HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Oct 29, 2012

Moga Baik-baik Saja


! Assalamualaikum !

Tadi yana dan submit borang cuti ... Alhamdulillah diluluskan. Mungkin yana akan bercuti selama seminggu. Sejak mengetahui sakit along .... yana macam takda mood. Buat kerja semua macam takda feeling.

Makin yana google mengenai penyakit tue ... makin tak keruan pulak hati nie. huhuhhhhh

Maaf ea kalau yana tak dapat singgah blog kamu kamu kamuuuu .... Ok lah ... otak yana blurRrrr. ... ~~~~~


"Tidaklah takdir itu bisa dicegah kecuali dengan doa dan tidaklah menambah umur kecuali dengan kebaikan dan sesungguhnya seseorang bisa terhalang mendapatkan rezeki karena dosa yang dilakukannya."
(HR. Ibnu Abi Syaibah, Thabrani dan Hakim)



Kanser Pankreas


! Assalamualaikum !


kanser hempedu



Pankreas merupakan organ penting dalam menghasilkan hormon insulin dan glukagon (dan lain lain) serta bertugas merembeskan enzim pencernaan kepada manusia. Sekiranya ketumbuhan berlaku pada pankreas, ia boleh mengakibatkan masalah pencernaan dan sumbatan pada salur hempedu serta kekuningan (jaundice) bergantung pada tempat kanser tersebut berada.

Penyakit kanser pankreas ini selalunya lambat dikesan dan ia pula amat cepat bergerak di dalam badan menyebabkan ia antara kanser yang amat digeruni ramai. Disebabkan penyakit ini selalunnya disertai dengan metastasis (pergerakan sel kanser ke tempat lain), kurang daripada 10 peratus individu yang menghidap penyakit ini sesuai untuk menjalani pembedahan radikal yang membuang tisu pankreas keseluruhannya, kerana metastasis sesuai menggunakan kemoterapi.

Secara purata, pesakit kanser pankreas hanya mempunyai kemungkinan untuk hidup kurang daripada 6 bulan. Individu yang terselamat setelah 5 tahun dikesan menghidap kanser ini hanyalah sebanya 2% daripada keseluruhan pesakit, itupun setelah menjalankan pembedahan Whipple's seperti yang dinyatakan di atas. Walau bagaimanapun, pemerhatian mendapati bahawa, individu yang menghidap kanser pankreas jenis sel Islet (Islet cell tumor) dan kanser ampula (ampullary tumor) mempunyai keputusan yang jauh lebih baik berbanding yang mempunyai kanser jenis ductal (kanser pada saluran pankreas).

Sumber : Blog Kesihatan


#--------------------------------------------#

Sekarang nie, yana sibuk google mengenai kanser pankreas. Nak tahu kenapa?? sebab along yana disahkan mempunyai kanser pankreas ... bukan ketumbuhan pada hempedu seperti yang telah yana nyatakan sebelum ini. Buat masa sekarang, kami sekeluarga berusaha dengan perubatan tradisional. Along yana tak mahu menjalani pembedahan dahulu. Sebab sekali dah bedah .. mungkin akan mengganggu bahagian lain.

Sesiapa yang tahu mengenai kanser nie?? boleh share dengan yana tak ........ plz






Oct 25, 2012

Paparazzi Dimana-mana


! Assalamualaikum !

Mesti ramai yang dah balik ke kampung halamankan. Sejak dua menjak nie heboh dengan cerita AES. Tak tahu apa tue AES ?? Boleh baca kat sini k "AES"

Sekarang nie anda sentiasa diperhatikan. Nak tak nak kene lah ikut peraturan yang telah ditetapkan. So kat sini yana nak share kan sedikit info / aplikasi yang serba sedikit boleh membantu anda dari menjadi "artis segera" ... hehehhh

Pada sesiapa yang pakai handphone Android. Korang bolehlah install aplikasi nie kat "Play store / market"

#---------------------------#

Yang pertama " AES Location Detector " fungsinya adalah untuk menunjukkan lokasi kamera AES yang berada sepanjang perjalanan anda di jalan raya.


         


Yang kedua adalah " Malaysia Police Summon " fungsinya adalah untuk menyemak saman yang anda peroleh selepas paparazzi snap kesalahan yang telah anda lakukan .....

 

Berhati-hati dijalan raya, Pandu Cermat Duit Selamat



Celah mana Nak Cari


! Assalamualaikum !

Salam aidiladha pada semua rakan blogger yang beragama islam

Hari nie hari mantai / bantai mesti ramai yang dapat kerja separuh hari kan. Yana kene kerja sampai petang kotttt ..... semalam bos cakap hari nie boleh balik awal. Tapi tadi dia buat tak tahu jerk ...... ermmm

Badan kat office .... tapi hati kat hospital !!! raya korban tahun nie mungkin takda masak-masak kat rumah mak macam raya tahun-tahun lepas. Sebab hati mak tak keruan. Along masih dihospital, seperti yang yana ceritakan semalam

Pagi tadi dengan sayu mak cakap .... kos untuk along menjalani pembedahan mencecah RM30,000.00 ( Ringgit Malaysia Tiga Puluh Ribu Sahaja) !!! celah mana nak cari jumlah sebanyak itu. YaAllah .. besar sungguh dugaan Mu.

Moga Allah memberi petunjuk kepada kami ... Amin ...... 

pantai hospital

Masa MencemburuiKu


! Assalamualaikum !

Minggu depan dah hujung bulan kan ... Pastu minggu lagi satu dah masuk bulan 11. Fuhhh ... pantasnya masa berlalu. Terasa macam baru semalam jerk mengadap kerja-kerja Audit nie. 

Dua bulan sebelum hujung tahun, maksudnya bulan 11 setiap tahun. Yana dah kene siapkan segala bagai dokumen untuk dihantar ke bahagian Audit syarikat yang dilantik. Masa-masa macam nie lah akan terasa macam nak pitam segala bagai. Kesabaran amat terbatas.

Kalau yana tak dapat balas kunjungan kalian maafkan yana ekkk ... insyallah yana akan cuba luangkan masa. Tak banyak sikit pon jadilah. Sekarang nie pun dah terasa kehangatan audit. Takut blog nie berhabuk pulak nanti.

Fuhhhhhh ------- #

tekanan





Oct 24, 2012

Sayu Menjelang Aidiladha


! Assalamualaikum !

Dalam kegembiraan menyambut aidiladha ..... ada berita kurang gembira buat kami sekeluarga. ... . menitis air mata kesayuan ... 

Hari nie yana kerja separuh hari. Yana baru pulang melawat along yana di hospital. .. along yana kene tahan wad. Menunggu masa untuk menjalani pembedahan.

Bermula dengan kerisauan mata dia yang kuning.. klinik pakar telah hantar along ke hospital untuk rawatan lanjut. Mungkin sakit yang berkaitan dengan hati atau paru-paru.

Setelah dikenal pasti... rupanya along yana ada ketumbuhan dibahagian hempedunya. hurmm .... yana pun kurang faham. Tapi yang pasti along kene menjalani pembedahan bagi melancarkan perjalanan makanan / salur darah dalam badan along.

Hurmm ... moga along tabah !! tolong doa kan along yana ea kawan-kawan.




# Wordless Wednesday # 6


! Assalamualaikum !





# Wordless Wednesday # 5


! Assalamualaikum !






***Please buang !! pusing mataku



# Wordless Wednesday # 4


 ! Assalamualaikum !





Oct 23, 2012

Tiket dari Nuffnang

! Assalamualaikum !

Hari nie yana nak cerita sedikit mengenai Mr Nuffnang. YEs Mr Nuff ... sponsor tegar diblog yana sekarang. Erkk ... hehehhh Entry nie adalah rentetan dari entry Blog Hanif Idrus 

Yeahh ... disebabkan selalu orang update entry mengenai CPUV / BE, yana pun mulalah skodeng blog-blog sifu yang famos amous tue. Bukan nak sangat CPUV tue ..... tapi memang nak pun ... (walau blog tak femosSs) kikiki Yana pun hantar lah tiket / surat cinta pada Mr Nuff ..... macam yang telah disarankan oleh abg Hanif di entry beliau Disini. Selang berapa hari jerk surat cinta yana telah direply semula .... Jom yana share. Moga-moga kita boleh faham bersama. Nubis macam yana nie masih perlu belajar banyak benda.

#--------------------------------------#

Hi N******a,

Terima kasih kerana menulis kepada kami! Sebenarnya, apa yang anda cuba maksudkan ialah kempen CPUV, bukan "Buffered Earnings". Buffered Earnings, Metered Earnings, etc sebenarnya hanyalah istilah yang digunakan untuk kempen CPUV.

Untuk mendapat ruang "Buffered Earning" pada "Earnings" anda, pertama sekali anda haruslah dipilih oleh Pihak Pengiklan (Advertisers) kami untuk membuat kempen CPUV bagi pihak mereka. Terdapat beberapa faktor yang menentukan peluang anda untuk dipilih untuk kempen CPUV. Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut :

Disebabkan Pihak Pengiklan (Advertiser) senantiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi. Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang 'survey' yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers. Ini kerana, 'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers kami mengenali isi kandungan blog bloggers kami dengan lebih baik. Mana-mana blog yang tidak mengisi ruang 'survey' selalunya tidak akan diendahkan oleh Advertisers kami kerana mereka tidak akan tahu jika kempen mereka bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan blog tersebut. Oleh itu, kami amat menggalakkan anda mengemaskini laman 'survey' anda dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog anda dipilih oleh A!
dvertisers kami.

Kebersanan penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan. Pengiklan kami telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan iklan mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya. Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan. 

Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda. Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan seperti di atas, hal ini akan banar-benar mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk memilih blog anda dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain.

Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu, Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah. 

Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati.

Oleh itu, anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog anda untuk mendapat perhatian daripada Pihak Pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di tempat yang betul, dll. Jika nasib menyebelahi anda, dan Pihak Pengiklan memilih anda untuk kempen CPUV mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!

Good luck dan selamat berblogging!

#-----------------------------------------------------------------#

***copy paste dari email yana



Oct 22, 2012

Tolong YaNa sikit .... URGENT


! Assalamualaikum !

Maaf ganggu ... hehehhh yana nak mintak tolong pada sesiapa yang berkenaan. Yana dah masukkan Link Blog korang yang join segmen yana kat sidebar JomBW..Kasi GeGaR.

Masalahnya sekarang ..... ada dalam 4 blog yana tak dapat URL blog diorang. So yana tak dapat masukkan dalam bloglist yana.

Mintak tolong kalian check dalam bloglist tue. kalau takda blog korang, cecepat bagi tahu yana k. Nanti yana boleh masukkan. TQ

sidebar


Attention pada mereka yang join segmen yana SaHaJa. TQ

***pening sudahhhhh





Ceritera Weekend - Projek Bunga


! Assalamualaikum !

Selamat pagi isnin semua ... harap semua sihat sejahtera selepas bercuti. Jangan Monday BluessSss sangat ek .... Pagi nie nak cerita kisah projek weekend yana yang lepas.

Hari sabtu yang lepas telah berlangsungnya majlis konvokesyen untuk kanak-kanak sekolah tadika. Wahhh budak sekolah tadika sekarang pun dah boleh merasa konvo kan. hehehhh

Projek yana pada majlis tersebut adalah menjual Bunga ... !! yes Bunga, yang sinonim dengan mana-mana majlis konvo di University @ Kolej. Nie adalah projek mak mertua yana. Yana dan suami masuk dalam team projek nie sekali lah. Tolong mak mertua jual ....

sejambak bunga

konvokesyen

konvokesyen

model cilik


Alhamdulillah ... memang mendapat sambutan dari ibu bapa. Mungkin untuk dijadikan kenangan untuk anak-anak mereka. Beli bunga dan ambil gambar .... macam model cilik diatas. Insyallah ... selepas raya haji ada lagi sekolah tadika yang akan "konvo".... so projek ON.





Oct 19, 2012

Senarai Link Segmen Masuk Bloglist Yana


! Assalamualaikum !

Tamat sudah Segmen Bloglist yana pada jam 4ptg tadi ... yippyyyy. Yang sebenarnya tak sabar nak masukkan link blog korang dalam kotak kat bawah nie.

bloglist

Tapi beri yana masa sedikit okeh ... sementara tue, korang boleh lah Blogwalking dulu senarai link kat bawah nie. Bukan apa .... untuk menambahkan kenalan di alam maya. Kalau ada senarai Link korang yang tertinggal (yana tak masukkn) tolong bagi tahu ok. Yelahh .. spek tak siap lagi nie. Ting tong sikit mata yana ... heheh  .... Happy BW


Terima kasih sudi men"join"kn diri anda. Amat di hargai. Kasi GeGaR ^^

***tak tahu mcmana nk hilangkan warna background kat link tue lah...sakit mata..ignore kn jerk lh k.TQ





Segmen - Jom Masuk Bloglist YaNa


TAMAT


! Assalamualaikum !




Disebabkan blog yana dah 100% berwajah baru ... yana nak letakkan Bloglist di SIDEBAR. Tapi yana taknak lah sebarangan masukkan blog orang. Yana takut tertinggal or tersilap pilih blog. Jadi yana nak korang yang tentukan. 

Macamana nak tentukan ?? heheh dah kata segmen kan. So .... 

1. Follow blog yana Nazlyizan
2. Buat satu entry simple " Segmen - Jom Masuk Bloglist YaNa "
3. Tepek banner comot diatas tue dan link ke entry ini
4. Letak link entry anda itu dalam kotak Comment dibawah nie 
   (hanya link dalam kotak komen dlm entry nie sahaja diterima)


Kenapa yana nak buat bloglist ?? sebab yana suka klik link dari bloglist yana untuk jengok blog mereka. Yana suka jenguk blog yang update selalu. Senang nak komen2. heheh Sudi2lah kiranya join segmen simple yana nie ....

Date Line : ikut suka YaNa



**hanya blog picisan...yg mencari sahabat di alam maya


JomBW - Kasi GeGaR


! Assalamualaikum !

side bar


Wahhh ... gambar kotak apa kat atas nie !!! hahhhhh nie lah kotak yang akan meletakkan nama blog korang. Blog yang telah menyertai segmen dari yana. " Segmen - Jom Masuk Bloglist Yana "

Dengan rasminya ... yana akan tutup segmen nie pada jam 4.00ptg hari ini. So pada yang masih belum join kan diri ... cecepatlah join k. wahhhh macam femes jerk dak yana nie kan ... kikiki bukan selalu nak jadi minah perasan kn ... kn



Oct 18, 2012

Final Piala Malaysia 2012


! Assalamualaikum !

final piala malaysia

Bagi sesiapa yang menyaksikan perlawanan bola sepak pada semi final minggu sebelumnya pasti tidak akan ketinggalan untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia yang akan berlangsung pada 20 Oktober 2012 sabtu ini yang akan mempertemukan ATM dan Kelantan.

Fuhhhh .. macam tulis artikel kat surat khabar pulak ... heheh PanasSss jualan tiket pasti macam pisang goreng sekarang nie kan. So bagi memudahkan peminat / ponyokong pasukan bola sepak anda bolehlah membuat pembelian secara online / atas talian.

Hanya klik Disini --> TiketHotLine

ticket

ATM Vs KELANTAN
Tarikh: 20 Oktober 2012
Masa : 8.45mlm
Venue: Stadium Shah Alam, Selangor
Harga tiket : Terbuka RM40.00
Kanak-kanak (12 tahun dan kebawah) RM5.00


perhatian

Apa tunggu lagi ??? ... klik sahaja .......

Korang sokong mana ?? yana sokong ....... nak mimpi dulu :)




Rabun Mata


! Assalamualaikum !

Semalam yana pergi ke kedai cermin mata untuk pemeriksaan mata. Yana memang pakai cermin mata. Nak buat pemeriksaan nie pun sebab mata yana rasa pedih dan berair pada waktu petang bila terkena sinaran matahari. Hurm ... rupanya yana rabun biasa jerk. Tapi cermin mata yang yana pakai sekarang nie ada silau pulak. Terlebih power ler ... patutlah. So yana kene lah tempah cermin yang baru. Tapi pakai bingkai yang sedia ada sekarang. Jimat kos sikit.

Dah alang-alang tue ... jom yana share sedikit struktur mata dan apa itu rabun. 


Kenali struktur Mata anda

gambar mata


Apa itu Rabun Mata ??
Rabun adalah keadaan dimana cahaya dari objek yang dilihat tidak difokuskan di atas retina. Rabun boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan diantara panjang bola mata dengan kuasa kornea dan kanta mata.

retina

Tanda-tanda Rabun
- Sering kelip / gosok / genyeh mata
- Mata berair
- Melihat tv dengan jarak dekat
- Mata sakit / penat
- Sakit kepala


Kalau ada tanda-tanda rabun. Baik pergi buat pemeriksaan dengan kadar yang segera. Takut lewat-lewat nanti rabun makin teruk. Kene pakai "power spek" yang tebal nanti.

Hari nie yana tak dapat nk jalan-jalan sangat kat blog kawan. Mata yana berpinau2 ... pusing jerk tak boleh tengok screen pc lama-lama. Sebab yana kene pakai lens  Bingkai kene tinggal kat kedai. Untuk buat cermin.. huhuhhh maaf ea kawan-kawan ... mintak-mintak cepatlah siap cermin mata yana. Tak suka sangat pakai lens nie ....






TandaHati Dari Blogger KA


! Assalamualaikum !

Petang semalam balik dari kerja. Yana terima sekeping sampul surat coklat. Dalam hati berkata .. " nie mesti hadiah yang aku tunggu-tunggu" ... heheh bukak jerk. terus nampak KA. hahh betul lah tue.

saguhati

peggantung bag

Bermula dengan masuk segmen dari KA, iaitu Bloglist Kesuma Angsana. Yana memang nak masuk bloglist KA. Sebab yana suka datang blog KA. Bila dah tamat segmen, KA umumkan semua dapat masuk Bloglist KA ... lega hati yana. heheh pastu siap ada kejutan tau ... KA akan cabut nama diantara yang join segmen KA untuk mendapat tandahati. So yana salah seorang dari cabutan bertuah tue ..... heheh

TQ KA .... Really appreciate !!

***nasib tak guna Random.ORG ... sebab selalu takda LUCK ... heehehhh




Oct 17, 2012

# Wordless Wednesday # 3


! Assalamualaikum !




# Wordless Wednesday # 2


! Assalamualaikum !





Oct 15, 2012

Lokasi Kamera AES


! Assalamualaikum !

Apa itu AES ?? AES (Automated Enforcement System)  adalah sebuah sistem kamera bagi mengesan had laju dan pelanggaran lampu isyarat. AES berupaya mengesan dan merakam secara automatik sebaik sahaja mana-mana kesalahana lalulintas dilakukan di kawasan sering berlaku kemalangan sahaja.

10 Perkara tentang AES

klik utk besaw

Sistem ini mampu untuk zoom muka pemandu kenderaan tersebut. So yana sarankan bagi sesiapa yang tidak dapat sentiasa mengawal had laju kenderaan anda agar sentiasa kemas didalam kenderaan anda. Ini bagi memastikan muka anda nampak semat apabila anda mendapat surat cinta kelak. heheh

Lokasi kamera AES kawasan lampu isyarat di MELAKA

Kawasan hadlaju / jalan lurus di MELAKA

Untuk mendapatkan maklumat lanjut lokasi hadlaju dikawasan anda. Anda boleh ke laman web DISINI.


Secara peribadi yana menyokong perlaksanaan sistem ini di Malaysia. Ini adalah bagi mengurangkan / mengelakkan kemalangan yang berlaku hampir setiap hari diseluruh malaysia. Ini bagi membantu pemandu di malaysia agar lebih berhemah dijalanraya.


Tidak lama lagi hari raya aidiladha.,so pada sesiapa yang dah berhajat nak balik ke kg halaman, silalah BERHATI-HATI dengan speedtrap trafic ops perayaan.

SAYANGAILAH NYAWA & DUIT ANDA :)




Segmen: Tambah Follower Banyak-Banyak!!


! Assalamualaikum !



Pagi nie yana nak join segmen dari Yuliana Wahit. Dah lama kot tak join segmen pollow2 nie. heheh Jom korang sambil tambah follower sambil berkenalan.

Klik Banner comel diatas. TQ

Jumlah follower 15.10.12 / 11.11am




Wajah Baru


! Assalamualaikum !

Morning ollz ... Korang mesti perasankan. Blog yana dah bertukar wajah 100%. Cuma header jerk belum tukar ... heheh itu kene ambil masa lah. Belum ada idea lagi ... nak belajar lukis kartun tak pandai-pandai lagi... heheh

Semua nie hasil tangan dari Cik Rose Cute. Sabtu hari tue yana request. Hari ahad dah siap. Cepatkan .. heheh Yana saja nak tukar wajah blog dari hasil tangan orang lain. Sebab sebelum nie blog yana loading lambat. Yana tak tahu macamana nak ubah. So last idea suruh jerk orang editkan 100%. Lagi pun yana edit asyik benda yang sama jerk (sebab tak pandai) tak macam bertukar.... heheh

Sebelum nie tema blog yana warna pink + purple kan ... tapi sekarang saja nak ubah angin. Warna pink + hijau pucuk pisang. Harap korang tak sakit mata lah okies.

Sesiapa nak tempah edit blog boleh lah ke blog Cik Rose Cute. RM10.00 jerk tau, tapi hasil memang memuaskan. Siap boleh request tema apa lagi..heheh





http://matcuoi.com



Oct 14, 2012

Lepak Time. .. .


! Assalamualaikum ! 

Siapa tak tidur lagi .... angkat keyboard .... heheh yana tersangkut kat kedai mamak lagi, gara-gara incik hubby dah melekat tengok cerita aksi yang disiarkan di screen besar kedai mamak nie.

Layankan saja. Nasib baik ada internet free ... tue yang tak kisah lepak sini kalau lama pun takpa. Janji yana tak bosan. Dapatlah yana berbelog.

Makin pagi makin ramai pulak yang isi perut. Jom BW :)

hasil lepaKing 



Oct 13, 2012

Jangan sampai kita terlupa


! Assalamualaikum !




Untung Ler .. ada Jiran macam kau


! Assalamualaikum !

Tetiap minggu sambil mengemas rumah sambil layan konsert free ... jimat letrik rumah yana. Tak payah on radio rumah sendiri. Cuma tadahkan telinga saja.... hahah Kalau sedap takpelah jugak.. aduhhh sampai katak pun takut nak panggil hujan... kikiki

Kita hidup berjiran nie kene lah saling hormat menghormati. Bukan jadi hati kering jerk. Sok lusa kalau jadi apa-apa takda lah tebal seinci muka tue nak minta tolong kat jiran.

Bergegar tingkap rumah yana nie dengan sound speaker dia tue. Aduhhhh ... jiwang karat sungguh jiran sebelah rumah yana nie. Lagu semua menusuk kalbu. Dari pagi sampai ler sekarang nie... tak penat ke cik abang oit ... nak jerk yana jadi juri pengkritik. Baru dia sedau diri sikit. Fuhhhh ... keLAUT.



Sabau Jerlah ~~~~~





Oct 12, 2012

PonPOnNnn ....


! Assalamualaikum !

Maghrib semalam tiba-tiba ada orang datang rumah ... ingatkan anak raja bunian nak datang merisik ... kihkih ... rupanya abang POSLAJU datang hantar bungkusan untuk yana. Aik siapakah yang baik hati bagi aku hadiah (perasan gilew)... Birthday aku dah lama lepas. Hurmmm


Betul-betul ke"nyanyok"kan ler yana nie .. lupa hari tue yana ada beli baju online. Heheh Wahhh .. boleh pergi dating dengan incik hubby ler weekend nie. Dah verangan nak pakai dress nie. Muat-muat yana jerk pakai.


Refer Entry sebelum nie " Sambil menyelam ... cuci mata " ini lah yang menyebabkan yana tersangkut untuk order dress nie. heheh memang tak boleh blah ler .... mata rambang. heheh


Dress dia macam gambar diatas nie. Tapi yana gayakan dengan seluar jeans ler ... heheh Korang pon nak  tak?? macam-macam ada ..... Jom --> Dressuana

**TQ kak puteri .. yana dah dpt


Oct 11, 2012

Maruah @ Reputasi? ?

! Assalamualaikum !

Bagi korang antara maruah dan reputasi mana yang lebih penting dalam kehidupan nie? Mungkin bagi kehidupan yana yang sederhana nie, maruah adalah benda yang paling penting sekali dalam hidup. Sebab kalau maruah tak penting, maksudnya dalam diri orang tue takda sifat malu.

Bagi golongan kaya pula, mungkin reputasi sangat penting bagi mereka. Kerana dengan reputasi lah yang akan membawa mereka keatas. Kedudukan yang tinggi menjamin reputasi mereka.

Tapi nie pendapat yana saja. Yana sebenarnya tengah sakit hati nieh.. heheh yana tengah layan cerita korea kat astro channel 393. heheh GLASS CASTLE

hurmmmm


YaAllah .. Adakah aku Perlu Bercuti


! Assalamualaikum !

Mood sekarang nie keLAUT ... Tak tahu nak menangis ke gelak dengan kealpaan diri ini sejak dua menjak nie. Setelah empat tahun bekerja di syarikat nie. Hari nie rasanya kesilapan paling BESAR yang yana dah buat.

Sepatutnya hari nie client datang untuk inspection Pipe yang telah disiapkan oleh company yana. Tapi dari pagi tadi tak datang-datang. Bos dan beberapa orang penting naik jenuh menunggu mereka. Bila hubungi mereka. Talian sibuk sahaja. Yana rasa macam tak sedap hati. Yana semak semula email yang yana beri kepada mereka. Terbeliak mata yana !!! YaAllah ... yana silap bagi tarikh !!!  yana letak 18 / 10 / 2012.

Dengan langkah berat , yana jumpa bos dan terangkan kesilapan yana. Ermm ... biasalah. Kene tiaw jugak ler. Apa nak buat...memang silap yana. Yana rasa bersalah sangat-sangat. Malu dengan bos, lagi malu dengan orang-orang penting yang lain tue. Dushhhhh

Pengsan !! 


Biaw Betikk ... Saja nak menguji Orang ler ....


! Assalamualaikum !

Macam lama pulak tak bercerita kan .. heheh pagi-pagi tadi macam biasa lah sebelum memulakan kerja. Tengok-tengok pendapatan sampingan yang memang tak seberapa tue, hasil berinternet jerk nie.

OMK (owh mak kau..) biaw betikkk macam nak tekeluar biji mata nie. Kenapa tiba-tiba boleh jadik macam nie ?? kompius jap .... 

saja besaw kn .. heheh

Dah senyum sampai ke telinga dah .. padahal selalu peramkan saja. Sebab takda orang nak klik ... heheh Tapi bila perhatikan satu-satu. Tetiba muncung dah panjang ... ermmm ..... Kene tipu lah nie. Total earning kat atas tue tak sama lah ..... menguji iman betul. kohkoh



RM0.20 sen jerk tiap satu iklan yana dapat ... tue pon siapa tah yang baik hati sanubarinya klik iklan yana ... huhuh sedih kan tengok. Memang tak pandai buat iklan untuk orang klik ler dak yana nie ... huhuh



Oct 10, 2012

Iman Anda Sudah Loww !!!


Iman Anda Sudah Loww !!!

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║██░░░░░Battery Low ░░░░░─║║║
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

▂ ▄ ▅ ▇ █ Charge Iman Anda █ ▇ ▆ ▄ ▂

أستغفر الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║████░░░Battery Low ░░░░░─║║║
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

سبحان الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████Battery Low ░░░░░─║║║
║║███████░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

لا إله إلا الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║█████████tery Low ░░░░░─║║║
║║█████████░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

الله أكبر

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████████░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████████y Low ░░░░░─║║║
║║███████████░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

لا حول و لا قوة إلا بالله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║██████████████░░░░░░╚╗╚╗
║║██████████████ ░░░░░░─║║║
║║██████████████░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

الحمد لله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████████████░░░╚╗╚╗
║║█████████████████░░░─║║║
║║█████████████████░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

اللهم صل على سيدنا محمد

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║████████████████████╚╗╚╗
║║███████ Battery Full ██████─║║║
║║████████████████████╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝
Sudah Full , Amin ^^
Ahamdulillah, sedar xsedar anda telah berzikir & berselawat..
"ber blog sambil beribadah" ^_^ ..
♥  Cepat Charge .. ♥









# Wordless Wednesday #1


! Assalamualaikum !







PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...