HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Nov 7, 2012

"SEGMEN : 6 pekara tentang saya II"


! Assalamualaikum !

JOM JOIN


6 Perkara Tentang YaNa ???

1. PEMALU - Yes i'm !! yana memang seorang yang pemalu. Kalau dalam alam maya potpetpotpet ... tapi bila face2face .... aku lah semut... sunyi sepi. Kalau jalan kemana-mana rasa macam kerdil jerk (walaupon mmg pendek). Malu yang amat sangat.

2. SOMBONG - Yes not me !! bila dah pemalu sangat tue ...orang yang tak kenal yana mesti ingat yana nie Sombong. Tapi sorry ye ... yana bukan sombong.. tapi malu. Siapa dah jadi kawan yana tahulah yana macamana. Kadang-kadang mengalahkan mak nenekkkk kalau bercakap.

3. PENYAYANG - Yups sila jangan muntah !! yana kalau dah sayang .... memang akan sayang sampai bila-bila. Tapi bila dah benci ... nahas ko !! dengan kucing pon yana tak sunggup nak pukul-pukul manje.

4. DEGIL -  ... erk. Yana kalau nak sesuatu tue .... yana akan usaha sampai yana dapat. Tak kiralah kerja ke barang. Kalau bab kerja, yana akan usaha jugak walau tunggang langgang. Tapi bila dah memang tak dapat ... tidur lagik syiokkkk.

5. MERAJUK - Kuat sangat penyakit nie !! tapi bukan virus pun ... saja nak mintak perhatiaan. Kuat merajuk tapi senang nak dipujuk. Tak percaya .. test ler ... :P

6. CEMBURU - Biasa-biasa jerk .... dalam adik beradik yana memang kuat cemburu. Tapi cemburu yana positif tau .... sebab yana ada sifat degil. Yana akan usaha untuk mendapatkan apa yang yana cemburukan tue.... 

~~ jangan pulak takut nak berkawan dengan yana lepas baca statement bunuh diri diatas tue ... hehehh


Dateline : 31 0ktober(now) hingga 30 november(dipanjang atau pendekkan)


Tag : Wilma & cci


# Wordless Wednesday # 7


! Assalamualaikum !


kerja




Nov 6, 2012

Kisah Panas - Trilogi Along di Hospital


! Assalamualaikum !

Siapa dah baca entry yana " Trilogi Kisah Along di Hospital " sebelum nie mesti tertunggu-tunggu cerita PanaSss dari yana kan. Sebelum start menghentam nie. Yana nak minta maaf dulu kalau ada doktor-doktor yang akan terasa or marah yana. Yana bukan nak menghentam mereka, tapi mereka yang mintak di hentam ... erkkk. Entry kali nie mungkin agak panjang dan emosi. Maaf ea

Dari hari pertama along duduk wad, kami sekeluarga ada perasaan bimbang. Normal lah kan takkan kami nak lepaskan along duduk hospital dengan perasaan gembira. Sebab macam-macam cerita / versi mengenai Hospital Kerajaan nie. 

Bermula dari nurse tua yang sentiasa stress jerk sampai ler ke hal doktor yang memang susah kami nak jumpa. Macam nak jumpa dengan menteri pulak. Kalau nak jumpa menteri pun, just pergi jerk mana-mana karnival @ ceramah yang diorang ada. Dapat juga jumpa kan ... tak lama pun sekejap. Tapi bab doktor pakar nie ... aduhhh kami pun pening sebab tak tahu arah mana nak tuju !!!

Sebelum doktor pakar datang melawat ke katil pesakit, ada satu fail sulit mengenai report pesakit akan diletakkan dimeja katil pesakit. Kami dan pesakit tidak dibenarkan melihat atau menyentuh isi kandungan fail tersebut.

Bila masa doktor pakar round melawat pesakit, kami sebagai ahli keluarga tidak dibenarkan berada disisi along. Time tue lebih kurang 10 orang doktor pelatih ada bersama doktor pakar. Masing-masing buat muka cuak tunggu untuk terima arahan atau tunggu untuk terima bebelan.

Kami memang tidak dapat bersua muka pun dengan doktor pakar tersebut untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyakit along !! doktor pun cakap secara ringkas sahaja kepada along. Kami (doktor) akan buat operation sebab ada ketumbuhan dalam hempedu kamu ok.

Bila tak dapat jumpa doktor pakar tersebut, kami carilah doktor-doktor pelatih yang ada tadi .... tapi hasil memang macam nak bagi diaorang makan penampo !! tanya sorang-sorang tapi semua cakap tak tahu. Semua cakap doktor pakar jerk yang tahu. Bayangkan .... dari hari kedua along masuk hospital, sampel ketumbuhan pun diorg dah ambil. Siap ada fail sulit lagi. Tapi jawapan diorg tue memang macam nak bunuh diri !!! Apa hak along sebagai pesakit dan hak kami sebagai waris ??? kami jadi blur sebab tak tahu nak jawab dengan sedara mara tentang penyakit along.

Satu hari time yana teman along tidur dihospital, yana beranikan diri bila ternampak file report di meja katil along. Yana dengan berhati-hati selak setiap muka surat. Nak baca memang tak faham tulisan doktor. Yana ambil gambar. Mungkin yana boleh google. Tapi nasib yana tak baik time tue ... doktor pelatih dapat tangkap perbuatan yana. Yana kene marah .... tapi yana menjawab ler. Doktor tue suruh buang segera gambar tersebut. Doktor tue siap tengok hp yana. Selagi tak habis delete, selagi tue dia tak blah !!!

So sekarang kalau orang tanya penyakit along. Kami hanya mampu cakap ketumbuhan jerk!! Kami redha ... sebab kami tak berkemampuan untuk masukkan along ke hospital Swasta.

#------------------------------------#

Teringat masa kes yana keguguran awal tahun lepas. Yana memang takda sign apa-apa agreement pun. Tapi bila yana nak balik. Yana mintak lah janin / gumpalan darah keguguran tue (untuk ditanam) .... doktor dengan selamba boleh cakap 
"kamu tak boleh ambil.....sebab dah jadi hak hospital. Kami nak buat ujian" !! WTF






PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...