HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Jan 8, 2013

Fenomena Air Laut Merah




! Assalamualaikum !


Fenomena air laut merah yang juga dikenali sebagai "red tide" adalah berpunca daripada kehadiran sejenis organisma sel yang dinamakan sebagai 'phytoplankton dinoflagellate' yang telah melanda di pantai barat sabah sejak lebih dua bulan lalu. Fenomena air laut merah ini dijangka akan berterusan sehingga Mei depan. 


fenomena misteri air laut merah


7 lokasi di sabah telah dikesan menghadapi fenomena air laut merah ini. Lokasi berkenaan ialah Tasik Sitompok, Kota Kinabalu, Pulau Gaya, Teluk Likas, Papar, Tuaran dan Teluk Sepanggar. Orang ramai telah dinasihat untuk tidak memakan hidupan laut yang mempunyai toksin berlebihan seperti kerang dan siput buat sementara ini. 


fenomena air merah


Ini berikutan fenomena air laut merah yang melanda, dikesan mengandungi tahap toksin yang tinggi. Sejak fenomena air laut merah yang telah melanda lebih dua bulan lalu, difahamkan telah mengorban dua nyawa. Buat masa ini, difahamkan tiada ubat khas untuk merawat mangsa yang telah terkena toksin tersebut.





KALENDER EKSKLUSIF 2013 HAZWANHAIRY | BOX CREATIVE




! Assalamualaikum !


kalender 2013


Sebelum nie yana ada buat entry yang yana telah menang contest dari HazwanHairy bukan hairie othman tau .... hehhh

So semalam yana dah terima Kalender dari beliau. Memang Eksklusif u all .... yana suka kalender format macam nie. Sebab tersenarai hari-hari cuti umum. Sebelum nie memang tertunggu-tunggu kalender kuda dari supplies, tapi tahun nie tak dapat pulak. Nasib baik dapat kalender tahun 2013 dari Hazwan. Terima kasih HazwanHairy.




Tengok tue .... dah siap tampal kat cpu komputer office. Lepas nie ........ membilang cuti ler kerja yana. Bos tolong jangan pening ok. hehehhh



Jan 7, 2013

Segmen : Saya Blogger Negeri .......




! Assalamualaikum !

Yana telah di Tag oleh  +Cik Zaniff 

Klik utk Join

Yana blogger negeri Melaka ... Tak percaya ?? terjah DISINI

Apa yang ada kat melaka ?? kalau yana cerita sejarah melaka memang tak sudah nak menaip. Rasanya semua yang bersekolah pernah belajar sejarah Melaka kan.

Antara entry yana mengenai melaka :-


Pasal makan jerk nieh !!! kikiki nampak sangat kuat makan ... lalallaaaa

Banyak tempat bersejarah kat melaka nie. Semua tempat menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara.

Memang tak rugi kalau berkunjung ke melaka.

Jom ke MeLaKa


- Semua ... semua .... dijemput Join -








Rumah Sewa - Kerinchi @ Bangsar




! Assalamualaikum !

Selamat pagi semua .... salam 1 malaysia

Kerja-kerja audit masih mengejar .... sampai bercuti pun otak ke arah Audit !! Audit !!! adoi bila ler boleh settle. Dah bulan satu nie yana oit !!!

Ok lah takmo cite panjang. Jap lagi nak sambung semula kerja carigali dokumen untuk dihantar ke Audit.


RUMAH SEWA - KERINCHI @ BANGSAR



Yana nak minta tolong .... tolong, rakan-rakan blogger lain. Yana sedang mencari rumah sewa disekitar area Kerinchi @ Bangsar @ yang berdekatan dengan Hospital Pantai Bangsar.

Yana perlukan rumah sewa tersebut dengan kadar segera. Yana cari untuk adik yana yang bekerja di Hospital Pantai. Semalam puas mencari tapi tak dapat. Kalau rakan blogger lain ada maklumat boleh share ngan yana k.




- URGENT -





Jan 5, 2013

Jalan-Jalan Ke Muar

! Assalamualaikum !

Walaupun berjiran tapi ini adalah kali pertama yana menjejakkan kaki ke muar. Ada yang melayan mestilah sampai. Kalau tak.... Bila ler agaknya yana nak jenjalan kat muar nie kan.

Tak tahu ler apa masalah jiwa hari nie, meronta-ronta nak ke muar. Tujuan sebenar tak tahu pulak. So ajak jerk incik hubby ke muar. Kononnya nak merasa mee siput.

Dengan berpandukan GPS (guna pun sesat), kami ronda-ronda pekan muar. Lepak tepi laut, pantai ... Mall .... Sume kat tepi-tepi jerk. Hehhh hajat nak mencari mee siput tak kesampaian. Melayan GPS jerk, sampai perut dah lapar. So singgah jerk makan kat Muar Soup House. Makan nasi ayam hainan. APTB ... Ngeeee

Kami nak cari kedai makan pun tak tahu arah mana. Macam tak nampak kedai makan jerk kat pekan tue. Hehhehhh

Tak jumpa mee siput ... Erm.. Ada peluang jenjalan lagi kat muar nie... Hehehhh misi memujuk incik hubby perlu diteruskan selepas ini.

Layan jerk lah gambar yang sempat yana snap .... Hehhh :)

Jan 4, 2013

Tutorial : Lukis Doodle Menggunakan Microsoft Excel




! Assalamualaikum !




Hari ini yana belajar buat doodle dengan hanya menggunakan Excel !! yes microsoft excel .... Sebelum ini yana selalu belajar buat doodle / lukis-lukis guna Photoshop. Tapi ... hampeh !! rupa doodle pun tak serupa doodle. Nak buat orang jadi rimau ... kikikikk

Tetapi hari ini yana telah berjaya menghasilkan doodle sendiri yang ada rupa orang bukan rimau .... dengan hanya menggunakan Microsoft Excel. Yeah !! Erm ... kenapa yana baru tahu erk ... aduhh senang rupanya !! Takda lah sampai nak pecah otak macam sebelum nie.. hehhhh

Ini adalah hasil dari orang yang takda kerja time lunch !!



Korang kalau nak belajar juga boleh ikuti tutorial lukis doodle menggunakan microsoft excel di blog sifu DISINI. Yana anak murid tak bertauliah jerk. Mana boleh ajar. Nanti riak, tak berkat ilmu .... PoYo jerk kan




- Selamat menajamkan minda -



Review Blog : Yaya's




! Assalamualaikum !



Wow .... cantiknya !!! cantikkan header blogger nie ... teruja sangat sebab header dia lg cantik dari header yana ... hehehh kan dah poyo.

Kalau nak tahu blog ini milik yaya yang comel tau ... kat blog nie ada disediakan 


Yana suka masuk kat tab Art Trade, sebab suka tengok doodle yang ada kat situ. Cantikkk ...... buatkan yana satu doodle boleh?? satu jerk ... kikiki

Lembut jerk kaler yang digunakan dalam blog beliau. Sedap mata nie kalau duduk lelama dalam blog beliau.


Jom terjah DISINI


Review Blog : One Direction



! Assalamualaikum !


Sesi meng"review kembali lagi .... hehehh




Header diatas adalah milik blogger yang bernama Nur Elisra Eisya .... wow sedap nama ... hehehh Hurm ... pertama kali masuk blog adik nie yana terpandangkan header dia yang bergerak-gerak tue. Header flash kot ... cantik, simple.

Maaf lah ... yana tak berapa pandai kalau masuk blog yang bertemakan macam nie tengok nak sebut pun tak pandai ... huhuhhu yana boleh sesat dalam blog nie. Nak ke Home pon yana tak tahu.

Tapi kalau pakai template macam nie memang simple dan sempoi jerk. Tapi kalau terlalu simple, macam susah pulak kan. Tapi terpulang pada setiap individu tue ... eh blog dia sukati dia ler ... adoyaiii   berapa banyak tapi ler ...... huhuhhh

Maaf ea dik .. akk yana kurang ilmu untuk template yang adik pakai tue. hukhuk adik nie mungkin baru menubuhkan blog nie. Melihat pada jumlah entry dan follower beliau.

Apa pun tahniah .... menang Wink-wink Giveaway by Humai & Najwa

Jom terjah DISINI



Salam Jumaat - Penghulu Segala Hari




! Assalamualaikum !


Selamat pagi …. Salam jumaat penghulu segala hari...

SEmoga hari ini lebih baik dArI sEmAlAm...

SEmoga Allah permudahkan segala urusan kita sEmua pAdA hari ini....amin....




Jan 3, 2013

Giveaway Mialiana.com



! Assalamualaikum !


Alhamdulillah .. masih berkesempatan men"join"kan diri untuk Giveaway dari Kak Mia.

Klik utk Join
Saya paling suka entry 9 Tahun Bekerja Sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29) di Mialiana.com kerana dari situlah yana mula kenal dengan empunya blog iaitu kak mialiana. Masa tue ramai yang dapat panggilan SPA untuk exam. Walaupun belum kenal ... tapi kak mia menjawab segala persoalan yang ditanya. Menunjukkan yang empunya blog seorang yang mesra dan baik hati. Entry tersebut juga menunjukkan kak mia seorang yang berdedikasi dalam melaksanakan kerja beliau. Sungguh cekal jiwa kak mia dalam melaksanakan tugas walau pun kekurangan bantuan.

Sesuai dengan tagline Blog kak mia iaitu Smile.. Smile... Smile.... walau sesusah mana pun dugaan dalam hidup kita. Dengan mengukir senyuman ikhlas ... insyallah segala kesulitan akan terasa senang. Macam gambar haziq nie.



Korang kalau nak kenal dengan kak mia boleh klik gambar dibawah nie. 


Jom sama-sama join Giveaway Mialiana.com ..... Senyum selalu ^^

Tag

DateLine : 10.01.2013







Tako Tao - Sedap ke ??




! Assalamualaikum !



Giler besar gambar tue ... hehehh Korang tahu apa tue TAKO Tao ?? yana pun baru tahu ... ek eleh ... gayat tol erk. kikiki



Tako Tao merupakan makanan dari jepun. Makanan orang jepun lah nie ... yana orang melayu saja nak merasa. Nie gara-gara bisikan syaiton adik yana ler. Dia cakp sedap ... sedap. Huh pantang ler dengar sedap !! mencari ler Tako Tao nie di tahun baru. Gambar tue Tako Chicken & Cheese. 

Tako Tao nie boleh dibeli di kios kat Jusco. Yana beli di Jusco aeon bandar melaka. Fuhhh ... tengok style orang tue masak meleleh air liur nie. Sebab terkesima dengan cara memasaknya. Poyo jerk kan ...

So far .... tekak melayu yana nie boleh terima lah makanan nie. Kalau sushi tue .... susah sikit nak terima tekak.

Dah dapat merasa terdiam ler .... kalau tak mencari jugak 




Allah Selamatkan Kamu



! Assalamualaikum !

Hari nie mula bekerja semula. Walaupun masih rasa sakit ..... huhuhhh Tak tahulah kenapa dengan perut yana nie. Rasa bisa jerk ....

Nie nak cerita kisah yang telah terkumpul sepanjang yana bercuti. Tak dapat menaip ... windu ... hehehh

Ahad lepas 30.12.12 merupakan hari lahir mak yana yang ke ....... 52thn. Alhamdulillah ... mak yana masih diberikan kekuatan tanpa sebarang penyakit.

Surprise kami pada hari itu menjadi !! yeah .... memula pada 29.12.12 kami keluar sekeluarga makan-makan. Kami berada di KL masa tue, rumah adik. Cuma along ngan suami jerk takda. Anak dia kami culik. hehehh Sorang pun buat tak tahu mengenai hari lahir mak.



Tepat jam 12am 30.12.12 kami Surprise !! mak dengan kek dan nyanyian Allah selamatkan kamu di kedai makan yang penuh dengan pelanggan lain. Time tue yana menyorok malu ... kikiki adik-adik lain wat muka tak bersalah tak malu




Bersyukur kepadaNya kerana memberi kesihatan pada mak. Moga mak sentiasa dibawah perlindunganNya ... Amin ... We Love u Mak ^^







Jan 2, 2013

Permulaan Kerja di Tahun Baru

! Assalamualaikum !

Pagi tadi sempat update satu entry setelah bercuti lama. Sempat juga membalas beberapa kunjungan dari rakan blogger lain. Tapi masih berhutang banyak lagi. Minta diberikan masa ..., huhuhu

Tadi lebih kurang jam 11.30 yana ke klinik sebab tak tahan sakit perut. Mencucuk-cucuk.. Nak berjalan pun tak larat. Tapi gagahkan diri juga drive ke klinik.

Doktor kata yana gastrik !! Doktor bagi pilihan ... Sama ada nak ubat pil atau nak suntikan.... Adoiii .... Yana sengeh kambing jerk. Sambil berfikir panjang... Yana pilih makan ubat ler !!! Ermm ... Pagi tadi yana sarapan sikit jerk. Sebab  menahan sakit perut. Malam tadi makan banyak... Huhuhh

Yana dapat MC .... Memula takut juga nak minta izin bos untuk balik. Sebab yana baru naik kerja. Tapi .... Dari yana pengsan baik yana balik.

Hurmm .... Permulaan kerja untuk tahun baru terjejas sedikit. Asyik MC jerk dak yana nie... !! Huhuhu

Memories - 2012




! Assalamualaikum !

Fuhhhhhhfuhhhhh ... hokhokkkhokk

fuhhhhhhhhh

Berabuk !! Arghhh .... Hampir seminggu yana bercuti dari ber"blog ... maaf ler .. lupa nak ambil cuti. hehehh Banyaknya nak bayar hutang .. aduhhh ... nanti yana balas kunjungan kalian ya ... terima kasih lawat blog yana masa yana cuti. huhuhuhhh

Walaupun hari nie #Wordless Wednesday# tapi yana nak taip jugak walau tak panjang mana. Nak lepas rinduuu .... lalalalaaaaa 

Entry Mukadimah untuk tahun baru 2013 ... Selamat Tahun baru semua

Mengimbau kenangan 2012. Tahun yang tidak akan dilupakan. Pregnant ---- keguguran. Ermm ... Moga kami diberi rezeki lagi untuk merasai menjadi ibu dan ayah. amin ...




Tahun 2012 juga merupakan tahun yana mula aktif dalam dunia blog ini. Sehingga yana berjaya cashout nuffnang dan says heboh jerk . Tapi yang paling berharga adalah .... yana dapat ramai kawan baru dalam dunia blog nie. Walau tak seramai mana ... tapi menjadi penyuntik semangat buat blog yana. Terima kasih semua !!


Semoga tahun 2013 akan menjadi permulaan dan pengakhiran yang lebih baik dari tahun sebelumnya ... amin ....



Dec 31, 2012

Gelang Pearl Comel




! Assalamualaikum !

Yana ada jual Gelang Pearl Comel tau ... Siapa nak tempah boleh isi details di ORDER FORM.

Jom cikidup Gelang Pearl Comel .... CantikKkk !!


Pengenalan Mutiara Swarovski (Gelang Pearl Comel)


Mutiara Kristal Swarovski dihasilkan di bawah syarat-syarat yang ketat dan kualiti yang sempurna. Pemeriksaan tahap kualiti mereka memberi jaminan penuh bahawa mutiara mereka mempunyai kemasan sempurna, konsisten, dan saiz yang seragam. Swarovski menggunakan teknologi canggih yang baru, menghasilkan lapisan ibu mutiara yang sama rata kepada teras kristal. Teknologi inovatif ini membolehkan fleksibiliti dalam variasi warna dan nada harmoni yang menghasilkan cahaya indah mutiara itu. Penggunaan kristal sebagai bahan asas adalah faktor yang membezakan mutiara Swarovski berbanding mutiara tiruan yang lain. Mutiara Swarovski yang telah siap mempamerkan penampilan yang jauh lebih bercahaya berbanding mutiara tiruan yang lain.

Mutiara tiruan lain mempunyai beberapa kelemahan. Antaranya, semburan minyak wangi atau peluh boleh menyebabkan mutiara tiruan plastik kehilangan salutan mutiaranya. Kerana mutiara palsu mudah tercalar, aktiviti membersih adalah sangat sukar. Tetapi bagi Mutiara Swarovski, ia boleh dibasuh dan tidak mudah terdedah kepada kerosakan dari minyak wangi atau peluh. Ia juga tahan calar. Suhunya cepat disesuaikan dengan suhu badan si pemakai.




MATERIALS GELANG PEARL COMEL


8mm Swarovski Pearl in Bright Gold + 4mm Bicone Swarovski Crystal in Crystal AB + Single Dagling Heart in Topaz AB + Claps & chain in Sterling Silver 925. (Material setiap gelang berlainan, bergantung pada pilihan gelang).



CADANGAN SAIZ BERDASARKAN UKUR LILIT TANGAN YANG KETAT


Saiz S- : Untuk ukur lilit tangan 10.5CM ~ 11.4CM
Saiz S+ : Untuk ukur lilit tangan 11.5CM ~ 12.4CM
Saiz M- : Untuk ukur lilit tangan 12.5CM ~ 13.4CM
Saiz M+ : Untuk ukur lilit tangan 13.5CM ~ 14.4CM
Saiz L- : Untuk ukur lilit tangan 14.5CM ~ 15.4CM
Saiz L+ : Untuk ukur lilit tangan 15.5CM ~ 16.4CM
Saiz XL- : Untuk ukur lilit tangan 16.5CM ~ 17.4CM
Saiz XL+ : Untuk ukur lilit tangan 17.5CM ~ 18.4CM
Saiz XXL- : Untuk ukur lilit tangan 18.5CM ~ 19.4CM
Saiz XXL+ : Untuk ukur lilit tangan 19.5CM ~ 20.4CM

-Sila bagi ukur lilit tangan-

Cara nak ukur tangan macam ni ye...ambil pita pengukur, kemudian ukur biar betul-betul ketat pergelangan tangan. Ambil ukuran dalam CM. Kalau xde pita pengukur, boleh ukur guna benang atau sebagainya. Ukur biar betul2 ketat pergelangan tangan & tandakan. Kemudian ukur benang tadi kat pembaris. Ambil ukurannya dalam CM.


HARGA GELANG PEARL COMEL


Saiz S - + ---> RM52
Saiz M - + ---> RM56
Saiz L - + ---> RM60
Saiz XL - + ---> RM64
Saiz XXL - +  ---> RM68



 


-----------------------------------------------------------

Untuk Pertanyaan lanjut inbox : FB Yana
Pilihan Gelang (Lebih banyak Gambar) : ALBUM
Order Form : DISINI

----------------------------









Dec 27, 2012

Review : Pemenang Simple Giveaway by NFH (5)




! Assalamualaikum !


Pink !! pink !!!! pink !!!!!!

Wahhhh ..... suka ... suka ..... sukaaaa !!!!

Maaf ...ter-meroyan sekejap !!! hehehhh 

Blog Pecinta Pink --> DISINI

Entry ini adalah last untuk sesi review Pemenang Simple Giveaway by NFH.

Melihat pada nama dan header blog beliau kita dah tahu beliau nie seorang peminat Pink !! Gadis Pecinta Pink !! memang betul-betul suka pink nie. hehehh

Jom berkenalan


Baru-baru nie blog gadis pecinta pink telah mendapat CPUV dari nuffnang untuk kali yang ke-22 !! Fuhhh .... apa rahsia ?? boleh share ngan yana ????? hehehhh tahniah dear ..... bilalah cpuv nak sggh blog yana erkkkk ......

Bermula dari semalam beliau telah start menghadapi exam untuk sem 5. Jom sama-sama doa kan kejayaan beliau. Semoga beliau dapat menjawab exam dengan tenang dan mudah .. amin ...

Ok jom terjah .... !!! DISINI







Review : Pemenang Simple Giveaway by NFH (4)




! Assalamualaikum !

Petang nie yana akan review lagi pemenang simple giveaway by NFH iaitu pemilik blog Shafinaz Aina. Wahhh ... macam yana aina ler ... hehehhh


Shafinaz Aina Blog --> DISINI


Header yang simple melihatkan nama pemilik blog tersebut. Loading yang mesra, maksudnya tak lah lambat sangat. So boleh menarik blogger lain untuk singgah kembali.



Blog aina banyak mempromosi link-link iklan selain dari nuffnang. Menarik susun atur iklan tersebut. Tetapi ...... tetapi bagi pendapat yana, Iklan terapung says tue kalau boleh biarlah diletakkan disebelah kiri blog. Ini mungkin lebih mesra dan tidak mengganggu. Ini kerana sidebar blog aina berada dibahagian kanan.


Iklan Nuffnang ini pula, kalau boleh aina letakkan dibahagian atas bukan dibahagian bawah. Ini bagi membolehkan blog aina senang mendapat CPUV dari nuffnang. Insyallah .... ini pendapat yana saja ok. Jangan marah ....

So far .... blog aina ok. Tiada masalah untuk di terjah oleh rakan lain. Jom terjah ..... DISINI

Tahniah Shafinaz Aina





Review : Pemenang Simple Giveaway by NFH (3)



! Assalamualaikum !

Kembali lagi dalam entry meng - review blogger yang telah memenangi simple giveaway dari NFH.

Sebelum memulakan bicara, yana mohon ampun dan minta izin erk ... sebab terasa takut ler pulak nak review owner blog nie. huhuhhh Otai tue .... sebab follower beliau dah mencecah 2402 ... ramai tue .... jauh lebih ramai follower beliau kalau nak dibandingkan dengan yana. hehehhh


Cik Lyeen Blog --> DISINI

Header yang comel dan simple !! melambangkan pemiliknya seorang peminat cupcakes !! tak percaya ?? cuba tengok sidebar yang ada dalam blog beliau. Semuanya berkisar cupcakes !! so sweet ...




Pemilik blog Cik Lyeen nie orang Sabah bah ... sweet 20, sama sweet macam cupcakes nya .. Ok apa tunggu lagi ..... Jom kita terjah Blog Cupcakes aka Cik Lyeen --> Disini


Tahniah Cik Lyeen





Takziah ... Al-Fatihah




! Assalamualaikum !


Subuh tadi yana sekeluarga dikejutkan dengan panggilan dari orang jauh. Keluarga mak dari Singapore menyampaikan berita sedih kepada kami seisi keluarga. "Mak yana orang singapore"

Abang kepada mak yana (my pakcik...) telah kembali kepadaNya awal subuh tadi. Puncanya kerana jatuh dalam bilik air. Walau pun sihat ... kita tidak tahu bila ajal kita. 

Subuh-subuh tadi yana dan hubby hantar mak naik bus di Melaka Sentral. Mak cakap naik bus lagi senang. Ikutkan hati ... yana nak teman mak balik singapore. Tapi ada kerja belum settle. Terpaksa batalkan niat. Moga dipermudahkan segala. Amin ...




Ertinya: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kami kembali pula kepada Allah dan kami pasti kembali kepada Tuhan kami. Ya Allah! Catatlah mayat ini pada sisi Engkau dalam golongan orang-orang yang baik, dan jadikanlah catatannya dalam golongan yang terpuji / tinggi.

- Al-Fatihah -




Dec 26, 2012

Review : Pemenang Simple Giveaway by NFH (2)




! Assalamualaikum !


Petang nie masih sesi membayar hutang. Hutang apa ??? hutang kepada Pemenang Simple Giveaway by NFH... hehehh

Tashyra Blog --> DISINI


Blog ke-2 yang akan yana review adalah blog Tashyra. Pink kaler !! i loike ... hehheh Blog yang simple, susun atur widget yang kemas. Memang sedap mata memandang ler .... Loading tak lah lambat sangat, tapi boleh diperbaiki lagi.


Cuma ... kalau boleh tulisan tue dibesarkan sedikit dah prefect kot. Maaf ea ... bagi yang berkaca mata macam yana nie rabun tahap gaban susah sedikit nak membaca penulisan adik. Tapi jangan risau ... korang masih boleh membaca.


Adik nie pun rajin join segmen & giveaway tau. Bagus support kawan blogger lain. So kalau nak join segmen or giveaway boleh refer blog adik nie.


Minta izin ambil erk ....

Rupanya pemilik blog ini adalah calon SPM 2013. Wish u Luck dear .... ^^ 

Tahniah Tashyra








Berita Baik !!! Pemberian Domain Percuma Dilanjutkan !!



! Assalamualaikum !

Berita Baik !!! Domain Percuma Dilanjutkan !! 

Yeah !! Domain Dotmy yang diberikan secara percuma sepatutnya telah tamat tarikhnya pada hari ini. Tetapi .......... Blogger Innanie dengan baik hatinya telah melanjutkan pemberian Domain percuma tersebut selama 3 hari lagi. Yeah 3 hari sahaja lagi !! Boleh rujuk DISINI.

So pada sesiapa yang masih berminat untuk mendapatkan Domain percuma boleh lah apply dengan segera !! yeah dengan SeGeRa !!




----------------------

DENGAN BERMURAH HATINYA INGIN MEMBERI FOLLOWER LAMA/BARU SATU HADIAH YANG TIADA TANDINGAN NILAINYA!

DIBAWAH SATU PROGRAM .my DOMAIN REGISTRY(AGENSI DIBAWAH KEM. SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI) IAITU PROGRAM 1MYID. ANDA YANG LAYAK AKAN MENERIMA :

* Satu domain blog [dot my] PERCUMA selama setahun bernilai
RM 200.00

* Potongan sebanyak 90% untuk bayaran 'renewal'
yang bermaksud anda hanya perlu membayar RM 20.00 sahaja untuk tahun-tahun akan datang (fixed price)


* Rating blog yang mencanak-canak naik


-------------------------------------------------------------------

Rujuk :











# Wordless Wednesday # 22 / Gaji Minima



! Assalamualaikum !




Review : Pemenang Simple Giveaway by NFH (1)




! Assalamualaikum !

 NH BLOG --> DISINI

Hitam + Merah adalah gabungan warna dari blog Nur Hafidhzah yang sangat menarik. Serius 1stime yana terjah blog beliau, perkara pertama yang yana perhatikan adalah header beliau. So comel .... sebab header blog yana simple + buruk .... hehehhh

mintak izin ambil erk ...
Diatas adalah gambar pemilik blog Hitam + merah tersebut. Nampak muda lagikan .... dari pemerhatian yana, pemilik blog ini suka join segmen & giveaway tau. Bagus adik nie support blogger lain. So kalau nak join / tag segmen or giveaway yang menarik boleh refer pada blog beliau.

Blog yang simple, santai, kemas ...... dan widget yang tersusun. Mungkin beliau baru berjinak untuk berblog melihat dari jumlah follower yang ada. So apa tunggu lagi .... Jom TERJAH ....

Tahniah Nur Hafidhzah





Pemenang Simple Giveaway by NFH



! Assalamualaikum !


Eh Banner nie macam pernah tengok jerk ...... Erm !! bukan dah tamat ke Giveaway nie ?? lol ... yana ketinggalan kew ??? ......

Jangan larikkk ..... hehehhh yana bukan nak masuk Giveaway ler ..... kalau nak tahu, Simple Giveaway by NFH (NurfarahudahudBlog) nie dah tamat pada 24.12.12 lepas... So yana adalah salah seorang sponsor untuk giveaway NFH. Bukan sponsor wang ringgit, yana cuma mampu sponsor untuk review blog pemenang yang terpilih oleh NFH.

Terlebih dahulu yana nak susun 10x10x10xxxx jari pada blog yang bakal yana review nie. Kalau ada tersilap, terkasar, tersalah ..... etc .... mohon ampun erk. Yelah yana blog picisan jerk ado hati nak review blogger lain erk !!!

5x Review Blog by Yana Aina


So pada blog yang yana akan review tue sila alert erk .... bila-bila masa dari sekarang entry tersebut akan ter"publish  ....




PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...