Assalamualaikum ... nampaknya hari nie ramai yang dah
cuti raya cina CNY.
Tapi yana masih bekerja. Yelah... kerja dengan company melayu apa barang cuti awal raya cina kan.. kan...
Pagi tadi adik yana yang bersekolah syok berselibung dalam selimut lagi. Sekolah dah cuti raya cina.... adik yana yang kerja dengan company cina pon syok tidur lagi.
Yana dengan berat kaki.. hati ... teruskanlah perjalanan ke tempat kerja. Tapi syok !! Jalan raya clear sikit dari hari biasa.
Yana tak jelez pon diorang dah cuti awal. Sebab nanti raya melayu yana punya cuti lagi syiokkk okey... hehehh
Selamat bercuti pada yang dah cuti, dan selamat bekerja dengan seikhlas hati pada yang masih bekerja.
Selamat Tahun Baru Cina
CIMB Upgrading so please take note. Omputeh ler sangat kan .. kan ... hehehh bagi pengguna CIMB harap maklum dengan maklumat ini.
**Nasib baik gaji dah keluar awal .... ~
Assalamualaikum ... sekarang nie yana kurang sihat sikit. Sakit tekak & selsema tengah melanda.
Memula sakit tekak. Ya Allah .. sakit sangat. Sampai hilang selera nak makan. Hari nie pulak, selsema muncul. Asyik kena pegang tisu jerk lh. Meleleh jerk nie.. huhuhh
Kalau dah muncul jerk selsema memang tak berapa suka sangat. Boleh terkoyak kulit kat hidung nie sebab asyik menghembus jerk. Sesiapa yang selsema tue tahu ler....
Terasa cuaca sejuk sangat sekarang nie. Kalau tidur malam pon dah tak on kipas macam halikopter lagi. Kadang-kadang tak on kipas pon sebab tak tahan sejuk.
Angin kat Melaka nie pon boleh tahan kuat. Nak2 bila petang, memang tangkap lentok jerk lh. Harap-harap korang semua boleh jaga kesihatan dan keselamatan masing-masing dalam keadaan musim sekarang nie k.

posted from Bloggeroid
PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri