HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Oct 3, 2012

Sakit Otak


! Assalamualaikum !



Korang perhatikan Doodle diatas ...... Sakit otak tahan gelak ke tahan nak kutuk ??? kahkah biaw yana yang gelakkan dulu.

Itu adalah doodle pertama hasil dari kebusanan yana tadi. Bos-bos di depan heboh meeting. Yana heboh buat doodle. So ini lah hasilnya.

Saja nak belajar .. sebab tengok doodle orang lain buat cute sangat. Kene asah bakat lagi nie.

ChaiyokKkkkkkk


***korang nak kutuk pon boleh..dibenarkanhttp://matcuoi.com tapi klu boleh jgn kutuk lh... bagi semangat sikit

percubaan ke2




KENAPA KUBUR LELAKI DIGALI SEDALAM 5 KAKI SAHAJA DAN WANITA 7 KAKI??


! Assalamualaikum !


KENAPA KUBUR LELAKI DIGALI SEDALAM 5 KAKI SAHAJA DAN WANITA 7 KAKI??


Isteri : Abang, boleh sayang tanya?
Suami : Ye sayang. Nak tanya apa?

Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita berlainan digali sedalam 7 kaki?
Suami : Ooo.. InsyaAlLah senang ja jawapannya tu..
(sambil tersenyum).

"Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita."

Isteri : SubhanaAlLah. Besarnya kuasa AlLah ya abang.
Suami : *Hanya tersenyum*

Wahai kaum wanita. Tutuplah aurat mu dengan sempurna, ketika masih bernyawa. Kerana InsyaAlLah,  AlLah juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari kelak..





Oct 2, 2012

Untungnya dah Kahwin


! Assalamualaikum !



*** Sesungguhnya kita tidak tahu bilakah hari kematiaan kita ....



Spaghetti Resepi Ku


! Assalamualaikum !

Petang semalam tetiba teringin sangat nak makan Spaghetti. On the way balik dari kerja terus shot pergi Tesco Cheng. Beli bahan-bahan untuk membuat Spaghetti resepi sendiri. Resepi campak dan lebur ... heheh

Buat sendiri lagi jimat. Boleh makan seisi keluarga. Kalau makan kat restoran mau melayang duit tah berapa. Pastu dapat makan sepinggan saja. Memang tak kenyang. Kalau buat sendiri boleh tambah-tambah.

Resepi nie ikut suka yana tau. Tapi memang sedap ... rasa Spaghetti lah. Kalau korang nak cuba buat boleh jugak. 

Bahan-bahan :-

- Spaghetti kering
- Minyak zaitun (minyak masak pun boleh)
- Bawang putih, cincang halus
- Bawang bombay kecil, cincang halus
- Daging kisar (Ramly)
- Meatball
- Sos Prego (mushroom)
- Cendawan butang (ayam brand) 
- Garam
- Black Pepper powder

antara bahan-bahan

Caranya:-

- Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan sedikit garam untuk merebus Spaghetti sehingga kembang.
- Toskan Spaghetti yang telah kembang. Masukkan Spaghetti kedalam mangkuk berisi air dan ais (air sejuk). Rendam sehingga Spaghetti tersebut sejuk. (untuk mengelakkan Spaghetti melekat)


- Panaskan minyak. Tumis bawang Putih & bawang bombay sehingga naik bau (bukan hangus ea)
- Masukkan daging kisar & meatball. Goreng / Biarkan sehingga empuk.
- Masukkan Sos prego, cendawan butang, balack pepper, garam secukup rasa
- Masukkan sedikit air jika tidak mahu terlalu pekat.
- Masak sehingga rasanya sedap..heheh

----------------------------------------------------------------------

Tadaaaaaaaaaaa .... Hasilnya



*** tak sempat ambil gambar masa masak sebab tak sabar nak makan .... heheh Selamat mencuba

Spaghetti meatball + mushroom




Jom Tukar Bloglist dengan Mak Dara


! Assalamualaikum !



Pagi nie yana nak join segmen dari Mak Dara lagi ..... yana nak join segmen 

Jom sama-sama kita join. Boleh tukar-tukar bloglist.

Tarikh Tutup 2hb oktober 2012 jam 3 petang

Oct 1, 2012

Safi Rania Gold


! Assalamualaikum !

Hari nie yana nak review mengenai produk penjagaan wajah. Tak pernah pun review segala bagai produk. Tetapi hari nie saja tergedix nak review sikit mengenai produk penjagaan wajah "Safi Rani Gold". Weekend hari tue pergi shopping, satu set safi rania gold. Yana beli di Mydin Mall Melaka. Memang berbaloi-baloi harganya.

Sebelum ini yana menggunakan produk penjagaan wajah dari safi juga. Iaitu "Safi Balqis Perfect 10". So far memang ok.

sumber google .. *tak smpt snap gmbr produk sdr :)

Tetapi bila usia dah memasuki peringkat "dewasa", yana perlu bertukar pada set penjagaan wajah yang seimbang dengan perubahan usia ini. Tak tua lagi tau...cuma umur jerk yang meningkat. heheh Untuk pengetahuan, kulit wajah yana berminyak dan kering. takdalah licin bak sutera tue. Adalah jugak bekas jerawat.

Set Safi Rania Gold

So far memang tak terasa apa-apa alahan bila mula-mula start pakai produk nie. Terasa kulit memang soft jerk. Lagi pula produk ini bebas kimiaRangkaian produk penjagaan kulit esklusif dari SAFI ini turut diperkaya dengan protein mutiara serta Vitamin B3 untuk mencerah, memulihkan kesegaran dan seri wajah sambil memperkuat struktur kulit.

Pencuci muka Safi Rania Gold nie didatangkan dalam dua jenis. Satu Gel, satu dengan pelembab. Tapi yana pakai yang biasa dulu. Serum Safi Rania Gold pula mengandungi nano emas 24k serta vitamin yang diperlukan untuk menyerikan rona wajah dan mengurangkan kedutan. Serum ini cepat menyerap kedalam kulit wajah. Toner dia pun berkesan menanggal daki dan kulit mati di wajah. 


Pencuci muka <> Serum <> Toner

Krim pelembab siangnya pula memang best. Sebab tidak berminyak. Ianya juga adalah untuk mengelakkan kesan buruk dari sinar UVA dan UVB matahari.

Krim Pelembab siang
Gambar dibawah ini pula adalah BB krim. Terdapat dua jenis krim kecantikan. Satu jenis krim, dan satu lagi dalam bentuk cecair. Yana pilih untuk pakai BB krim jenis cecair. Sebab kulit yana kadang kala kering. So bila yana guna yang cecair punya. Kesannya memang nyata memuaskan. bintik hitam kesan jerawat memang tak nampak. Lagi pun ia tidak berminyak. Terasa kulit soft jerk.

BB Krim / Krim kecantikan


Apa yang penting bukan harga sesebuah produk itu. Tapi kesan yang kita dapat apabila menggunakannya. Biarlah murah asalkan kene dengan kulit wajah kita. Berbaloi-baloi .... SAFI RANIA GOLD ... lepas nie boleh ler jadi mcm cik Ta ... sentiasa muda remaja. OpsSsss


Sep 30, 2012

Hanger Kasut


! Assalamualaikum !


Kalau malas sangat nak kemaskan kasut-kasut yang bersepah tuh....

Cari hanger baju - Modified dan buat macam gambar diatas... sangkut kasut pula...


Cuti-cuti nie macam nak cuba buat pulak..heheh

Sep 29, 2012

Wish me LuCk ^^


! Assalamualaikum !


Alhamdulillah ... masih diberi kesempatan untuk bernafas dibumi Allah ini

Pagi nie yana ada exam ... wish me luckhttp://matcuoi.com 



Sep 28, 2012

‘Pukul’ Jadi Punca Tiz & Remy Putus Cinta?



Siapa peminat artis nie ??? yana ...ermmm tak tahu lah minat ke tidak. Sebab yana bukan fanatif pada artis. Tapi sebenarnya bukan nak cerita mengenai mereka berdua tau. Kalau nak baca lebih lanjut klik pada link Sumber ini.

Mula-mula yana tertarik nak baca kisah nie sebab tengok pada tajuk. **rujuk tajuk untuk entry nie..sebab yana pinjam tajuk dari sumber berkenaan. Ingatkan betul-betul .... tapi hanya tajuk jerk yang gempak. Rupanya ceritanya bukan sebab kene pukul pun. OpsssSss .. pecah rahsia pulak. hehhh

Tajuk main peranan jugakkan untuk menarik minat pembaca. Tapi masalah yana pasal tajuk lah. Bila entry dah siap taip semua. Bab nak isi tajuk memang kene fikir lama. Sebab yana tak reti bagi tajuk. Kadang-kadang sampai tulis "takda tajuk". 
heheh kesiannnn



SEGMEN E'RAZ FADLI : BLOGWALKING


! Assalamualaikum !


Jom kita sertakan diri untuk join segmen dari blogger e'raz fadli

Yana sudah .. anda bila lagi??? hehehhh

Klik bannaer diatas untuk ke segmen tersebut

Tarikh Tutup : 01 Oct 2012


Cerita Jumaat yang Tidak sama Lagi


! Assalamualaikum !

Selamat hari jumaat semua ... penghulu segala hari. Semoga hari ini lebih baik dari sebelumnya.. insyallah... amin.... **esok cuti lah...heheh Hari nie jumaat?? yups hari nie jumaat ler..sok sabtu dah cuti. Oyeah !!

Selalunya hari jumaat masa rehat lama. Dari jam 12.30 - 2.30. Lamakan... sempat lagi sedekah air liur kalau tidur. heheh Tapi yana memang tak pernah tidur kat pejabat. Bukan taknak tidur, tapi memang tak boleh tidur. **bantal ucuk xda kot... heheh 

Selalunya hari jumaat yana dengan kawan (Bff dunia akhirat) akan mengayam ketupat **mengumpat, makan bersama. Yelah bukan selalu dapat jumpa. Walaupun pejabat kami berdekatan, Tapi memang susah nak jumpa. Sebab masa rehat hari biasa cuma satu jam. Yana lebih suka duduk dalam pejabat sahaja. Jarang keluar untuk makan .. malassSsss

Tapi Sejak dua minggu lepas, Yana tak jumpa dengan Yul lagi. Makan pun dalam pejabat. Dah takda kawan untuk makan bersama. Yul dah pindah kerja....jauhhhhh. huhuh tinggallah yana sorang-sorang kat sini. Sampainya hati mu ...... lalalalaaaaaaaaaaaaa

Tapi takpalah...Yana pun memang suka dia dapat kerja kat tempat baru. Takdalah sampai kene basuh baju orang lain lagi .... **jahat tau orang kat tempat kerja lama dia. Kadang-kadang manusia nie kalau kita dah baik dengan dia. Mulalah ambil kesempatan.

Selalu bila dengar Yul cerita ... sakit jerk hati yana. Yana rasa bersalah sebab yana yang carikan dia kerja kat company lama dia tue. Semoga Yul sukses ditempat baru. Ditempat yang orang tahu hargai penat lelah dia.

Jom kita mulakan kerja dengan Bismillah ..... layan video kat bawah nie jap.... heheh






Sep 27, 2012

Lawak #2



Suami VS Isteri

Isteri : Abang, best kan jadi lelaki...nak makan bini buat, baju bini basuh...tau2 semua dah sedia...

Suami : Ya, Best jugak jadi wanita...setiap yang dibuat untuk suami dengan ikhlas Allah bagi pahala... ;)

Isteri : .......................... 

------------------------------------------------------------------------------------------------

Atok VS Cucu

atok : cu ko paham bahasa org putih tak?
cucu : boleh la tok..nape?
atok : ce tengok borang ni..ce tengok! tolong isikan skali blh?
cucu : ok dude...ur name plzzz!
atok : LEBAI PADU B HJ MENGENDAP
cucu : age plzz!
atok : 62thn
cucu : sex tok?
atok : amboi2...x kan semua nk tau..
cucu : yes..ni wajip tok
atok : hmm, ko bubuh jela 2-3 minggu skali, kadang-2 tu penuh seminggu..tgk mood
cucu : *_*

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Cikgu VS Amin


Cikgu : Siapa dpt jawab soalan saye, dia boleh balik dulu..

Tetiba Amin baling sampah kat kepale cikgu tersebut...

Cikgu : Siapa baling sampah kat kepala saya ni?? cepat jawab..(dgn nada marah)
Amin : Saye cikgu..(dgn bangganye)..ok cikgu, saya balik dulu...

tata semua,aku dh jwb soalan cikgu, kamu semua gudluck ok..

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Suami VS Isteri lagi

ISTERI : Abang tau tak..

SUAMI : Tak tau.. apa dia?

ISTERI : Saya bukan nak cakap besar.. dulu sebelum saya kawin ngan abang.. ramai lelaki yg datang meminang saya tapi semua saya tolak kecuali abang

SUAMI : Milah.. abang pun bukan nak cakap besar.. dulu sebelum abang kawin ngan awak ramai awek yg abang pinang tapi semua menolak kecuali awak

ISTERI : Huh!?

-----------------------------------------------------------------------------------------------

***coPyPasTe





Blog Berat .. Lambat Loading


! Assalamualaikum !

Masalah ... masalah ...... Yana mula perasan blog yana lambat loading sejak 2 minggu yang lepas. Tapi memula ingat sebab internet lembab, tak pun Pc dah berat. Tapi bila Miss Z review blog  yana .. then sentuh bab nie. Mulalah yana gelabah ... heheh yelah ... takut orang taknak singgah blog yana yang loading macam siput B*** nie ......

So pagi tadi yana buang lagi widget yang tak berapa penting lah ... tapi still lembab jgk. Walaupun telah berkurang beberapa KB. Seperti gambar dibawah

berat blog sekarang

Yana ingat-ingat lupa lah, sebab minggu lepas ada edit blog sikit. So terus jadi lembab macam nie. Nak buang balik tapi dah lupa apa yang yana masukkan. Ermm .. dah lah mengong ckit tentang koding nie.

Huhuh ... Ada sesiapa dapat membantu **sambil buat muka comelhttp://matcuoi.com


Segmen : Tangkap Follower Sebanyak Mungkin



Hari nie nak join segmen lagi lah ... kali nie segmen dari Nabila Medan


Followers

Buat masa Sekarang nie followers yana seramai 448 .. hopefully selepas ini akan terus bertambah .. insyAllah ... Amin ...

Tag : semua followers yana

30 September 2012 *11 Malam*






Sarapan Pagi


! Assalamualaikum !

Jom teman yana sarapan pagi nie

Pasang earphone .... Play



Fuhh .... memang bersemangat nak kerja ... heheh

Enjoyhttp://matcuoi.com



Sep 26, 2012

FanPages


! Assalamualaikum !


Sebenarnya tak tahu nak update apa untuk malam nie. So yana bagi ler soalan cepuMas pada korang.

Korang-korang dah LIKE fanpage untuk blog yana belum?? rugi kalau tak LIKE ........................... heheh buat muka tak malu nie.

klik gambar untuk terus ke Fanpages


Apa yang best?? ish ... macam-macam ado tau .. kalau tak percaya LIKE ler dulu. heheh



Korang boleh cari button LIKE kat bawah entry nie. Macam gambar contoh kat atas nie.


Selamat mengeLIKE ^^



Jalan Raya Bukan Milik aNda SeoRang


! Assalamualaikum !

Pagi nie mengucap panjang yana .... nasib diberi kesempatan untuk sampai ke pejabat dengan selamat. Di tempat yana Hujan rahmat turun membasahi bumi dari malam tadi lagi. Hujan lebat diikuti dengan angin kuat sampai sekarang nie (9.15am) masih belum reda lg.

Kalau hujan biasalah .. mereka yang selalu bawak motor akan menggunakan kereta, so memang jem (sapu roti) lah tadi masa perjalanan ke tempat kerja. Hujan mana boleh memandu kenderaan laju2 sebab penglihatan terbatas kan. Yana pun drive lah dengan berhati-hati. Tetapi masih ada pemandu yang "tak makan saman" bawak kereta macam dia jerk yang dah terlambat nak ke tempat kerja.

Yana jalan lurus, Bawaklah dengan kelajuan 60km/j (nasib baik slow) tetiba datang satu kereta nie terus nak masuk lorong untuk buat lencongan. Huhh !! apa lagi, brekkkk emergency ler yana. Bekal yang yana bawak semua tercampak. Ikut hati yang geram nie, mau jerk turun kasi terajang maut. Tapi fikirkan hujan... kereta banyak. Mengucap panjang saja lah yang mampu.

Yang sakit hatinya ... yana Hon dia ..... dia boleh pulak hon yana balik banyak kali!! fuhhh jantung nie pam macam kuasa kuda dia tak tahu. Terperanjat sangat sebab tiba-tiba brek kecemasan. Alhamdulillah ya Allah .... tadi sepanjang perjalanan beristifar jerk.

Kadang-kadang kita selalu berhati-hati untuk keselamatan, tetapi disebabkan mereka-mereka yang kurang akal nie membuatkan kita mengucap panjang.

peace yoyhttp://matcuoi.com

Jalan raya bukan milik anda seorang



Sep 25, 2012

Khas untuk Para Suami

! Assalamualaikum !



MAK DARA SILA SAMPAIKAN UCAPAN SAYA





! Assalamualaikum !

Disini yana nak Mak Dara sampaikan 6 ayat azimat yana buat incik hubby tercintehttp://matcuoi.com

http://matcuoi.comKu ada kamu

http://matcuoi.comHanya kau seorang

http://matcuoi.comJauh tersemat di lubuk HaTi

http://matcuoi.comSaat terindah bila kau ucap ....

http://matcuoi.com" Aku terima nikahnya"

http://matcuoi.comLove you my dear syg


Kalau korang pon ada ayat nak mak dara sampaikan ... cecepat klik header mak dara kat atas tue Okies




tarikh tutup 6 petang ini 25hb Sep 2012




Sambil menyelam ... cuci mata


! Assalamualaikum !

Sambil menyelam ... cuci mata. heheh apekah ..... setelah meng"stress"kan diri membuat kerja-kerja office yang takkan habis nie. Yana jenjalan ler cuci-cuci mata kat alam maya nie.

Wahhhh ..... sakit mata ku !! aku dah rambang mata nie! sampai tak tahu nak pilih yang mana. Semuanya menjadi idaman kalbu.. banyak sungguh bisikan halus dikiri kanan telingan ku ini ... heheh

Jom lah merambangkan mata korang jugak. kikiki 

Baju couple


harga mampu milik ... heheh


Ada free shipping sampai 30 sept 2012... cepatttt


Dress yang awesome



Nak merambangkan mata lagi ?? jom ....... 

Website : dressuana.com

Facebook : Dreassuana



Sep 24, 2012

Uji Minda #1


! Assalamualaikum !

Jom kita uji kepantasan minda dan mata kita malam nie

Cuba cari kucing dalam gambar dibawah kurang dari 10saat ... *kurang dari 10saat tau, bukan lebih.. heheh

On

Yo

mattttttttttttttttt

geset

GoOoooooooooOoooo




Dah jumpa ?? komen untuk jawapan anda .. 





Kehendak & Keperluan


! Assalamualaikum !

Salam sejahtera kawan maya semua ... sihat? harap semua sihat walafiat *mcm mukadimah surat cinta pulak ... heheh Hari nie isnin kan .. Tapi yana bukan nak cerita pasal Monday BluesS .. sebab memang hari-hari dah bluesS.

Jumaat lepas yana cuti kerja. Ambil cuti dari company *saja nak mention. Yana dengan incik hubby nak settle kan tentang pembelian rumah pertama kami. Yana takda lah mampu untuk beli rumah berharga ratus ribu.

Adalah dalam tiga buah bank yana pergi. Saja nak riki2 kadar faedah segala bagai. Paling tak sangkanya ... Ada sebuah bank yang Ada nama islam iaitu Bank **L*m... korang fikir lah sendiri tau. Dia tanya harga rumah yang yana nak beli tue. Bila dengar jerk harga bawah seratus ribu. Terus dia cakap. Kami tak beri pinjaman pada rumah yang berharga bawah dari seratus ribu !! Pehhh .. punyalah kerekkk dia cakap. Habis tue kami yang berpendapatan rendah nie nak kene beli rumah ratus ribu boleh lepas ke loan ??

Nak beli rumah mahal susah ... Nak beli rumah murah pun susah. Yang kaya terus kaya. Yang miskin / kurang mampu makin tertindas. Apa yang yana dapat lihat sekarang ini. Golongan yang berkemampuan, mereka suka beli rumah yang dilelong @ pemilik tak mampu bayar lagi. Bila dah dapat beli. Mereka renovate sikit-sikit. LEpas tue akan jual dengan harga dua kali ganda dari harga yang mereka dapat beli. Dari situ mereka akan mendapat keuntungan atas angin sahaja.


Kehidupan sekarang ini memang makin mencabar. Pendapatan yang diperoleh tidak seimbang dengan keperluan seperti rumah. Rumah bukan kehendak ... tetapi ianya adalah keperluan. Kerajaan perlu buat sesuatu dengan harga rumah sekarang nie Yang bagi yana memang tak masuk akal.

/ SeKiaN /

Skim Rumah Pertamaku seperti angin lalu




Sep 23, 2012

Takda Motif #sign


! Assalamualaikum !

Korang tengah buat apa sekarang? Ermmmm ... yana telah ditinggalkan tanpa rela. hukhuk

Gurau jerk.. incik hubby keluar tengok bola kat kedai mamak. katanya malam nie game best. Elehh... tiap kali ada bola mana pernah tak best :P

Malam nie yana tak follow incik hubby seperti kebiasaannya. Sebab..... malas. heheh taklah.. yana lepak rumah jerk. Sebab Astro bagi tengok channel HBO free. 

Yana tak pasti pulak dari hari apa. tapi semalam dah dpt tengok channel sukan free. Hurmm .. tah birthday siapa yang Astro raikan pon tak tahu. Apa pun thnxxx Astro

Takda motif pun.. saja nak cerita tue jerk. heheh

SeLamaT MaLaM

Sep 20, 2012

Akhirnya .. Aku Pasrah !!


! assalamualaikum !

Akhirnya ..... aku pasrah !! chewahhh boleh buat tajuk drama tak?? heheh

Tapi yana memang pasrah pun ... tak boleh buat apa sekarang nie. Terima jerk lah perubahan yang terjadi. Mungkin ada baiknya jugak. Tapi sekarang still blur2.

Bila yana ke dashboard .... owhhh mak aku !! ianya telah terjadi. Tapi tak sangka secepat nie .. * walaupon telah diberi ingatan seblm nie.

old blogger interface telah hilang buat selamanya ... hukhuk yana lebih suka yang lama dari yang baru nie. Yana tengok macam serabut sikit lah. 

Hurmm .. kene godek-godek nie. Tapi tetap pasrah !!




Selamat datang new interface ... erkkk



BiBir donald duck


! Assalamualaikum !

Salam sejahtera .. Selamat pagi semua ............http://matcuoi.com

Malam tadi incik hubby balik dari niaga, dia mengadu bibir dia kebas. Macam kene injection.

Pagi tadi bangun, yana gelak sakan.. kahkah bibir dia dah macam donald duck !!!



Mungkin masa dia bawak moto penyengat sudah tersinggah bibir dia daaaa ..... kecian dia. Nak sarapan pagi tadi pun macam payah jerk. Macam baru kene suntik Botox pon ado. heheh geli hati sungguh tengok muka dia.


Lain kali pakai HeLmeT yang aDa ViSor **penutup muka topi keledar





Sep 19, 2012

Tips *5 = Urutan untuk Keselesaan Bayi Anda


Tahukah anda tapak kaki bayi telah dibahagikan kepada beberapa zon bahagian tubuh badan.

Sekiranya anda selalu urut dan belai dibahagian yang dinyatakan anda dapat membantu secara tidak langsung dalam memberikan keselesaan kepada bayi anda.


SUMBER FACEBOOK


BLOGLIST KESUMA ANGSANA



! Assalamualaikum !

Siapa nak masuk Bloglist Kesuma Angsana ?? Klik Banner kat atas tue tau.

Yana suka baca entry kat blog KA sebab selalu update. Macam-macam berita @ cerita ada KA share. 
*kadang2 suka jd silent reader***

Moga KA terus rajin berBlog !

Tarikh tutup :  2012, 26 september
Jam 12.00 Tengahari 



Segmen : Saya Nak Di Review & Promote


Assalamualaikum .. salam sejahtera

Hari nie yana nak masuk segmen dari Miss Z iaitu Segmen : Saya Nak Di Review & Promote

Korang-korang kalau nak join jugak klik Banner Miss Z kat bawah nie okies




Kat bawah nie pulak Header blog yana yang super simple .. (tapi bermakna tau..) heheh



SEGMEN TAMAT JAM 2.00 PETANG, 19.09.2012

Sep 18, 2012

Panduan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

Assalamualaikum .. Salam Sejahtera

Ingat lagi tak entry yana mengenai panggilan dari SPA untuk jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29. Kalau tak ingat baca disini.

Hari nie sambil kerja sambil menyelam .. eh silap. sambil kerja sambil cari maklumat mengenai jawatan tersebut. Cuak jugak yana dengan exam yang bakal yana duduki nie. Dah lama tinggalkan zaman study maut nie. Macam nak cair jerk segala yang terbeku kat otak nie. Tak tahu apa yang nak d study nya.

Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat


Yana google tadi terjumpalah satu web nie. Sesiapa yang nak exam untuk jawatAn tersebut. Bolehlah ke laman web ini .. klik link di bawah.

PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29





PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...