HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Oct 4, 2013

Bila Lewat Datang Kerja

Assalamualaikum

Salam jumaat buat semua pembaca setia nazlyizan aka yana. Hari nie yana lewat sampai tempat kerja. Bagi yang kenal bos yana.... tolong.... tolong erk jangan bagi tahu bos yana.... hehehh (tahu takut).

Bila kita dah lewat untuk ke tempat kerja. Pagi-pagi dah buat sedikit dosa kering!! Sikit jerk tau...

Biasalah.... kalau dah lewat. Dalam perjalanan nak ke tempat kerja. Kena pula hadap kenderaan yang macam siput sedut !!! Kat situ dah buat dosa dah... memang ler kena maki !! Dah ler macam siput kena sedut... lepas tue tak nak bagi orang laluan untuk potong... memang makan maki lah pagi-pagi nie.

Dah sensorang dalam kereta tue... mengongot jerk lah yana nie... huhuhhh alhamdulillah... selamat sampai pejabat.

Moral of the story..... kalau dah lambat tue.... ada jerk lah yang menghalang. Hehehh len kali jangan lembab sangat bersiap !!
posted from Bloggeroid

Oct 3, 2013

Rawatan XRay HSG



Assalamualaikum

APA ITU HSG


HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan anda.

APA YANG BOLEH DIKESAN OLEH HSG


Secara umumnya, HSG digunakan untuk mengesan ketidaknormalan pada rahim dan salur peranakan. Ia boleh mengesan kerosakan dan penyumbatan pada pada salur peranakan dan juga boleh memberikan maklumat tentang bentuk dan saiz rahim anda. Walaubagaimanapun ia juga boleh mengesan fibroid atau polip dalam rahim dan juga memberi idea tentang kewujudan parut disekitar ruang pelvis

HSG DAN KEHAMILAN


Disamping berupaya untuk mencari masalah salur peranakan dan rahim, ia juga didapati meninggikan kadar kehamilan bagi sesetengah wanita. HSG kadang-kadang menolong menghilang debu dan penyumbatan tidak serius pada salur peranakan. Ini membolehkan mereka yang mengalami masalah infertili menjadi hamil selepas HSG.

PROSEDUR HSG


  1. Anda akan berbaring diatas meja x-ray dengan lutut membengkok keatas.
  2. Spekulum akan diletakan didalam faraj untuk mendedahkan serviks ( pangkal rahim)
  3. Satu tiub plastik akan dimasukkan ke dalam rahim melalui liang serviks.
  4. Dengan perlahan-lahan dye akan disuntik melalui tiub tadi kedalam ruang rahim
  5. Beberapa gambar x-ray akan diambil semasa proses aliran dye tersebut.
  6. Untuk proses terakhir, anda akan di minta untuk mengiring dan gambar x-ray akan diambil sekali lagi


Selepas x-ray terakhir diambil, anda akan diminta untuk berbaring selama beberapa minit. Mungkin anda akan terasa sedikit kejang pada perut tetapi tidak lama. Selepas beberapa minit, anda akan diminta untuk menukar pakaian dan keputusan selalunya akan tersedia 15-20min selepas itu.

prosedur rawatan



Dalam usia perkahwinan yang akan mencecah 2 tahun, rasanya dah perlu yana study apa yang patut untuk mencari masalah NEGARA kami. Selepas keguguran, masih belum nampak tanda untuk kembali hamil. Moga info yang yana dapat dari google ini membantu menaikkan semangat kami.

Tapi dalam bersemangat ...... takut juga nak jalani rawatan nie. Sebab kebanyakkan yang pernah buat mengatakan SAKIT semasa menjalani ujian ini. Yana tengok alat untuk rawatan tue pon dah telan liur ... macam nak pitam pun ado ....

Usaha tangga kejayaan !!! yeah !!!





Doa Memakai Pakaian



Assalamualaikum

Setiap hari pasti kita akan mengenakan pakaian di badan kita kan ... kalau tak pakai baju tazan lah kot. So jom kita hafal Doa Memakai Pakaian / Doa Pakai Baju. Kalau tak boleh hafal pun ... apa kata tampal kan gambar doa nie kat pintu almari korang, membantu juga kan.







PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...