HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Oct 9, 2012

Segmen Miz Ruha | Lesen


! Assalamualaikum !


Wahh .. macam menarik jerk segmen dari Miz Ruha nie kan.. So sepantas kilat yana men"join"kan diri. Korang kalau nak join jugak klik Banner comel diatas nie okeh ....

#----------------------------------------------#

Pengalaman/Peristiwa LESEN yana

Yana nak cerita peristiwa masa ambil ujian JPJ. Pada hari tue memang ramailah umat manusia yang datang dengan tujuan yang sama macam yana. Iaitu untuk lulus ujian JPJ. Perasaan yana memang ketaq lutut semua tue adalah. Tapi still cool jerk. Fikiran dah serabut, sebab yana tunggu cikgu yang mengajar yana tue tak datang-datang. Sebab barang azimat yana ada kat dia. huhuh

Bila turn yana jerk kene panggil untuk buat ujian pertama iaitu BUKIT. Tiba-tiba muncul cikgu yana .. kiranya macam penyelamatlah. Syukur ... heheh semua orang pandang "paiseh" kerek ler dengan yana. Ada yang bisik-bisik, gelakkan yana. Tapi yana dah tanam dalam hati "ade aku kesahHhhh" yang penting aku perlu LULUS !!

Kehulu kehilir yana bawak barang azimat tue. Diorang semua pandang-pandang. Tapi yana memang tebalkan muka. Sebab kalau yana layankan ... memang keLAUT mood yana hari tue. Yang penting SENYUM ......

Pakcik JPJ yang duduk dalam kereta dengan yana tue bukan main melentik misai dia. Tergugat jugak perasaan TAKUT yana. Yana sengeh-sengeh jerk. Nak tutup rasa takutttt ... heheh  Alhamdulillah .. habis semua ujian yana selesaikan, mintak-mintak LULUS lah.

Selepas keputusan keluar .... YaAllah sengeh lebau yana. Sebab yana LULUS .... yeahhh pakcik JPJ tue siap cakap depan-depan. Tue lah berkat bawak barang azimat ea .... heheh Ada minah yang gelakkan yana tadi tue .. kesian .. Tak lulus. Cuba lagi erkk

Cikgu, Terima Kasih sebab jadi penyelamat yana. Korang nak tau apa barang azimat tue??? heheh BANTAL lah apa lagikKkkk heheh

Pinjam cik Google


Tarikh Luput Segmen : 19 Oktober 2012, 5.00 Petang





Oct 8, 2012

Segmen Mialiana.com - Mari Berpantun


! Assalamualaikum !


Yana tertarik dengan segmen dari sis mialiana nie.. heheh saja nak asah bakat. Dah lama tak jual beli pantun nie. Saja nak cuba ... mintak-mintak jadilah pantun yana nie. 

Okeh kak mia yana beli pantun akak tau.. 


Malam-malam pergi kedai nyonya
Kedai jauh naik kereta Waja
Andai Mia ingin bertanya
Apakah nama panggilan manja

pergi ke pasar bersama nyonya
tumpang kereta pakcik saleh
terima kasih kerna bertanya
panggilan manja yana pun boleh

Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga

selalu diam bukan pemalu
menjaga santun lebih indah
tidak segan tidak silu
bukan single berkahwin sudah

Langit cerah indah warnanya
Ambil gambar rasa teruja
Ingin juga tahu statusnya
Sedang belajar atau bekerja

hati ibu selalu pertahan
jangan engkau cuba sakiti
kerja swasta bukan pilihan
sudah rezeki ikhlaskan hati

Buat kopi pekat-pekat
Makan roti dengan tuna
Adakah jauh adakah dekat
Tinggalnya di negeri mana

mencari-cari si kambing hilang
rupanya menyorok didalam bangsal
cemerlang, gemilang dan terbilang

inilah MELAKA negeri asal

#-------------------------------------------------------------#


Korang kalau nak join pantun pun boleh .. klik jerk Banner kak mia diatas tue.


Dateline : 6 Oktober 2012 sehingga 15 Oktober 2012






Tips *6 = Amalan yg Perlu Diamalkan Selalu


Tips-Tips kesihatan untuk diamalkan

Pagi-pagi lagi dah bagi tips kesihatan ... layankan jerk .... Jom kita beringat selalu. 
"Mencegah lebih baik dari merawat"






Oct 6, 2012

SEGMEN LYSSA FAIZUREEN | Kenapa Aku Berblog ?


! Assalamualaikum !


Pagi nie yana online sebab teman incik hubby Overtime kat office dia. Alang-alang dah teman tue....online ler. Dah benda free kan...hehehh Tengah BW jupa segmen dari cik lyssa. Apa lagi. Yana pon join ler ...... Jom join cecepat. Sebab segmen nie 12jam jerk tau. Klik Banner comey kat atas nie.

Okeh yana nak jawab soklan dari cik Lyssa

kenapa korang berblog ? --> tujuan yana berblog adalah untuk berkongsi cerita yana yang bukan peribadi sangat. Tetapi lebih kepada umum. kiranya macam diary lah jugak.. 

Macam mana korang boleh terjebak dalam dunia blogging ? --> Kawan baik yana yang cadangkan yana berblog. Sebab selalu tengok yana bosan kat pejabat sensorang takda kawan. Sementara tunggu masa dapat mengumpat dengan dia. Baik yana share cerita kat blog.

Apa tujuan utama/asal korang berblog ? --> Tujuan hanya nak share cerita menarik seharian. Sebab lain orang lain cerita yang terjadi pada diri masing-masing.

Dan apa yang menariknya tentang blog korang tu ? --> Mesra pengunjung ... heheh pink kaler ... Rasanya sesiapa yang datang blog yana yang lebih tahu apa yang menariknya blog yana nie.

siapa yang menjadi sumber inspirasi korang dalam dunia blogging ? --> Mestilah cik lyssa .. sebab 1st blog yana suka terjah adalah blog cik lyssa. Banyak tutorial mengenai blog yana dapat. Yana belajar buat blog adalah dari tutorial cik lyssa. Thnxxxxx lyssa !! #____#


SEGMEN berlangsung pada : 06 Oktober 2012 - ( 9.00 pagi - 9.00 malam ) - 12 jam sahaja 





Oct 5, 2012

Hiasan Rambut Yang Unik


! Assalamualaikum !

Okeh hari ini yana nak share beberapa gambar untuk hiasan rambut yang boleh dikatakan memang unik. Mesti takda orang yang berani buat hiasan macam nie untuk keluar dikhalayak ramai kan. heheh

Hiasan ini adalah dari sayuran, tumbuhan dan bunga-bungaan. Terima kasih kepada incik Google.








Model yang menggayakannya cantik .. So nampak menariklah. Kalaulah yana yang jadi modelnya .... Hancur !!! kahkah




Oct 4, 2012

Menangi Voucher Free hanya dengan Klikklik??


! Assalamualaikum !

Anda peminat minuman berperisa coklat ? Kini DutchLady ada memberi voucher percuma Sebanyak RM2.00x5. Menarikkan ... Dengan hanya klikklik sahaja. Kalau anda dapat markah tertinggi berpeluang untuk memenangi voucher yang lebih tinggi lagi nilainya.

Yana dah try main game nie. Dah siap kumpul voucher untuk ditebus.

Voucher yana dapat

Minuman berperisa coklat ini banyak khasiatnya tau .. bagi yana yang memang tidak minum susu putih ... heheh memang jadi pilihan yana. Namanya pun coklat. Mesti rembat punyalah .....



Apa lagi ... Jom lah kita main game nie. Memang cukup senang ...... Score tertinggi yana 800 lebih jerk .... Pastikan Mouse anda cukup power. heheh Anda boleh melepasi score yana ke .... Jom try. Klik gambar dibawah ini. 






RAHSIA PERANGAI ANAK




! Assalamualaikum !

Okeh ... hari ini nak share dengan korang sikit mengenai "Rahsia Perangai Anak". Korang anak yang keberapa? ada tak sikit-sikit ke sipi-sipi yang sama dengan perangai korang or anak-anak korang sekarang?? heheh Jomm cikiduphttp://matcuoi.com



♥ Anak Sulung...

* anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
* sering berjaya dalam hidup.
* lebih pandai mengambil hati orang tua.
* mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.

♥ Anak Tengah...

* lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
* lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
* suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
* sering merasakan diri mereka terpinggir.
* terlalu mengalah

♥ Anak Bongsu...

* happy go-lucky dan yakin diri.
* manja.
* berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
* sukar membuat keputusan sendiri.

♥ Anak Tunggal

* sering merasakan diri mereka kesunyian.
* lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
* lebih bijak bergaul.
* lebih cepat matang.
* terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
* sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.


P/S : Walaupun kebanyakkannya berperangai seperti diatas tetapi adakalanya perangai anak2 adalah sangat berbeza seperti yang diceritakan, ini adalah disebabkan cara didikan ibubapa itu sendiri....dan cara pergaulan mereka dengan masyarakat...



Oct 3, 2012

"Muara Hati" Siti & Hafiz


! Assalamualaikum !


Boleh sampai ke laut china selatan nieh !! kahkahhhhh

Dialah yang menjadi ‘Hafiz’ dan dia jugalah yang menjadi ‘Siti’

Apa pun, memang lawak video ini kerana beliau berjaya menampilkan aksi dan mimik muka yang lucu. Memang stail ... LayanzZzzz


Sakit Otak


! Assalamualaikum !



Korang perhatikan Doodle diatas ...... Sakit otak tahan gelak ke tahan nak kutuk ??? kahkah biaw yana yang gelakkan dulu.

Itu adalah doodle pertama hasil dari kebusanan yana tadi. Bos-bos di depan heboh meeting. Yana heboh buat doodle. So ini lah hasilnya.

Saja nak belajar .. sebab tengok doodle orang lain buat cute sangat. Kene asah bakat lagi nie.

ChaiyokKkkkkkk


***korang nak kutuk pon boleh..dibenarkanhttp://matcuoi.com tapi klu boleh jgn kutuk lh... bagi semangat sikit

percubaan ke2




KENAPA KUBUR LELAKI DIGALI SEDALAM 5 KAKI SAHAJA DAN WANITA 7 KAKI??


! Assalamualaikum !


KENAPA KUBUR LELAKI DIGALI SEDALAM 5 KAKI SAHAJA DAN WANITA 7 KAKI??


Isteri : Abang, boleh sayang tanya?
Suami : Ye sayang. Nak tanya apa?

Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita berlainan digali sedalam 7 kaki?
Suami : Ooo.. InsyaAlLah senang ja jawapannya tu..
(sambil tersenyum).

"Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita."

Isteri : SubhanaAlLah. Besarnya kuasa AlLah ya abang.
Suami : *Hanya tersenyum*

Wahai kaum wanita. Tutuplah aurat mu dengan sempurna, ketika masih bernyawa. Kerana InsyaAlLah,  AlLah juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari kelak..





Oct 2, 2012

Untungnya dah Kahwin


! Assalamualaikum !



*** Sesungguhnya kita tidak tahu bilakah hari kematiaan kita ....



Spaghetti Resepi Ku


! Assalamualaikum !

Petang semalam tetiba teringin sangat nak makan Spaghetti. On the way balik dari kerja terus shot pergi Tesco Cheng. Beli bahan-bahan untuk membuat Spaghetti resepi sendiri. Resepi campak dan lebur ... heheh

Buat sendiri lagi jimat. Boleh makan seisi keluarga. Kalau makan kat restoran mau melayang duit tah berapa. Pastu dapat makan sepinggan saja. Memang tak kenyang. Kalau buat sendiri boleh tambah-tambah.

Resepi nie ikut suka yana tau. Tapi memang sedap ... rasa Spaghetti lah. Kalau korang nak cuba buat boleh jugak. 

Bahan-bahan :-

- Spaghetti kering
- Minyak zaitun (minyak masak pun boleh)
- Bawang putih, cincang halus
- Bawang bombay kecil, cincang halus
- Daging kisar (Ramly)
- Meatball
- Sos Prego (mushroom)
- Cendawan butang (ayam brand) 
- Garam
- Black Pepper powder

antara bahan-bahan

Caranya:-

- Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan sedikit garam untuk merebus Spaghetti sehingga kembang.
- Toskan Spaghetti yang telah kembang. Masukkan Spaghetti kedalam mangkuk berisi air dan ais (air sejuk). Rendam sehingga Spaghetti tersebut sejuk. (untuk mengelakkan Spaghetti melekat)


- Panaskan minyak. Tumis bawang Putih & bawang bombay sehingga naik bau (bukan hangus ea)
- Masukkan daging kisar & meatball. Goreng / Biarkan sehingga empuk.
- Masukkan Sos prego, cendawan butang, balack pepper, garam secukup rasa
- Masukkan sedikit air jika tidak mahu terlalu pekat.
- Masak sehingga rasanya sedap..heheh

----------------------------------------------------------------------

Tadaaaaaaaaaaa .... Hasilnya



*** tak sempat ambil gambar masa masak sebab tak sabar nak makan .... heheh Selamat mencuba

Spaghetti meatball + mushroom




Jom Tukar Bloglist dengan Mak Dara


! Assalamualaikum !



Pagi nie yana nak join segmen dari Mak Dara lagi ..... yana nak join segmen 

Jom sama-sama kita join. Boleh tukar-tukar bloglist.

Tarikh Tutup 2hb oktober 2012 jam 3 petang

Oct 1, 2012

Safi Rania Gold


! Assalamualaikum !

Hari nie yana nak review mengenai produk penjagaan wajah. Tak pernah pun review segala bagai produk. Tetapi hari nie saja tergedix nak review sikit mengenai produk penjagaan wajah "Safi Rani Gold". Weekend hari tue pergi shopping, satu set safi rania gold. Yana beli di Mydin Mall Melaka. Memang berbaloi-baloi harganya.

Sebelum ini yana menggunakan produk penjagaan wajah dari safi juga. Iaitu "Safi Balqis Perfect 10". So far memang ok.

sumber google .. *tak smpt snap gmbr produk sdr :)

Tetapi bila usia dah memasuki peringkat "dewasa", yana perlu bertukar pada set penjagaan wajah yang seimbang dengan perubahan usia ini. Tak tua lagi tau...cuma umur jerk yang meningkat. heheh Untuk pengetahuan, kulit wajah yana berminyak dan kering. takdalah licin bak sutera tue. Adalah jugak bekas jerawat.

Set Safi Rania Gold

So far memang tak terasa apa-apa alahan bila mula-mula start pakai produk nie. Terasa kulit memang soft jerk. Lagi pula produk ini bebas kimiaRangkaian produk penjagaan kulit esklusif dari SAFI ini turut diperkaya dengan protein mutiara serta Vitamin B3 untuk mencerah, memulihkan kesegaran dan seri wajah sambil memperkuat struktur kulit.

Pencuci muka Safi Rania Gold nie didatangkan dalam dua jenis. Satu Gel, satu dengan pelembab. Tapi yana pakai yang biasa dulu. Serum Safi Rania Gold pula mengandungi nano emas 24k serta vitamin yang diperlukan untuk menyerikan rona wajah dan mengurangkan kedutan. Serum ini cepat menyerap kedalam kulit wajah. Toner dia pun berkesan menanggal daki dan kulit mati di wajah. 


Pencuci muka <> Serum <> Toner

Krim pelembab siangnya pula memang best. Sebab tidak berminyak. Ianya juga adalah untuk mengelakkan kesan buruk dari sinar UVA dan UVB matahari.

Krim Pelembab siang
Gambar dibawah ini pula adalah BB krim. Terdapat dua jenis krim kecantikan. Satu jenis krim, dan satu lagi dalam bentuk cecair. Yana pilih untuk pakai BB krim jenis cecair. Sebab kulit yana kadang kala kering. So bila yana guna yang cecair punya. Kesannya memang nyata memuaskan. bintik hitam kesan jerawat memang tak nampak. Lagi pun ia tidak berminyak. Terasa kulit soft jerk.

BB Krim / Krim kecantikan


Apa yang penting bukan harga sesebuah produk itu. Tapi kesan yang kita dapat apabila menggunakannya. Biarlah murah asalkan kene dengan kulit wajah kita. Berbaloi-baloi .... SAFI RANIA GOLD ... lepas nie boleh ler jadi mcm cik Ta ... sentiasa muda remaja. OpsSsss


Sep 30, 2012

Hanger Kasut


! Assalamualaikum !


Kalau malas sangat nak kemaskan kasut-kasut yang bersepah tuh....

Cari hanger baju - Modified dan buat macam gambar diatas... sangkut kasut pula...


Cuti-cuti nie macam nak cuba buat pulak..heheh

Sep 29, 2012

Wish me LuCk ^^


! Assalamualaikum !


Alhamdulillah ... masih diberi kesempatan untuk bernafas dibumi Allah ini

Pagi nie yana ada exam ... wish me luckhttp://matcuoi.com 



Sep 28, 2012

‘Pukul’ Jadi Punca Tiz & Remy Putus Cinta?



Siapa peminat artis nie ??? yana ...ermmm tak tahu lah minat ke tidak. Sebab yana bukan fanatif pada artis. Tapi sebenarnya bukan nak cerita mengenai mereka berdua tau. Kalau nak baca lebih lanjut klik pada link Sumber ini.

Mula-mula yana tertarik nak baca kisah nie sebab tengok pada tajuk. **rujuk tajuk untuk entry nie..sebab yana pinjam tajuk dari sumber berkenaan. Ingatkan betul-betul .... tapi hanya tajuk jerk yang gempak. Rupanya ceritanya bukan sebab kene pukul pun. OpsssSss .. pecah rahsia pulak. hehhh

Tajuk main peranan jugakkan untuk menarik minat pembaca. Tapi masalah yana pasal tajuk lah. Bila entry dah siap taip semua. Bab nak isi tajuk memang kene fikir lama. Sebab yana tak reti bagi tajuk. Kadang-kadang sampai tulis "takda tajuk". 
heheh kesiannnn



SEGMEN E'RAZ FADLI : BLOGWALKING


! Assalamualaikum !


Jom kita sertakan diri untuk join segmen dari blogger e'raz fadli

Yana sudah .. anda bila lagi??? hehehhh

Klik bannaer diatas untuk ke segmen tersebut

Tarikh Tutup : 01 Oct 2012


Cerita Jumaat yang Tidak sama Lagi


! Assalamualaikum !

Selamat hari jumaat semua ... penghulu segala hari. Semoga hari ini lebih baik dari sebelumnya.. insyallah... amin.... **esok cuti lah...heheh Hari nie jumaat?? yups hari nie jumaat ler..sok sabtu dah cuti. Oyeah !!

Selalunya hari jumaat masa rehat lama. Dari jam 12.30 - 2.30. Lamakan... sempat lagi sedekah air liur kalau tidur. heheh Tapi yana memang tak pernah tidur kat pejabat. Bukan taknak tidur, tapi memang tak boleh tidur. **bantal ucuk xda kot... heheh 

Selalunya hari jumaat yana dengan kawan (Bff dunia akhirat) akan mengayam ketupat **mengumpat, makan bersama. Yelah bukan selalu dapat jumpa. Walaupun pejabat kami berdekatan, Tapi memang susah nak jumpa. Sebab masa rehat hari biasa cuma satu jam. Yana lebih suka duduk dalam pejabat sahaja. Jarang keluar untuk makan .. malassSsss

Tapi Sejak dua minggu lepas, Yana tak jumpa dengan Yul lagi. Makan pun dalam pejabat. Dah takda kawan untuk makan bersama. Yul dah pindah kerja....jauhhhhh. huhuh tinggallah yana sorang-sorang kat sini. Sampainya hati mu ...... lalalalaaaaaaaaaaaaa

Tapi takpalah...Yana pun memang suka dia dapat kerja kat tempat baru. Takdalah sampai kene basuh baju orang lain lagi .... **jahat tau orang kat tempat kerja lama dia. Kadang-kadang manusia nie kalau kita dah baik dengan dia. Mulalah ambil kesempatan.

Selalu bila dengar Yul cerita ... sakit jerk hati yana. Yana rasa bersalah sebab yana yang carikan dia kerja kat company lama dia tue. Semoga Yul sukses ditempat baru. Ditempat yang orang tahu hargai penat lelah dia.

Jom kita mulakan kerja dengan Bismillah ..... layan video kat bawah nie jap.... heheh






Sep 27, 2012

Lawak #2



Suami VS Isteri

Isteri : Abang, best kan jadi lelaki...nak makan bini buat, baju bini basuh...tau2 semua dah sedia...

Suami : Ya, Best jugak jadi wanita...setiap yang dibuat untuk suami dengan ikhlas Allah bagi pahala... ;)

Isteri : .......................... 

------------------------------------------------------------------------------------------------

Atok VS Cucu

atok : cu ko paham bahasa org putih tak?
cucu : boleh la tok..nape?
atok : ce tengok borang ni..ce tengok! tolong isikan skali blh?
cucu : ok dude...ur name plzzz!
atok : LEBAI PADU B HJ MENGENDAP
cucu : age plzz!
atok : 62thn
cucu : sex tok?
atok : amboi2...x kan semua nk tau..
cucu : yes..ni wajip tok
atok : hmm, ko bubuh jela 2-3 minggu skali, kadang-2 tu penuh seminggu..tgk mood
cucu : *_*

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Cikgu VS Amin


Cikgu : Siapa dpt jawab soalan saye, dia boleh balik dulu..

Tetiba Amin baling sampah kat kepale cikgu tersebut...

Cikgu : Siapa baling sampah kat kepala saya ni?? cepat jawab..(dgn nada marah)
Amin : Saye cikgu..(dgn bangganye)..ok cikgu, saya balik dulu...

tata semua,aku dh jwb soalan cikgu, kamu semua gudluck ok..

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Suami VS Isteri lagi

ISTERI : Abang tau tak..

SUAMI : Tak tau.. apa dia?

ISTERI : Saya bukan nak cakap besar.. dulu sebelum saya kawin ngan abang.. ramai lelaki yg datang meminang saya tapi semua saya tolak kecuali abang

SUAMI : Milah.. abang pun bukan nak cakap besar.. dulu sebelum abang kawin ngan awak ramai awek yg abang pinang tapi semua menolak kecuali awak

ISTERI : Huh!?

-----------------------------------------------------------------------------------------------

***coPyPasTe





Blog Berat .. Lambat Loading


! Assalamualaikum !

Masalah ... masalah ...... Yana mula perasan blog yana lambat loading sejak 2 minggu yang lepas. Tapi memula ingat sebab internet lembab, tak pun Pc dah berat. Tapi bila Miss Z review blog  yana .. then sentuh bab nie. Mulalah yana gelabah ... heheh yelah ... takut orang taknak singgah blog yana yang loading macam siput B*** nie ......

So pagi tadi yana buang lagi widget yang tak berapa penting lah ... tapi still lembab jgk. Walaupun telah berkurang beberapa KB. Seperti gambar dibawah

berat blog sekarang

Yana ingat-ingat lupa lah, sebab minggu lepas ada edit blog sikit. So terus jadi lembab macam nie. Nak buang balik tapi dah lupa apa yang yana masukkan. Ermm .. dah lah mengong ckit tentang koding nie.

Huhuh ... Ada sesiapa dapat membantu **sambil buat muka comelhttp://matcuoi.com


Segmen : Tangkap Follower Sebanyak Mungkin



Hari nie nak join segmen lagi lah ... kali nie segmen dari Nabila Medan


Followers

Buat masa Sekarang nie followers yana seramai 448 .. hopefully selepas ini akan terus bertambah .. insyAllah ... Amin ...

Tag : semua followers yana

30 September 2012 *11 Malam*






Sarapan Pagi


! Assalamualaikum !

Jom teman yana sarapan pagi nie

Pasang earphone .... Play



Fuhh .... memang bersemangat nak kerja ... heheh

Enjoyhttp://matcuoi.com



Sep 26, 2012

FanPages


! Assalamualaikum !


Sebenarnya tak tahu nak update apa untuk malam nie. So yana bagi ler soalan cepuMas pada korang.

Korang-korang dah LIKE fanpage untuk blog yana belum?? rugi kalau tak LIKE ........................... heheh buat muka tak malu nie.

klik gambar untuk terus ke Fanpages


Apa yang best?? ish ... macam-macam ado tau .. kalau tak percaya LIKE ler dulu. heheh



Korang boleh cari button LIKE kat bawah entry nie. Macam gambar contoh kat atas nie.


Selamat mengeLIKE ^^



Jalan Raya Bukan Milik aNda SeoRang


! Assalamualaikum !

Pagi nie mengucap panjang yana .... nasib diberi kesempatan untuk sampai ke pejabat dengan selamat. Di tempat yana Hujan rahmat turun membasahi bumi dari malam tadi lagi. Hujan lebat diikuti dengan angin kuat sampai sekarang nie (9.15am) masih belum reda lg.

Kalau hujan biasalah .. mereka yang selalu bawak motor akan menggunakan kereta, so memang jem (sapu roti) lah tadi masa perjalanan ke tempat kerja. Hujan mana boleh memandu kenderaan laju2 sebab penglihatan terbatas kan. Yana pun drive lah dengan berhati-hati. Tetapi masih ada pemandu yang "tak makan saman" bawak kereta macam dia jerk yang dah terlambat nak ke tempat kerja.

Yana jalan lurus, Bawaklah dengan kelajuan 60km/j (nasib baik slow) tetiba datang satu kereta nie terus nak masuk lorong untuk buat lencongan. Huhh !! apa lagi, brekkkk emergency ler yana. Bekal yang yana bawak semua tercampak. Ikut hati yang geram nie, mau jerk turun kasi terajang maut. Tapi fikirkan hujan... kereta banyak. Mengucap panjang saja lah yang mampu.

Yang sakit hatinya ... yana Hon dia ..... dia boleh pulak hon yana balik banyak kali!! fuhhh jantung nie pam macam kuasa kuda dia tak tahu. Terperanjat sangat sebab tiba-tiba brek kecemasan. Alhamdulillah ya Allah .... tadi sepanjang perjalanan beristifar jerk.

Kadang-kadang kita selalu berhati-hati untuk keselamatan, tetapi disebabkan mereka-mereka yang kurang akal nie membuatkan kita mengucap panjang.

peace yoyhttp://matcuoi.com

Jalan raya bukan milik anda seorang



PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...