! Assalamualaikum !
Sebagai langkah prihatin dan penghargaan ke atas tahap kesihatan golongan pekerja yang mencarum. Pihak PERKESO telah menyediakan kemudahan pemeriksaan saringan kesihatan percuma kepada pencarum.
Pemeriksaan kesihatan percuma ini diberikan kepada semua pencarum PERKESO yang telah mencapai umur 40 tahun dan keatas mulai 01 Januari 2013.

Pekerja yang layak menerima kemudahan ini akan diberikan Baucar Program Saringan Kesihatan. Pekerja yang layak digalakkan untuk mengambil peluang ini bagi membuat pemeriksaan saringan kesihatan di klinik-klinik yang telah berdaftar dibawah program PERKESO ini.
Bagi pekerja wanita, mereka akan mendapat dua baucar dari pihak PERKESO. Satu untuk ujian kesihatan seperti pekerja lelaki, dan satu baucar lagi adalah untuk ujian kesihatan MAMOGRAM.
Bagi pekerja yang layak, anda digalakkan untuk menyemak baucar yang telah diberikan pada wakil syarikat yang menerima surat dari pihak PERKESO.
Untuk keterangan lanjut sila ke laman web PERKESO http://www.perkeso.gov.my/


