HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Nov 9, 2012

Rahsia Surah Al-Kautsar


! Assalamualaikum !

rahsia Surah Al-Kautsar


Surah Al-Kautsar ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Surah Al-Kautsar ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam Surah Al-Kautsar ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan ALLAH s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, ALLAH s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.




Hazama - Aku mahu dia


 ! Assalamualaikum !

Pagi nie idea nak tulis entry takda lah ... masih beku lagi kot. hehehh Korang perasan tak lagu kat blog nie dah tukar. Mesti tak perasan kan ... sebab selalu on9 volume mute ... sebab takut kantoi ngan bos. kikiki macam tau2 jerk yana kan. Sebab yana pun buat macam tue. Kalau bos takda jerk baru volume kasi on.

Korang yang on volume tue rasa bingit tak dengan lagu kat blog yana nie?? ok tak pemilihan lagu nie? mengganggu konsentrasi korang nak membaca tak???? banyaknya soalan kan .....

Yana pilih lagu dari Hazama - Aku Mahu Dia nie sebab teringat time cintan cintun dulu ler ...... lagi pun gara-gara tengok cerita apa celup toqqqq ..... balik rumah terus cari lagu nie. melody dia best kotttttt

Yana share video OST Apa Celop Toqq  ek dari youtube. Enjoy ~


~ saat aku kenali dia hati ku ini selalu gundah selalu ingin dekati dan ingin menghampiri dia... aku mahu dia milikku ku harap semua pun tahu bahagia terasa bila ku lihat senyumannya... aku sedar ku telah jatuh cinta dengannya hati ku terasa luar biasa aku tahu kau selalu curi lihat aku mata mu jelas kan kau mahu katakanlah pada kekasih andainya kau punya perasaan seperti ku agar kita bisa bersama tolong jawablah kasih jawablah perasaan hatiku yang berdebar ku selalu terbayang senyummu.. lalalaaaaaaa ~~





Nov 8, 2012

Benci tapi Terpaksa


! Assalamualaikum !

Entry kali nie saja nak cerita pasal seseorang yang yana benci sangat. Maaf ea ... yana kalau dah benci orang tue ... pandang muka dia pun macam nampak kaki yang busuk bertepek kat muka dia.

Kat pejabat yana nie ada sorang mamat bodoh tapi belagak nak mampus. Dia anak bos ... so faham-fahamlah kedudukan dia macamana. Kerja orang angkat sampah lagi mulia kalau nak dibandingkan dengan dia yang tau tidur, lepak jerk kat pejabat nie. Makan gaji buta yang beribu tue. Bukan jelez ... tapi yana nie dibuat macam patung .... buat kerja banyak pun tak guna. Bukan orang nak hargai. Baik yana buat macam sekarang nie.

hate

Yana kerani jerk kat sini, tapi yana lah dispatch, mak guard, segala bagailah. Bukan nak merungut. Tapi sakit hati dengan mamat bodoh tue. Sepatutnya waktu kerja 8.30am-5.30pm. Tapi sukati dia nak datang jam berapa dan balik jam berapa. Selalunya sebelum jam 5pm dia memang dah hilang. Dia kalau kerja luar / overtime dapat claim ot segala bagai. Tapi yana yang kat pejabat nie kene cover kerja dia ... dapat asap jerk. Siapa tak sakit hati kan.

Bila bapak dia suruh buat kerja sikit. Perhhh ... muka dia macam stokin !!! pastu macam nak hangin jerk. Padahal bukan buat apa pun kat pejabat nie. Buat jerk lh kerja tue. Takkan tetiap bulan nak makan gaji buta. Tue baru bapak dia yang suruh. Kalau yana yang suruh lagi macam keldai muka ngan perangai dia tue. Bukan suruh buat apa pun ... suruh g bayar bill pun nak merungut. Hari nie yana suruh, kadang-kadang minggu depan baru buat. Yana kalau dah hangin ... yana start enjin kete trus pergi sendiri. Memang sakit hati !!! Kalau lambat bayar line hp bapak dia kene potong, yana jugak yang kene menjawab.

Memang banyak yang yana tak puas hati dengan dia. Tapi nasib baiklah Allah berikan yana kesabaran dan hati yang lembut. Tetiap hari kene ngadap dia memang boleh sakit jiwa. Mintak-mintaklah ada rezeki lain diluar sana. Yana dah tak sanggup dipergunakan lagi selama 4 tahun nie.



  
PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...