HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Nov 24, 2013

Car Wash Di Hari Minggu

Assalamualaikum .. Car Wash di hari minggu... nie cerita pagi tadi. Baru jumpa line wifi laju (baru jumpa jalan balik rumah) hehehh... tadi line tenet hp dah macam siput ... biasalah... dah hujung bulan. Minta di topup ler.. line tenet nie. Huhuhu

Kereta dah hampir dua minggu tak disabunkan. Kereta pun dah macam tak serupa kereta. Berlumpur... musim hujan. So pagi tadi tengok cuaca baik Pergilah ziarah car wash. Nak cuci sendiri kat rumah memang tak ler... pemalas !!!

Hampir setengah jam juga duduk kat car wash tue sementara tunggu kereta dimandikan. Sampai haziq pun dah menunjukkan sintom BoSaN. Nasib baik ada penyelamat !! Haziq layan upin ipin ...

Selesai jerk kereta dimandikan.. rancang nak jalan-jalan kat bandar. Dalam perjalanan ...... alamak !!! Hujan turun dengan lebatnya... huhuhuhhh nangis tak berlagu. Baru makeup kereta cantik-cantik. Dah berlumpur semula. Nasib badan... kahkahhh

asal basuh kete jerk hujan ... asal hujan jerk basuh kete APTB



posted from Bloggeroid

Nov 23, 2013

Kek Kukus Coklat

Assalamualaikum, kek kukus coklat !! Yummy.... penat-penat buat kraf. Curi masa sikit petang tadi buat sepah kat dapur....

Pang pung ... pang pung .... tadaaaa .... siap !!! Kek kukus coklat. Terapi untuk diri sendiri dan keluarga. Makan sampai malam.... sedap !! **naik lif tekan sendiri ... hehehhh



posted from Bloggeroid

Nov 22, 2013

Istimewanya Pemuda Bernama Ahmad Ammar Ahmad Azam


Assalamualaikum

Salam jumaat penghulu segala hari buat semua. Istimewanya anak muda yang bernama Ahmad Ammar Ahmad Azam ini. Betapa beruntungnya pemuda yang bernama ahmad ammar ini. Ini dapat dilihat selepas pemergiannya kealam yang kekal iaitu kematian. Ahmad Ammar telah kembali ke penciptanya pada 02 November 2013

Ahmad Ammar merupakan penuntut jurusan sejarah di University Marmara, Turki. Allahyarham telah meninggal dunia dalam satu kemalangan ketika melintas jalan. 


Antara keistimewaan yang diperoleh, allahyarham telah disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Sebuah tanah perkuburan yang telah menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya', panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan disana.

Malahan begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan university telah hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya telah mengiringi jenazah allahyarham ke tanah perkuburan.

Betapa istimewanya pemuda ini, sedangkan Ammar hanyalah seorang penuntut Malaysia yang berada disana. Saksikanlah video dibawah ini untuk mengetahui perjalanan hidup anak muda yang istimewa bernama Ahmad Ammar Ahmad Azam. - Al-fatihah -


Ya Allah Ya Tuhanku, Baguskanlah untukku Agamaku yang menjadi pangkal urusanku, Baguskan pula Duniaku yang menjadi tempat penghidupanku, Dan Baguskanlah Akhiratku yang padanya tempat kembaliku nanti, Jadikanlah hidupku bekalan bagiku dalam segala kebaikan, Serta jadikanlah mati itu pelepas segala keburukan bagiku.....AMIN

“sesungguhnya mati itu pasti”



PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...