HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

May 14, 2013

Tips / Panduan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27



! Assalamualaikum !

Alhamdulillah ... yana berkesempatan mendapat panggilan temuduga dari SPA lagi untuk Jawatan Penolong Pegawai Tadbir N27. Disini yana nak share sedikit Tips / Panduan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27.

Fuhhh ... dah lama tak ditemu duga ... rasa macam neves pula. Tah apa nak menjawab. Kali nie memang tak letak harapan pun ... redha jerk lah. hehehh

Tips / Panduan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 ini yana dapat dari kawan yang pernah menghadiri temu duga untuk Jawatan Penolong Pegawai Tadbir N27.


  1. Masuk bilik temu duga bagi salam, kalau perlu salam penemuduga yang ada dibilik tersebut.
  2. Duduk tegak, muka senyum dan tunjukkan keyakinan diri kita untuk menjawab soalan.
  3. Pastikan pakaian kemas, kasut tutup.
  4. Prepare dengan isu semasa, gagasan malaysia, dasar-dasar kerajaan yang digunakan.
  5. Nama penuh Perdana Menteri, Timbalan perdana menteri dan ketua menteri negeri anda.
  6. Prepare cerita pengalaman kerja anda.
  7. Kalau dia tanya pandangan anda mengenai ISU POLITIK cakap " maafkan saya, pandangan isu politik sekarang ialah baik dan masih stabil " itu saja. JANGAN cerita lebih2...
  8. Soalan bagaimana untuk menangani pekerja yang bermasalah ( ikut HR @ prosidur ) ... so kena baca bab nie banyak ....
  9. Kebiasaannya temu duga ini akan berjalan dalam masa 20-30 minit.
  10. Sebelum masuk bilik, SELAWAT lah banyak2 ... hehehh insyallah ... moga Allah permudahkan urusan kita.


Temu Duga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27



Yana rasa mesti ramai yang dapat panggilan temuduga nie kan. Sebab Temuduga jawatan nie berlangsung dari 02.05.13 - 14.06.13. Yana kena pergi pada 06.06.2013 ..... fuhhh minta kawan-kawan doakan untuk yana tau ..... Semiga yang lain pun dipermudahkan. Good luck buat semua !!!

Rentetan soalan-soalan yang bakal ditanya






May 3, 2013

Surprise .... Happy Birthday



! Assalamualaikum !

Salam jumaat penghulu segala hari buat semua. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ini. Pejam celik sudah 28 tahun diberi ruang untuk hidup di bumi Allah. Terima kasih Ya Allah ... diatas limpah kurnia nikmat mu. 

Arghhh .... sweet 28 !!! yeah ... i'm still sweet okehhh ... ngeee

Malam tadi dapat surprise dari hubby ... huhuhh terharunya. Terima kasih Allah kerana menghadiahkan insan yang tidak terlihat harganya !! chewah ..... 



Malam tadi dah tidur .... tetiba ingat mimpi. terasa macam ada cahaya pula. Buka mata jerk .... ada orang nyanyi lagu Happy birthday .... hahahh nasib baik baru tidur ayam. Air liur belum sempat keluar lagi.. kikiikiki


Dapat hadiah Jam !! yeah .... suka suka suka ..... hubby perasan kot yana suka pakai jam pakai buang !! alah ... jam murah rm10 tue ... habis bateri buang ler ... beli lain !! heheheh Sekarang dah dapat jam mahal ... kenalah jaga bebaik. Kalau calar pon ... mau menangis seharian. PoYo !!


Punyalah jiwang hubby yana .... kikikikiii but i loike .... muaxxx 



Terima kasih pada rakan yang memberi ucapan dan doa buat yana. Terima kasih tak terhingga. Love korang !!! .... buat hubby terchenta ..... love u much !!



Apr 29, 2013

Iron Man 3



! Assalamualaikum !

Siapa dah tengok Iron Man 3 ??? sila bagi review sikit .... hehehh Iron man 3 dah ada kat pawagam minggu lepas. Yana dah tengok hari jumaat lepas dengan hubby. Punyalah teruja ... siap dating tengok midnight punya tiket.

Tiket iron man 3 jam 11.00pm pun full. Terpaksalah ambil tiket jam 12.00am. Panggung besar pulak tue .... ramai gile orang. memang penuh panggung.


review iron man


Nak yana review iron man 3 ??? heheh yana tak pandai nak review, tapi apa yang yana boleh cakap .... memang terbaik !!! best giler ..... yana tengok cerita hantu pun takda ler sampai terjerit. Tapi bila tengok Iron Man 3 nie .... boleh pula yana terjerit !! fuhh malu syehhh !!

Nak tau kenapa yana terjerit ??? korang tengok lah sendiri Iron man 3 kat panggung ok. Mesti korang pun akan "terjerit" @ "terkejut" hehehh

Yana bagi 5 ***** stars .... hehehh


PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...