tue dapat juga dating dengan hubby.. heheh dapat duduk kat jeti tue memang best giler.. angin kuat. Boleh nyenyak ler kalau dapat tidur kat situ.






Dah habis lepaskan rindu, jam 3.30 petang kami pun gerak balik... tinggallah adik. Bulan 4 tahun depan baru habis latihan. In Shaa Allah .. kalau ada peluang lawatan lagi kami pergi lagi.

posted from Bloggeroid




Dec 26, 2013

Kadar Kenaikan Tol Di 15 Lebuh Raya Seluruh Negara


Assalamualaikum

Berita bagi "Pembukaan Tahun Baru" 2014. Kadar Kenaikan Tol Di 15 Lebuh Raya Seluruh Negara.







Dec 25, 2013

Keep Calm - WW


Assalamualaikum


**Baik cari coklat dulu sebelum ada yang kena FiRe !!



KD Sultan Ismail - WW

Assalamualaikum

Alhamdulillah... selamat sampai KD Sultan Ismail.


sultan ismail


Jumpa adik tersayang.. hehehh
posted from Bloggeroid

Teka Gambar - WW


Assalamualaikum


siapa pandai??? ....... cuba teka gambar nie. Binatang apa nie??

Jawapan ???

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Yeah !!! jawapannya ... Arnab !! Arnab Angora ^-^





Dec 24, 2013

Maklumat Lengkap Permohonan BR1M 3.0


Assalamualaikum


Maklumat lengkap permohonan BR1M 3.0

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian Hotline seperti yang tertera.




Segmen : Jom Blogwalking


Assalamualaikum

Segmen : Jom Blogwalking


tarikh tamat segmen pada 10 Januari 2014, 11.59pm



Dec 23, 2013

CPUV Nuffnang: INTI Cycle 1 Degree Exten (INTI International University)


Assalamualaikum

Alhamdulillah .... Nuffnang baik hati lagi dengan blog yana. Sabtu lepas dapat lagi dua CPUV INTI Cycle 1 Degree Exten dari Nuffnang.


Sekarang nie sedang ada 4 OnGoing CPUV dari nuffnang. Moga pihak Nuffnang sentiasa nampak blog yana yang tak seberapa nie .... Amin ...

Terima kasih juga buat para pengiklan yang sudi beriklan di blog ini. Chewahhh

INTI International University


PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...