! Assalamualaikum !
SPNB kini memfokuskan kepada pembangunan Rumah Mampu Milik atau dikenali sebagai Program RMM diseluruh negara. Semalam berlangsungnya Majlis Perasmian salah satu Projek Rumah Mampu Milik oleh SPNB di Taman Sutera Wangi, Melaka yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka.
Semalam seharian dari jam 7 pagi hingga ke jam 5 ptg, yana dan incik hubby menghabiskan sisa weekend kami di Majlis Perasmian Projek Rumah Mampu Milik oleh SPNB.
Kami datang bukan suka-suka, tapi kami adalah salah sebuah keluarga yang datang untuk memiliki rumah idaman kami. Terdapat lebih kurang 300 lebih lot rumah yang telah siap dibina yang akan dijual pada hari itu. Tetapi yang datang lebih dari 6k orang. huhuhu
Nasib kami datang seawal jam 7 pagi. Kami dapat No.190 untuk memilih lot rumah yang sedia ada. Memang azab juga semalam. Kami terpaksa beratur bawah mentari yang terikkkk ... Fuhh tetapi semua itu terbalas juga. Kerana kami dapat / sempat untuk mengisi kuota yang ada.
 |
Sila abaikan pemilik tgn yg GeBu itu ... hehehe |
Setelah membayar Booking Fee, kami telah sign S&P perumahan pada hari itu juga. Step selepas ini adalah menunggu Loan samada approve @ reject .... huhhh
Sekarang tengah pening dengan BLR yang ditawarkan oleh beberapa bank yang dicadangkan oleh pemaju semalam. Sesiapa yang ada pengalaman dalam pembelian rumah ??? rasa-rasa bank apa yang bagus untuk pinjaman perumahan??
CIMB | MUAMALAT | BANK ISLAM | AFFIN BANK
Mana satu yang ok untuk buat pinjaman perumahan?
***Rumah Mampu Milik .... tapi harga boleh tahan jugak ... fuhhh sempottt