! Assalamualaikum !
Aduhh ... terseksanya !! dari semalam tak lalu nak makan. Kalau makan pun sekadar alas perut yang berkeroncong saja. Ada Ulser yang bersarang di hujung lidah nie .... sakit sesangat.
Nak kata tergigit lidah ... seingat yana takda lah pulak. Tapi memang tahan lapar jerk dari semalam nie. Mau turun lagi berat badan ... erk
Dah alang-alang yana kene Ulser nie ... tercari-cari juga info. So yana share apa yang yana dapat okies.
![]() |
| Gambar Contoh |
Simptom-simptom ulser
Mengapa ulser boleh terjadi?
- Jangkitan bakteria, virus atau fungus.
- Kesemua golongan umur boleh terkena penyakit mulut ulser.
- Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur.
- Ulser juga boleh disebabkan kerana kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah dan terkena dawai alat ortodontik.
- Pengambilan zat besi, asid folik dan vitamin B 12 yang tidak mencukupi.
- Sistem imuniti badan yang lemah
- Alahan
- Radioterapi
- Kimioterapi
- Sebab-sebab yang tidak diketahui. <-- kes yana kot
Petua merawat ulser
- Gunakan pencuci antiseptik mulut
- Sapu ubat ulser mulut seperti gel atau krim penahan sakit
- Makan makanan lembut
- Elakkan makan makanan panas dan pedas
- Banyakkan minum air




