HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Dec 12, 2012

# Wordless Wednesday # 19 / Lunch



! Assalamualaikum !

turtle



# Wordless Wednesday # 18 / Al-Fatihah



! Assalamualaikum !



Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi

- Al-Fatihah -

* Dari kecik smpai besar..kalau nk puasa or raya mesti tunggu kemunculan beliau kat Tv 



Dec 11, 2012

Maggi Goreng Idaman Kalbu ...



! Assalamualaikum !

Disebabkan dari semalam tak boleh nak makan. Tadi pun tak makan sangat... Laparnya.... Perut nie bukan berkeroncong jerk. Zapin siap bagai ... Sampai orang sebelah pun boleh dengar.. Huhuhh maluz !

Gara-gara kene Ulser dari semalam sampai makan pun tak boleh.. Sakit sangat.

Tadi tetiba teringin nak makan maggi goreng yang biasa yana makan. Bila Order dah sampai... Pehhh .... Menyelerakan !!!

Tapi dapat suap kat tekak sekali dua jerk.... Pastu dah tak larat nak makan lagi. Lidah sakit sangat !!! Huhuhuuu

Owhhh... Maggi goreng ku !!! Sabo jerk lah ...

maggi goreng


Ulser / Aduh Seksanya...



! Assalamualaikum !


Aduhh ... terseksanya !! dari semalam tak lalu nak makan. Kalau makan pun sekadar alas perut yang berkeroncong saja. Ada Ulser yang bersarang di hujung lidah nie .... sakit sesangat.

Nak kata tergigit lidah ... seingat yana takda lah pulak. Tapi memang tahan lapar jerk dari semalam nie. Mau turun lagi berat badan ... erk

Dah alang-alang yana kene Ulser nie ... tercari-cari juga info. So yana share apa yang yana dapat okies.

ulser
Gambar Contoh


Simptom-simptom ulser


Tompokan warna putih dan terasa sakit apabila bersentuhan dengan makanan. Tompokan ini boleh berlarutan 7 hingga 14 hari. Ulser menyebabkan kita hilang selera untuk makan dan minum kerana sakit. Kadangkala berasa malas untuk bertutur (memang malas pun..).

Mengapa ulser boleh terjadi?


  • Jangkitan bakteria, virus atau fungus.
  • Kesemua golongan umur boleh terkena penyakit mulut ulser.
  • Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur.
  • Ulser juga boleh disebabkan kerana kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah dan terkena dawai alat ortodontik.
  • Pengambilan zat besi, asid folik dan vitamin B 12 yang tidak mencukupi.
  • Sistem imuniti badan yang lemah
  • Alahan
  • Radioterapi
  • Kimioterapi
  • Sebab-sebab yang tidak diketahui. <-- kes yana kot

Petua merawat ulser


  • Gunakan pencuci antiseptik mulut
  • Sapu ubat ulser mulut seperti gel atau krim penahan sakit
  • Makan makanan lembut
  • Elakkan makan makanan panas dan pedas
  • Banyakkan minum air






GIVEAWAY FREE DOMAIN FOR ALL PARTICIPANTS



! Assalamualaikum !


giveaway
Klik utk Join

FREE DOMAIN dot my WORTH RM120!!!

WoWww ... hadiah yang menarik !!

Apa tunggu lagi ... jom sama-sama men"join"kan diri.

Tarikh Tutup : 8 pagi pada 16 Disember 2012




SEGMEN CIKMUN : DOMAIN FREE UNTUK BLOGGERS



! Assalamualaikum !

segmen cikmun
Klik utk Join

Pagi nie nak meng"happy"kan diri men join Segmen Cikmun. Segmen apa ??

 SEGMEN CIKMUN : DOMAIN FREE UNTUK BLOGGERS

50 Domain free untuk diberikan kepada peserta terawal. Rasanya macam takda syarat yang ketat kot. Yana pun nak mencuba nasib. Untung-untung dapat ... alhamdulillah.

10/12/2012 sehingga 20/12/2012




Dec 10, 2012

Hanya Dia Maha Mengetahui



! Assalamualaikum !


Jangan ditanya ....

..... Jika aku tidak memberi riaksi
...........Jika aku tercemburu
................Jika aku menjauh


Usah ditanya .............

........ Mengapa aku begini
.................Mengapa aku menjauh
.........................Mengapa aku tidak peduli


Hakikatnya ...........

........Hanya aku dan mereka yang senasib saja yang memahaminya
...........Hanya perasaan ku saja yang terguris
..................Hanya aku !! aku !!! aku !!!!


Sesungguhnya .... dikala ini, saat ini, duniaku tiada apa yang bererti. Ermmm ..... rasa nak duduk dalam GUA plak .... arghhhh






Nak BW Laju-laju



 ! Assalamualaikum !

Hari ini masih tercari-cari kemana menghilangnya sinar sang suria ... eh silap !! kemana menghilangnya mood yana sejak dua menjak nie ... huhuhhhh

Demam dah beransur pulih, cuma selsema dan batuk saja masih belum mahu meninggalkan tubuh ku ini. huhuhhh memang terseksa. Nak menghembus hingus pun susah. Yelah dah kalau meja bos depan mata, macamana nak buat. Nak ke toilet sentiasa ... aduh letih nyah....

Hari nie nak BW laju-laju ..... dah nak hujung tahun. Dokumen untuk audit masih belum disiapkan. Migrin .... pun macam nak menapak jerk sekarang nie !!





Dec 8, 2012

Selera tue Penting...



! Assalamualaikum !

Tadi Petang teringin pula nak makan sup panas-panas. Hubby start enjin kereta, bedesup ke destinasi yang biasa kami kunjungi. Kat mana?? Mee hassan, tengkera lah... Mana lagi.

Order mee kuning+mee hoon, air mata kucing suam. Popia goreng sepinggan. Popia basah dah habis pulak.
Pehhh.... Tak padan dengan demam. Hehehhh demam tolak tepi.. Kalau dah teringin, demam pon dah tak terasa.

Popia

tengkera, melaka



Bubur Kasih Sayang .... Wink

! Assalamualaikum !

Selamat pagi semua... Pagi nie bangun dari tidur. En hubby dah masakkan bubur untuk yana. Katanya bubur kasih sayang... Wink. Sila jangan muntah. Hehehehhh

Semalam demam panas. Ingat nak pergi kerja. Tapi bangun pagi, kaki kejang tak boleh bangun, badan panas sangat. Sempat juga hubby tazkirah pagi-pagi buta, "tak payah nak sayang sangat kat kerja, sayang nyawa tue lg baik". Erkk ... Hubby call bos yana. Senang cite.

Ermmm... Sedap juga bubur yang hubby masak nie. Walaupun jarang masuk dapur...heehehee

***update pakai hp jerk nie....

Dec 6, 2012

Aku & Ubat - Demam

! Assalamualaikum !

Tadi petang masa kat office, badan tiba-tiba seram sejuk (bukan nampak hantuuu...) kepala berdenyut, batuk, selsema, bersin-bersin (bukan resdung...) .... Semua pakej ada.

Balik drive ..... Tangan pegang tisu jerk. Adoi... Mata berair, batuk macam nak terkeluar anak tekak. Drive dengan penuh hati-hati. Kepala dah berat... Sampai jerk kawasan perumahan terus pergi singgah klinik.

Huhuhu.... Tidakkk perkara yang ditakuti perlu dihadap!! Amek kau... Pulang dengan beberapa papan ubat. Mak ai... Takdo besaw lagi ke ubat-ubat yang doktor nak bagi. Tapi takpe... Janji dapat hadiah! Hadiah??...

Esok yana dapat mc ... Lalaaaaa.... Tapi....... Bila fikir-fikir, arghhhh...... yana terpaksa melupakan MC tue! Semalam yana EL, office satu hari tutup. Kalau esok tak datang office lagi? Hurmmmmm.... Macam nie lah kalau kerja dengan company yang tak ramai staff. Rasa kepala nie mcm pikuk batu besar. Ala kassimmmm... erk

Ok lah ... saya demam, selsema, batuk, sakit kepala! Nak sambung selibung dalam selimut kembali.

Selamat Malam .... Moga esok baik-baik saja.. Amin ..

Payment Says - Terima Kasih



! Assalamualaikum !

Alhamdulillah ... rasanya hari nie rezeki mula menampakkan bayang setelah berusaha. Mana ada rezeki datang bergolek kan?? Tanpa usaha mana ada hasil. Hari nie baru nak buka email hotmail. Rupanya semalam dah dapat email dari says. Tapi tak perasan pulak. Yana dapat Payment advice dari Says.

payment says

payment advice says

Then tadi yana saja online Maybank2u, rupanya duit dah terus ada dalam akaun. Alhamdulillah ... memang memudahkan kerja. Lebih kurang sebulan juga selepas klik button cash out kat Says. Hari nie dah dapat berita. Tak banyak .... Tapi alhamdulillah. Saja blur kan amount tue. Malulah .... hehehh

maybank2u


Hari nie dua kali kan yana post topik nie, yang pertama tadi pendapatan dari Nuffnang (tinggal tunggu cek sampai rumah...). Yana bukan blogger popular .. tapi niat di hati cuma nak naikkan semangat rakan lain yang sama-sama berusaha macam yana. Tolong menolong sesama rakan. Bukan kene buat kerja berat pun kan.. Terima kasih semua ... *** kamu yang berkenaan, "Apa yang penting ?? kerjasama ... " Terima kasih.

Chaiyokkkk





Payment Advice Nuffnang



! Assalamualaikum !

Selamat pagi dan salam sejahtera warga blogger sekalian. Semalam cuti, terpaksa auto publish entry sahaja. Hari ini insyallah yana akan bayar BW pada mereka yang sudi jenguk blog yana semalam. Terima Kasih ....

Pagi-pagi semalam dapat notification email dari HSBC .... sebelum buka attachment tue terfikir jugak. Yana tak pernah ada bank HSBC. Takut virus ke apa. Tapi redha jerk lah terus download. Rupanya Payment Advice Nuffnang.

payment advice


Sebelum nie tertanya-tanya juga. Kenapa tiada apa-apa berita dari pihak nuffnang setelah yana cash out pada awal bulan Oct hari tue. So sekarang lega sedikit. Walaupun tak banyak, tapi alhamdulillah .... ada lah juga dari tiada.

nuffnang payment advice

Terima kasih kepada pengunjung blog Nazlyizan yang selama ini menjadi pembakar semangat untuk yana terus menulis disini .... erkkk ... hehehhhh Kalau tiada pengunjung, sunyi sepi blog yana. Ibarat syok sendiri. hehehhh .... minta-minta lepas nie dimurahkan rezeki untuk mendapat CPUV (Cost-per-unique-visit) pula. Terima kasih Nuffnang.

~ Amin ~







Dec 5, 2012

Pure Marine Collagen



! Assalamualaikum !

Ini bukan cerita kosong, tapi memang terbukti keberkesanan Pure Marine Collagen (Rumpai Laut) ini. Memang telah ramai yang telah mencuba dan menggunakan Pure Marine Collagen. Tidak terkecuali keluarga yana. Kami sekeluarga (yg dewasa..) setiap hari mengamalkan pengambilan Pure Marine Collagen.

kolagen


Pure Marine Collagen adalah sejenis tumbuhan yang telah dianalisa secara saintifik dan hasil kajian tersebut mendapati bahawa tumbuhan ini mempunyai kandungan kolagen yang amat tinggi dan berkualiti dalam kategori tumbuhan. Kandungan kolagen nya didapati lebih tinggi dan berkualiti malah setanding dengan sumber-sumber kolagen buatan yang amat terkenal, antaranya ikan tuna, sirip ikan yu, ikan salmon, sarang burung walik dan soya. Selain itu, ia juga memiliki kandungan bahan-bahan berkhasiat lain, diantaranya vitamin b kompleks, C, E, beta karotin, zink, antioksidan, selanium, hormon dan zat galian. Kolagen dan gabungan bahan-bahan aktif yang terdapat didalam tumbuhan tersebut sangat bermanfat kepada manusia. Namun, perbezaan jelas yang nyata adalah ia lebih murah dan mujarab!!


Kolagen memang wujud dalam tisu kulit manusia. Apabila berusia jumlahnya akan berkurangan. Maka Pure Marine Collagen dari rumpai laut ini ia memang membantu menambahkan kolagen dalam kulit malah utk kesihatan dalaman & kecantikan kulit antaranya menegang & awek muda. Salah satu faktor pengurangan kolagen dalam tubuh badan manusia adalah kafein ( kopi & Nescafe & etc ) ... jauhilah kafein dalam kehidupan seharian anda


**************************

MANFAAT PURE MARINE COLLAGEN



1.    Membantu tubuh dengan membekalkan sumber kolagen yang dapat memberi kesan langsung terhadap kulit untuk mendapatkan kulit lebih gebu, tegang, cerah dan lembab serta halus. Kesan dapat dilihat dalam jangka masa yang sngat cepat kerana molekul molekul jisim kolagennya yang mikro dan mudah diserap tubuh.
2.    Mengawal, merawat dan mencegah masalah jerawat dan bekas jerawat tegar.
3.    Menyihatkan dan menguatkan rambut dan kuku
4.    Membantu masalah kencing manis dan diabetis (kandungan gula sangat rendah)
5.    Menstabilkan tekanan darah dan tekanan jumlah gula dalam darah.
6.    Mengurangkan masalah magrain dan susah tidur
7.    Menyihatkan peranakan (ovari) perempuan /(testis) lelaki
8.    Memberi tenaga segera dan berpanjangan agar lebih bertenaga setiap masa.
9.    Anti bakteria dan anti kuman
10.  Detoksifikasi badan secara keseluruhan
11.  Awet muda dan sentiasa kelihatan mantap

****************************************

SIAPA YANG BOLEH MAKAN PURE MARINE COLLAGEN ??


• Wanita dan lelaki
• Ibu mengandung – Kulit bayi jadi cantik, putih dan halus (untuk kandungan 6 bulan keatas shj). Ibu rasa bertenaga dan tidak mudah letih
•Ibu menyusui bayi- boleh makan tapi dengan syarat tidak boleh lebih 5 gram sehari kerana kandungan iron adalah tinggi.
•Wanita selepas bersalin/berpantang tidak digalakkan makan hingga selepas 3 bulan bersalin kerana ia besifat sejuk.


*******************************************

KAEDAH PENYEDIAAN A

 Cara Penggunaan Pure Marine Collagen :


1. Basuh kolagen mentah, ramas-ramas seperti basuh beras 5-6 kali
2. Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman
3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan (air rendaman juga boleh buat rendam kaki, hasilnya ... tumit kaki lebih licin)
4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus
5. Selepas mendidih biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais
 * simpan segumpal kolagen mentah yang telah direbus tadi (seperti agar2) dalam bekas bertutup ke dalam peti ais untuk dijadikan masker *

Cara Pengambilan Pure Marine Collagen :


1. Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (Sebelum sarapan & sebelum tidur malam)
2. Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly), ambil 3 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas - boleh juga dicampurkan dengan sunquick/air buah
3. Sebelum minum tu baca Bismillah & Selawat 

Cara Membuat Masker Pure Marine Collagen :


1. Cuci muka 2-3 kali supaya pori-pori di muka terbuka luas
2. Sapu rata gumpalan kolagen tadi di muka
3. Biarkan lebih kurang 15 minit atau boleh juga dibiarkan semalaman sebelum dicuci


***********************************

KAEDAH PENYEDIAAN B


Cara Penggunaan Pure Marine Collagen :


1. Basuh kolagen mentah, ramas-ramas seperti basuh beras 5-6 kali
2. Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman
3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan
4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus
5. Masak dengan api yang perlahan dalam 30-45 minit. Kacau sehingga hancur. Boleh juga dicampurkan dengan gula batu atau ginseng
6. Biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais

Cara Pengambilan Pure Marine Collagen :


1. Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (Sebelum sarapan & sebelum tidur malam)
2. Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly), ambil 3 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas - lebih elok dimakan begitu saja
3. Sebelum minum tu baca Bismillah & Selawat
4. Jika masak kolagen tanpa mencampurkan dengan gula batu atau ginseng, boleh juga dijadikan sebagai masker

*********************************************

PERHATIAN

* Elakkan minum kopi, nescafe; minuman yang tinggi kandungan kafein sebab semua tu boleh menyerap dan buang vitamin C, kolagen dan gluthathione (agen pencerah) dalam badan kita.

* Banyakkan minum air kosong

---------------------------------------------------------------------

Untuk tempahan SILA klik iklan diBawah header blog yana. Isi maklumat yang diperlukan.

~ Sekian ~







Dec 4, 2012

SUPER DUPER GIVEAWAY 2012



 ! Assalamulaikum !


giveaway
Klik utk Join


Saya akan tersenyum bila saya berjaya menang didalam "SUPER DUPER GIVEAWAY 2012" yang dianjurkan oleh Cikgu Aniq.


Tarikh tamat 9 Disember 2012





Untung Ler Kau !!!


Masa Bekerja
8.30am - 5.30pm

------------------------------------------------------------

8.30 - Sampai office, Prepare apa yang patut.
9.20 - "boy" (anak bos) sampai office ... masuk bengkel. Duduk lepak / tidur. 10.00am masuk office. On pc ... klik klik klikkkkk
10.30
Yana  - Boy tolong pergi pejabat pos, ada surat dengan bill nak kene settle.
Boy    - Hurmm ... dah pukul berapa nie Nor .... ramai oranglah. Esok lah saya buat.
Yana  - Kepala bapak ko !!!! (hanya mampu cakap dalam hati)
Sebelum jam 5pm, Tinggal yana sensorang jaga office.

Untung Ler Kau !!!

---------------------------------

Esoknya
8.30 - Sampai office ... buat apa yang patut. Sambil tunggu Boy untuk menuntut janji semalam.
9.15 -  Boy datang masuk bengkel. Duduk lepak / tidur. 10.00am masuk office.
10.00 
Yana - nie surat semalam kene pos.
Boy   - Hurmm (mendengus) ... saya kene pergi petronas lah. Nantilah  ~~~
Last2 aku peram surat tue sampai weekend ajak hubby pergi pejabat pos settle kan !!

Untung Ler Kau !!!

-----------------------------------------

Awal tahun time kenaikan gaji ...... 

Bos - Bulan nie punya gaji nanti Nor tambahkan gaji Boy RM .... blablablaaaa
       - Gaji Nor pon tambah k untuk kenaikan gaji RM ..... Blablablaaaaa
Yana - OK menurut perintah !!!! hanya mampu tersenyum

Yang pasti kenaikan gaji Boy akan lebih banyak dari yana !!! siapa tak sakit hati ???

Untung Ler Kau !!!    

Selama 4 tahun yana kerja disini, macam tuelah ragamnya hampir setiap bulan setiap tahun, perkara yang sama !!! Nak mengadu pada bos?? Hurmm ... memang tak berguna. Kalau dah bapak sendiri takut dengan anak. Baik yana bercakap dengan tembok !!

Untung Ler Kau !!!

Saya adalah kerani, mak guard, posmen, operator, office girls ..... blablablaaaaaa
!!!!!!!!!!!!!!!!!!

~ SeKiaN ~



Dec 3, 2012

ABC Tanjong, Di Melaka



! Assalamualaikum !

Sebelum baca entry cuba cuci mata dengan gambar dibawah

ABC


Hari nie nak cerita pasal makanan lagi. Biasalah orang melaka mestilah promot makanan melaka. Korang layan jerklah ok ... hehehhh

ABC Tanjong adalah sebuah gerai makanan yang agak popular juga di Melaka ini. Walaupun nampak seperti gerai jalanan. Tetapi makanan yang ada tidak membataskan kita untuk datang kali yang ke2. Kedai ini terletak di kawasan Tanjung Kling menghala ke Pantai Puteri iaitu lebih kurang 10Km dari Bandar Melaka.

Apa yang istimewanya disini? Hahhh .... tenguk gambar pun dah terliurkan. Itu baru sikit. Kalau nak lebih datang cuba sendiri. Dah nama pun ABC Tanjong mestilah ABC tue yang paling menarik. Selain itu, disini juga ada menyediakan mee kari (memang sedap), nasi lemak, cendol, coconut shake, Oreo aiskrim, western food, satay ..... macam-macam ado ...... 

aiskrim

Jom Jalan-jalan Melaka






Semalam ... Hanya Semalam



! Assalamualaikum !

akad nikah


Semalam merupakan hari ulang tahun perkahwinan yana dan hubby yang pertama. 
Semalam juga menjadi hari gila-gila kami berdua. Kami telah menghabiskan masa "sehari suntuk" menjelajah satu MELAKA. Kami telah menghabiskan masa dengan berborak mengenai perkenalan kami seharian hanya didalam kereta. Kerana ia lebih privacy .... kahkah

Semalam ... Hanya Semalam


Siapa dah baca entry yana sebelum ini "Ulang Tahun Perkahwinan"

Hanya seorang saja yang meneka. Mungkin yang lain tak perasan dengan soalan yana kot .... siapa yang nak mencuba boleh ke entry tersebut. poyo jerk kn ......


*** Sebenarnya tengah kering idea untuk menaip ..... lalalaaaaaaa





Dec 2, 2012

Ulang Tahun Perkahwinan



! Assalamualaikum !

ku ada kamu
02 Dec 2011

YaAllah .. pejam celik genap setahun usia perkahwinan kami. Hari ini adalah Ulang tahun perkahwinan kami. Terasa seperti dizaman bercinta lagi. Masih mekar bunga-bunga cinta dihati kami ... chewahhhhh .... dah mula nak jiwang dak yana nie.

Syukur Alhamdulillah ... Semoga Allah kekalkan cinta hati kami sehingga ke syurga dan memberi kami peluang untuk merasai menjadi ibu dan ayah  ... Amin ...


Jom layan entry Perkahwinan kami --> DISINI

PssSss --> tak dapat nak taip banyak..on9 guna HP. Tunggu hari isnin k. Insyallah :)

Sebelum tue ..... sempena ulang tahun perkahwinan yana. Yana nak belanje seorang yang bertuah untuk dapat topup RM5 ... hehehhh

Soalan : Sila teka dimanakah tempat kali pertama yana dan suami berjumpa (jatuh cinta) ??

Sila komen dibawah ... jawapan yang paling tepat dan terpantas adalah PEMENANG






Dec 1, 2012

Tutorial *5 = Disable Right Click


! Assalamualaikum !

Sesiapa yang tidak suka hasil penulisannya di copy paste atau diambil oleh blogger lain tanpa kebenaran boleh lah ikut tutorial dibawah ini. Disable Right Click.


DASHBOARD > LAYOUT > ADD GADGET > HTML/JavaScript

Copy code dibawah dan Paste di HTML/JavaScript



<style>body {cursor:crosshair} </style>
<script language=javascript>
<!--
//edit by unwanted
var message="Your own word";
///////////////////////////////////
function clickIE4(){
if (event.button==2){
alert(message);
return false;
}
}
function clickNS4(e){
if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){
if (e.which==2||e.which==3){
alert(message);
return false;
}
}
}
if (document.layers){
document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);
document.onmousedown=clickNS4;
}
else if (document.all&&!document.getElementById){
document.onmousedown=clickIE4;
}
document.oncontextmenu=new Function("alert(message);return false")
// -->
</script>

PREVIEW > SAVE






Nov 30, 2012

Perbezaan Diantara Dairy dan Non-dairy Whipping Cream



! Assalamualaikum !

Siapa yang dah baca or ambil resepi durian crepe dari entry yana sebelum ini?? mengaku cepat ..... bukan nak marah lah. Nak ucap terima kasih jerk. hehehhh Tapi sebelum nak buat tue mesti tertanya-tanya. 

Apa itu Whipping Cream ?? macam yana mula-mula dululah. Bab bahan omputeh nie yana dodol sikit. Ok kat sini yana nak berikan sedikit info. Kita kene tahu dahulu Perbezaan diantara Dairy dan non-dairy Whipping Cream. Nama saja lebih kurang sama. Tapi tak sama tau. Takut resepi tak menjadi pula.

Non-dairy whipping cream ( Krim putar bukan tenusu )
Dairy whipping cream ( Krim putar tenusu )

* ------------------------- *

1. Non-dairy whipping cream ( Krim putar bukan tenusu )

krim putar bukan tenusu
Gambar contoh 

Adalah krim yang dibuat khas untuk hiasan kek. Ia dirumus daripada minyak sayuran dan minyak kelapa sawit dan tidak mengandungi bahan tenusu. Ini menjadikan ia lebih stabil, maknanya corak-corak yang dipaip menggunakan krim ini tahan seminggu tanpa kehilangan bentuknya. Ia akan kembang 3~4x ganda daripada kuantiti cecair asalnya jika dipukul. Sebelum digunakan kotak krim harus digoncang supaya sebati (kadang-kadang air dan krim di dalam kotak akan terpisah semasa proses nyahbeku dari freezer) dan pukul pada kelajuan yang tinggi hingga kembang dan gebu. Biasanya krim ini terdapat di kedai menjual bahan kek sahaja. Krim putar bukan tenusu hendaklah disimpan di tempat beku supaya tahan lebih lama.


2. Dairy whipping cream ( Krim putar tenusu )

krim putar tenusu
Gambar contoh


Merupakan hasil tenusu dan mengandungi 35 % lemak susu. Ia sesuai digunakan dalam masakan-masakan Barat, membuat kek seperti tiramisu atau hiasan mudah untuk aiskrim atau pencuci mulut ala Barat.

Ia hendaklah dipukul dengan kelajuan sederhana hingga ia menjadi kental dan bolehlah dimasukkan dalam masakan-masakan tersebut. Tetapi krim ini tidak sesuai untuk hiasan kek seperti Black Forest dan lain-lain kerana warnanya kekuningan dan kurang stabil. Ini bermakna ia tidak boleh mengekalkan bentuknya dalam masa yang lama.

Dairy Whipping Cream yang juga dikenali sebagai Thick Cream atau Double Cream tidak sesuai untuk dibuat hiasan kek kerana faktor-faktor yang telah jelaskan diatas. Krim ini terdapat dalam pelbagai jenama dan boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar.

Berhati-hati semasa membeli krim putar tenusu kerana ia menggunakan lemak susu. Lihat tanda halal dan kandungan bahan pada kotak sebelum membeli.

Kredit :  MasamManis



Membantu tak ?? Apa lagi .. cecepatlah pergi cari bahan untuk buat Durian Crepe ~~~~






CONTEST KALENDER 2013 EKSKLUSIF HAZWANHAIRY | BOX CREATIVE



! Assalamualaikum !

HAZWANHAIRY
Klik utk Join


kalender eksklusif hazwan
Antara yg Menarik utk Dimenangi

Senang je syarat yang hazwan beri. So apa tunggu lagi ... Jom Join

Tarikh tutup : 12/12/2012


Bloglist Jue Jaynee



! Assalamualaikum !

Klik utk Join
Salam Jumaat semua .... pagi nie yana nak support pengomen tegar blog yana nie. Yana nak masuk Bloglist Jue Jaynee. Biar lagi senang beliau nak datang blog yana. hehehhh

Jom join blogger Jue Jaynee


DateLine : 15 Dec 2012 (betul tak jue?? )




Jumaat Penghulu Segala Hari


! Assalamualaikum !

jumaat
Keindahan Ciptaan Allah
Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:“Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani“
(al-Bukhari)

---------------------------------------------

Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.


Kelebihan Hari Jumaat


Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu :-

1)  Allah ciptakan Adam
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi
3) Allah mematikan Nabi Adam
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.

5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.

( Riwayat Hadis Muslim)


Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” 

(Hadis riwayat Tirmidzi)




Kesimpulan


Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam. Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat. Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.


Sumber:  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (YAKIM)
Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM)







Nov 29, 2012

Resepi Durian Crepe



! Assalamualaikum !

Adakah sekarang ini fenomena Durian Crepe ?? sana sini orang dok sibuk bercerita mengenai durian crepe. Yana tercari-cari juga di sekitar pasaraya Melaka. Tetapi seringkali hampa. Bila orang dok cerita mengenai durian crepe, Yana hanya mampu berfantasi sampai meleleh air liur ... erkk tipu jerk. hehehh

So yana ambil inisiatif lain iaitu mencari resepi melalui incik google ler ...... usha baik punya... Bermacam-macam resepi dan teknik untuk menghasilkan durian crepe. Akhirnya yana jumpa resepi durian crepe yang senang dan sempoi pada fikiran yana lah. Terima kasih incik google.

> Jom cikidup - Resepi Durian Crepe<

resepi durian crepe
Pinjam dari incik Google


BAHAN - BAHAN

Kulit Pancake:
  1. 250 gm tepung gandum
  2. 3 biji telur
  3. 500ml santan
  4. ½ sudu teh garam
  5. 1 sudu teh asen vanila
  6. Pewarna hijau / kuning
Bahan Inti:
  1. Non-dairy Whipping cream + gula (manis ikut citarasa masing2)
  2. Isi durian 



CARA - CARA  

Kulit: 
  1. Blend semua bahan
  2. Tapiskan
  3. Buat dadar (Tidak perlu diterbalikkan)


Inti: 
  1. Pukul non-dairy Whipping Cream dan gula sehingga menjadi cream/kental
  2. Isi durian dilumat kasar
Pancake Durian: 
  1. Ambil sehelai kulit pancake, letakkan whipcream
  2. Kemudian letakkan isi durian diatasnya.
  3. Lipat dan simpan dalam peti sejuk 1-2 jam.

# ---------------------------------------------- #

~~ Lepas nie boleh ler meniaga kat Melaka ..... lalallaaaaa 








Maut Ditimpa Durian



! Assalamualaikum !

Jika durian ada bau tetapi malang memang tidak berbau. 
Terkejut dengan berita pagi ini yang melibatkan nyawa seorang bayi yang berusia sebulan maut ditimpa raja buah, iaitu Durian.

durian

Muhd. Yusuf Zainal, bayi lelaki yang berusia sebulan maut apabila ditimpa sebiji durian seberat dua kilogram yang luruh ketika berada dalam dukungan ibunya di belakang rumah sewa mereka di Kampung Badak Mati, Jawi, dekat sini kelmarin.

Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Bakap (HSB) pada pukul 5 petang akibat kecederaan parah di kepala.

Kejadian tersebut berlaku apabila buah durian kampung tersebut luruh dari sebatang pokok setinggi 13 meter yang tumbuh bersebelahan dengan ampaian tempat ibu mangsa, Samimi Kasmin, 40-an, menjemur pakaian.

Samimi Kasmin merupakan seorang warga Indonesia manakala suaminya, Zainal Abedin, 46, merupakan rakyat Bangladesh dan bekerja sebagai buruh binaan di Permatang Tinggi.

Sumber : DISIni

Sesungguhnya ajal itu ditangan pencipta ~




PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...