HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Apr 17, 2013

AMARAN !! Kepada Pemegang Kad Debit & Kad Kredit



! Assalamualaikum !


Ini adalah AMARAN / PERINGATAN kepada pemegang kad debit dan kad kredit. Berhati-hati dengan sebarang panggilan dari no yang tidak dikenali menawarkan Insuran atau benda yang tidak masuk akal. "mana ada benda free kat dunia nie" !!!

Untuk rakan-rakan semua, yana nak share cerita nie sebab yana DAH TERKENA!!! hukhuk

Semalam kat Facebook yana ada terbaca, ramai yang share kat wall mereka mengenai AMARAN kepada pemegang kad debit dan kad kredit. Nasib baik lah Allah buka hati yana untuk terus membaca "selalu ignore jerk".... hehehhh

MAAF entry ini panjang berjela, Tetapi bacalah bagi mengelakkan duit anda hilang tanpa diduga !!

----------------------------------------

AMARAN !! Kepada Pemegang Kad Debit & Kad Kredit


(Sumber Facebook)

Awas kepada pemegang kad DEBIT atau kad KREDIT!!


lebih kurang jam 11.30 pagi hari ni, sy dapat kol daripada private number dan antara dialog yang berlaku dengan seorang wanita india yang sgt berbudi bahasa:

Wi: selamat pagi boleh bercakap dgn en. zufri?
Mz: ye sy bercakap, ada pe ye?
Wi: saya.....daripada pihak bank ingin membuat pengesahan berkenaan kad bank en.
Mz: awk ni dari mana?
Wi: saya daripada pusat panggilan malaysia, ingin membuat pengesahan mengenai kad maybank en.
Mz: Oh ok...( sbb penah dapat kol dari maybank sebelum ni ckp perkara yg sme, jadi sy percya kan dia)
Wi: ok en, sy cuma nak buat pengesahan mengenai kad bank yang en gunakan skrang.
boleh saya tau alamt penuh en?
Mz: alamat sya....
Wi: boleh dapatkan no ic...
Mz:90xxxxxxxx
Wi: ok..en masih lagi menggunakan kad ini ye?
Mz: ye sy...
Wi: dah brapa lama ia digunakan?
Mz: hampir 2 tahun...
Wi: ok sy ingin membuat pengesahan, kad debit en bermula dengan 4283 3210
Mz: ye btol...
Wi: boleh en lengkapkan no 8 terakhir
Mz:16xx xxxx
Wi: terima kasih atas kerjasama diberikan...skrang, en ada tanda tangan dibelakang kad debit en ke?
Mz: ye ad...
Wi: disebelah tanda tangan ada no. ahli...boleh bacakan sya no ahli kad en?
Mz: xxx...
Wi: ok..skrang sy ingin memberitahu en zufri kad en gunakan adalah mengikut laporan kami. Kami daripada pihak kerajaan ada menyediakan kad i-klnik dimana semua rakyat malaysia berhak mendaptkan kad ini. dia boleh digunakan ketika en..mintak maaf, andai kata kemalangan atau ditimpa musibah, dia akan memberi en potongan 30-70% di klinik2 terlibat.
En juga boleh membawa ibu dan ayah ke klinik dengan percuma dn en juga boleh diberikan diskau pelancongan dengan kad ini. Saya akan menghantar kad ke alamt yg en berikan. jad ini berharagaRM299.00. Saya telah pon membuat penolakan dari kad maybnk en.
Mz: eh.a..awk ckp tdi nk buat pengesahan kad saya, npe plak tibe2 awk nk amek duit sy? ada sy ckp sy nk bli kad awk ni..jgn nk memandai lah.
Wi: en telah berikan sy butiran en dan bermakna en stuju..
Mz: awk jgn ingat sy nk sgt dgn kad tu.
Wi: ok xpe..kalau en xnak, sy xkn hantar kad tu..tpi duit cek telah ditolak..bila2 masa en nak kad tu, boleh hubungi kami dan kmi akan hantrkan...en kerja mana?
Mz: sy kerja tnb..sy xperlukan kad awk..sy dapat semua kemudahan perubatan..mak bapak sy pon dapat kemudahan jgk...npe perlu sy nk gunakan kad awk..sy xnk, tolong batalkan...
Wi: (dah mula bengang) skrang ni, sy dah tolak, en xboleh wat pe2 lagi..nk xnk sy dan tolak duit en.
Mz: awk kerja mana ni..awk keja dengan spe?
Wi: sy kerja di rawang dan ini adalh dari goverment...ok en, ada pe2 lagi, kalau xde pe2 terima kasih kerna berikan kerjasama...( trus letak phone)

darah dah xtenteram, bukak trus maybank2u...
nasib baik, duit masih ada...apa lagi, cepat2 kol maybnk wat pengesahan...


pegawai bank maklum, ia adalh sindikit yang cuba nk dapatkan butir peribadi kad bank. no 8 digit pertama disebutkan adalah no sama untuk pemegang kad, no 8 dijit terakhir dia akan mintak kepada kita. untuk no ahli kad sebelah tanda tangan tu adalh no. yng penting untuk pengesahan kad. en xperlu risau...dia xberjaya mengambil duit dari akaun en...sy telah batalkan kad dan en perlu membuat kad lain bagi memastikan keselamatn dari pihak kami.......Kan dah jadi masalah besar.........!!!!


---------------------------------------------

Selesai jerk baca!! yana dah tepuk dahi !!! habislah ...... adoi !! hari tue yana dapat panggilan, dia cakap wakil dari AIA. Yana dapat 30 hari insuran percuma dari AIA kerana beli tiket AirAsia (yana percaya sebab memang ada beli tiket AirAsia). Apa yang Dia minta semua yana bagi !! masa tue tak fikir  -ne pun. Tapi bila dia minta no dekat kad debit yana. Yana mempersoalkan juga. Tapi ...... yelah kalau dah terlatih, kata-kata diorang boleh buat kita PERCAYA !! huhuhhh

Pagi tadi yana terus telefon maybank 1300 88 6688. Yana batalkan kad debit yana serta merta !! Sebab bila diorang dapat jerk no yang ada atas kad debit tue .... diorang serta merta boleh tolak / ambil duit kita dari bank tanpa persetujuan kita. Jadi berhati-hati lah.


****haishhh ... menyusahkan betul !! nak kena pergi bank buat kad baru !!



31 0 Pengomen Terhebat:

Adilah Asari said...

kawan yaya pun dah terkena..kene tolak rm500 dalam bank dia mcm tu je..
nasib baik pihak maybank ada call yaya bg tahu dulu..takut la kalau terkena

Unknown said...

dahsyatnye jenayah sekarang.. mcm2 cara nk mencuri.. semua kne ht2.. mnx dijauhkan..

mama3heroo said...

thanks yana bg information penting ni..hubby selalu kena mcm ni..naseb dia x layan..huhu

Ratu Hatiku said...

mcm2 sekarang niekan.. Tq sharing ya..

Kakzakie Purvit said...

Sangat informatif sebab kakak tak dapat info ini lagi.. macam-macam cara org nak menipu..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum yana, sheila prefer nombor tak kenal jangan angkat lah. sheila tak pernah angkat no yang takda dalam contact sheila. bahaya yanaaa. semoga kita dalam perlindungan-Nya :)

L.O.V.E.P-QaH said...

Dah jadi satu keja plak nk kne g buat kad baru..tp naseb baik la ok..pasni kne ingat la..xleh reveal bnde2 camni..especially 3 no yg kad blakang kad tu..

NoEn said...

mmg tak layan panggilan yg entah hape2 ni...selalu bg alasan tgh drive/nk meeting...bila dia letak terus set no tu jangan angkat...hoho

ayunidati said...

macam macam cara mereka nak menipu nak cari duit senang...
harap semua berhati hati..

Sally Samsaiman said...

aritu Maybank ada call jugak...selalunya depa takkan mintak penengesahan...hanya kita yg boleh mintak pengesahan...sbb dorang kan mmg tau details kita...

Mrs Velentine said...

Kalau MV mmg tak layan benda mcm ni..so kena ht2 lepas ni..oh ya yana mcm mn nak letak banner asia host tue....MV klik2 sini

Unknown said...

pernah smggu hari2 ada org call ckp nk tmbh insuran dlm kad sy, sy ckp xnk, smpi 1 tahap sy sound, x phm bahasa ke? terus lps tu x call lg.

Anonymous said...

tq berkongsi yer, kena lebih hati2 ni

EkaTikah said...

huuh, bahaya nie

Unknown said...

mmg panjang..hihi..tp sgt berguna

Unknown said...

@Mrs Velentine : msuk web asiahost .. tgk atas sekali "affiliates"

Mooniqueen said...

Ya allah risau la nowadays banyak sangat penipuan yg berlaku... tapi MQ kalau dengar ada yg mintak no acc mmg MQ dah fikir -ve je...

eita said...

macam2 taktik orang guna nak duit kite kan...
bahaya betol...

cydayf said...

laaa... mcm mne yana boleh terkena nie.. AIA insurans tu macam yg kita kena hari tu..

kte ada update dkt entry ni

http://www.cydasite.my/2012/12/panggilan-misteri.html

Unknown said...

@Syida Rasyidah : dia gunakn nama airasia .. sbb yana mmg ada booking tiket airasia termsuk insuran. tak sngka pulak makhluk tue penipu!! demm

Mrs Velentine said...

klik2 digi

TiranaAduka said...

salam
Dunia sekarang macam2 cara nak menipu

Anonymous said...

alamak...dah terbagi..tapi dia takda minta kad debit or credit nyer nu...how???

nadia farahida said...

ya allah macam ni pon ada ke. bahaya nyaaaaaaa

wantie said...

sangat sangat setuju. selalu jugak dapat call . kejap wakil bank tu la, wakil bank ni la..

sekarang senang je. terus sy ckp. kalau U nak cakap tentang Insurance I tak free..

Nak stop conversation terus rasa mcm biadap pulak kan. so senang bagitau yg kita tak berminat.

Syamimi Saad said...

ada terbaca kat fb ni.. erm, sekarang ni mmng bahaya la.. dorang buat kita percaya dgn kata2 dorang..
kita pernah kena..kata ambik no dari bnk ngara.. yng xblh blah tu dia ckap pasal akaun bank bsn.. pdhal kita xde pun akaun tu..nampak beno nipunya.. last2 kena sound.. settle..

TR said...

Nombor tiga digit tu ialah Card Security Code. Jangan sesekali dedahkan CSC kepada orang lain.

TiranaAduka said...

lawatan ptg tirana aduka

Tengkubutang said...

bahaya ni.. kena hati2.. mcm2 cara org nk tipu org kan.. hemm.. mmg senang jea hidop nipu org kan.. eee.. geramm

Aisyah Kim Ali said...

baru je diorang ni cal..dialog pun sama juga dgn apa yg yana cerita..nasib baik dh prnah baca dulu

Unknown said...

Suami sy baru je terkena...dah kna tolak rm299 dlm akaun. Lpas tu terus dia pg kuarkan semua duit dlm akaun..bengang giler..

PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...