Siapa peminat artis nie ??? yana ...ermmm tak tahu lah minat ke tidak. Sebab yana bukan fanatif pada artis. Tapi sebenarnya bukan nak cerita mengenai mereka berdua tau. Kalau nak baca lebih lanjut klik pada link Sumber ini.
Mula-mula yana tertarik nak baca kisah nie sebab tengok pada tajuk. **rujuk tajuk untuk entry nie..sebab yana pinjam tajuk dari sumber berkenaan. Ingatkan betul-betul .... tapi hanya tajuk jerk yang gempak. Rupanya ceritanya bukan sebab kene pukul pun. OpsssSss .. pecah rahsia pulak. hehhh
Tajuk main peranan jugakkan untuk menarik minat pembaca. Tapi masalah yana pasal tajuk lah. Bila entry dah siap taip semua. Bab nak isi tajuk memang kene fikir lama. Sebab yana tak reti bagi tajuk. Kadang-kadang sampai tulis "takda tajuk".
Selamat hari jumaat semua ... penghulu segala hari. Semoga hari ini lebih baik dari sebelumnya.. insyallah... amin.... **esok cuti lah...heheh Hari nie jumaat?? yups hari nie jumaat ler..sok sabtu dah cuti. Oyeah !!
Selalunya hari jumaat masa rehat lama. Dari jam 12.30 - 2.30. Lamakan... sempat lagi sedekah air liur kalau tidur. heheh Tapi yana memang tak pernah tidur kat pejabat. Bukan taknak tidur, tapi memang tak boleh tidur. **bantal ucuk xda kot... heheh
Selalunya hari jumaat yana dengan kawan (Bff dunia akhirat) akan mengayam ketupat **mengumpat, makan bersama. Yelah bukan selalu dapat jumpa. Walaupun pejabat kami berdekatan, Tapi memang susah nak jumpa. Sebab masa rehat hari biasa cuma satu jam. Yana lebih suka duduk dalam pejabat sahaja. Jarang keluar untuk makan .. malassSsss
Tapi Sejak dua minggu lepas, Yana tak jumpa dengan Yul lagi. Makan pun dalam pejabat. Dah takda kawan untuk makan bersama. Yul dah pindah kerja....jauhhhhh. huhuh tinggallah yana sorang-sorang kat sini. Sampainya hati mu ...... lalalalaaaaaaaaaaaaa
Tapi takpalah...Yana pun memang suka dia dapat kerja kat tempat baru. Takdalah sampai kene basuh baju orang lain lagi .... **jahat tau orang kat tempat kerja lama dia. Kadang-kadang manusia nie kalau kita dah baik dengan dia. Mulalah ambil kesempatan.
Selalu bila dengar Yul cerita ... sakit jerk hati yana. Yana rasa bersalah sebab yana yang carikan dia kerja kat company lama dia tue. Semoga Yul sukses ditempat baru. Ditempat yang orang tahu hargai penat lelah dia.
Jom kita mulakan kerja dengan Bismillah ..... layan video kat bawah nie jap.... heheh
Suami VS Isteri Isteri : Abang, best kan jadi lelaki...nak makan bini buat, baju bini basuh...tau2 semua dah sedia...
Suami : Ya, Best jugak jadi wanita...setiap yang dibuat untuk suami dengan ikhlas Allah bagi pahala... ;)
Isteri : .......................... ------------------------------------------------------------------------------------------------ Atok VS Cucu atok : cu ko paham bahasa org putih tak? cucu : boleh la tok..nape? atok : ce tengok borang ni..ce tengok! tolong isikan skali blh? cucu : ok dude...ur name plzzz! atok : LEBAI PADU B HJ MENGENDAP cucu : age plzz!
atok : 62thn
cucu : sex tok?
atok : amboi2...x kan semua nk tau..
cucu : yes..ni wajip tok
atok : hmm, ko bubuh jela 2-3 minggu skali, kadang-2 tu penuh seminggu..tgk mood
Masalah ... masalah ...... Yana mula perasan blog yana lambat loading sejak 2 minggu yang lepas. Tapi memula ingat sebab internet lembab, tak pun Pc dah berat. Tapi bila Miss Z review blog yana .. then sentuh bab nie. Mulalah yana gelabah ... heheh yelah ... takut orang taknak singgah blog yana yang loading macam siput B*** nie ......
So pagi tadi yana buang lagi widget yang tak berapa penting lah ... tapi still lembab jgk. Walaupun telah berkurang beberapa KB. Seperti gambar dibawah
berat blog sekarang
Yana ingat-ingat lupa lah, sebab minggu lepas ada edit blog sikit. So terus jadi lembab macam nie. Nak buang balik tapi dah lupa apa yang yana masukkan. Ermm .. dah lah mengong ckit tentang koding nie.
Huhuh ... Ada sesiapa dapat membantu **sambil buat muka comel
Pagi nie mengucap panjang yana .... nasib diberi kesempatan untuk sampai ke pejabat dengan selamat. Di tempat yana Hujan rahmat turun membasahi bumi dari malam tadi lagi. Hujan lebat diikuti dengan angin kuat sampai sekarang nie (9.15am) masih belum reda lg.
Kalau hujan biasalah .. mereka yang selalu bawak motor akan menggunakan kereta, so memang jem (sapu roti) lah tadi masa perjalanan ke tempat kerja. Hujan mana boleh memandu kenderaan laju2 sebab penglihatan terbatas kan. Yana pun drive lah dengan berhati-hati. Tetapi masih ada pemandu yang "tak makan saman" bawak kereta macam dia jerk yang dah terlambat nak ke tempat kerja.
Yana jalan lurus, Bawaklah dengan kelajuan 60km/j (nasib baik slow) tetiba datang satu kereta nie terus nak masuk lorong untuk buat lencongan. Huhh !! apa lagi, brekkkk emergency ler yana. Bekal yang yana bawak semua tercampak. Ikut hati yang geram nie, mau jerk turun kasi terajang maut. Tapi fikirkan hujan... kereta banyak. Mengucap panjang saja lah yang mampu.
Yang sakit hatinya ... yana Hon dia ..... dia boleh pulak hon yana balik banyak kali!! fuhhh jantung nie pam macam kuasa kuda dia tak tahu. Terperanjat sangat sebab tiba-tiba brek kecemasan. Alhamdulillah ya Allah .... tadi sepanjang perjalanan beristifar jerk.
Kadang-kadang kita selalu berhati-hati untuk keselamatan, tetapi disebabkan mereka-mereka yang kurang akal nie membuatkan kita mengucap panjang.
Sambil menyelam ... cuci mata. heheh apekah ..... setelah meng"stress"kan diri membuat kerja-kerja office yang takkan habis nie. Yana jenjalan ler cuci-cuci mata kat alam maya nie.
Wahhhh ..... sakit mata ku !! aku dah rambang mata nie! sampai tak tahu nak pilih yang mana. Semuanya menjadi idaman kalbu.. banyak sungguh bisikan halus dikiri kanan telingan ku ini ... heheh
Salam sejahtera kawan maya semua ... sihat? harap semua sihat walafiat *mcm mukadimah surat cinta pulak ... heheh Hari nie isnin kan .. Tapi yana bukan nak cerita pasal Monday BluesS .. sebab memang hari-hari dah bluesS.
Jumaat lepas yana cuti kerja. Ambil cuti dari company *saja nak mention. Yana dengan incik hubby nak settle kan tentang pembelian rumah pertama kami. Yana takda lah mampu untuk beli rumah berharga ratus ribu.
Adalah dalam tiga buah bank yana pergi. Saja nak riki2 kadar faedah segala bagai. Paling tak sangkanya ... Ada sebuah bank yang Ada nama islam iaitu Bank **L*m... korang fikir lah sendiri tau. Dia tanya harga rumah yang yana nak beli tue. Bila dengar jerk harga bawah seratus ribu. Terus dia cakap. Kami tak beri pinjaman pada rumah yang berharga bawah dari seratus ribu !! Pehhh .. punyalah kerekkk dia cakap. Habis tue kami yang berpendapatan rendah nie nak kene beli rumah ratus ribu boleh lepas ke loan ??
Nak beli rumah mahal susah ... Nak beli rumah murah pun susah. Yang kaya terus kaya. Yang miskin / kurang mampu makin tertindas. Apa yang yana dapat lihat sekarang ini. Golongan yang berkemampuan, mereka suka beli rumah yang dilelong @ pemilik tak mampu bayar lagi. Bila dah dapat beli. Mereka renovate sikit-sikit. LEpas tue akan jual dengan harga dua kali ganda dari harga yang mereka dapat beli. Dari situ mereka akan mendapat keuntungan atas angin sahaja.
Kehidupan sekarang ini memang makin mencabar. Pendapatan yang diperoleh tidak seimbang dengan keperluan seperti rumah. Rumah bukan kehendak ... tetapi ianya adalah keperluan. Kerajaan perlu buat sesuatu dengan harga rumah sekarang nie Yang bagi yana memang tak masuk akal.
Korang tengah buat apa sekarang? Ermmmm ... yana telah ditinggalkan tanpa rela. hukhuk
Gurau jerk.. incik hubby keluar tengok bola kat kedai mamak. katanya malam nie game best. Elehh... tiap kali ada bola mana pernah tak best :P
Malam nie yana tak follow incik hubby seperti kebiasaannya. Sebab..... malas. heheh taklah.. yana lepak rumah jerk. Sebab Astro bagi tengok channel HBO free.
Yana tak pasti pulak dari hari apa. tapi semalam dah dpt tengok channel sukan free. Hurmm .. tah birthday siapa yang Astro raikan pon tak tahu. Apa pun thnxxx Astro
Akhirnya ..... aku pasrah !! chewahhh boleh buat tajuk drama tak?? heheh
Tapi yana memang pasrah pun ... tak boleh buat apa sekarang nie. Terima jerk lah perubahan yang terjadi. Mungkin ada baiknya jugak. Tapi sekarang still blur2.
Bila yana ke dashboard .... owhhh mak aku !! ianya telah terjadi. Tapi tak sangka secepat nie .. * walaupon telah diberi ingatan seblm nie.
old blogger interface telah hilang buat selamanya ... hukhuk yana lebih suka yang lama dari yang baru nie. Yana tengok macam serabut sikit lah.
Hurmm .. kene godek-godek nie. Tapi tetap pasrah !!
Salam sejahtera .. Selamat pagi semua ............
Malam tadi incik hubby balik dari niaga, dia mengadu bibir dia kebas. Macam kene injection.
Pagi tadi bangun, yana gelak sakan.. kahkah bibir dia dah macam donald duck !!!
Mungkin masa dia bawak moto penyengat sudah tersinggah bibir dia daaaa ..... kecian dia. Nak sarapan pagi tadi pun macam payah jerk. Macam baru kene suntik Botox pon ado. heheh geli hati sungguh tengok muka dia.
Lain kali pakai HeLmeT yang aDa ViSor **penutup muka topi keledar
Tahukah anda tapak kaki bayi telah dibahagikan kepada beberapa zon bahagian tubuh badan.
Sekiranya anda selalu urut dan belai dibahagian yang dinyatakan anda dapat membantu secara tidak langsung dalam memberikan keselesaan kepada bayi anda.
Ingat lagi tak entry yana mengenai panggilan dari SPA untuk jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29. Kalau tak ingat baca disini.
Hari nie sambil kerja sambil menyelam .. eh silap. sambil kerja sambil cari maklumat mengenai jawatan tersebut. Cuak jugak yana dengan exam yang bakal yana duduki nie. Dah lama tinggalkan zaman study maut nie. Macam nak cair jerk segala yang terbeku kat otak nie. Tak tahu apa yang nak d study nya.
Yana google tadi terjumpalah satu web nie. Sesiapa yang nak exam untuk jawatAn tersebut. Bolehlah ke laman web ini .. klik link di bawah.
Ada yang masih bercuti lagi ke ... Yuhuuu terasa macam hari isnin pulak hari nie kan ... alasan betul. Dah dapat cuti lama pun ... susah. heheh mula lah penyakit malas datang. Entry hari nie saja nak story pasal weekend hari tue. Cer tengok gambar- gambar kat bawah nie.
Weekend hari tue yana tak dapat jalan jauh .. banyak jemputan kahwin dengan rumah terbuka. Yelah kan last syawal. So ramai ler yang buat Open House. Kenyang jerk perut kami. Tak perlu masak kat rumah. heheh
Apa tunjuk gambar sportRing plak nie .... heheh cuti hari tue yana follow incik hubby ke kedai sport Ring. Nak cuci-cuci mata. Tetiba dah rambang mata pulak. Sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Ikut mata yana yang rambang nie. Yana nak pilih warna Oren. Incik Hubby nak warna merah pulak. Last2 kami pilih warna putih. Apa pun tak boleh ... heheh
sempat lagi yana snap gambar..heheh
Lama jugak nak tunggu siap pasang tah apa-apa lagi ler. Bosan pulak rasanya. Baik g shopping baju, tak ler bosan... Apa lagi yana snap ler gambar apa yang patut.
Inilah jentera baru yana yang yana tunggu hari tue. (baca sini) .... akhirnya dapat jugak. selalu yana bawa kenari, kecik. Sekarang terasa macam bawak lori pulak.. heheh
Okies lah nak sambung kerja ... Selamat Bekerja kawan-kawan
Tadi balik rumah, mak cakap ada surat cinta untuk yana. Sambil buat muka kompius terus g cari surat yang dimaksudkan.
Alhamdulillah... surat dari SPA lah. Buka surat cepat-CEPAT. Gelojoh tol dak yana .... kikiki Alamak.... PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT. Erm... hurm.... aku pernah apply ke jawatan nie! heheh
Kene study maut nie! sesiapa yang pernah ambil periksa untuk jawatan nie? tolong lah yana.. bagi tips sikit... heheh
Bagi sesiapa yang selalu menghadapi masalah zip seluar jeans korang tue ... hahhhh gambar kat atas adalah penyelesaiannya ... Syssssss nie rahsia tauuuu
Buat malu jerk kalau tetiba orang dok gelakkan kita ... tapi kita nie wat tak tahu, sebab tak perasan tempat rahsia kita tak tertutup ... heheh
Tadi jenjalan kat blog kengkawan blogger terjumpa Giveaway nie. Nampak kuali/wok Tefal bersaiz 28cm tue trusss tersangkut untuk men join kn diri. Mana tahu untung-untung menang dapat ler masakkn telur goreng yang cantik (sebab tak melekat) untuk cik somi. heheh berangan jerk lebih ...
tepek besar-besar kasi ada Ong .. kikiki
So pada sesiapa yang berminat untuk menang .. klik jerk gambar kuali/wok Tefal tue untuk terus ke link Giveaway tersebut.
Dateline : jam 12 tgh malam pada 25 September 2012
Yana ada sorang kawan nie tau .. sebelum masing-masing berkahwin, kami selalu story mory sesama. Tukar pendapat, share cerita. Kira close jugaklah.
Tapi selepas kami berkahwin. Macam dah terputus persahabatan kami. Rasa terpinggir sangat. Yana selalu akan jadi orang ke dua, atau terakhir dalam pemikiran dia berbanding kawan yang lain. Selalu on9 yana yang kene tegur dia dulu, baru dia akan perasan kewujudan yana.
Tak tahu lah kenapa. Rasa jauh sangat dari dia. Yana bukan mintak lebih pun ... yana tahulah dia suami orang. Tapi sebelum berkahwin pun kami tahu batas pergaulan kami yang lain jantina nie.
hurmmmmmm
Sekarang nie pun yana cuba menjauhkan diri dari dia. Mungkin dia dah ada ramai kawan baru. Takpelah .. yana pun dah ada tempat mengadu paling dekat. Yeah my lovely Hubby
Owhhh rumah ... saat nie memang blur habis. Susahnya nak beli rumah !! dah lah yana sepatah haram pon tak tahu mengenai loan rumah. Tadi ada lah pergi dua bijik bank dekat-dekat area sini. Tapi yana masih blur lagik. kalau boleh nak lah buat pinjaman tetap... taknak lah yang guna BLR segala macam tue. Bukan nak beli rumah mahal pun ... hukhuk
Ada sesiapa boleh cadangkan bank apa yang bagus untuk yana buat pinjaman perumahan ??
PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri