HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Oct 19, 2012

Senarai Link Segmen Masuk Bloglist Yana


! Assalamualaikum !

Tamat sudah Segmen Bloglist yana pada jam 4ptg tadi ... yippyyyy. Yang sebenarnya tak sabar nak masukkan link blog korang dalam kotak kat bawah nie.

bloglist

Tapi beri yana masa sedikit okeh ... sementara tue, korang boleh lah Blogwalking dulu senarai link kat bawah nie. Bukan apa .... untuk menambahkan kenalan di alam maya. Kalau ada senarai Link korang yang tertinggal (yana tak masukkn) tolong bagi tahu ok. Yelahh .. spek tak siap lagi nie. Ting tong sikit mata yana ... heheh  .... Happy BW


Terima kasih sudi men"join"kn diri anda. Amat di hargai. Kasi GeGaR ^^

***tak tahu mcmana nk hilangkan warna background kat link tue lah...sakit mata..ignore kn jerk lh k.TQ





Segmen - Jom Masuk Bloglist YaNa


TAMAT


! Assalamualaikum !




Disebabkan blog yana dah 100% berwajah baru ... yana nak letakkan Bloglist di SIDEBAR. Tapi yana taknak lah sebarangan masukkan blog orang. Yana takut tertinggal or tersilap pilih blog. Jadi yana nak korang yang tentukan. 

Macamana nak tentukan ?? heheh dah kata segmen kan. So .... 

1. Follow blog yana Nazlyizan
2. Buat satu entry simple " Segmen - Jom Masuk Bloglist YaNa "
3. Tepek banner comot diatas tue dan link ke entry ini
4. Letak link entry anda itu dalam kotak Comment dibawah nie 
   (hanya link dalam kotak komen dlm entry nie sahaja diterima)


Kenapa yana nak buat bloglist ?? sebab yana suka klik link dari bloglist yana untuk jengok blog mereka. Yana suka jenguk blog yang update selalu. Senang nak komen2. heheh Sudi2lah kiranya join segmen simple yana nie ....

Date Line : ikut suka YaNa



**hanya blog picisan...yg mencari sahabat di alam maya


JomBW - Kasi GeGaR


! Assalamualaikum !

side bar


Wahhh ... gambar kotak apa kat atas nie !!! hahhhhh nie lah kotak yang akan meletakkan nama blog korang. Blog yang telah menyertai segmen dari yana. " Segmen - Jom Masuk Bloglist Yana "

Dengan rasminya ... yana akan tutup segmen nie pada jam 4.00ptg hari ini. So pada yang masih belum join kan diri ... cecepatlah join k. wahhhh macam femes jerk dak yana nie kan ... kikiki bukan selalu nak jadi minah perasan kn ... kn



Oct 18, 2012

Final Piala Malaysia 2012


! Assalamualaikum !

final piala malaysia

Bagi sesiapa yang menyaksikan perlawanan bola sepak pada semi final minggu sebelumnya pasti tidak akan ketinggalan untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia yang akan berlangsung pada 20 Oktober 2012 sabtu ini yang akan mempertemukan ATM dan Kelantan.

Fuhhhh .. macam tulis artikel kat surat khabar pulak ... heheh PanasSss jualan tiket pasti macam pisang goreng sekarang nie kan. So bagi memudahkan peminat / ponyokong pasukan bola sepak anda bolehlah membuat pembelian secara online / atas talian.

Hanya klik Disini --> TiketHotLine

ticket

ATM Vs KELANTAN
Tarikh: 20 Oktober 2012
Masa : 8.45mlm
Venue: Stadium Shah Alam, Selangor
Harga tiket : Terbuka RM40.00
Kanak-kanak (12 tahun dan kebawah) RM5.00


perhatian

Apa tunggu lagi ??? ... klik sahaja .......

Korang sokong mana ?? yana sokong ....... nak mimpi dulu :)




Rabun Mata


! Assalamualaikum !

Semalam yana pergi ke kedai cermin mata untuk pemeriksaan mata. Yana memang pakai cermin mata. Nak buat pemeriksaan nie pun sebab mata yana rasa pedih dan berair pada waktu petang bila terkena sinaran matahari. Hurm ... rupanya yana rabun biasa jerk. Tapi cermin mata yang yana pakai sekarang nie ada silau pulak. Terlebih power ler ... patutlah. So yana kene lah tempah cermin yang baru. Tapi pakai bingkai yang sedia ada sekarang. Jimat kos sikit.

Dah alang-alang tue ... jom yana share sedikit struktur mata dan apa itu rabun. 


Kenali struktur Mata anda

gambar mata


Apa itu Rabun Mata ??
Rabun adalah keadaan dimana cahaya dari objek yang dilihat tidak difokuskan di atas retina. Rabun boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan diantara panjang bola mata dengan kuasa kornea dan kanta mata.

retina

Tanda-tanda Rabun
- Sering kelip / gosok / genyeh mata
- Mata berair
- Melihat tv dengan jarak dekat
- Mata sakit / penat
- Sakit kepala


Kalau ada tanda-tanda rabun. Baik pergi buat pemeriksaan dengan kadar yang segera. Takut lewat-lewat nanti rabun makin teruk. Kene pakai "power spek" yang tebal nanti.

Hari nie yana tak dapat nk jalan-jalan sangat kat blog kawan. Mata yana berpinau2 ... pusing jerk tak boleh tengok screen pc lama-lama. Sebab yana kene pakai lens  Bingkai kene tinggal kat kedai. Untuk buat cermin.. huhuhhh maaf ea kawan-kawan ... mintak-mintak cepatlah siap cermin mata yana. Tak suka sangat pakai lens nie ....






TandaHati Dari Blogger KA


! Assalamualaikum !

Petang semalam balik dari kerja. Yana terima sekeping sampul surat coklat. Dalam hati berkata .. " nie mesti hadiah yang aku tunggu-tunggu" ... heheh bukak jerk. terus nampak KA. hahh betul lah tue.

saguhati

peggantung bag

Bermula dengan masuk segmen dari KA, iaitu Bloglist Kesuma Angsana. Yana memang nak masuk bloglist KA. Sebab yana suka datang blog KA. Bila dah tamat segmen, KA umumkan semua dapat masuk Bloglist KA ... lega hati yana. heheh pastu siap ada kejutan tau ... KA akan cabut nama diantara yang join segmen KA untuk mendapat tandahati. So yana salah seorang dari cabutan bertuah tue ..... heheh

TQ KA .... Really appreciate !!

***nasib tak guna Random.ORG ... sebab selalu takda LUCK ... heehehhh




Oct 17, 2012

# Wordless Wednesday # 3


! Assalamualaikum !




# Wordless Wednesday # 2


! Assalamualaikum !





Oct 15, 2012

Lokasi Kamera AES


! Assalamualaikum !

Apa itu AES ?? AES (Automated Enforcement System)  adalah sebuah sistem kamera bagi mengesan had laju dan pelanggaran lampu isyarat. AES berupaya mengesan dan merakam secara automatik sebaik sahaja mana-mana kesalahana lalulintas dilakukan di kawasan sering berlaku kemalangan sahaja.

10 Perkara tentang AES

klik utk besaw

Sistem ini mampu untuk zoom muka pemandu kenderaan tersebut. So yana sarankan bagi sesiapa yang tidak dapat sentiasa mengawal had laju kenderaan anda agar sentiasa kemas didalam kenderaan anda. Ini bagi memastikan muka anda nampak semat apabila anda mendapat surat cinta kelak. heheh

Lokasi kamera AES kawasan lampu isyarat di MELAKA

Kawasan hadlaju / jalan lurus di MELAKA

Untuk mendapatkan maklumat lanjut lokasi hadlaju dikawasan anda. Anda boleh ke laman web DISINI.


Secara peribadi yana menyokong perlaksanaan sistem ini di Malaysia. Ini adalah bagi mengurangkan / mengelakkan kemalangan yang berlaku hampir setiap hari diseluruh malaysia. Ini bagi membantu pemandu di malaysia agar lebih berhemah dijalanraya.


Tidak lama lagi hari raya aidiladha.,so pada sesiapa yang dah berhajat nak balik ke kg halaman, silalah BERHATI-HATI dengan speedtrap trafic ops perayaan.

SAYANGAILAH NYAWA & DUIT ANDA :)




Segmen: Tambah Follower Banyak-Banyak!!


! Assalamualaikum !



Pagi nie yana nak join segmen dari Yuliana Wahit. Dah lama kot tak join segmen pollow2 nie. heheh Jom korang sambil tambah follower sambil berkenalan.

Klik Banner comel diatas. TQ

Jumlah follower 15.10.12 / 11.11am




Wajah Baru


! Assalamualaikum !

Morning ollz ... Korang mesti perasankan. Blog yana dah bertukar wajah 100%. Cuma header jerk belum tukar ... heheh itu kene ambil masa lah. Belum ada idea lagi ... nak belajar lukis kartun tak pandai-pandai lagi... heheh

Semua nie hasil tangan dari Cik Rose Cute. Sabtu hari tue yana request. Hari ahad dah siap. Cepatkan .. heheh Yana saja nak tukar wajah blog dari hasil tangan orang lain. Sebab sebelum nie blog yana loading lambat. Yana tak tahu macamana nak ubah. So last idea suruh jerk orang editkan 100%. Lagi pun yana edit asyik benda yang sama jerk (sebab tak pandai) tak macam bertukar.... heheh

Sebelum nie tema blog yana warna pink + purple kan ... tapi sekarang saja nak ubah angin. Warna pink + hijau pucuk pisang. Harap korang tak sakit mata lah okies.

Sesiapa nak tempah edit blog boleh lah ke blog Cik Rose Cute. RM10.00 jerk tau, tapi hasil memang memuaskan. Siap boleh request tema apa lagi..heheh





http://matcuoi.com



Oct 14, 2012

Lepak Time. .. .


! Assalamualaikum ! 

Siapa tak tidur lagi .... angkat keyboard .... heheh yana tersangkut kat kedai mamak lagi, gara-gara incik hubby dah melekat tengok cerita aksi yang disiarkan di screen besar kedai mamak nie.

Layankan saja. Nasib baik ada internet free ... tue yang tak kisah lepak sini kalau lama pun takpa. Janji yana tak bosan. Dapatlah yana berbelog.

Makin pagi makin ramai pulak yang isi perut. Jom BW :)

hasil lepaKing 



Oct 13, 2012

Jangan sampai kita terlupa


! Assalamualaikum !




Untung Ler .. ada Jiran macam kau


! Assalamualaikum !

Tetiap minggu sambil mengemas rumah sambil layan konsert free ... jimat letrik rumah yana. Tak payah on radio rumah sendiri. Cuma tadahkan telinga saja.... hahah Kalau sedap takpelah jugak.. aduhhh sampai katak pun takut nak panggil hujan... kikiki

Kita hidup berjiran nie kene lah saling hormat menghormati. Bukan jadi hati kering jerk. Sok lusa kalau jadi apa-apa takda lah tebal seinci muka tue nak minta tolong kat jiran.

Bergegar tingkap rumah yana nie dengan sound speaker dia tue. Aduhhhh ... jiwang karat sungguh jiran sebelah rumah yana nie. Lagu semua menusuk kalbu. Dari pagi sampai ler sekarang nie... tak penat ke cik abang oit ... nak jerk yana jadi juri pengkritik. Baru dia sedau diri sikit. Fuhhhh ... keLAUT.



Sabau Jerlah ~~~~~





Oct 12, 2012

PonPOnNnn ....


! Assalamualaikum !

Maghrib semalam tiba-tiba ada orang datang rumah ... ingatkan anak raja bunian nak datang merisik ... kihkih ... rupanya abang POSLAJU datang hantar bungkusan untuk yana. Aik siapakah yang baik hati bagi aku hadiah (perasan gilew)... Birthday aku dah lama lepas. Hurmmm


Betul-betul ke"nyanyok"kan ler yana nie .. lupa hari tue yana ada beli baju online. Heheh Wahhh .. boleh pergi dating dengan incik hubby ler weekend nie. Dah verangan nak pakai dress nie. Muat-muat yana jerk pakai.


Refer Entry sebelum nie " Sambil menyelam ... cuci mata " ini lah yang menyebabkan yana tersangkut untuk order dress nie. heheh memang tak boleh blah ler .... mata rambang. heheh


Dress dia macam gambar diatas nie. Tapi yana gayakan dengan seluar jeans ler ... heheh Korang pon nak  tak?? macam-macam ada ..... Jom --> Dressuana

**TQ kak puteri .. yana dah dpt


Oct 11, 2012

Maruah @ Reputasi? ?

! Assalamualaikum !

Bagi korang antara maruah dan reputasi mana yang lebih penting dalam kehidupan nie? Mungkin bagi kehidupan yana yang sederhana nie, maruah adalah benda yang paling penting sekali dalam hidup. Sebab kalau maruah tak penting, maksudnya dalam diri orang tue takda sifat malu.

Bagi golongan kaya pula, mungkin reputasi sangat penting bagi mereka. Kerana dengan reputasi lah yang akan membawa mereka keatas. Kedudukan yang tinggi menjamin reputasi mereka.

Tapi nie pendapat yana saja. Yana sebenarnya tengah sakit hati nieh.. heheh yana tengah layan cerita korea kat astro channel 393. heheh GLASS CASTLE

hurmmmm


YaAllah .. Adakah aku Perlu Bercuti


! Assalamualaikum !

Mood sekarang nie keLAUT ... Tak tahu nak menangis ke gelak dengan kealpaan diri ini sejak dua menjak nie. Setelah empat tahun bekerja di syarikat nie. Hari nie rasanya kesilapan paling BESAR yang yana dah buat.

Sepatutnya hari nie client datang untuk inspection Pipe yang telah disiapkan oleh company yana. Tapi dari pagi tadi tak datang-datang. Bos dan beberapa orang penting naik jenuh menunggu mereka. Bila hubungi mereka. Talian sibuk sahaja. Yana rasa macam tak sedap hati. Yana semak semula email yang yana beri kepada mereka. Terbeliak mata yana !!! YaAllah ... yana silap bagi tarikh !!!  yana letak 18 / 10 / 2012.

Dengan langkah berat , yana jumpa bos dan terangkan kesilapan yana. Ermm ... biasalah. Kene tiaw jugak ler. Apa nak buat...memang silap yana. Yana rasa bersalah sangat-sangat. Malu dengan bos, lagi malu dengan orang-orang penting yang lain tue. Dushhhhh

Pengsan !! 


Biaw Betikk ... Saja nak menguji Orang ler ....


! Assalamualaikum !

Macam lama pulak tak bercerita kan .. heheh pagi-pagi tadi macam biasa lah sebelum memulakan kerja. Tengok-tengok pendapatan sampingan yang memang tak seberapa tue, hasil berinternet jerk nie.

OMK (owh mak kau..) biaw betikkk macam nak tekeluar biji mata nie. Kenapa tiba-tiba boleh jadik macam nie ?? kompius jap .... 

saja besaw kn .. heheh

Dah senyum sampai ke telinga dah .. padahal selalu peramkan saja. Sebab takda orang nak klik ... heheh Tapi bila perhatikan satu-satu. Tetiba muncung dah panjang ... ermmm ..... Kene tipu lah nie. Total earning kat atas tue tak sama lah ..... menguji iman betul. kohkoh



RM0.20 sen jerk tiap satu iklan yana dapat ... tue pon siapa tah yang baik hati sanubarinya klik iklan yana ... huhuh sedih kan tengok. Memang tak pandai buat iklan untuk orang klik ler dak yana nie ... huhuh



Oct 10, 2012

Iman Anda Sudah Loww !!!


Iman Anda Sudah Loww !!!

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║██░░░░░Battery Low ░░░░░─║║║
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

▂ ▄ ▅ ▇ █ Charge Iman Anda █ ▇ ▆ ▄ ▂

أستغفر الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║████░░░Battery Low ░░░░░─║║║
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

سبحان الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████Battery Low ░░░░░─║║║
║║███████░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

لا إله إلا الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║█████████tery Low ░░░░░─║║║
║║█████████░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

الله أكبر

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████████░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████████y Low ░░░░░─║║║
║║███████████░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

لا حول و لا قوة إلا بالله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║██████████████░░░░░░╚╗╚╗
║║██████████████ ░░░░░░─║║║
║║██████████████░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

الحمد لله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████████████░░░╚╗╚╗
║║█████████████████░░░─║║║
║║█████████████████░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

اللهم صل على سيدنا محمد

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║████████████████████╚╗╚╗
║║███████ Battery Full ██████─║║║
║║████████████████████╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝
Sudah Full , Amin ^^
Ahamdulillah, sedar xsedar anda telah berzikir & berselawat..
"ber blog sambil beribadah" ^_^ ..
♥  Cepat Charge .. ♥









# Wordless Wednesday #1


! Assalamualaikum !







Oct 9, 2012

Lawak #3



CARA MENILAI KEPERIBADIAN SESEORANG

ORANG YANG TIDAK JUJUR 
Orang yang kalau kentut, selalu menyalahkan orang lain

ORANG YANG BANGANG
Orang yang menahan kentutnya berjam-jam

ORANG YANG BERWAWASAN JAUH
Orang yang tahu bila dia hendak kentut

ORANG YANG SENGSARA
Orang yang nak kentut tapi tak boleh kentut

ORANG YANG MISTERI
Orang yang kalau kentut, orang lain takkan tahu

ORANG YANG GUGUP
Orang yang tetiba tahan kentutnya bila tiba masa untuk kentut

ORANG YANG PERCAYA PADA DIRI SENDIRI
Orang yang selalu menganggap kentutnya berbau harum

ORANG YANG SADIS
Orang yang kentut di katil, terus mengibaskan kentutnya pada katil orang lain

ORANG YANG PEMALU
Orang yang kalau kentut selalunya tak berbunyi tapi selalu merasa malu sendiri

ORANG YANG STRATEGIK
Orang yang sering menyembunyikan kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak agar tidak didengari oleh orang lain

ORANG YANG BODOH
Orang yang dah kentut, kemudian menarik nafas untuk menggantikan angin yang keluar

ORANG YANG PELIK
Orang yang kalau terkentut, mengeluarkannya sedikit-sedikit sampai bunyi "tit - tit - tittttt"

ORANG YANG SOMBONG
Orang yang kalau kentut selalu berasa bangga dengan kentutnya

ORANG YANG PERAMAH
Orang yang sering mencium kentut orang lain

ORANG YANG TIDAK SUKA BERGAUL
Orang yang selalu kentut bersembunyi

ORANG YANG AKUATIK
Orang yang selalu kentut dalam air sampai berbunyi "blekutuk - blekutuk - bloop -bloop - bloopp"

ORANG YANG ATHLIT
Orang yang kalau kentut, sering mengeluarkan tenaga dalaman

ORANG YANG JUJUR
Orang yang sering mengaku apabila terkentut

ORANG YANG PINTAR
Orang yang boleh menilai bau kentut seseorang

ORANG YANG ROMANTIK
Orang yang sering memuji-muji kentut pasangannya itu merdu dan wangi





***coPyPasTe


Takziah ... kes yang sama


! Assalamualaikum !

"Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"

Semalam yana baru dapat berita dari kawan baik yana. Dia keguguran masa nak sambut kedatangan syawal lepas. Tabahkan hati ea ... yana tahu perasaan dia. Sebab yana pun pernah alaminya.

Kes kami lebih kurang sama lah. Dia keguguran sebab banyak jalan cari barang nak raya. Yana pulak banyak jalan ke rumah orang kahwin dalam satu hari dekat 3 buah rumah yana serang. heheh yelah masa tue badan belum nampak perubahan lagi. pergerakan pun masih pantas. 

Apa nak di kata. Belum rezeki kami lagi lah kot. Korang-korang yang masih diawal kehamilan tue. Iaitu usia kandungan belum masuk 3bulan. Jangan banyak berjalan @ stress okeh.

Ermm .. hujung tahun nie nak pergi Honeymoon lah .. ~~~





Segmen Miz Ruha | Lesen


! Assalamualaikum !


Wahh .. macam menarik jerk segmen dari Miz Ruha nie kan.. So sepantas kilat yana men"join"kan diri. Korang kalau nak join jugak klik Banner comel diatas nie okeh ....

#----------------------------------------------#

Pengalaman/Peristiwa LESEN yana

Yana nak cerita peristiwa masa ambil ujian JPJ. Pada hari tue memang ramailah umat manusia yang datang dengan tujuan yang sama macam yana. Iaitu untuk lulus ujian JPJ. Perasaan yana memang ketaq lutut semua tue adalah. Tapi still cool jerk. Fikiran dah serabut, sebab yana tunggu cikgu yang mengajar yana tue tak datang-datang. Sebab barang azimat yana ada kat dia. huhuh

Bila turn yana jerk kene panggil untuk buat ujian pertama iaitu BUKIT. Tiba-tiba muncul cikgu yana .. kiranya macam penyelamatlah. Syukur ... heheh semua orang pandang "paiseh" kerek ler dengan yana. Ada yang bisik-bisik, gelakkan yana. Tapi yana dah tanam dalam hati "ade aku kesahHhhh" yang penting aku perlu LULUS !!

Kehulu kehilir yana bawak barang azimat tue. Diorang semua pandang-pandang. Tapi yana memang tebalkan muka. Sebab kalau yana layankan ... memang keLAUT mood yana hari tue. Yang penting SENYUM ......

Pakcik JPJ yang duduk dalam kereta dengan yana tue bukan main melentik misai dia. Tergugat jugak perasaan TAKUT yana. Yana sengeh-sengeh jerk. Nak tutup rasa takutttt ... heheh  Alhamdulillah .. habis semua ujian yana selesaikan, mintak-mintak LULUS lah.

Selepas keputusan keluar .... YaAllah sengeh lebau yana. Sebab yana LULUS .... yeahhh pakcik JPJ tue siap cakap depan-depan. Tue lah berkat bawak barang azimat ea .... heheh Ada minah yang gelakkan yana tadi tue .. kesian .. Tak lulus. Cuba lagi erkk

Cikgu, Terima Kasih sebab jadi penyelamat yana. Korang nak tau apa barang azimat tue??? heheh BANTAL lah apa lagikKkkk heheh

Pinjam cik Google


Tarikh Luput Segmen : 19 Oktober 2012, 5.00 Petang





Oct 8, 2012

Segmen Mialiana.com - Mari Berpantun


! Assalamualaikum !


Yana tertarik dengan segmen dari sis mialiana nie.. heheh saja nak asah bakat. Dah lama tak jual beli pantun nie. Saja nak cuba ... mintak-mintak jadilah pantun yana nie. 

Okeh kak mia yana beli pantun akak tau.. 


Malam-malam pergi kedai nyonya
Kedai jauh naik kereta Waja
Andai Mia ingin bertanya
Apakah nama panggilan manja

pergi ke pasar bersama nyonya
tumpang kereta pakcik saleh
terima kasih kerna bertanya
panggilan manja yana pun boleh

Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga

selalu diam bukan pemalu
menjaga santun lebih indah
tidak segan tidak silu
bukan single berkahwin sudah

Langit cerah indah warnanya
Ambil gambar rasa teruja
Ingin juga tahu statusnya
Sedang belajar atau bekerja

hati ibu selalu pertahan
jangan engkau cuba sakiti
kerja swasta bukan pilihan
sudah rezeki ikhlaskan hati

Buat kopi pekat-pekat
Makan roti dengan tuna
Adakah jauh adakah dekat
Tinggalnya di negeri mana

mencari-cari si kambing hilang
rupanya menyorok didalam bangsal
cemerlang, gemilang dan terbilang

inilah MELAKA negeri asal

#-------------------------------------------------------------#


Korang kalau nak join pantun pun boleh .. klik jerk Banner kak mia diatas tue.


Dateline : 6 Oktober 2012 sehingga 15 Oktober 2012






Tips *6 = Amalan yg Perlu Diamalkan Selalu


Tips-Tips kesihatan untuk diamalkan

Pagi-pagi lagi dah bagi tips kesihatan ... layankan jerk .... Jom kita beringat selalu. 
"Mencegah lebih baik dari merawat"






Oct 6, 2012

SEGMEN LYSSA FAIZUREEN | Kenapa Aku Berblog ?


! Assalamualaikum !


Pagi nie yana online sebab teman incik hubby Overtime kat office dia. Alang-alang dah teman tue....online ler. Dah benda free kan...hehehh Tengah BW jupa segmen dari cik lyssa. Apa lagi. Yana pon join ler ...... Jom join cecepat. Sebab segmen nie 12jam jerk tau. Klik Banner comey kat atas nie.

Okeh yana nak jawab soklan dari cik Lyssa

kenapa korang berblog ? --> tujuan yana berblog adalah untuk berkongsi cerita yana yang bukan peribadi sangat. Tetapi lebih kepada umum. kiranya macam diary lah jugak.. 

Macam mana korang boleh terjebak dalam dunia blogging ? --> Kawan baik yana yang cadangkan yana berblog. Sebab selalu tengok yana bosan kat pejabat sensorang takda kawan. Sementara tunggu masa dapat mengumpat dengan dia. Baik yana share cerita kat blog.

Apa tujuan utama/asal korang berblog ? --> Tujuan hanya nak share cerita menarik seharian. Sebab lain orang lain cerita yang terjadi pada diri masing-masing.

Dan apa yang menariknya tentang blog korang tu ? --> Mesra pengunjung ... heheh pink kaler ... Rasanya sesiapa yang datang blog yana yang lebih tahu apa yang menariknya blog yana nie.

siapa yang menjadi sumber inspirasi korang dalam dunia blogging ? --> Mestilah cik lyssa .. sebab 1st blog yana suka terjah adalah blog cik lyssa. Banyak tutorial mengenai blog yana dapat. Yana belajar buat blog adalah dari tutorial cik lyssa. Thnxxxxx lyssa !! #____#


SEGMEN berlangsung pada : 06 Oktober 2012 - ( 9.00 pagi - 9.00 malam ) - 12 jam sahaja 





Oct 5, 2012

Hiasan Rambut Yang Unik


! Assalamualaikum !

Okeh hari ini yana nak share beberapa gambar untuk hiasan rambut yang boleh dikatakan memang unik. Mesti takda orang yang berani buat hiasan macam nie untuk keluar dikhalayak ramai kan. heheh

Hiasan ini adalah dari sayuran, tumbuhan dan bunga-bungaan. Terima kasih kepada incik Google.








Model yang menggayakannya cantik .. So nampak menariklah. Kalaulah yana yang jadi modelnya .... Hancur !!! kahkah




Oct 4, 2012

Menangi Voucher Free hanya dengan Klikklik??


! Assalamualaikum !

Anda peminat minuman berperisa coklat ? Kini DutchLady ada memberi voucher percuma Sebanyak RM2.00x5. Menarikkan ... Dengan hanya klikklik sahaja. Kalau anda dapat markah tertinggi berpeluang untuk memenangi voucher yang lebih tinggi lagi nilainya.

Yana dah try main game nie. Dah siap kumpul voucher untuk ditebus.

Voucher yana dapat

Minuman berperisa coklat ini banyak khasiatnya tau .. bagi yana yang memang tidak minum susu putih ... heheh memang jadi pilihan yana. Namanya pun coklat. Mesti rembat punyalah .....



Apa lagi ... Jom lah kita main game nie. Memang cukup senang ...... Score tertinggi yana 800 lebih jerk .... Pastikan Mouse anda cukup power. heheh Anda boleh melepasi score yana ke .... Jom try. Klik gambar dibawah ini. 






RAHSIA PERANGAI ANAK




! Assalamualaikum !

Okeh ... hari ini nak share dengan korang sikit mengenai "Rahsia Perangai Anak". Korang anak yang keberapa? ada tak sikit-sikit ke sipi-sipi yang sama dengan perangai korang or anak-anak korang sekarang?? heheh Jomm cikiduphttp://matcuoi.com



♥ Anak Sulung...

* anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
* sering berjaya dalam hidup.
* lebih pandai mengambil hati orang tua.
* mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.

♥ Anak Tengah...

* lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
* lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
* suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
* sering merasakan diri mereka terpinggir.
* terlalu mengalah

♥ Anak Bongsu...

* happy go-lucky dan yakin diri.
* manja.
* berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
* sukar membuat keputusan sendiri.

♥ Anak Tunggal

* sering merasakan diri mereka kesunyian.
* lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
* lebih bijak bergaul.
* lebih cepat matang.
* terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
* sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.


P/S : Walaupun kebanyakkannya berperangai seperti diatas tetapi adakalanya perangai anak2 adalah sangat berbeza seperti yang diceritakan, ini adalah disebabkan cara didikan ibubapa itu sendiri....dan cara pergaulan mereka dengan masyarakat...



PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...