Assalamualaikum ... dan salam sejahtera.
Sudah agak lama juga yana tidak berdiari disini. Selepas berhari raya mood untuk berblog agak suram. Mungkin terlebih makan lemang ... heheh
Jangan pelik dengan penulisan yana untuk entry kali ini. Apa yang pelik?? peliknya sebab bahasa dan ejaan yang digunakan. Anda perasan tidak?? kahkah agak baku dan formalkan.
Yana akui, sekarang ini ejaan yana selalu dipendekkan dan bahasanya selalu tunggang langgang. Ini gara-gara bermain sms dan chatting di alam maya. Kalau boleh semuanya hendak diringkaskan sependek mungkin untuk menjimatkan kredit dan ruang.
Gara-gara itu lah kadang kala yana hingga terbawa-bawa didalam penulisan surat formal. Sehinggakan terlupa bagaimana nak mengeja sesuatu perkataan itu. Habislah yana kalau kena ambil ujian trengkas. Entah berapa markah yana dapat.
Aduhh ... terasa penulisan kali ini sudah macam indon lah pulak !!! maaf maaf maaf .... gelak sendiri
Baiklah sampai disini sahaja entry untuk kali ini. Mungkin agak mengarut. Tapi fikirlah tentang kebaikan bahasa kita. Selamat Beramal .... heheh
Bahasa Jiwa Bangsa