HOMEDASHBORDOWNERTUTORIALTIPSBANNERSITEMAP

Nazlyizan Creation

Jan 21, 2013

Jalan-Jalan Time ...




! Assalamualaikum !

Tetiba hari nie macam takda mood untuk menulis entry. Banyak yang ingin dikongsikan. Tetapi hanya berlegar-legar dalam kepala saja. Semacam tak mahu keluar untuk disampaikan. Hanya mampu mencorak didalam otak saja. hurmmm

Belek-belek blog. Ternampak pulak cerita nie yang tersimpan didalam draft blog. Cerita nie masa krismas hujung tahun 2012 lepas. hehehhh nampak disitu ..... banyak cerita yang hanya tersimpan didalam draft sahaja.

--------------------

Jalan-jalan di Mid Valley Megamall


Setiap kali kami datang kuala lumpur. Rumah adik yana, kat Mid valley nie ler tempat adik yana bawak kitaorang melepak. Memenatkan kaki, betis segala bagai. Alasan dia sebab dekat .... malas nak meredah jem di kota kuala lumpur tue .... weeeekkk nipu lebih adik yana tue. Malas cakap ler .... hehhhh

Cerita nie sebenarnya adalah rentetan dari sambutan hari lahir mak yana. Entry kat SINI

Kami pergi mid valley hari tue untuk cari hadiah mak. Mak nak blender perbagai guna .... hamboi demand nampak .... hehehhh nasib baik tak mintak rantai kapal .... fuhhh

Kitaorang yang perempuan jalan-jalan cari hadiah sambil mencuci mata. Yang lelaki?? heehhh diorang jaga anak-anak seludang ler ..... Habis diorang dera Haziq. Tengok gambar bawah nie .... kesian budak tue.



Tapi dak tecik nie memang ligat berjalan sejak dah dapat kaki .... awak tue baru 1 tahun 6 bulan. Tapi tak boleh nampak budak lain dekat ngan dia. Siap menegur ajak bermain. Haziq ... haziq ....


Gambar bawah nie .... terserlah kecomelan yana. Terkecik antara adik-adik yang lain .... huhuhhhh


Yang bedua bawah nie ..... diorang nak menunjukkan boikot terhadap McD ... konon ler tue. Makan roti bakar kat luar McD jerk. Tapi dalam hati .... terkeliur jugak dengan haruman makanan McD tue ...  poyo jerk kan ....


Bila time dah habis shopping sume. Balik rumah sume terbongkang !! sakit kaki segala bagai. Bukan penat berjalan .... penat ber possing jerk. Ekk elehhh ^^


***Hari-hari seperti ini susah untuk terjadi .... bila dapat berkumpul sekeluarga adalah kenangan terindah buat kami***







Jan 18, 2013

Kepentingan Asid Folik - Sebelum dan Semasa Mengandung




! Assalamualaikum !


folic acid



Apa itu Asid Folik ?
  • Asid folik adalah Vitamin B yang sangat penting dalam kehamilan untuk mambantu wanita sebagai persediaan untuk mengandung. 
  • Ia dapat membantu mengatur pembetukkan sel saraf "embryonic" dan "fetal" yang amat penting untuk tumbesaran yang normal.


Siapa yang memerlukan Asid folik ?
  • Semua wanita yang berumur 14-44 tahun, terutama bagi wanita yang ingin hamil.
  • Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang.

Bila Asid folik perlu diambil ?
  • Sekurang-kurangnya 3 - 6 bulan sebelum mengandung (@berkahwin)
  • Semasa mengandung sehingga melahirkan.

Mengapa Asid folik penting ?
  • Ia dapat mengurangkan kecacatan saraf tunjang
  • Dapat mengurangkan keguguran, kelahiran pra-matang dan kekurangan darah
  • Mengurangkan kecatatan lain seperti :- sumbing lelangit, kecacatan pada jantung, pembentukkan kaki dan tangan yang tidak sama dan kecacatan pada sistem pembuangan air kencing.

Pengambilan Asid folik
  • Hanya satu biji setiap hari.
  • Dos bagi wanita biasa adalah 400 microgram
  • Dos bagi wanita yang hamil adalah 600-800 microgram


***Alamak ... stok dah abis !!







Penting ke Lagu Dalam Blog ??





! Assalamualaikum !




Semalam yana dapat komen dari cik Ano .... dia tegur lagu dalam blog yana. Terima kasih kepada cik ano untuk teguran ini. Rupanya ada juga yang jujur menegur untuk kebaikan blog yana. Yana amat hargai komen dari cik ano.

Mungkin ke ramai yang lari dari blog yana disebabkan terkejut dengan lagu yang di pasang di blog ini?? owh .... sedihnya !!! maaf terperasan ramai readers.

Disebabkan yana suka lagu Hazama ini, mungkin orang lain ada yang tidak suka. Maaf yana tak ambil berat pada perasaan orang lain. Tapi yana suka lagu nie!!! huhhuhhh

So korang rasa Penting ke Lagu Dalam Blog??

Patut ke yana buang lagu dalam blog ini? or tukar lagu lain? atau ... tah tak tahu. hehehh

Tolong bagi pendapat JUJUR kat yana .... smile ^^





PERINGATAN: Penulis tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik komen akaun itu sendiri

Labels

$Pendapatan$ (25) Aktiviti (1) Amal (1) Amalan (1) Anak (1) anakbuah (3) anniversary (1) artis (5) Azimat (6) B'Vite (2) Baju Raya (1) Banjir (4) Bank (1) Banner (1) Bayi (4) berhenti kerja (3) Berita (24) berita harian (1) birthday (2) blin.gd (1) Blogger (13) blogwalking (2) bola (2) BRIM (3) bukan kerana aku tak cinta (6) Cabaran (1) Ceramah (1) Ceritera (137) Ceritera Weekend (47) churp2 (1) CIMB (1) Cinta Hati (148) comel (1) CPUV (6) Craft (3) Cuaca (4) cuti2 (1) Diet (2) DIY (1) Doa (8) domain (3) drama (4) Duit (1) Family (29) FIFA (1) filem (1) Follower (1) Gembira (2) Geram (19) gosip (3) Hadiah (34) hamil (4) Handmade (8) Hari Raya (1) harum malam (1) haziq (1) Hijrah (2) Hobi (1) holiday (12) hospital (2) hujan (1) Info (100) Inspirasi (1) insuran (1) IqramHuzaifah (2) Islam (44) istimewa (3) Jalan Cari makan (18) jalan-jalan (4) kahwin (1) Kanser (2) kata hikmah (1) Kemarau (1) kerajaan (1) kerja (9) kerjabaru (2) Koleksi Baju Raya (1) Komli (1) kuiz (1) Legacy Secret Trading (1) LIKE (1) Lirik (4) makanan (9) masalah domain (1) MBMB (1) melawat (4) membebel (3) Metro (2) Motivasi (1) Nazlyizan (2) Nuffnang (9) Office (17) Passport (1) Pecah Perut (6) Pendapat (12) Penginapan (1) Penyakit (1) percutian (1) Perkahwinan (1) Petua / Rahsia (24) Piala Dunia (1) Produk Kecantikkan (1) produk kesihatan (3) Promot (121) quote (3) Ramadan (3) raya (3) resepi (1) Review (19) Rumah (1) Sahabat (2) SAMB (1) Says (1) Segmen / GA (103) Sharing (242) sinopsis (1) SlimFastDiet (2) SPA (3) sukan (2) Sumbanga (1) Sumbangan (2) Tahun Baru (2) takenote (1) teater (1) tekateki (1) Temuduga (3) terima kasih (7) Testimoni (1) Tips (35) TLDM (4) tol (2) Topup (1) trip (3) Tutorial (12) ubat (1) Uji minda / Pelik (8) Ujian (3) Umrah (3) Video (20) Virus (1) Wayang (2) Wordless Wednesday (58) Zalora (1) zikir (2) Zuriat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...