Assalamualaikum
Susualan entry berita Bayi dibuang di tepi longkang yang yana update pagi tadi. Alhamdulillah .... panjang umur bayi yang tidak berdosa itu.
"Ipoh: “Bayi itu pasti mati jika saya dan rakan tidak
menjumpainya,” kata Chong Lean Fatt, 48, yang menemui bayi baru dilahirkan
dibuang dalam keadaan bogel di tepi longkang berhampiran Jalan Lapangan Perdana
19, Taman Lapangan Setia, di sini, pagi semalam.
Bayi perempuan cukup sifat dan masih bertali pusat itu
dicampak di kawasan sunyi berhampiran lokasi projek pembinaan rumah kedai yang
baru disiapkan.
Chong yang juga seorang kontraktor berkata, dia bersama
seorang rakan serta wakil syarikat pemaju menemui bayi malang itu pada jam 11
pagi selepas terdengar tangisannya. Menurutnya, dia datang ke kawasan itu untuk
memasang jeriji besi di sebuah unit kedai dan segera memaklumkan kepada rakan."
“Saya beritahu rakan mengenai suara bayi
menangis, tapi dia kata itu mungkin bunyi anjing liar atau kucing. Saya tidak
puas hati dan memaklumkannya kepada wakil pemaju projek kedai itu yang datang
untuk memantau kerja pengubahsuaian."
4 0 Pengomen Terhebat:
mungkin belom sampai ajalnya.... :)
tak sanggup nakk baca kisah ini.....huhu
kejamnya org yang buang bayi tu.. apa dosa bayi tu sampai sanggup buang dia ke longkang? sedih baca kisah ni..
Hermm , sedihnya masyarakat sekarang ni . :(
semoga kita pu dijauhkan dengan perkara2 macam tu :D aminn
Post a Comment