HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Jun 26, 2012

Tips *3 = Cara hilangkan mengantuk


Assalamualaikum

Jom kita cuba try test cara-cara dibawah nie untuk mengatasi rasa mengantuk anda tyme tengahari macam sekarang nie. Perut dah kenyang ... mengantuk ler tue. 

Caranye ...http://matcuoi.com 

1. BASUH MUKA
Cara nie paling berkesan. Boleh menyegarkan mata dan minda anda. Alang-alang dah basuh muka tue. Ambil wuduk dan solatlah. Solat pun merupakan satu senaman jugak.



2. DUDUK DIKAWASAN BERCAHAYA
Apabila tersangat mengatuk, anda pergi lah duduk ditempat yang mempunyai cahaya yang terang. Duduk tepi tingkap ke, bawah lampu ke ... biar besar sikit biji mata anda. heheh



3. MEMANDANG WARNA HIJAU
Warna hijau nie boleh mendamaikan mata. Sebab tue kalau boleh buat wallpaper pc tema HIJAU. Hijau juga boleh menghilangkan stress.



4. WANGIAN AROMATERAPI
Wangian aromaterapi juga dapat mengurangkan rasa mengantuk anda. bauan yang segar dipercayai dapat meransang deria bau sekaligus mengurangkan rasa mengatuk anda. Jadi pilih lah bauan yang segar. Jika tiada wangian aromaterapi, minyak cap kapak pun boleh.



5. SENAMAN RINGAN
Menggerakkan anggota tubuh badan anda macam kaki dan tangan. Ikutlah cara senaman dibawah nie. kompom hilang mengantuk.



SeLaMaT MenCuBahttp://matcuoi.com 


Jun 25, 2012

Tips *1 = Masker Putih Telur


Assalam semuahttp://matcuoi.com



Hari nie yana nk share 1tips kecantikan.. chewahh Kita buat masker untuk muka dengan menggunakan Putih Telur. Jom lah kita manja2kan kulit muka kita. Masker nie elok untuk kulit yang berminyak dan boleh buang noda2 hitam bekas jerawat.

Kita boleh pakai masker nie seminggu 1x (untuk kulit kering) dan seminggu 2x (untuk kulit berminyak).

Bahan-bahan :-
1. Sebiji Telur ayam (tak kisah ler gred ape pon)
2. Tisu toilet (sebab dia tebal)
3. Bekas (mangkuk)
4. Garfu
5. Toner / penyegar wajah

Caranya :-
1. Asingkan putih telur (kuning telur boleh di grg mkn ngn nasi lemak..heheh)
2. Pukul putih telur tersebut sehingga berbuih
3. Ambil buih putih telur tersebut (buih sahaja)
4. Oleskan dikeseluruhan wajah anda (kecuali mata, bibir & lubang hidung)
5. Lekapkan Tisu toilet sementara wajah masih lembab
6. Biarkan wajah betul2 kering selama 10 ke 15 minit
7. Bila sudah kering, tarik tisu tersebut dengan perlahan2
8. Basuh muka dengan air suam (jangan guna sebarang pencuci muka)
9. Keringkan wajah
10. Sapukan toner ke wajah (untuk kecilkan pori2)



http://matcuoi.com



Tutorial *1 = Tab menu simple


Assalamualaikumhttp://matcuoi.com

Pagi tadi Yana ada buat Tab Menu yang bagi yana super simple. Tutorial nie yana guna Mozilla tau. Tak percaya?? jom tryhttp://matcuoi.com


1. Pertama sekali korang kene Create Button Tab tue dulu. Caranya .. Yana guna PhotoScape. Ikutlah macamana korang nak buat. Yana buat simple jerk. 





2. Dah siap Tab korang yang cun tue ... korang bolehlah upload kat Photobucket untuk dapatkan HTML Code. Kalau takda akaun Photobucket. korang kene lah register dulu okies.



3. Pergi ke design + add a gadget - HTML/Javascript

4. Paste code dari photobucket tadi ( copy HTML Code )

5. Klik image tadi then link kan dia pada mana-mana page website korang.



6. Save 

7. Dah save korang drag jerk gadget tue kat mana-mana tempat yang korang rasa sesuai untuk letak page tue. Then save sekali lagi.



8. Tadaaaa ... dah siap





**Tak Cuba Tak Tahu**




Jun 23, 2012

Segmen Hujung Minggu: Aku Follow Kau Follow






Jom kita ber"segmen" lagi ... segmen kali nie datangnya dari blog Cik Atiqah. Biasa lah syaratnya tersangatlah mudah. Tapi segmen nie sekejap jerk k.. yelah tengok tajuk pon "Semen Hujung Minggu". So apa lagi cepatlah. Klik jerk Banner cute atas tue k. Jom kita bersama-sama follow meng"follow" (ayat baru kew..haishh)

Sebelum tue klik cni dulu k 

Tarikh tutup : 24 Jun 2012 ( Jam 10 malam)


Jun 22, 2012

Follower ke 123 YaNa ^^




Salam Jumaat semua ... wahh tengok tajuk mesti korang dah tahukan apa yang yana nak bebelkan kat cni. heheh gedix jerk yana kan. follower baru 100 lebih dah nak heboh !! (ado den kesah .. lalalalaaa) bukannya apa, yana macam tak percaya ada jugak yang nak follow blog yana yang tak seberapa nie. walaupun tak glamour .. kau hado?? hehehe

Petang semalam sebelum balik kerja. Bukak blog sekejap... jeng jeng jengggg ... yana nampak No.123 follower dari adik manis nie nnatehamustafa jom singgah blog beliau jugak. 

Kalau tengok profile yana, blog nie dah terwujud pada sept 2010 lagi. Tapi masa tue suka suki jerk buat blog nie. takda tujuan pun. Follower pun baru 3 - 5 org. Tue pun kawan-kawan yang kene paksa join yana .. hahah sadis jerk.

Yana mula aktif blog balik masa bulan april 2012. maksudnya baru 2bulan lah. tapi alhamdulillah follower yana dah seratus lebih. Tue pun sebab yana rajin masuk segmen, blogwalking, skodeng sana skodeng cni.. heheh insyallah .. mungkin lepas nie akan lebih aktif lagi. 

Terima kasih pada kamu-kamu yang sudi follow blog yana. harap-harap follow dengan ihklas ea .. rajin-rajin lah datang melawat blog yana. Kunjungan kalian dialu-alukan ... kalau ada kekurangan habaq mai k. 









Jun 21, 2012

Berlagak + Sombong #_#




Huh !! pagi-pagi lagi mcm nak bertukar jadik orang ijau nieh!! Geram sangat dengan manusia yang Sombong ! Belagak bagus jerk. Kita tak tahu sebab tue bertanya.

Yana cukup tak suka dengan orang yang ada sifat macam nie. Orang sekarang cakap " macam gud2 jerk"

Yana tanya baik2 ... boleh pulak dia jawab macam nak mintak pelempang yana nieh! huh. Buat yana ilang mood jerk pagi2. Sabo jerk lah. Budi bahasa kan budaya kita .... tak perlulah Belagak sangat. Mati tanam dalam tanah jugak. 


Jauhilah sikap macam nie. Boleh buat orang menyampah! Free2 jerk makan maki orang. SEKIAN ~





Jun 20, 2012

AhLi BaRu ^^


Assalamualaikum dan selamat petang semua ... yuhuuuu aik kemain happy lagi. Tadi kemain stress. hehehe Yana dah stop buat kerja tadi. Sakit otakkkk ... sebelum kene anta wad sakit mental baik yana cuci otak. berhenti dulu sebelum terlambat
(ayat poyo).

Yana nak share cerita terbaru nie ... Semalam 19.06.2012 tepat jam 11.45mlm lahirlah ahli baru dalam keluarga yana. Nama dia Adam Zarif dengan berat 3.78kg. Wow patutlah sampai kene operate untuk melahirkan Adam Zarif nie. kalau nak tahu, Adam Zarif nie anak sulong adik yana. Cuba baca entry nie.

Alhamdulillah .. Walaupun mengalami sedikit kesukaran dalam proses kelahiran Adam. Tetapi kami bersyukur sebab dipermudahkan juga OlehNya.

Ada dua keping gambar Adam (cilok dari FB papa nya) yang yana dapat share kat sini. Baby kene duduk dalam tue (tak reti nak sebut) sebab doktor nak stabilkan pernafasan dia. Jantung Adam bergerak laju. Tapi doktor cakap takda apa perlu dirisaukan. itu hanya sementara jerk. Muaxxx cepat2 balik melaka ea... makngah tak sabar nk jupe http://matcuoi.com






Apa Pon Tak Bley !!



Assalamualaikum ..... Bukak mata tue besaw2. tau ler baru lunch. http://matcuoi.com hehehe Yana tak sempat nak lunch lagi (macam biasa ler) tapi layan blog sempat pulak kn .. kn. haishh

Dari pagi tadi yana buat BZ gilew. kenapa buat BZ?? sebab kalau tak buat BZ yana akan jadik malas! malas nak siapkan kerja-kerja yang melambak nie. Sebelum-sebelum nie yana cool jerkkk .. nie dah last minute, apa lagikkk hidupkan enjin ler... BrommMmm (bwk moto kew) http://matcuoi.com hahaha





Yana ada dua kerja penting PENTING ! yang kene siapkan sebelum akhir bulan nie. Yana tengah berusaha siapkan apa yang patut untuk renew lesen company. huhuhu den poninkkk ... toing toing !! kedua-dua benda nie tak boleh settle sebab sangkut dengan AUDIT Report! ada dokumen yang perlukan Audit Report.

Yana penink dengan auditor audit yang dilantik oleh company yana nie. kejap-kejap call ... mintak itu ini. padahal sume dokumen dah bagi. Carikkkkkkkkkkkk ler. adoyai ... rasa nak g bentang jerk sume depan mata dia. Apa pon tak bley !!

Ok lah nak sambung siapkan apa yang patut. Kalau tak dapat siapkn. Yana jugak yang akan dipersalahkn. Walaupon Audit report yang lambat keluar. Cakap banyak pon tak guna. http://matcuoi.com ADIOS !! 


Jun 19, 2012

JaLaN-JaLaN


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Hari tue Yana ke rumah adik di KL. (lambat update entry) Pergi untuk membawa emak ku pulang!! heheh Cuti sekolah hari tue mak ke rumah adik, baca disini. Cuti sekolah dah abis bawak ler mak pulang ke Melaka semula. Orang disini pon rindu masakan mak lah... hehehe



Bila dah kesana...apa lagi kesempatan berjalan-jalan ler. Bukan selalu dapat keluar ramai-ramai macam nie. Lagi pun memang sengaja bawak mak buyung (adik) bersenam. Usia kandungan dia dah 9bulan. Orang-orang tua cakap lagi banyak jalan. lagi bagus untuk cepat / senangkan masa bersalin.


Jalan-jalan kat Dataran Merdeka. Amboi kemain suka lagik dak kecik sorng nie. Belum dapat kaki pon dah buas atas padang nie. 


Kami sebok makan dak kecik nie siap tinjau-tinjau lagik. yelah dia tak dapat bebas. kene kurung dalam kerusi tue. tianNnn .. dia. 


Adik yana yang tengah sarat mengandung nie. Sekarang ada kat hospital. tengah menahan sakit nak beranak. dia masuk wad malam semalam. tadi doktor dah injit kot. untuk tahan sakit. sebab doktor terpaksa pecahkan air ketuban dia. Due bersalin dia sepatutnya 17.06.2012 ahad lepas. Mintak tolong doa kan adik Yana selamat dan dipermudahkan dia bersalin k.


Mak Yana dah ke hospital. Walaupon adik tak bagi mak datang, sebab taknak menyusahkan. Tapi mak tetap pergi jugak. Yelah mungkin mak dapat legakan sikit kesakitan adik. MOga dipermudahkan segalanya 
... Amin ...



Segmen Tambah Follower Blog

Assalamualaikum


Hari nie nk join Segmen dari Cik Purple plak. Asyik join segmen jerk yana nie. Tapi tak ramai jugak Follower dia.. hahah takpelh asalkan ada usaha... YEahh!

Tak perlu cerita panjang. Klik jerk gambar atas tue untuk join k. Simple jerk, takda syarat bukan-bukan.


TARIKH TUTUP : 24 Jun 2012 Pukul 6 Petang




Jun 18, 2012

Owh .. Thumbnail

Assalamualaikum




Sekarang nie lunch hour kn ... kenapa ada yang tak makan lagi tue ... owh diet ekkk. heheh kk meh baca nie nk cite..... Hari tue kan yana ada buat entry tentang pertanyaan yana mengenai mengapa thumbnail yana tak keluar kalau yana post ke ping busuk or fb kew kn. So yana pon selidik ler .. bongkar sane bongkar cni. tetiba dapat ler jawapan sendiri (sbb takda org nk tlg jwb soklan yana)




Nak tau kenapa?? sebabnya .... korang perasan tak entry2 yana sebelum nie, ada perkataan Assalamualaikum kat bahagian atas setiap entry yana. (macam kat atas ni) benda tue automatik keluar setiap kali yana buat entry baru. Rupanya benda nie ler yang buat yana pening hari tue... hehehe

So sekarang yana dah buang. Selesai masalah diatas pertanyaan yana sebelum nie. (soalan yg terjawab sendiri) hehehe k lah nk sambung kerja semula. 



Segmen Blogwalking Dan Follow | Nody Yana

Assalammualaikum

Dah baca tajuk mesti tau kan .... hehe hari nie Monday BlueSss Yana. So yana nak menggedixkn diri masuk Segmen dari Nody Yana .. aik nama kite sama ler ... jom join! klik jerk gambar bawah nie k





Tarikh Tutup : 30 June 2012



Jun 16, 2012

al-fateha

assalammualaikum
Yang hidup pasti akan mati... ini lumrah dunia. semalam 15.06.12 bersamaan hari jumaat. atok suami yana telah kembali ke rahmatullah. setelah berperang dengan ujian yang diberikan olehNya. alhamdulillah.... biarlah dia pergi tenang disana dari menanggung ujian yang maha hebat. insyallah ... mari lah kita sedekah al-fateha untuk atok yana. ... al-fateha




Jun 14, 2012

Tips *2 = JOm Tambah Pendapatan $_$


Assalamualaikum

Hari nie yana nak buat entry mengenai Says.com. Siapa dah join...?? mesti ramai dah tahu mengenai Says.com nie kn. takpe .. yana nak bagi tahu jugak k. hehhe

Bagi sesiapa yang belum join dan tidak tahu lagi mengenainya. Says nie lebih kurang sama macam ChurpChurp lah ... klik-klik duit masuk ... share kat facebook, twitter & blog boleh menjana pendapatan sampingan kn...kn.. tak perlu modal apa pun .. cuma kesungguhan dan keikhlasan kita jerk. 

Tapi dari perhatian yana selepas join Says nie. Memang ada beza dengan ChurpChurp tau. Siapa yang dah join mesti dapat lihat perbezaan nie. Apa yang yana dapat lihat seperti dibawah :-

Pendapatan diupdate
- Yana dapat lihat pendapatan yana diupdate setiap sejam. kadang-kadang tak sampai satu jam pendapatan yana sudah diupdate. Yana selalu promote kempen di Facebook yana. Biasanya Says akan beri Rm0.20 ke Rm0.40 / klik. Bergantung pada iklan yang kita promote tue lh. Siapa rajin dia lah untung .... hehehe

Korang mesti tak jupa Iklan Says yana kan ... cer korang tengok belah kanan blog yana tue. Ada seekor burung biru tue. burung churpchurp. Ada tulis 1KLik. cer korang klik kat burung tue. mesti korang akan nampak. Cer try klik ....

Ok lah.. Yana tak reti nak karang panjang-panjang nie. nanti dengan korang-korang pening. hehehe Jom join Says.com untuk tambah pendapatan korang. Alang-alang dah online selalu tue. baik ada sesuatu yang kita dapatkan.
 




Klik sini untuk daftar



Bila dah daftar, mesti korang bijak pandai nak buat apa lagi yang diperlukan. So Yana tak perlu ler terangkan secara details lagi k. Lagi satu ... korang boleh Cash out bila dah cukup RM50.00. Cepat sikitkn dapat hasilnya. hehehe


SeLaMaT MeNdaFtaR









Jun 13, 2012

Puasa Ganti & Puasa Sunat ^^



Hai semua .. siapa yang berpuasa hari nie .... angkat tangan anda. korang puasa ganti kew puasa sunat?? hehehe hari nie yana puasa. tapi puasa ganti ler .... suka last minit tau. huhuh hari nie yana baru nk ganti puasa. syukur dipanjangkan umur untuk menunaikanya. mintak-mintak lepas nie tak last minit lagi.

Sekarangkan boleh puasa sunat bulan rejab. siapa yang nak tambah pahala, nie lah masanya k. Dulu tyme mude remaja. tak pandai cari cik google nie. yana ingat boleh gabungkan puasa ganti dengan puasa sunat. tapi rupanya tak BOLEH tau. TIDAK BOLEH. Korang boleh cari kat google kalau nak keterangan lanjut tau.



Kesimpulan

Elok jika tidak digabungkan dan elok didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal).Tetapi ada juga pendapat ulama’ yang mengatakan elok didahulukan puasa sunat Syawal.

Sementara di sana ada pandangan yang boleh dianggap sebagai rukhsah/keringanan bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa ulama’ lain.

Wallahu ‘Aklam.
‏إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة .......







Niat Puasa Ganti

نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى

"Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala"








Jun 12, 2012

FB Fanpage ^^


Bosannya hari nie. Yana cuti dari hari jumaat lepas sampai isnin semalam. Hari nie masuk kerja lemah lemau .. segala macam ler ... tue lah cuti lame sangat. tapi bukan selalu dapat bercuti. Cuti tahun lepas pon tak habis lagi tau. bayangkannn.... hehehe (belagak)

Hari nie nak ajak kawan2 blogger join FB FanPage Yana ... tak tahu katmana nak LIKE ??? senang jerk .. korang scroll entry yana nie blah bawahhhhhh skali tue. korang nampak macam gambar bawah nie. korang  klik jerk kat ctu k ...



Please support FB FanPage Yana k u ollzz


thnxxxxxxxx




Jun 7, 2012

Rindu Kamu .. muaxxx


Makngah kangen sangat sama kamo .. muaxx dah 2minggu makngah xjupe budak comey nie tau!! ginduuuu .. amboi org cuti sekolah dia pon bercuti ek .. macam dia pulak yg bersekolah ... hehehe

Apa yg yana membebel kat atas nie ek .. kikiki yang sebenarnya yana rindu sangat ngan anak buah yana yang sorg nie ... yana baru ada sorng anak buah. anak akk yana. mak dia bekerja. so time mak dia kerja. dia duduk rumah mak. mak yang jaga. tetiap hari mmg jupe dia. tue yang rindu selalu.

sekarang nie mak ke rumah adik yg sarat mengadung. tunggu masa jerk bersalin. due dia 14hb nie. doa2 kan adik yana selamat dan dipermudahkan dia bersalin ek... mak yana ke sana. so haziq nie pon mak terpaksa bawaklh. kalau tak siapa nak jaga tyme mak dia pergi kerja.



Nama dia Muhamad Danish Haziq .. salalu pggl haziq jerk. haziq nie lahir pada 01.09.2011. malam raya tahun lepas mak dia kene masuk wad. so merasa lah dak haziq nie rendang lemang segala bagai juadah raya ler thn lepas. yelh tyme tue ada lagi dalam perut ibu dia... hehehh



haziq nie cerdik tau ... sekarang belum setahun umur dia. baru 09bulan. tapi keletah semcm. aktif jerk .. badan tak lembik mcm baby biasa. tah apa nenek dia bagi makan... hehehe nnt entry lain yana upload video dia k .. sekarang kenal2lh ngn dak ucuk nie ... syg haziq. muaxxx





: Ping Busuk : ~PERTANYAAN~



Hari nie banyak sangat yg yana nak tnya lh .. hari persoalan sedunia YaNa ... hahahakk Yana ada submit artikel kat Ping Busuk. tapi thumbnail tak boleh keluar. sebab2 dia seperti dibawah nie... 


antara sebab-sebab tiada thumbnail :
1. sebab entry feed memang tiada langsung gambar 2. sebab anda tidak upload gambar, anda copy image link dari site lain 3. feed limitation.. contohnya anda membuat tetapan di feedburner untuk tidak display image pada feed. 4. masalah pada layout template anda (maybe)
try and error : 1. sekiranya anda menggunakan feedburner, cuba pakai default feed yang asal 2. check rss feed atau atom feed anda secara manual 3. post link anda pada facebook, ada keluar thumbnail tak? kalau ada........ tandanya busuk.org yang bermasalah.. pengguna wordpress : 1. perlu enable thumbnail pada feed kerana by default feed wordpress memang tiada image..
link : http://www.derekshirk.com/add-wordpress-post-thumbnails-to-your-rss-feed/
Yana baru lagikkkk ... so tak faham ler apa yang dia cakp tue ... sesapa boleh explain kat yana ??? plz ^^

PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...