Assalamualaikum
Salam jumaat penghulu segala hari buat semua. Istimewanya anak muda yang bernama Ahmad Ammar Ahmad Azam ini. Betapa beruntungnya pemuda yang bernama ahmad ammar ini. Ini dapat dilihat selepas pemergiannya kealam yang kekal iaitu kematian. Ahmad Ammar telah kembali ke penciptanya pada 02 November 2013
Ahmad Ammar merupakan penuntut jurusan sejarah di University Marmara, Turki. Allahyarham telah meninggal dunia dalam satu kemalangan ketika melintas jalan.
Antara keistimewaan yang diperoleh, allahyarham telah disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Sebuah tanah perkuburan yang telah menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya', panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan disana.
Malahan begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan university telah hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya telah mengiringi jenazah allahyarham ke tanah perkuburan.
Betapa istimewanya pemuda ini, sedangkan Ammar hanyalah seorang penuntut Malaysia yang berada disana. Saksikanlah video dibawah ini untuk mengetahui perjalanan hidup anak muda yang istimewa bernama Ahmad Ammar Ahmad Azam. - Al-fatihah -
Ya Allah Ya Tuhanku, Baguskanlah untukku Agamaku yang
menjadi pangkal urusanku, Baguskan pula Duniaku yang menjadi tempat
penghidupanku, Dan Baguskanlah Akhiratku yang padanya tempat kembaliku nanti,
Jadikanlah hidupku bekalan bagiku dalam segala kebaikan, Serta jadikanlah mati
itu pelepas segala keburukan bagiku.....AMIN
“sesungguhnya mati itu pasti”