Bila bercakap tentang sambutan Hari Raya pasti kita akan terus memikirkan tentang segala jenis macam persiapan yang harus kita buat. Disebabkan Syawal adalah perayaan terbesar yang disambut di Malaysia oleh itu tidak hairanlah jika kita lihat banyak persiapan dibuat dengan skala yang cukup besar. Perhiasan bermotifkan Hari Lebaran dapat dilihat bergantungan dengan meriahnya di shopping malls, jalan-jalan akan dihiasi dengan lampu berwarna-warni, kawasan rumah disinari dengan cahaya pelita, perabot baru menghiasi ruang tamu rumah dan bermacam-macam lagi. Itu pun tidak masuk lagi dengan segala macam jenis kuih raya, biskut raya, lemang, ketupat, rendang dan pelbagai lagi jenis juadah raya.
Pejam celik sudah enam hari kita menjalani ibadah puasa. Masa cukup pantas kala ini, beberapa minggu lagi raya pula bakal menjelang tiba. Hah !! tak sempat tempah baju raya lagi? toiler dah tutup tempahan? habis... masak ler...raya nie tak berbaju baru ler nampaknya... hehehhh jangan risau, sekarang ini semuanya hanya dihujung jari anda. Klik klik ... dah dapat apa yang kita idamkan.