HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Feb 19, 2013

Tips Jimat Minyak Kereta




! Assalamualaikum !

Tips jimat minyak kereta yang berkesan untuk dikongsi bersama. Kerana yana pun selalu buat benda yang sama untuk menjimatkan minyak kereta. Jom cikidup ....


Jimat minyak kereta


Tips Jimat Minyak Kereta


1. Isi minyak kereta sebelah malam, atau awal pagi apabila cuaca sejuk

Mengisi minyak pada waktu malam, akan mengurang gas dalam petrol atau diesel. Kandungan gas dikatakan banyak pada waktu siang yang panas, sebab haba petrol bercampur lebihan gas dalam kandungannya. (Hubby selalu isi minyak full, time malam..memang ada perbezaan)


2. Bawa kereta dalam kelajuan yang tetap

Tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. 70 – 90 km sejam adalah bersesuaian. Semakin laju kereta, semakin banyak minyak digunakan. Pandu secara perlahan pula menyebabkan beban pada kereta. Ini menyebabkan enjin tertekan dan menyebabkan banyak minyak digunakan. (patutlah minyak cepat habis … tekan 100 selalu… hehhh)


3. Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan.

Seminggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jumlah jarak yang jauh, nyata menjimatkan minyak. (bab nie yana serahkan pada yang pakar “Mr hubby” yg yana tahu kereta ok jerk)


4. Isikan minyak sehingga tangki penuh

Minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong. Minyak atau petrol akan meruap. Semakin besar ruang semakin banyak minyak atau petrol meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin. Dicadangkan juga penuhkan semula tangki apabila tangki separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda “E” baru diisi. Semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol meruap, maka lebih cepat habis. (selalunya tak sampai “E” dah isi semula … takut kene tolak pulak. kan ke “malu”)


5. Kurangkan penggunaan penghawa dingin

Perjalanan pagi atau malam yang sejuk tidak perlu penghawa dingin. Buka tingkap sedikit dan biarkan angin luar masuk. (pergi balik kerja yana tak on aircorn, sebab mengelakkan diri dari terlelap…huhuuu)

6. Kurangkan beban kereta

Barang-barang yang tidak perlu dalam kereta perlu dikeluarkan. Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan minyak digunakan. (dalam kereta yana banyak stok kasut .. berat ke??hehheh)


7. Panaskan enjin selama 30 saat sahaja

Enjin kereta panas lebih berkesan semasa kereta bergerak. Memanaskan enjin lebih 30 saat bukan sahaja membazir minyak tetapi boleh merosakkan enjin kerana pelinciran enjin lebih berkesan ketika kereta bergerak (tetiap pagi tunggu meter naik 2 takuk baru gerak .. panaskn enjin)


8. Elakkan menunggu dengan enjin masih hidup

Sekiranya anda terpaksa menunggu seseorang di dalam kereta, matikan enjin. Lebih murah untuk menghidupkan semula enjin daripada menunggu 1 minit di dalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup. (jarang-jarang .. sebab bosan menunggu)


Boleh dapatkan lebih lanjut lagi untuk Tips Jimat Minyak Kereta disini.




Akibat Langgar Lampu Isyarat Merah



! Assalamualaikum !


Selamat pagi semua ... Syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di dunia ini. Ehh bukan yana yang terlibat dengan tajuk " Akibat Langgar Lampu Isyarat Merah " tue .. Ceritanya macam nie ...

Semalam kan mak mertua yana kene hantar ke hospital kan .... (cerita kat sini). My MIL terus kene hantar kat Unit Kecemasan sebab ambulands hantar terus ke situ. My MIL demam panas sangat. Petang tue yana dengan hubby datang melawat lagi. Ingatkan My MIL dah dihantar duduk dalam wad. Tapi ..... still ada kat katil pesakit Unit kecemasan tue. Sebab apa ??? sebab wad semua penuh ........ sadisSs

Bayangkan berapa lama my MIL duduk kat Unit kecemasan tue. My MIL kerja kerajaan so kalau boleh dia taknak masuk hospital swasta walaupun dia boleh gunakan insuran yang ada. Tapi kalau yana dah macam tue ..... baik ke swasta jerk.


Akibat Langgar Lampu Isyarat Merah


Berbalik pada tajuk tadi. Siapa yang pernah duduk kat Unit kecemasan mesti tau mcmana keadaan kat situkan. Macam-macam kejadian kita boleh lihat. Masa yana kat sana, Ada satu kes yang terjadi masa tue. Seorang budak umur lebih kurang 2 tahun cedera (parah rasanya) kat belakang kepala. Sebab ada satu kereta langgar lampu isyarat merah, pastu dia terus langgar motor sepasang suami isteri yang bawa budak 2 tahun tue (anak dia). Budak tue tercampak ler ..... sampai cedera kat kepala. Yana tengok ayah dia luka-luka, isteri dia yana tak nampak pula.

Ayah budak tue terus buat polis report kat unit kecemasan tue. Polis lancarkan gerakan mencari kereta tersebut. Fuhh .. harap-harap tuan punya kereta tue serah diri ler untuk tindakan lanjut. Kalau apa-apa terjadi mesti dia fobia seumur hidupkan.

Yang sedihnya .... bila ahli keluarga yang lain datang. Diorang menangis cari mangsa kemalangan tersebut. Ada sorang budak lelaki nie nangis teresak-esak. Mungkin anak pasangan tue kot. Syahdu masa tue ... haishh

Kita nie selalu kalau lampu kuning bukan nak bersedia untuk berhenti. Tapi bersedia untuk memecut ... peringatan untuk diri sendiri juga nie ... huhuhhh

Ermm .. pagi nie belum tanya khabar my MIL lagi. Harap-harap dah dihantar masuk wad biasa.







Feb 18, 2013

Demam Sampai Kena Naik Ambulans



! Assalamualaikum !





Hari nie yana kerja setengah hari jerk. Tadi dah minta kebenaran bos. Yana nak balik awal. Jam 1 nanti yana balik lah ... huhuhhh

Tadi hubby msg. Cakap mama kene hantar hospital naik Ambulands ......

Mak mertua yana dah demam dari hari jumaat lagi. Dah ke klinik ambil ubat segala bagai. Semalam pun yana tengok mama gigil-gigil tahan demam juga. Tapi still ok lagi.

Moga takda apa yang teruklah ... mungkin dalam hospital doktor boleh pantau apa yang patut. Tolong Doa kan untuk mak mertua yana k. Terima kasih ...





PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...