! Assalamualaikum !
Alhamdulillah ... yana berkesempatan mendapat panggilan temuduga dari SPA lagi untuk Jawatan Penolong Pegawai Tadbir N27. Disini yana nak share sedikit Tips / Panduan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27.
Fuhhh ... dah lama tak ditemu duga ... rasa macam neves pula. Tah apa nak menjawab. Kali nie memang tak letak harapan pun ... redha jerk lah. hehehh
Tips / Panduan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 ini yana dapat dari kawan yang pernah menghadiri temu duga untuk Jawatan Penolong Pegawai Tadbir N27.
- Masuk bilik temu duga bagi salam, kalau perlu salam penemuduga yang ada dibilik tersebut.
- Duduk tegak, muka senyum dan tunjukkan keyakinan diri kita untuk menjawab soalan.
- Pastikan pakaian kemas, kasut tutup.
- Prepare dengan isu semasa, gagasan malaysia, dasar-dasar kerajaan yang digunakan.
- Nama penuh Perdana Menteri, Timbalan perdana menteri dan ketua menteri negeri anda.
- Prepare cerita pengalaman kerja anda.
- Kalau dia tanya pandangan anda mengenai ISU POLITIK cakap " maafkan saya, pandangan isu politik sekarang ialah baik dan masih stabil " itu saja. JANGAN cerita lebih2...
- Soalan bagaimana untuk menangani pekerja yang bermasalah ( ikut HR @ prosidur ) ... so kena baca bab nie banyak ....
- Kebiasaannya temu duga ini akan berjalan dalam masa 20-30 minit.
- Sebelum masuk bilik, SELAWAT lah banyak2 ... hehehh insyallah ... moga Allah permudahkan urusan kita.

Yana rasa mesti ramai yang dapat panggilan temuduga nie kan. Sebab Temuduga jawatan nie berlangsung dari 02.05.13 - 14.06.13. Yana kena pergi pada 06.06.2013 ..... fuhhh minta kawan-kawan doakan untuk yana tau ..... Semiga yang lain pun dipermudahkan. Good luck buat semua !!!
Rentetan soalan-soalan yang bakal ditanya