! Assalamualaikum !

SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia) adalah skim yang telah dilancar oleh Perdana Menteri pada awal tahun 2012 lepas yang dapat memberi manfaat kepada isi rumah yang berpendapatan antara RM500 hingga RM3000.
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau SARA 1Malaysia
merupakan gabungan produk pelaburan unit amanah dan produk pinjaman yang mana
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau SARA 1Malaysia ini mampu memberikan aliran
tunai atau insentif bulanan yang konsisten kepada satu-satu isi rumah.
Yana adalah salah seorang pemohon skim SARA 1Malaysia ini. Alhamdulillah ... petang semalam yana telah menandatangai surat perjanjian antara Maybank yang menjadi pilihan pinjaman yana. Yang bagusnya skim ini tidak ada interes yang dikenakan oleh bank yang memberi pinjaman RM5000 yang berbentuk sijil. Tempoh skim adalah selama 5 tahun sahaja.

Yana pula hanya perlu membayar RM84 pada bulan pertama sehingga bulan ke 59, dan RM44 pada bulan ke-60 iaitu bulan terakhir. Setiap kali pembayaran yang dibuat setiap bulan, yana akan mendapat dividen dari skim SARA sebanyak RM134 setiap bulan bayaran. Nampak tak keuntung disitu?

Setelah tamat tempoh matang skim tersebut iaitu lima tahun, keuntungan yang diperoleh melalui skim SARA 1Malaysia adalah lebih kurang 13k. Iaitu RM5000 (sijil SARA) + RM8040 (dividen) = RM13040.00. Alhamdulillah ... ada juga tabungan buat kami.
Permohonan telah ditutup
-----------------------------
“keuntungan tetap bukan bergantung pada satu sebab, ia juga
bergantung pada banyak faktor, skop dan bidang sesuatu itu…”
Contoh yang simple, pernah tak gi kedai beli roti, maggis, beras?
adakah harga brg2 tersebut berubah-rubah setiap hari? tidakkan... bermakna
harganya tetap, keuntungan juga tetap tak... so takkan la seluruh malaysia
yg punya keuntungan tetap dlm jualan brg2 runcit ni haram..
Untuk pengetahuan, pinjaman untuk skim ini melalui bank
tidak dikenakan sebarang ‘faedah, intrest, bunga, riba etc… so rasanya memerlukan
selidikan yg mendalam serta bertanya pada mereka yg benar2 fasih dlm bidang
ini…dan salah satu term@syrt dlm skim ni adalah ‘pelaburan boleh ditamatkan
pada bila2 masa tanpa ada pampasan’-apa maksud ayat ni? bermakna pelaburan yg
mungkin alami kerugian di masa akan datag tidak akan dipulangkan balik modal yg
dilabur..dalam soal skop pemberian antara pemerintah kepada
rakyat ianya juga berbeza”.
-----------------------------------------------------------------------