HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Mar 25, 2013

Kilang Berhampiran Rumah Terbakar



! Assalamualaikum !


Pada jam 2.30 pagi ahad lepas tiba-tiba yana dikejutkan dengan panggilan dari adik yana. Masa tue yana ada di rumah mertua. Fuhh ... macam nak gugur jantung nie. Adik kata kilang tisu yang berhampiran rumah terbakar. Api sedang marak. Kilang tersebut berada kurang dari 100m dari rumah penduduk taman perumahan yana. Rumah yana dikira dekat sangat dengan kilang tersebut. Kebakaran dikatakan telah mula pada jam 1.30am.

Incik hubby tekan minyak kereta bedesup  ..... terus balik rumah. Kat rumah yana masa tue ada adik yana yang perempuan saja. Mak dengan yang lain ke Kuala Lumpur sebab cuti sekolah. Bimbang juga kalau tak dapat selamatkan dokumen penting kami. Mak dengan ayah yang ada di Kuala Lumpur pun tak senang hati. Diorang nak balik .. tapi yana dengan hubby nak sedapkan hati mereka. Kami cakap situasi masih terkawal. So tak perlu lah balik dulu. Sebab mereka baru jerk bertolak sebelum kejadian.





Sesampainya kami kat rumah ... Jentera Bomba 2 biji dah ada kat lorong rumah yana. Lagi 3 biji kat luar kilang. Bomba sedang berusaha memadamkan api dari belakang kilang yang berhampiran rumah penduduk. Bomba sebaik mungkin berusaha mengawal api dari menjilat rumah penduduk, termasuk rumah yana. Masa tue dah ramai orang datang. Tiba-tiba macam ada pertunjukkan pula.






Incik hubby selamatkan motor-motor yang ada dalam rumah. Yana dengan adik selamatkan dokumen penting dalam rumah. Barang-barang kami tak keluarkan. Sebab belum dapat arahan dari pihak bomba. Cuma rumah yang berada disebelah kilang sahaja diarah bersiap sedia jika kemungkinan api tidak dapat dikawal. Masa kebakaran berlaku, terdengar letupan-letupan kecil dari kilang tersebut.

Pemandangan dari belakang rumah yana

Yana tidur dalam pukul 6pagi. Sebab dah tak tahan mengantuk. Hubby standby lagi. Tolong jadi pemerhati bomba padamkan api. Sebab api masih marak lagi. Pagi ahad tue yana bangun jam 8.30pagi. Bomba masih padamkan api lagi. Sebab masih ada asap dari dalam kilang. Kat luar rumah dah macam salji turun jerk. Tisu yang terbakar dibawa angin berterbangan. Bau hangit dari kilang tak yah cakap ler .... 

Pagi tadi sebelum ke tempat kerja, bomba masih ada lagi. Sebab asap dari kilang tersebut masih nampak dari rumah yana. Mungkin bomba standby jika berlaku diluar jangka.

Kilang tisu tersebut menjadi sumber pendapatan penduduk kampung dan taman perumahan disekitar kawasan tersebut, termasuk abang ipar yana. Tak tahu lah nasib mereka .... sebab boleh dikatakan 85% kilang tersebut telah selamat dijilat api.

Berita Sinar Harian
MyNewsHub












Mar 22, 2013

Join Booth Di Tesco Melaka



! Assalamualaikum !


Seminggu dua nie yana bz sikit buat kerja luar. Kerja apa?? kerja craft ler apa lagi ... hehehhh hari nie barang craft yana akan ada di Booth Tesco Melaka buat kali pertamanya. Yeah !! yana join kawan craft untuk buka booth Craft tersebut. Yana tak jaga booth. Yana bagi barang untuk dijual saja.



Gambar diatas adalah salah satu produk craft yang yana buat untuk jual di booth craft tersebut. Kalau nak tengok design bantal tersebut. Boleh ke Nazlyizan Craft BlogShop. Barang lain seperti brooch, coin purse pun ada.

Petang nie nak melawat tapak booth .... saja nak jadi PM tak bertauliah ... hehehh bagi sesiapa yang berminat barangan craft yang comel-comel belaka. Bolehlah serbu ke Tesco Melaka okeh ..... 

Terima kasih ... time balik kerjaaa ... laju jerk kan.. hehehh 





RANDOM : Hadiah Pemenang GA bersama Nazlyizan



! Assalamualaikum !


FuhHhh .... ErmmMmm !!! Tahniah kepada pemenang GA Gempak Bersama Nazlyizan !!! Pemenang Top Referrer dan Pemenang Vol 2 !!! Tahniah buat anda.

Maaf lah kalau ada yang TAK FAHAM ayat dalam entry yana. TAK FAHAM maksud yana. 


"eh saya menang ..... apa hadiah saya erk??"

"kenapa link saya takda dalam senarai"

"macamana nak tuntut hadiah"


huhuhuhhhh sedey ..... yana try cari pemenang melalui alamat fb yang peserta bagi kat Nazlyizan Craft. Tapi ........ tak dapat jejak !!! maksudnya ....... hurmm .. baca semula TUGASAN WAJIB No.1 yang peserta perlu buat !!! tapi ada juga yang private kan msg FB diorang .... tapi yana msg juga masuk dalam folder other. Harap dapat lah ....

Pada yang tak tahu dia MENANG APA ........ Boleh lah semak hadiah anda di entry INI. Maaflah ... yana tak repeat entry Hadiah ..... tapi takkan dah lupa entry GA kot ..... hohohohhhhh

LINK TAKDA DALAM SENARAI ????? adoi .... sedey !! maaf lah .... tak dapat yana nak nolong eh ...... GA start 20.02.13 ..... SENARAI PESERTA update 22.02.13. So yana dah bagi peluang hampir sebulan untuk semak link korang. Kalau takda boleh bagi tahu kan. Tapi senyapppp .... maksudnya?? mungkin terlepas pandang kotttttt ......... 

Maaflah pagi-pagi dah luah perasaan. hahahhahhh Bukan apa ... saja nak fresh kan otak nie.

----------------------------------------

Pada pemenang yang yana tak pm lagi. tolong yana boleh???? TOLONG pm yana kat FB yana DISINI. Tolong bagi link penyertaan dan No. senarai peserta ok. TERIMA KASIH ^^


KLIK LINK-LINK DIBAWAH INI





PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...