HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

May 29, 2013

Ujian Bertulis Penolong Pegawai Tadbir N27



!Assalamualaikum!




Semalam balik dari kerja, Dapat Surat yang tak pernah dinanti. So excited ler .... Nak tengok isi Surat tersebut. Yana Dapat panggilan dari MBMB "Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah" untuk menghadirkan diri bagi Ujian Bertulis Penolong Pegawai Tadbir N27.

YaAllah .... Selalu Dapat pangggilan untuk temuduga Dan exam jerk. Kali nie Dapat panggilan untuk Ujian bertulis pula. Apakah jenis Ujian nie? Maaflah ... Yana memang tak tahu. Sebab memang tak pernah Dapat panggilan untuk Ujian bertulis.

Ada sesiapa yang Dapat Bantu Yana?.... Help please .... ninoninoninooooo

Ujian bertulis Penolong Pegawai Tadbir N27 nie adalah pada 03.06.13. Pada 06.06.13 pula Yana ada temuduga untuk jawatan yang sama juga. Tapi nie untuk SPA pula.

Moga ada rezeki Yana untuk bekerja dengan "kerajaan" ..... Amin .....





May 27, 2013

Mengorak Langkah Demi Langkah



! Assalamualaikum !

Hai kawan-kawan ...... **macam ramai pula kawan yana erk. hehehh Lama sungguh tak membebel kat blog kesayangan nie. Bukan tak nak membebel, tapi kena menaip sebab tue susah sikit nak keluar ayat. huhuhh

Kadang-kadang tue dalam otak nie penuh cerita nak kongsikan pada pembaca setia (sorry ter-poyo) "nazlyizan". Tapi bila jumpa keyboard jerk ......... arghhh keLAUT !! maaf ea semua.

Terima kasih pada yang jemput yana untuk join GA ...  Segmen .... etc. Tapi maaflah erk yana tak berkesempatan nak join. Maaf sesangat.

Sekarang nie yana tengah slow2 menambah pendapatan keluarga aka poket sendiri dengan ber"kraf" .... memang minat sangat dengan kerja "hobi" baru yana nie. Biar lambat .... asal selamat. Dalam kepala otak nie macam-macam nak buat. Nasib baiklah yana ada dua tangan jerk ..... kalau tak ....... hehehh

Minta jasa baik kawan-kawan support yana dengan klik LIKE kat Fanpages khas kraft yana nie erk .... Terima kasih daun keladi, nanti-nanti kita jumpa lagi .... ^^




May 23, 2013

Soalan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27



! Assalamualaikum !




Pada 21.05.13 adik yana dah selesai menghadirkan diri untuk Temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27. Itu merupakan satu bonus untuk yana. Ini kerana yana pun mendapat panggilan untuk Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27.

Sebelum ini yana ada berkongsi tips / panduan Temuduga Pegawai Tadbir Gred N27. Tips / panduan tersebut yana dapat dari rakan Facebook yang pernah menghadiri temuduga tersebut.

Sekarang yana nak berkongsi sedikit soalan yang ditanya kepada adik yana yang telah lepas menghadiri temuduga untuk jawatan ini. Lagi pun Yana lihat ramai yang mencari info mengenai soalan yang bakal diajukan kepada mereka nanti.

Adik yana cakap masa dia interview, ada 3 bilik disediakan. Adik yana dapat bilik pertama. Soalan yang diorang ajukan pun banyak berkisar mengenai diri sendiri sahaja. Contoh pengalaman kerja, perkenalkan diri, keluarga. Lepas tue dia tanya mengenai keyakinan diri. Takda pun tanya pasal kerajaan bagai. Yana rasa soalan yang akan diajukan itu bergantung pada penemuduga kot.

Macam bilik kedua, adik yana cakap diorang kena tanya mengenai tugas-tugas jawatan yang dipohon, nama file apatah .... lepas tue sedikit mengenai isu semasa.

So ... yana pun tak dapat jangka apa soalan yang akan ditanya pada yana. Apa pun, yana perlu prepare lah juga apa yang patutkan. Korang yang dapat panggilan temuduga nie pun jangan lah risau sangat tau ... yang penting, Usaha .... Tawakal dan redha !!

!! Good luck buat semua !!





PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...