HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Oct 17, 2012

# Wordless Wednesday # 2


! Assalamualaikum !





Oct 15, 2012

Lokasi Kamera AES


! Assalamualaikum !

Apa itu AES ?? AES (Automated Enforcement System)  adalah sebuah sistem kamera bagi mengesan had laju dan pelanggaran lampu isyarat. AES berupaya mengesan dan merakam secara automatik sebaik sahaja mana-mana kesalahana lalulintas dilakukan di kawasan sering berlaku kemalangan sahaja.

10 Perkara tentang AES

klik utk besaw

Sistem ini mampu untuk zoom muka pemandu kenderaan tersebut. So yana sarankan bagi sesiapa yang tidak dapat sentiasa mengawal had laju kenderaan anda agar sentiasa kemas didalam kenderaan anda. Ini bagi memastikan muka anda nampak semat apabila anda mendapat surat cinta kelak. heheh

Lokasi kamera AES kawasan lampu isyarat di MELAKA

Kawasan hadlaju / jalan lurus di MELAKA

Untuk mendapatkan maklumat lanjut lokasi hadlaju dikawasan anda. Anda boleh ke laman web DISINI.


Secara peribadi yana menyokong perlaksanaan sistem ini di Malaysia. Ini adalah bagi mengurangkan / mengelakkan kemalangan yang berlaku hampir setiap hari diseluruh malaysia. Ini bagi membantu pemandu di malaysia agar lebih berhemah dijalanraya.


Tidak lama lagi hari raya aidiladha.,so pada sesiapa yang dah berhajat nak balik ke kg halaman, silalah BERHATI-HATI dengan speedtrap trafic ops perayaan.

SAYANGAILAH NYAWA & DUIT ANDA :)




Segmen: Tambah Follower Banyak-Banyak!!


! Assalamualaikum !



Pagi nie yana nak join segmen dari Yuliana Wahit. Dah lama kot tak join segmen pollow2 nie. heheh Jom korang sambil tambah follower sambil berkenalan.

Klik Banner comel diatas. TQ

Jumlah follower 15.10.12 / 11.11am




Wajah Baru


! Assalamualaikum !

Morning ollz ... Korang mesti perasankan. Blog yana dah bertukar wajah 100%. Cuma header jerk belum tukar ... heheh itu kene ambil masa lah. Belum ada idea lagi ... nak belajar lukis kartun tak pandai-pandai lagi... heheh

Semua nie hasil tangan dari Cik Rose Cute. Sabtu hari tue yana request. Hari ahad dah siap. Cepatkan .. heheh Yana saja nak tukar wajah blog dari hasil tangan orang lain. Sebab sebelum nie blog yana loading lambat. Yana tak tahu macamana nak ubah. So last idea suruh jerk orang editkan 100%. Lagi pun yana edit asyik benda yang sama jerk (sebab tak pandai) tak macam bertukar.... heheh

Sebelum nie tema blog yana warna pink + purple kan ... tapi sekarang saja nak ubah angin. Warna pink + hijau pucuk pisang. Harap korang tak sakit mata lah okies.

Sesiapa nak tempah edit blog boleh lah ke blog Cik Rose Cute. RM10.00 jerk tau, tapi hasil memang memuaskan. Siap boleh request tema apa lagi..heheh





http://matcuoi.com



Oct 14, 2012

Lepak Time. .. .


! Assalamualaikum ! 

Siapa tak tidur lagi .... angkat keyboard .... heheh yana tersangkut kat kedai mamak lagi, gara-gara incik hubby dah melekat tengok cerita aksi yang disiarkan di screen besar kedai mamak nie.

Layankan saja. Nasib baik ada internet free ... tue yang tak kisah lepak sini kalau lama pun takpa. Janji yana tak bosan. Dapatlah yana berbelog.

Makin pagi makin ramai pulak yang isi perut. Jom BW :)

hasil lepaKing 



Oct 13, 2012

Jangan sampai kita terlupa


! Assalamualaikum !




Untung Ler .. ada Jiran macam kau


! Assalamualaikum !

Tetiap minggu sambil mengemas rumah sambil layan konsert free ... jimat letrik rumah yana. Tak payah on radio rumah sendiri. Cuma tadahkan telinga saja.... hahah Kalau sedap takpelah jugak.. aduhhh sampai katak pun takut nak panggil hujan... kikiki

Kita hidup berjiran nie kene lah saling hormat menghormati. Bukan jadi hati kering jerk. Sok lusa kalau jadi apa-apa takda lah tebal seinci muka tue nak minta tolong kat jiran.

Bergegar tingkap rumah yana nie dengan sound speaker dia tue. Aduhhhh ... jiwang karat sungguh jiran sebelah rumah yana nie. Lagu semua menusuk kalbu. Dari pagi sampai ler sekarang nie... tak penat ke cik abang oit ... nak jerk yana jadi juri pengkritik. Baru dia sedau diri sikit. Fuhhhh ... keLAUT.



Sabau Jerlah ~~~~~





Oct 12, 2012

PonPOnNnn ....


! Assalamualaikum !

Maghrib semalam tiba-tiba ada orang datang rumah ... ingatkan anak raja bunian nak datang merisik ... kihkih ... rupanya abang POSLAJU datang hantar bungkusan untuk yana. Aik siapakah yang baik hati bagi aku hadiah (perasan gilew)... Birthday aku dah lama lepas. Hurmmm


Betul-betul ke"nyanyok"kan ler yana nie .. lupa hari tue yana ada beli baju online. Heheh Wahhh .. boleh pergi dating dengan incik hubby ler weekend nie. Dah verangan nak pakai dress nie. Muat-muat yana jerk pakai.


Refer Entry sebelum nie " Sambil menyelam ... cuci mata " ini lah yang menyebabkan yana tersangkut untuk order dress nie. heheh memang tak boleh blah ler .... mata rambang. heheh


Dress dia macam gambar diatas nie. Tapi yana gayakan dengan seluar jeans ler ... heheh Korang pon nak  tak?? macam-macam ada ..... Jom --> Dressuana

**TQ kak puteri .. yana dah dpt


Oct 11, 2012

Maruah @ Reputasi? ?

! Assalamualaikum !

Bagi korang antara maruah dan reputasi mana yang lebih penting dalam kehidupan nie? Mungkin bagi kehidupan yana yang sederhana nie, maruah adalah benda yang paling penting sekali dalam hidup. Sebab kalau maruah tak penting, maksudnya dalam diri orang tue takda sifat malu.

Bagi golongan kaya pula, mungkin reputasi sangat penting bagi mereka. Kerana dengan reputasi lah yang akan membawa mereka keatas. Kedudukan yang tinggi menjamin reputasi mereka.

Tapi nie pendapat yana saja. Yana sebenarnya tengah sakit hati nieh.. heheh yana tengah layan cerita korea kat astro channel 393. heheh GLASS CASTLE

hurmmmm


YaAllah .. Adakah aku Perlu Bercuti


! Assalamualaikum !

Mood sekarang nie keLAUT ... Tak tahu nak menangis ke gelak dengan kealpaan diri ini sejak dua menjak nie. Setelah empat tahun bekerja di syarikat nie. Hari nie rasanya kesilapan paling BESAR yang yana dah buat.

Sepatutnya hari nie client datang untuk inspection Pipe yang telah disiapkan oleh company yana. Tapi dari pagi tadi tak datang-datang. Bos dan beberapa orang penting naik jenuh menunggu mereka. Bila hubungi mereka. Talian sibuk sahaja. Yana rasa macam tak sedap hati. Yana semak semula email yang yana beri kepada mereka. Terbeliak mata yana !!! YaAllah ... yana silap bagi tarikh !!!  yana letak 18 / 10 / 2012.

Dengan langkah berat , yana jumpa bos dan terangkan kesilapan yana. Ermm ... biasalah. Kene tiaw jugak ler. Apa nak buat...memang silap yana. Yana rasa bersalah sangat-sangat. Malu dengan bos, lagi malu dengan orang-orang penting yang lain tue. Dushhhhh

Pengsan !! 


Biaw Betikk ... Saja nak menguji Orang ler ....


! Assalamualaikum !

Macam lama pulak tak bercerita kan .. heheh pagi-pagi tadi macam biasa lah sebelum memulakan kerja. Tengok-tengok pendapatan sampingan yang memang tak seberapa tue, hasil berinternet jerk nie.

OMK (owh mak kau..) biaw betikkk macam nak tekeluar biji mata nie. Kenapa tiba-tiba boleh jadik macam nie ?? kompius jap .... 

saja besaw kn .. heheh

Dah senyum sampai ke telinga dah .. padahal selalu peramkan saja. Sebab takda orang nak klik ... heheh Tapi bila perhatikan satu-satu. Tetiba muncung dah panjang ... ermmm ..... Kene tipu lah nie. Total earning kat atas tue tak sama lah ..... menguji iman betul. kohkoh



RM0.20 sen jerk tiap satu iklan yana dapat ... tue pon siapa tah yang baik hati sanubarinya klik iklan yana ... huhuh sedih kan tengok. Memang tak pandai buat iklan untuk orang klik ler dak yana nie ... huhuh



Oct 10, 2012

Iman Anda Sudah Loww !!!


Iman Anda Sudah Loww !!!

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║██░░░░░Battery Low ░░░░░─║║║
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

▂ ▄ ▅ ▇ █ Charge Iman Anda █ ▇ ▆ ▄ ▂

أستغفر الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║████░░░Battery Low ░░░░░─║║║
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

سبحان الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████Battery Low ░░░░░─║║║
║║███████░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

لا إله إلا الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║█████████tery Low ░░░░░─║║║
║║█████████░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

الله أكبر

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████████░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████████y Low ░░░░░─║║║
║║███████████░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

لا حول و لا قوة إلا بالله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║██████████████░░░░░░╚╗╚╗
║║██████████████ ░░░░░░─║║║
║║██████████████░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

الحمد لله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████████████░░░╚╗╚╗
║║█████████████████░░░─║║║
║║█████████████████░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

اللهم صل على سيدنا محمد

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║████████████████████╚╗╚╗
║║███████ Battery Full ██████─║║║
║║████████████████████╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝
Sudah Full , Amin ^^
Ahamdulillah, sedar xsedar anda telah berzikir & berselawat..
"ber blog sambil beribadah" ^_^ ..
♥  Cepat Charge .. ♥









# Wordless Wednesday #1


! Assalamualaikum !







Oct 9, 2012

Lawak #3



CARA MENILAI KEPERIBADIAN SESEORANG

ORANG YANG TIDAK JUJUR 
Orang yang kalau kentut, selalu menyalahkan orang lain

ORANG YANG BANGANG
Orang yang menahan kentutnya berjam-jam

ORANG YANG BERWAWASAN JAUH
Orang yang tahu bila dia hendak kentut

ORANG YANG SENGSARA
Orang yang nak kentut tapi tak boleh kentut

ORANG YANG MISTERI
Orang yang kalau kentut, orang lain takkan tahu

ORANG YANG GUGUP
Orang yang tetiba tahan kentutnya bila tiba masa untuk kentut

ORANG YANG PERCAYA PADA DIRI SENDIRI
Orang yang selalu menganggap kentutnya berbau harum

ORANG YANG SADIS
Orang yang kentut di katil, terus mengibaskan kentutnya pada katil orang lain

ORANG YANG PEMALU
Orang yang kalau kentut selalunya tak berbunyi tapi selalu merasa malu sendiri

ORANG YANG STRATEGIK
Orang yang sering menyembunyikan kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak agar tidak didengari oleh orang lain

ORANG YANG BODOH
Orang yang dah kentut, kemudian menarik nafas untuk menggantikan angin yang keluar

ORANG YANG PELIK
Orang yang kalau terkentut, mengeluarkannya sedikit-sedikit sampai bunyi "tit - tit - tittttt"

ORANG YANG SOMBONG
Orang yang kalau kentut selalu berasa bangga dengan kentutnya

ORANG YANG PERAMAH
Orang yang sering mencium kentut orang lain

ORANG YANG TIDAK SUKA BERGAUL
Orang yang selalu kentut bersembunyi

ORANG YANG AKUATIK
Orang yang selalu kentut dalam air sampai berbunyi "blekutuk - blekutuk - bloop -bloop - bloopp"

ORANG YANG ATHLIT
Orang yang kalau kentut, sering mengeluarkan tenaga dalaman

ORANG YANG JUJUR
Orang yang sering mengaku apabila terkentut

ORANG YANG PINTAR
Orang yang boleh menilai bau kentut seseorang

ORANG YANG ROMANTIK
Orang yang sering memuji-muji kentut pasangannya itu merdu dan wangi





***coPyPasTe


Takziah ... kes yang sama


! Assalamualaikum !

"Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"

Semalam yana baru dapat berita dari kawan baik yana. Dia keguguran masa nak sambut kedatangan syawal lepas. Tabahkan hati ea ... yana tahu perasaan dia. Sebab yana pun pernah alaminya.

Kes kami lebih kurang sama lah. Dia keguguran sebab banyak jalan cari barang nak raya. Yana pulak banyak jalan ke rumah orang kahwin dalam satu hari dekat 3 buah rumah yana serang. heheh yelah masa tue badan belum nampak perubahan lagi. pergerakan pun masih pantas. 

Apa nak di kata. Belum rezeki kami lagi lah kot. Korang-korang yang masih diawal kehamilan tue. Iaitu usia kandungan belum masuk 3bulan. Jangan banyak berjalan @ stress okeh.

Ermm .. hujung tahun nie nak pergi Honeymoon lah .. ~~~





Segmen Miz Ruha | Lesen


! Assalamualaikum !


Wahh .. macam menarik jerk segmen dari Miz Ruha nie kan.. So sepantas kilat yana men"join"kan diri. Korang kalau nak join jugak klik Banner comel diatas nie okeh ....

#----------------------------------------------#

Pengalaman/Peristiwa LESEN yana

Yana nak cerita peristiwa masa ambil ujian JPJ. Pada hari tue memang ramailah umat manusia yang datang dengan tujuan yang sama macam yana. Iaitu untuk lulus ujian JPJ. Perasaan yana memang ketaq lutut semua tue adalah. Tapi still cool jerk. Fikiran dah serabut, sebab yana tunggu cikgu yang mengajar yana tue tak datang-datang. Sebab barang azimat yana ada kat dia. huhuh

Bila turn yana jerk kene panggil untuk buat ujian pertama iaitu BUKIT. Tiba-tiba muncul cikgu yana .. kiranya macam penyelamatlah. Syukur ... heheh semua orang pandang "paiseh" kerek ler dengan yana. Ada yang bisik-bisik, gelakkan yana. Tapi yana dah tanam dalam hati "ade aku kesahHhhh" yang penting aku perlu LULUS !!

Kehulu kehilir yana bawak barang azimat tue. Diorang semua pandang-pandang. Tapi yana memang tebalkan muka. Sebab kalau yana layankan ... memang keLAUT mood yana hari tue. Yang penting SENYUM ......

Pakcik JPJ yang duduk dalam kereta dengan yana tue bukan main melentik misai dia. Tergugat jugak perasaan TAKUT yana. Yana sengeh-sengeh jerk. Nak tutup rasa takutttt ... heheh  Alhamdulillah .. habis semua ujian yana selesaikan, mintak-mintak LULUS lah.

Selepas keputusan keluar .... YaAllah sengeh lebau yana. Sebab yana LULUS .... yeahhh pakcik JPJ tue siap cakap depan-depan. Tue lah berkat bawak barang azimat ea .... heheh Ada minah yang gelakkan yana tadi tue .. kesian .. Tak lulus. Cuba lagi erkk

Cikgu, Terima Kasih sebab jadi penyelamat yana. Korang nak tau apa barang azimat tue??? heheh BANTAL lah apa lagikKkkk heheh

Pinjam cik Google


Tarikh Luput Segmen : 19 Oktober 2012, 5.00 Petang





Oct 8, 2012

Segmen Mialiana.com - Mari Berpantun


! Assalamualaikum !


Yana tertarik dengan segmen dari sis mialiana nie.. heheh saja nak asah bakat. Dah lama tak jual beli pantun nie. Saja nak cuba ... mintak-mintak jadilah pantun yana nie. 

Okeh kak mia yana beli pantun akak tau.. 


Malam-malam pergi kedai nyonya
Kedai jauh naik kereta Waja
Andai Mia ingin bertanya
Apakah nama panggilan manja

pergi ke pasar bersama nyonya
tumpang kereta pakcik saleh
terima kasih kerna bertanya
panggilan manja yana pun boleh

Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga

selalu diam bukan pemalu
menjaga santun lebih indah
tidak segan tidak silu
bukan single berkahwin sudah

Langit cerah indah warnanya
Ambil gambar rasa teruja
Ingin juga tahu statusnya
Sedang belajar atau bekerja

hati ibu selalu pertahan
jangan engkau cuba sakiti
kerja swasta bukan pilihan
sudah rezeki ikhlaskan hati

Buat kopi pekat-pekat
Makan roti dengan tuna
Adakah jauh adakah dekat
Tinggalnya di negeri mana

mencari-cari si kambing hilang
rupanya menyorok didalam bangsal
cemerlang, gemilang dan terbilang

inilah MELAKA negeri asal

#-------------------------------------------------------------#


Korang kalau nak join pantun pun boleh .. klik jerk Banner kak mia diatas tue.


Dateline : 6 Oktober 2012 sehingga 15 Oktober 2012






Tips *6 = Amalan yg Perlu Diamalkan Selalu


Tips-Tips kesihatan untuk diamalkan

Pagi-pagi lagi dah bagi tips kesihatan ... layankan jerk .... Jom kita beringat selalu. 
"Mencegah lebih baik dari merawat"






Oct 6, 2012

SEGMEN LYSSA FAIZUREEN | Kenapa Aku Berblog ?


! Assalamualaikum !


Pagi nie yana online sebab teman incik hubby Overtime kat office dia. Alang-alang dah teman tue....online ler. Dah benda free kan...hehehh Tengah BW jupa segmen dari cik lyssa. Apa lagi. Yana pon join ler ...... Jom join cecepat. Sebab segmen nie 12jam jerk tau. Klik Banner comey kat atas nie.

Okeh yana nak jawab soklan dari cik Lyssa

kenapa korang berblog ? --> tujuan yana berblog adalah untuk berkongsi cerita yana yang bukan peribadi sangat. Tetapi lebih kepada umum. kiranya macam diary lah jugak.. 

Macam mana korang boleh terjebak dalam dunia blogging ? --> Kawan baik yana yang cadangkan yana berblog. Sebab selalu tengok yana bosan kat pejabat sensorang takda kawan. Sementara tunggu masa dapat mengumpat dengan dia. Baik yana share cerita kat blog.

Apa tujuan utama/asal korang berblog ? --> Tujuan hanya nak share cerita menarik seharian. Sebab lain orang lain cerita yang terjadi pada diri masing-masing.

Dan apa yang menariknya tentang blog korang tu ? --> Mesra pengunjung ... heheh pink kaler ... Rasanya sesiapa yang datang blog yana yang lebih tahu apa yang menariknya blog yana nie.

siapa yang menjadi sumber inspirasi korang dalam dunia blogging ? --> Mestilah cik lyssa .. sebab 1st blog yana suka terjah adalah blog cik lyssa. Banyak tutorial mengenai blog yana dapat. Yana belajar buat blog adalah dari tutorial cik lyssa. Thnxxxxx lyssa !! #____#


SEGMEN berlangsung pada : 06 Oktober 2012 - ( 9.00 pagi - 9.00 malam ) - 12 jam sahaja 





Oct 5, 2012

Hiasan Rambut Yang Unik


! Assalamualaikum !

Okeh hari ini yana nak share beberapa gambar untuk hiasan rambut yang boleh dikatakan memang unik. Mesti takda orang yang berani buat hiasan macam nie untuk keluar dikhalayak ramai kan. heheh

Hiasan ini adalah dari sayuran, tumbuhan dan bunga-bungaan. Terima kasih kepada incik Google.








Model yang menggayakannya cantik .. So nampak menariklah. Kalaulah yana yang jadi modelnya .... Hancur !!! kahkah




Oct 4, 2012

Menangi Voucher Free hanya dengan Klikklik??


! Assalamualaikum !

Anda peminat minuman berperisa coklat ? Kini DutchLady ada memberi voucher percuma Sebanyak RM2.00x5. Menarikkan ... Dengan hanya klikklik sahaja. Kalau anda dapat markah tertinggi berpeluang untuk memenangi voucher yang lebih tinggi lagi nilainya.

Yana dah try main game nie. Dah siap kumpul voucher untuk ditebus.

Voucher yana dapat

Minuman berperisa coklat ini banyak khasiatnya tau .. bagi yana yang memang tidak minum susu putih ... heheh memang jadi pilihan yana. Namanya pun coklat. Mesti rembat punyalah .....



Apa lagi ... Jom lah kita main game nie. Memang cukup senang ...... Score tertinggi yana 800 lebih jerk .... Pastikan Mouse anda cukup power. heheh Anda boleh melepasi score yana ke .... Jom try. Klik gambar dibawah ini. 






RAHSIA PERANGAI ANAK




! Assalamualaikum !

Okeh ... hari ini nak share dengan korang sikit mengenai "Rahsia Perangai Anak". Korang anak yang keberapa? ada tak sikit-sikit ke sipi-sipi yang sama dengan perangai korang or anak-anak korang sekarang?? heheh Jomm cikiduphttp://matcuoi.com



♥ Anak Sulung...

* anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
* sering berjaya dalam hidup.
* lebih pandai mengambil hati orang tua.
* mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.

♥ Anak Tengah...

* lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
* lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
* suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
* sering merasakan diri mereka terpinggir.
* terlalu mengalah

♥ Anak Bongsu...

* happy go-lucky dan yakin diri.
* manja.
* berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
* sukar membuat keputusan sendiri.

♥ Anak Tunggal

* sering merasakan diri mereka kesunyian.
* lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
* lebih bijak bergaul.
* lebih cepat matang.
* terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
* sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.


P/S : Walaupun kebanyakkannya berperangai seperti diatas tetapi adakalanya perangai anak2 adalah sangat berbeza seperti yang diceritakan, ini adalah disebabkan cara didikan ibubapa itu sendiri....dan cara pergaulan mereka dengan masyarakat...



Oct 3, 2012

"Muara Hati" Siti & Hafiz


! Assalamualaikum !


Boleh sampai ke laut china selatan nieh !! kahkahhhhh

Dialah yang menjadi ‘Hafiz’ dan dia jugalah yang menjadi ‘Siti’

Apa pun, memang lawak video ini kerana beliau berjaya menampilkan aksi dan mimik muka yang lucu. Memang stail ... LayanzZzzz


Sakit Otak


! Assalamualaikum !



Korang perhatikan Doodle diatas ...... Sakit otak tahan gelak ke tahan nak kutuk ??? kahkah biaw yana yang gelakkan dulu.

Itu adalah doodle pertama hasil dari kebusanan yana tadi. Bos-bos di depan heboh meeting. Yana heboh buat doodle. So ini lah hasilnya.

Saja nak belajar .. sebab tengok doodle orang lain buat cute sangat. Kene asah bakat lagi nie.

ChaiyokKkkkkkk


***korang nak kutuk pon boleh..dibenarkanhttp://matcuoi.com tapi klu boleh jgn kutuk lh... bagi semangat sikit

percubaan ke2




KENAPA KUBUR LELAKI DIGALI SEDALAM 5 KAKI SAHAJA DAN WANITA 7 KAKI??


! Assalamualaikum !


KENAPA KUBUR LELAKI DIGALI SEDALAM 5 KAKI SAHAJA DAN WANITA 7 KAKI??


Isteri : Abang, boleh sayang tanya?
Suami : Ye sayang. Nak tanya apa?

Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita berlainan digali sedalam 7 kaki?
Suami : Ooo.. InsyaAlLah senang ja jawapannya tu..
(sambil tersenyum).

"Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita."

Isteri : SubhanaAlLah. Besarnya kuasa AlLah ya abang.
Suami : *Hanya tersenyum*

Wahai kaum wanita. Tutuplah aurat mu dengan sempurna, ketika masih bernyawa. Kerana InsyaAlLah,  AlLah juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari kelak..





Oct 2, 2012

Untungnya dah Kahwin


! Assalamualaikum !



*** Sesungguhnya kita tidak tahu bilakah hari kematiaan kita ....



Spaghetti Resepi Ku


! Assalamualaikum !

Petang semalam tetiba teringin sangat nak makan Spaghetti. On the way balik dari kerja terus shot pergi Tesco Cheng. Beli bahan-bahan untuk membuat Spaghetti resepi sendiri. Resepi campak dan lebur ... heheh

Buat sendiri lagi jimat. Boleh makan seisi keluarga. Kalau makan kat restoran mau melayang duit tah berapa. Pastu dapat makan sepinggan saja. Memang tak kenyang. Kalau buat sendiri boleh tambah-tambah.

Resepi nie ikut suka yana tau. Tapi memang sedap ... rasa Spaghetti lah. Kalau korang nak cuba buat boleh jugak. 

Bahan-bahan :-

- Spaghetti kering
- Minyak zaitun (minyak masak pun boleh)
- Bawang putih, cincang halus
- Bawang bombay kecil, cincang halus
- Daging kisar (Ramly)
- Meatball
- Sos Prego (mushroom)
- Cendawan butang (ayam brand) 
- Garam
- Black Pepper powder

antara bahan-bahan

Caranya:-

- Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan sedikit garam untuk merebus Spaghetti sehingga kembang.
- Toskan Spaghetti yang telah kembang. Masukkan Spaghetti kedalam mangkuk berisi air dan ais (air sejuk). Rendam sehingga Spaghetti tersebut sejuk. (untuk mengelakkan Spaghetti melekat)


- Panaskan minyak. Tumis bawang Putih & bawang bombay sehingga naik bau (bukan hangus ea)
- Masukkan daging kisar & meatball. Goreng / Biarkan sehingga empuk.
- Masukkan Sos prego, cendawan butang, balack pepper, garam secukup rasa
- Masukkan sedikit air jika tidak mahu terlalu pekat.
- Masak sehingga rasanya sedap..heheh

----------------------------------------------------------------------

Tadaaaaaaaaaaa .... Hasilnya



*** tak sempat ambil gambar masa masak sebab tak sabar nak makan .... heheh Selamat mencuba

Spaghetti meatball + mushroom




Jom Tukar Bloglist dengan Mak Dara


! Assalamualaikum !



Pagi nie yana nak join segmen dari Mak Dara lagi ..... yana nak join segmen 

Jom sama-sama kita join. Boleh tukar-tukar bloglist.

Tarikh Tutup 2hb oktober 2012 jam 3 petang

PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...