LONDON : Seorang pengantin perempuan ditangkap berhubung dakwaan dia menipu menghidap barah untuk meraih simpati orang ramai bagi membiayai majlis perkahwinannya yang menelan belanja USD10,000 (RM50,000).
Danielle Howard, 22, mendapat sokongan chef selebriti, Gordon Ramsay ketika melancarkan kempen memungut derma secara online dengan mendakwa dia bertarung untuk terus hidup.
Kata rakannya, dia langsung tidak mengeluarkan wang ketika berkahwin dengan Chris, 28, apabila derma datang mencurah-curah.
Danielle ditangkap kerana disyaki menipu selepas perasaan syak semakin meningkat di kalangan penderma apabila wanita itu hamil ketika menjalani rawatan barah servikal. – Sumber Metro
~ Sekadar Perkongsiaan ~