HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Feb 18, 2013

Demam Sampai Kena Naik Ambulans



! Assalamualaikum !





Hari nie yana kerja setengah hari jerk. Tadi dah minta kebenaran bos. Yana nak balik awal. Jam 1 nanti yana balik lah ... huhuhhh

Tadi hubby msg. Cakap mama kene hantar hospital naik Ambulands ......

Mak mertua yana dah demam dari hari jumaat lagi. Dah ke klinik ambil ubat segala bagai. Semalam pun yana tengok mama gigil-gigil tahan demam juga. Tapi still ok lagi.

Moga takda apa yang teruklah ... mungkin dalam hospital doktor boleh pantau apa yang patut. Tolong Doa kan untuk mak mertua yana k. Terima kasih ...





ST12 - Putih-putih Melati (Video & Lirik)



! Assalamualaikum !


Disebabkan hari nie isnin, masih mencari-cari arah tuju. Orang kata monday blues .... hehehhh so nak share sesuatu sikit dengan korang. Lagu yang yana rasa best jgkkkkk ...... kalau layan. Dari "ST12 - Putih-putih Melati" ....





 Lirik Lagu Putih-Putih Melati - ST12


Siapa bilang aku seperti dia
Siapa bilang aku cintai dia
Sesungguhnya aku tak benar2 cinta
karna kau tak seputih melati

kalau ada hitam pasti ada putih
jika hatimu kelam tk mungkin bersih
tak usah kau lanjutkan tuk berbagi kasih
karna kau tk seperti melati ohhhh

putih2 melati
merah2 delima
siapa yg baik hati
pasti ku terima ahhh…




Feb 15, 2013

Taman Rama-rama, Cameron Highlands



! Assalamualaikum !

Cerita Taman rama-rama, cameron highlands ini sebenarnya sudah sedikit basi. Ermm .. bukan sedikit tapi dah terbasi habis kot. hehehh Cerita dah tersimpan dalam draft lama. Orang dah habis raya cina baru nak publish. hehehh 

Ini adalah perkongsian terakhir untuk cerita holiday yana ke cameron highlands hari tue k. Layankan jerk lah k .... layan tau. hehehh




Dah kata taman rama-rama mestilah banyak rama-rama jerk kan.. heheh cantik-cantik rama-rama kat situ. Ada yang besar jugak tau. Tapi selain rama-rama, kat situ juga ada haiwan lain juga tau, Kebanyakkannya serangga or haiwan yang unik kita susah atau jarang atau takkan dapat jumpa kat mana-mana.Yana nak namakan pun dah ingat-ingat lupa nie. Baik tak perlu taip .. nanti silap korang juga yang susah. hehehh





Bayaran masuk ke taman rama-rama ini serendah RM5 sahaja untuk dewasa, dan kanak-kanak .... lupa sudah. huhuhh maaf erk. Inilah akibat duduk lama sangat dalam draft.


Bunga-bungaan pun banyak kat taman nie tau. Macam bunga dalam gambar diatas. Minah bunga nak glamer ... hehehh

Ok lah rasanya sampai sini saja perkongsian cerita percutian yana ke cameron highlands. Dah habis kongsi ... nak cerita banyak tak pandai. So pendek-pendek jerk lah k .... peace yoy




Big Giveaway by Cikgu Fizi, Fizgraphic, EmasPutih, Duniashida & AimanCool



! Assalamualaikum !

Setelah beberapa hari hanya melihat sahaja bz giler ... So hari nie dengan rasminya yana nak joinnnnnn Big Giveaway by Cikgu Fizi, Fizgraphic, EmasPutih, Duniashida & AimanCool.


Klik utk join
Syarat Wajib

Sila Follow Blog Sponsor :  *wajib
a. Cikgu Fizi (155)
b. Fizgraphic.com (Follower)
c. Emasputih.com, (Follower)
d. Duniashida.com (Follower)
e. Aimancool.com (2051)

Like FP Sponsor :  *wajib
a. CikguFizi  (6,693)
b. Fizgraphic  (4,579)
c. Duniashida  (Already)
d. EmasPutih (Already)

Masukkan Sponsors dalam Bloglist korang  *wajib (DONE)
Sharekan link GA ke wall facebook masing-masing (DONE)

Mangsa Tag : kamu & kamu & kamu semua ^^




100% Hasil Kerja Sendiri



! Assalamualaikum !


Nazlyizan Craft


Semalam bagi menghilangkan tension dengan kerja yang melambak, maka yana dengan tidak tersengajanya telah mengedit 100% blogshop yana !! gedix tak ayat tue ... hehehh ..... dan hasilnya Disini

Fuhhh .... rupanya senang nak edit blog sesimple tue. Kalau lah yana tahu ... hehehhh

Tapi tue jerk lah yang termampu. Sebab ahkak tak pandai koding bagai dikkk nonnn. So tak boleh berbangga sangat okeh ....

Kalau korang ada terasa nak belajar-belajar edit blog boleh lah ke SINI . Serius sangatlah senang pelajarannya. heheh


***PssSsshh .... rerajin ler singgah Blogshop yana k. TQ ^^




Feb 14, 2013

Bila Nak Bayar Hutang !!!



! Assalamualaikum !


Bila nak bayar hutang !!!


Apa khabar semua .... Yana sihat-sihat sahaja. Hehhh Huhh

Hujung tahun lepas, jenuh menghadap segala bagai dokumen syarikat untuk dihantar ke auditor. Sekarang adalah masa untuk menjawab pula. Jenuh nak menjawab segala persoalan "si auditor" tue. Yelah ... sebab bukan kita yang belanja duit tue. Macamana kita nak menjawab kan .... So sabo jerk lah. Siapa yang tahu bab-bab audit nie tahu ler .....


Auditor


Bila nak bayar hutang !!!


Sekarang nak menghadap Borang E pulok .... aduhhh .... "eh dak yana nie dah bercuti lama macam-macam pulak" ... hehehh Marilah kita bekerja dengan Ikhlas !! yes



Bila nak bayar hutang !!!

Hutang ??? yana nak ucapkan terima kasih pada kamu ... kamu ... kamu .... yang sudi datang singgah ke blog yana. Kalau perasan ... yana agak menyepikan diri sedikit. Yana masih belum betul-betul dapat membalas kunjungan korang. Yana minta maaf okies. Yana nak selesaikan dulu tugasan-tugasan diatas. Barulah hati nie senang dan lega. Yana kumpul dulu k. Nanti yana bayar hutang. Takda riba' kan .... hehehhh

Peace yoy



ValenTine Day ... What !!



! Assalamualaikum !



haram disambut




Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan hukum orang Islam menyambut perayaan Hari Valentine. Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Sumber -> Majlis Fatwa


pokok kari

Bagi yana ... Hari berkasih sayang adalah setiap hari. Tak perlu menunggu setahun sekali untuk menyambutnya. Tak perlu berbunga bagai ... cukuplah kepercayaan dan kasih sayang sesama pasangan kita. Motip pokok kari tue?? hehehhh cukup ler sehelai dua daun kari dibubuh dalam masakan kari kita. Masak kari untuk pasangan kira .... kenyang wowww. Bolehlah bertambah kasih sayang abadi. hehheh




Feb 13, 2013

# Wordless Wednesday # 30 / PerancanganNya




! Assalamualaikum !






Feb 8, 2013

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013



! Assalamualaikum !


klik utk join

Link Sponsor


Ramai sponsor .... so hadiah pun pasti menarik. Jom join ... ^^



Segmen Bloglist dan Review Blog




! Assalamualaikum !


Klik utk join

Tamat : 09 Feb 2013


Jom Masuk Bloglist & Review Blog by Cik Aishah





! Assalamualaikum !


Klik utk join

Jom reramai join ..... bloglist !! yeah

Tamat : 22 Feb 2013



Random Giveaway by LS




! Assalamualaikum !


Klik utk join

Setelah di tag oleh MV

yana join .... ^^

Hadiah menarik

So yana Tag AWAK & AWAK




Hibah dari Rakan Blogger




! Assalamualaikum !

Pagi tadi tergerak hati nak tengok letter box kat rumah. Selalu buat tak tahu jerk .... Tiba-tiba ternampak ada beberapa sampul surat. Eh ... mak tak perasan posmen datang semalam kot. Nasib baik tak basah sebab hujan semalaman malam tadi.

Salah satu sampul tue untuk yana lah ... "wahh pagi-pagi dah dapat surat" tegur incik hubby. Biasalah retis .... woooo saja bakar line pepagi. kikiki


hadiah


Yana dapat sticker yang tertulis nama blog yana dari Tirana Aduka yang lebih mesra bahasakan dirinya TA. Terima kasih TA ... Mula kenal masa yana heboh cerita entry EnSurvey Disini dan Disini.

Terima kasih untuk hibah ini TA. Hibah tue adalah hadiah. Memula yana pun tak tahu .. nasib baik TA terangkan. Kat blog TA banyak TA ajar bahasa jawa tau. Kalau nak belajar jom ke blog TA


Terima Kasih ... Matur Nuwun








Feb 7, 2013

Senarai Hotel di Cameron Highlands, Pahang




Assalamualaikum

Sebenarnya banyak hotel yang terdapat di cameron highlands. Hanya melihat pada bajet kita sahaja untuk menentukan hotel pilihan bagi penginapan kita semasa bercuti disana. Berikut adalah antara senarai Hotel yang terdapat di Cameron Highlands, Pahang untuk rujukan.

Korang boleh hubungi no yang tertera berikut untuk menempah atau membandingkan harga-harga hotel yang tersenarai. Ini dapat menjimatkan masa dan mengikut bajet anda untuk bercuti.

Senarai Hotel di Cameron Highlands, Pahang


Senarai Hotel di Cameron Highlands, Pahang

HOTEL ROSA PASSADENA

Alamat : No.1, Bandar Baru Brincang, P.O. Box 8, 39100 Brincang, Cameron Highlands, Pahang.
Tel : 05-491 2288
Fax : 05-491 2688
Email : resvnrosa@cameronpremierhotels.com.my


Senarai Hotel di Cameron Highlands, Pahang

HOTEL RAINBOW

Alamat : Lot 25, 39100 Brincang, Cameron Highlands, Pahang.
Tel : 05-491 4628 / 491 4648
Fax : 05-491 4668
Email : resvnrbw@cameronpremierhotels.com.my
Website : www.cameronpremierhotels.com.my


Senarai Hotel di Cameron Highlands, Pahang

HOTEL CASA DELA ROSA

Alamat : Lot 48, Jalan Circular, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang.
Tel : 05-491 1333
Fax : 05-491 5500
Email : reservation@hotelcasadelarosa.com.my
Website : www.hotelcasadelarosa.com.my



Senarai Hotel di Cameron Highlands, Pahang

HOTEL DE'LA FERNS

Alamat : Batu 39, Jalan Besar, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang.
Tel : 05-491 4888 / 491 1888
Fax : 05-491 5198
Email : reservation@hoteldelaferns.com.my
Website : www.hoteldelaferns.com.my


CERITERA HOLIDAY DI CAMERON HIGHLANDS









Feb 6, 2013

Bertukar ...... Kembali ke [dot][my]




! Assalamualaikum !



Yana cuma nak bagi tahu .... yana telah kembali ke domain dotmy

So url yana sekarang http://www.nazlyizan.my

Yana kembali pun setelah berfikir hampir seminggu ... hehehhh yang sebenar tak tahu macamana nak terminate. So pakai jelah dulu buat sementara nie. Benda free .....

Bagi sesiapa yang exchange bloglist dengan yana, harap boleh masukkan url baru yana nie k. Terima kasih ...

Pada sesiapa yang nak exchange bloglist dengan yana pun boleh .... tinggalkan url blog kat kotak komen. Nanti yana akan update bloglist baru. Itu pun kalau ada yang sudi. hehehhh



1st Segmen Ina Sazali Mencari Rakan Bloglist




! Assalamualaikum !


Klik utk join

DateLine : 25 Feb 2013


Segmen: Ayu's Felt Craft



! Assalamualaikum !


klik utk join


DateLine : 16 Feb 2013




Segmen: Follow Me FOllow U



! Assalamualaikum !


klik utk join

Follower ke : 229




Jom JOIN Bloglist JS 2013




! Assalamualaikum !


Klik utk Join

Nak join ........ yana dari MeLaKa. Salam Kenal ^^


DateLine : 28.02.2013




Feb 5, 2013

Big Red Strawberry Farm, Cameron Highlands




Assalamualaikum

Big Red Strawberry Farm, Cameron Highlands memang terbaik !! best sebab dapat makan strawberry coklat .. hehehh



Selamat datang ke Big Red Strawberry Farm, Cameron Highlands. Wahhh ... ada macam duta strawbery tak?? heehhh



Ini adalah tempat yang paling yana sukaaaaaa ....... yeah !! poyo jerk. Yana suka tempat nie sebab dapat makan strawbery dengan coklat yang memang terbaik.


Tengoklah muka puas diatas tue. Tolong jangan meluat erk. hehehhh dengan cuaca yang sejuk, dapat makan strawbery yang masam manis dicampur dengan coklat suam... perhhh sodap !!


Makanan yang menarik perhatian yana untuk makan pada hari itu. Incik hubby tak suka strawbery. So keuntungan berganda buat yana. Makan sampai tak nampak jalan pulang. hehehh


Bil untuk makanan diatas, bolehlah .... sebab sedap dan berpuas hati, so tak berkira sangat ler tentang bil tersebut. Lagipun bukan duit yana ... duit hubby... kikikiii


Di Big Red Strawberry Farm, Cameron Highlands nie kita boleh petik buah strawbery sendiri. 1/2 kilo Rm25. Sekilo Rm50. So yana pilih untuk makan sepuas hati. Tak perlu petik-petik .... just order dan makan. kikikikk

Kalau korang ke cameron highlands jangan lupa singgah di Big Red Strawberry farm nie tau .... cuba rasa strawbery dengan coklat tersebut. Pasti terlupa jalan pulang ... hehehh kidding.





Feb 4, 2013

Cameron Highlands Cactus Farm



! Assalamualaikum !

Cameron Highlands Cactus Farm .... tajuk nak omputeh kan ... hehehh dalam bahasa melayu yana panggil kebun kaktus !! boleh tak?? hentam sajalah ....


kaktus

Wahhhh .... tengok kaktus tue. Menawan kalbu kan ..... tapi kalau terkena jari bisa jugak woo .... Macam-macam jenis kaktus ada. Berbeza warna, bentuk, size ..... macam-macam boleh jumpa. 

Selain pokok kaktus, kat sini pun ada banyak bunga tau. Cantik dan segar semuanya. Cair mata memandangnya. Tapi hanya boleh pandang jerk lah. Kalau nak beli takut membazir pula. Sebab belum sampai melaka dah layu dalam bonet. hehehh

bunga



Ini hanya sebahagian gambar saja. Gambar lain dalam kamera. Yana memang gile bergambar. hehehhh Yana tak beli apa pun kat cactus farm nie. Yana ngan hubby cuci mata dan pernafasan dengan bauan segar kat situ. 

Tak rugi kalau melawat cactus farm kat cameron highlands nie. Sebab harga pokok kaktus dan bunga-bunga kat sini tak lah mahal sangat. Kalau bawak anak-anak pun ok sebab diorang boleh tengok pokok kaktus real dari tengok dalam buku.

So yana sarankan buatlah lawatan ke cactus farm nie kalau sampai ke cameron highlands ok....





REVIEW dari PCL




! Assalamualaikum !



blog review
Klik utk selanjutnya

Hari tue PCL ada buat tawaran untuk meng"review" blog blogger lain. Yana sepantas pantas ke ... kilat menjoinkan diri. Yelah .... bukan senang nak mendapatkan review dari blogger lain. Nak-nak review dari otai yana lebih suka jadi silent reader.

Nak tahu lanjut klik DISINI

Tentang Header yana tue ..... lalalaaaaaa hheheh yana masih belum ada mood untuk edit header bagi cantik. Dulu kalau siapa perasan ..... yana selalu tukar header kan. Sebab time tue terlampau rajin !! tapi sekarang nie bukan terlampau malas. Tapi masa mencemburui ku. hukhukkk Insyallah ... nanti yana akan tukar header lain juga. Tapi ..... bila tue tak tahu pula. Ke ..... ada yang sudi buatkan header untuk yana???

Yana dah buang lagu .................Yeah !! sejak cik ano komen ari tue, memang niat hati nak buang. Tapi asyik terlupa jerk. Fikiran dah nak bercuti time tue ... kikiki so hari nie dengan rasminya yana buang lagu dari blog kesayangan yana nie. Kalau nak dengar lagu buka YouTube erk. hehehh


lagu youtube
Add caption


Untuk yang lain tue .. broken link ... etc semua tue yana akan belajar sedikit demi sedikit. Yana nie lembab sikit bab-bab macam nie. Baca info dari blog lain. Nak buat pastu tak tahu / tak jadi .... last-last yana terabaikan. ini semua poyo .... lalalaaaaa

Terima kasih daun keladi PCL ..... nanti-nanti boleh review lagi erk ... heheh TQ


Hotel Rosa Passadena, Cameron Highlands




! Assalamualaikum ! 


Sejuknya ..... fuhhfuhhhhh

Hari ini merupakan hari ke2 yana dan hubby berada di cameron Highlands.

Kami memilih untuk menginap di Hotel Rosa Passadena. Hotel Rosa Passadena terletak di area Brincang, cameron highlands. Hotel ini berada di pekan kecil dan mempunyai banyak kemudahan sekitar hotel ini. Seperti stesen minyak, kedai makan, kedai runcit dan sebagainya. Wifi juga disediakan percuma... Laju pulak tue. Untung ler.... Hehehhhh.



Harga untuk satu bilik dua orang adalah dari Rm140++ untuk satu malam termasuk sarapan pagi untuk dua orang. Harga yang dikenakan oleh Hotel Rosa Passadena adalah berpatutan bagi yana.

Sebentar lagi kami nak meredah cameron highlands lagi .... nak cari buah tangan dan cuci mata.. hehehh

Bagi yang bekerja ...... selamat bekerja ok.



cameron highlands

cameron highlands

cameron highlands



Permulaan Di Pagi Hari




! Assalamualaikum !

Selamat pagi ................................ semua

huhhhhhh 

Inilah penyakit yang sukar diubati oleh diri ini. huhuhhh setelah bercuti lama, penyakit malas pun senang datang. erk

Malam tadi yana tak boleh tidur. tak tahu kenapa ..... lebih kurang jam 4am lebih baru mata nie beransur lelap. So ................ pagi nie dah macam panda pun ado. Asyik menguap jerk.

Mengantuk SaNgaT !!! fuhhfuhhhh


mengantok


Wahai kengantukkan ...... main ler jauh-jauh !!

Nak cari Mood ..... nak cari mood


Psssttt ..... nanti akan penuh terhidang ceritera dari cameron !! jangan muak tau .... hehehh


***masih berfikir-fikir mengenai rajuk dan kembali "dotmy" apakah yg terbaik ??? huhuhhh







Jan 30, 2013

# Wordless Wednesday # 30

! Assalamualaikum !

# Wordless Wednesday # 29 / Soleh





! Assalamualaikum !


suamai yang soleh






Jan 29, 2013

Percutian Bermula ...

! Assalamualaikum !

Sekarang nie yana dalam kereta dengan hubby .... On the way ke kuala lumpur. Saja memulakan percutian dari kuala lumpur. Malam nie kami bermalam di rumah adik yana. Jimat duit hotel ... Heehhh

Dalam perjalan kat hightway nie dah berapa kali yana menguap. Arghh... Memang mata nie tak boleh tahan kalau berada dalam situasi sekarang.

Hubby pun tahan mengantuk dengan caranya sendiri. Cara apa?? Yana terpaksa menadah telinga ... Huhuhhh hubby karokkk ... Layan perasaan. Aduiiii

Hubby yana memang seorang pemandu berhemah tau ! Awal-awal dah on AES ALERT kat hp dia... Hehehhh sayang duit katanya ....

Hurmm.. Nasib baik boleh on9 guna hp. Tak ler mati akal dalam kereta nie. Heehhh terima kasih UMobile ...

Sepanjang cuti nie dapat on9 guna hp jerk lah.... Jangan terkejut kalau tengok gambar dalam entry yana sepanjang cuti nie k. Gambar akan jadi gedabakkk  besau k. Sebab update blog guna hp. Hehehhh

Moga dipermudahkan perjalanan kami... Amin..

Segmen Review : PCL , tolong review blog saya




! Assalamualaikum !


Klik utk Join

PCL , tolong review blog saya :-


Sampai dua link .... mintak-mintak LuLus .. sambil kelip2 mata. hehhh

Jom join .... ^^



PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...